Suspek Berkopiah Curi Tabung Masjid Diberkas

Pencuri
TELOK DATOK – “Tidak serik, atau sengaja,” itulah luahan ahli-ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) Telok Datok apabila sekali lagi berjaya menangkap seorang lelaki yang dipercayai berhasrat mencuri duit tabung masjid di Masjid As Syariff, Telok Datok.
Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 pagi semalam disedari oleh sekumpulan SRS apabila melihat sebuah kenderaan jenis Kancil berwarna kelabu berhenti dalam keadaan mencurigakan berhampiran masjid.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga, Khairul Abdul Samad berkata, ketika anggota SRS membuat rondaan mereka terserempak kenderaan terbabit lalu bertindak memasuki kawasan masjid.
Menurutnya, sekumpulan anggota SRS terkejut apabila melihat seorang suspek berusia 30-an dipercayai sedang asyik mencuba mencuri duit tabung masjid dengan menggunakan lidi yang bergam di hujungnya.
“Suspek yang menyedari tindakan jahatnya diperhatikan sekumpulan SRS bertindak cuba melarikan diri. Suspek cuba melarikan diri, namun berjaya diberkas oleh anggota SRS terbabit setelah mengejarnya kira-kira 50 meter jarak berhampiran Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Dalam aksi kejar mengejar itu, suspek turut cuba mengelirukan anggota SRS tetapi gagal. Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis yang turut tiba di lokasi kejadian,” katanya.
Jurucakap polis memaklumkan suspek turut mempunyai jenayah lampau namun masih dalam siasatan lanjut.
Sebelum ini, tabung masjid di kawasan taman perumahan tersebut pernah dijadikan sasaran mencuri oleh remaja berusia 18 tahun. Namun, remaja berkenaan berjaya ditahan anggota SRS sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan. – Sinar Harian Online

Bengang Dikata Indon, Wak Doyok Ejek Neelofa

Bengang Dikata Indon, Wak Doyok Ejek Neelofa
TIDAK dinafikan, nama Wak Doyok kini semakin popular di Malaysia meskipun dia bukanlah artis terkenal.
Wak Doyok atau nama sebenarnya, Tengku Muhammad Azwan Shah yang merupakan pemilik jenama The Garment dikenali kerana fesyen berani Mods (modern stylish) yang dikenakannya.
Fullscreen capture 2102014 125332 PM

Air Asia Umum Pengambilan PRAMUGARI, Ada Berani?

SYARIKAT penerbangan tambang murah Air Asia mengumumkan pengambilan terbaru untuk anak kapal bagi pesawat-pesawatnya.  Untuk rekod, Air Asia menerusi AirAsia X baru-baru ini telah membuat tempahan bagi 25 pesawat Airbus A330-300 bernilai AS$6 bilion (RM19.6 bilion)
SYARIKAT penerbangan tambang murah Air Asia mengumumkan pengambilan terbaru untuk anak kapal bagi pesawat-pesawatnya.
Untuk rekod, Air Asia menerusi AirAsia X baru-baru ini telah membuat tempahan bagi 25 pesawat Airbus A330-300 bernilai AS$6 bilion (RM19.6 bilion), iaitu tempahan terbesar dalam satu perjanjian tunggal oleh syarikat penerbangan bagi jenis pesawat tersebut.
Tempahan terbaru itu meningkatkan jumlah pesawat yang akan diterima AirAsia X kepada 57 unit menjelang 2019 dan mengukuhkan kedudukan kumpulan AirAsia sebagai antara pelanggan terbesar Airbus dengan 536 tempahan pesawat setakat ini daripada pengeluar kapal terbang itu.
Jadi kepada anda di luar sana yang berminat, jangan lepaskan peluang.
Anda juga boleh hantar resume anda DI SINI

Selain Kajang, Satu Lagi Pilihan Raya Kecil Di Sarawak?

Selain Kajang, Satu Lagi Pilihan Raya Kecil Di Sarawak?
PETALING JAYA – Perubahan landskap politik di Sarawak yang bakal berlaku dalam tempoh terdekat berkemungkinan menyaksikan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan serentak pada Mac depan.
Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingan yang bakal berlaku selepas penyandangnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan perletakan jawatan perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan.
Ketua Menteri Sarawak itu dijadual membuat pengumuman penting itu pada Isnin.
Suruhanyajaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 23 Mac depan sebagai hari pembuangan undi bagi PRK DUN Kajang manakala proses penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac.
Ini bermakna SPR mempunyai tempoh selama sebulan untuk membuat pesediaan bagi PRK DUN Kajang.
Justeru jika Abdul Taib mengisytiharkan untuk mengosongkan kerusi DUN Balingan yang disandangnya sejak 2001 hari ini (Isnin), SPR mempunyai masa yang cukup untuk mengadakan persediaan bagi melaksanakan kedua-dua PRK itu serentak.
Berdasarkan undang-undang tubuh negeri Sarawak, sebarang kekosongan kerusi DUN sebelum 20 Jun tahun ini perlu diisi menerusi PRK.
Untuk rekod SPR sebelum ini pernah mengadakan beberapa PRK serentak pada penggal Parlimen ke-12 iaitu PRK Parlimen Bukit Gantang (Perak), DUN Bukit Selambau (Kedah) dan DUN Batang Ai (Sarawak) pada 7 April 2009.
Pada 4 Novemver 2010 turut menyaksikan dua PRK diadakan secara bersama iaitu di DUN Galas (Kelantan) dan Parlimen Batu Sapi di Sabah.
Selain itu satu lagi PRK serentak berlaku pada 6 Mac 2011 membabitkan DUN Merlimau di Melaka dan DUN Kerdau di Pahang. – Mstar.com.my

GAMBAR: Gabenor Wanita Pertama Indonesia Dituduh RASUAH, Tu Dia Harta Dia…

GAMBAR: Gabenor Wanita Pertama Indonesia Dituduh RASUAH, Tu Dia Harta Dia...
GABENOR wilayah Banten kini berdepan tuduhan memeras ugut daripada agensi antirasuah Indonesia selepas wanita terbabit sudah dikaitkan dengan dakwaan rasuah.
Ratu Atut Chosiyah – menjadi wanita pertama dilantik sebagai gabenor di Indonesia – didakwa bertanggungjawab dalam dua kes berasingan.
Jurucakap agensi itu, Johan Budi berkata, satu daripada kes itu membabitkan perolehan peralatan perubatan di wilayah Banten antara 2011 dan 2013.
“Kami mempunyai cukup bukti untuk memfailkan tuduhan berkenaan ke atas Ratu Atut,” katanya kepada media semalam.
Johan enggan memberikan butiran lanjut.
gurita-bisnis-keluarga-atut-dinasti-atut-9

LG G Pro 2 Akan Diumum Bulan Depan

LG PRO 2
Walaupun LG G Pro pertama mungkin tiba agak lewat ke pasaran Malaysia walaupun harga yang ditetapkan pada RM1,888 bagi sebuah peranti phablet adalah dilihat agak berpatutan.
Dan kini, LG bakal mengumumkan siri kedua peranti phablet mereka seawal bulan hadapan.
Semalam, syarikat Korea tersebut membuat sebuah kenyataan rasmi bahawa G Pro 2 akan dilancarkan pada bulan Februari 2014, kemungkinan besar di Kongres Mudah Alih Dunia 2014 di Barcelona.
Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang mampu diperoleh berkenaan dengan peranti ini.
Namun desas-desus berkenaan dengan peranti ini menyatakan bahawa LG Pro 2 mungkin akan dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 800 dan memori RAM 3GB.
Sumber: Lowyat

Zizan Razak Gondol Anugerah Meletop Era 2013

Zizan Razak Gondol Anugerah Meletop Era 2013
PELAWAK Zizan Razak menggondol Anugerah Meletop Era 2013 apabila memenangi empat kategori membabitkan wang tunai keseluruhan berjumlah RM35,000 dan trofi dalam acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini Sabtu malam.
Zizan memenangi kategori Fesyen Meletop dan Bintang Siber Meletop yang setiap satunya memperuntukan wang tunai RM5,000 dan trofi.
Bagi Anugerah WeChat Meletop pula dia mendapat RM15,000 manakala Top Top Meletop (Lelaki), wang tunai diterimanya ialah RM10,000 beserta trofi.
Tempat kedua tertinggi dimenangi oleh Hafiz Suip yang mendapat tiga anugerah iaitu bagi kategori Grup/Duo Meletop gandingannya bersama Datuk Siti Nurhaliza, Lagu Meletop (Bahagiamu Deritaku) dan Penyanyi Meletop.
Menerusi Lagu Meletop, Bahagia Mu Deritaku berjaya menewaskan lagu popular seperti Galau (Siti Nurhaliza), Infiniti Cinta (Zizan & Kaka), Kita (Forteen) dan Muara Hati (Hafiz & Datuk Siti Nurhaliza).
Bagi tiga anugerah itu, Hafiz memperoleh wang tunai keseluruhan RM15,000 dan juga trofi sumbangan Astro.
Pelakon Love You Mr Arrogant iaitu Zara Zya pula turut mendapat wang tunai RM15,000 apabila memenangi kategori Top Top Meletop (Wanita) yang memperuntukkan RM10,000 dan Artis Baru Meletop (RM5,000).
Pelawak Nabil Ahmad mendapat dua anugerah iaitu Couple Meletop iaitu gandingannya bersama isteri, Nazirah dan Penyampai Baru Radio Meletop di Era FM.
Manakala filem KL Gangster 2 memenangi Filem Meletop sementara Aaron Aziz yang turut berlakon filem sama dipilih sebagai Bintang Filem Meletop.
Kategori lain yang diperkenalkan ialah Program Radio Meletop (Johara Pagi Era), Program TV Meletop (Maharaja Lawak Mega 2012) dan Bintang TV Meletop (Jep Sepahtu – Super Spontan 2013).

Gaya Selebriti Di Red Carpet Anugerah Meletop

meletop (1)
Walaupun fesyen merepek Neelofa teruk dikritik dan dikecam sebilangan besar peminat hiburan tanah air, tak dinafikan ramai juga artis dan selebriti yang hadir pada Anugerah Meletop Era yang diadakan di Stadium Bukit Jalil, semalam tampil kacak dan menawan bagi menghormati penganjur majlis.
Antara yang kelihatan cantik dengan persalinan yang digayakan mereka ialah Lisa Surihani, Siti Saleha, Nabila Huda dan Emma Maembong.
Sementera itu, artis lelaki juga tidak ketinggalan bergaya sakan pada majlis tersebut antaranya Iz OIAM, Zizan Razak dan Hafiz Suip.
Jom saksikan fesyen-fesyen yang penulis rasakan ‘meletop’ pada anugerah penuh berwarni-warni yang dihoskan Nabil, Neelofa dan Dato AC Mizal itu.
GAYA

Pengantin Hilang Memori Selepas Koma

Pengantin Hilang Memori Perkahwinan Selepas Koma
BAGI pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan, perjalanan seterusnya diharap memberikan kebahagian dan kehidupan baru buat mereka.
Namun, malang bagi seorang wanita, Amanda Karth, 27 yang baru beberapa jam bergelar isteri apabila dia tiba-tiba mengalami serangan jantung.
Mujurlah ia disedari oleh suaminya, Cody yang lantas menghubungi talian kecemasan 911 untuk mendapatkan bantuan.
Pengantin Hilang Memori Perkahwinan Selepas Koma

Polis Tahan 6 Lelaki Gali Kubur Orang Asli

Polis Tahan 6 Lelaki Gali Kubur Orang Asli
ROMPIN – Polis menahan enam lelaki termasuk remaja 14 tahun kerana menggali sebuah kubur Orang Asli di Kampung Deraman, Batu 3, Kuala Rompin di sini dipercayai untuk tujuan perubatan.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata polis yang dimaklumkan kejadian itu oleh penduduk kampung berkenaan, menahan mereka kira-kira 9.30 malam tadi.
“Siasatan awal mendapati seorang suspek berada dalam senarai dikehendaki dan seorang lagi suspek mempunyai rekod jenayah. Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh tanah perkuburan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata suspek mengaku menggali kubur itu untuk mengambil tulang orang mati bagi tujuan perubatan.
Sementara itu, seorang penduduk Tan Din, 39, berkata beliau menyedari kejadian itu ketika pulang  ke rumahnya selepas menghadiri mesyuarat bersama ketua kampung kira-kira 9 malam.
“Saya curiga apabila melihat ada cahaya lampu suluh di dalam kawasan perkuburan dan sebuah kereta diletakkan di tepi jalan
berhampiran kawasan itu.

“Ketika bertanya kepada tiga orang yang berada berhampiran kereta itu, mereka memberi alasan kereta itu mempunyai masalah enjin,” katanya.
Curiga dengan jawapan diberikan, beliau memaklumkan perkara itu kepada Tok Batin Kampung Deraman, Atan Abdul Rahman, 54, yang kemudian terus melapor kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Deraman, Rosman Sulong, 39.
Rosman berkata beliau bersama penduduk kampung lain pergi ke kawasan itu dan mendapat tiga lelaki sedang menggali kubur berkenaan. – BERNAMA

Dihujani Mesej Selepas Siar Nombor Di Topi

topi
Sochi – Gara-gara menulis nombor telefon di topi keselamatan, seorang atlet sukan olimpik musim sejuk dari Rusia, Alexey Sobolev menerima panggilan telefon dan khidmas pesanan ringkas (sms) bertalu-talu daripada peminatnya.
Sehingga kini lebih 2,000 sms diterima Sobolev.
Dia meletakkan nombor telefonnya itu akibat kebosanan kerana perkampungan atlet terletak di atas kawasan pergunungan.
“Ada mesej itu yang tidak sepatutnya saya siarkan, tapi ada juga mesej yang mengucapkan kata-kata perangsang kepada saya,’’ katanya.
Bagaimanapun dia dilarang memakai topi keselamatan mengandungi nombor telefon berkenaan pada acara akhir.
Sobolev berkata, dia bukan sahaja menerima mesej daripada gadis tempatan malah dari luar negara juga yang ingin berkenalan dengannya.
Dia bagaimanapun menyifatkan gadis tempatan sebagai yang terbaik.

Pemilik Kilang Terbakar Serah Diri

Delwar Hossain Mahmuda Akter Bangladesh
Dhaka – Pemilik kilang pakaian di Bangladesh menyerah diri di mahkamah semalam, lebih sebulan selepas waran penangkapan mereka dikeluarkan berhubung kebakaran industri paling buruk negara itu yang mengorbankan 111 pekerja.
Delwar Hossain dan isterinya, Mahmuda Akter, didakwa dan dikenakan waran tangkap Disember lalu berhubung kebakaran pada 2012 di kilang Tazreen yang menjahit pakaian untuk peruncit Barat termasuk Walmart.
Pendakwa Anwarul Kabir berkata, pasangan berkenaan menyerah diri kepada mahkamah majistret di Dhaka dan kini ditahan sementara menantikan perbicaraan ikat jamin.
Mohon ikat jamin
“Mereka memohon ikat jamin sebaik menyerah diri. Mahkamah akan mengadakan perbicaraan berhubung perkara itu lewat hari ini,” kata Kabir.
Walaupun waran dikeluarkan pada 31 Disember, polis tidak menangkap Hossain dan Akter yang hidup bebas di Dhaka. Tidak dapat dipastikan mengapa mereka memutuskan untuk menyerah diri.
Antara 13 didakwa
Pasangan berkenaan antara 13 orang termasuk pengurus kilang dan pengawal keselamatan yang didakwa menyebabkan kebakaran, membunuh tanpa niat dan kecuaian yang mengakibatkan kematian berhubung tragedi itu.
Mereka berdepan hukuman maksimum penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan.
Kebakaran pada November 2012 itu, yang terburuk melanda kilang pakaian, mendedahkan masalah keselamatan di sektor itu yang menjadi tulang belakang ekonomi Bangladesh, yang menyaksikan kira-kira empat juta pekerja membanting tulang untuk sektor bergaji paling rendah di dunia.-AFP

Perut Meletup Terlebih Makan

Buncit
Beijing – Seorang wanita berusia 58 tahun terpaksa melakukan pembedahan membuang perutnya yang ‘meletup’ selepas makan dan minum arak (terlalu banyak) ketika Festival Musim Bunga.
Portal web Modern Express memetik, seorang pakar nutrisi di Hospital Friendship Beijing sebagai berkata, wanita berkenaan dihantar ke sebuah hospital di Suzhou, wilayah Jiangsu, sejam selepas mengalami bengkak teruk pada perutnya akibat terlebih makan dan didiagnos menghidap gastrektasia.
Ketika pembedahan dilakukan, gas mengandungi alkohol etil dilepaskan dari perutnya dan terkena pisau pembedahan elektrik pakar bedah mengakibatkan kebakaran kecil berlaku. Ketua doktor di Hospital Nanjing Drum Tower Wang Hao berkata, kes seumpama itu ada kalanya berlaku sehingga 12 kali setahun di hospital tertentu.
Katanya, kejadian perut terbakar amat jarang berlaku, namun tidak mustahil disebabkan kadar alkohol yang tinggi di dalam organ mangsa.
“Lazimnya seseorang berhenti makan apabila rasa kenyang.
“Bagaimanapun, seseorang mungkin tidak mampu peka terhadap amaran badannya jika mencampurkan minuman beralkohol ketika makan besar mengakibatkan pemakanan berlebihan,” katanya. – Agensi

Anjing Kongsi Susu Badan Wanita

Susu
Seorang wanita sanggup memberi susu badannya kepada seekor anak anjing yang hampir mati akibat enggan makan.
Wanita yang enggan dikenali itu berkata, dia tidak sampai hati melihat anak anjing itu terlalu lemah kerana enggan makan.
“Melihat keadaannya saya rasa seolah-olah anjing itu akan mati dalam sejam jika tidak makan kerana terlalu lemah dan tidak mampu bergerak.
“Saya tidak tahu apa lagi nak buat. Rasanya tidak sanggup nak duduk saja dan melihat anjing itu mati perlahan-lahan,” katanya kepada rangkaian berita tempatan KRDO-TV.
Menurutnya, haiwan itu yang paling kecil dalam sekumpulan anak anjing yang ditemuinya.
Wanita itu yang mempunyai anak perempuan berusia 15 bulan mengakui rasa ‘pelik’ ketika pertama kali membiarkan anak anjing itu menyusu badannya.
Namun dia tidak menyesali perbuatannya itu kerana yakin haiwan berkenaan pasti mati jika tidak mendapat susu.
Malah, anak anjing itu kini semakin sihat dan tidak lagi perlukan susunya.
Menurut KRDO, gambar wanita itu menyusukan anak anjing itu disebarkan di Internet selepas dia menyiarkan gambar di laman Facebook miliknya menjelaskan alasannya berbuat demikian.
Walaupun ramai yang mempertikaikan tindakannya, ada juga yang memujinya.
“Saya rasa dia sangat hebat kerana sanggup membantu seekor anak anjing yang lemah,” kata seorang pengguna Internet di laman web KRDO.

VIDEO: Jom Layan Pak Ali The Legend

VIDEO: Jom Layan Pak Ali The Legend


Melaka – Persembahannya cukup menghiburkan dan pasti mencuit hati setiap orang menonton sehingga ada yang sanggup menunggu lama semata-mata mahu melihat dia beraksi.
Hampir setiap hari warga emas Mohamad Ali Husin, 57, sanggup bersengkang mata bermula jam 9 malam sehingga 1 pagi hanya sekadar mahu menjadi penyeri bagi menghidupkan suasana malam di kawasan pelancongan Hang Tuah Mall di Jalan Hang Tuah, di sini, sejak lima tahun lalu.

Sempat Beritahu Pembunuh Sebelum Ajal Dalam Ambulans…

bunuh
KUANTAN – Seorang penyelia sebuah syarikat kenderaan di Gebeng, dekat sini, sempat memberitahu dia disamun lelaki berpakaian seragam sebelum menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, akibat ditikam tiga kali, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2.20 pagi, Md Saipul Mizan Ibrahim, 33, dari Lorong Balok Sejahtera 12, Beserah, dekat sini, meninggal dunia selepas ditikam di mulut, dada dan bawah pusat.
Dompet dan telefon bimbitnya turut dilarikan selain sebuah pacuan empat roda digunakan mangsa yang juga milik syarikatnya hilang dari kawasan itu.
Ketika kejadian, mangsa yang berada di kawasan parkir di tempat kerjanya berlari ke arah pondok pengawal untuk mendapatkan bantuan selepas ditikam penjenayah sebelum rebah dalam berlumuran darah di situ.
Melihatkan kejadian itu, pengawal keselamatan yang bertugas menghubungi ambulans milik syarikat sebelum mangsa dikejarkan ke HTAA untuk rawatan lanjut.
Difahamkan, ketika di dalam ambulans, mangsa sempat memaklumkan dia disamun penjenayah berpakaian seragam sebelum meninggal dunia.
Isteri mangsa, Nik Faizah Nik Fadzil, 26, berkata, dia tidak menyangka kejadian itu boleh menimpa suaminya, apatah lagi mereka baru pulang daripada bercuti sempena Tahun Baru Cina, baru-baru ini.
“Walaupun sedih dan terkejut, saya reda dengan ketentuan dan ini cabaran paling getir dalam hidup saya,” katanya yang tidak mempunyai cahaya mata.
Katanya, mangsa keluar dari rumah jam 6.30 petang kelmarin untuk masuk bekerja bermula jam 7 malam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Superintendan Mohd Haris Daud berkata, siasatan masih dilakukan dan sehingga kini belum ada tangkapan dibuat. – Harian Metro

Noor Kumalasari – ‘Anita Sarawak Dan Mahathir Masih Bersama’

Noor Kumalasari - 'Anita Dan Mahathir Masih Bersama'
MUNGKIN  ramai yang menganggap ‘kehilangan’ penyanyi Anita Sarawak gara-gara pergolakan rumahtangganya dengan suaminya, Mahathir.
Desas-desus yang timbul juga menyatakan pasangan itu kerap bergaduh sejak dua tahun lalu dan dikatakan perbalahan antara mereka pernah disaksikan sendiri oleh rakan baik Anita.
Dek kerana kecewa, penyanyi itu dikatakan mengambil keputusan untuk kembali semula ke Las Vegas bagi menenangkan jiwanya.
Bagaimanapun, menerusi sisipan B*Pop, adik tirinya yang juga pelakon Noor Kumalasari memberikan penjelasan.
“Setahu saya, Anita dan Mahathir masih lagi bersama. Dan, baru tiga minggu lalu kami berbual di telefon dan saya bertanya khabar Mahathir.
“Kalau nak katakan mereka sudah lama berpisah sejak kembali semula ke Las Vegas, itu tidak mungkin. Adik saya pernah menghubungi Anita, ketika itu Mahathir yang jawab panggilan telefon. Anita pula ketika itu sedang berenang. Itu berlaku kira-kira beberapa bulan sekembalinya Anita ke Las Vegas.
“Cerita Anita dan Mahathir berpisah memang tidak betul,” tegasnya.
Noor Kumalasari menambah, pada waktu yang terdekat ini, Anita mungkin tidak akan kembali ke Malaysia kerana masih terluka dan kecewa dengan tomahan negatif.
“Setahu saya, Anita banyak menghabiskan masa bersama Mahathir selain menguruskan perniagaannya sejak dulu.
“Janganlah dengar dan percaya cerita yang tidak betul. Jika hendak tahu kebenarannya, bertanyalah pada saya dan keluarga kami. Bukannya apa, jika cerita tidak betul boleh menimbulkan fitnah.
“Harapan saya, doakanlah yang terbaik buat Anita dan Mahathir. Doakan mereka akan terus bersama hingga ke akhir hayat, bukan mendoakan mereka bercerai-berai,” pesannya.
Diharap dengan penjelasan ini, tiada lagi spekulasi atau kata-kata negatif mengenai Anita selepas ini.
Bagaimanapun, mungkin masih ramai yang berharap agar penyanyi itu sendiri akan tampil memberi penjelasan.
Paling tidak pun, cara paling mudah tanpa perlu berkata-kata ialah dengan menghantar gambar terkini bersama Mahathir untuk tatapan para peminat di Malaysia, betul tak?
Oleh: ELZA

Polis Nafi Penyokong Pahang Maut

Polis Nafi Penyokong Pahang Maut Dalam Pergaduhan


KUANTAN – Polis Pahang hari ini menyangkal dakwaan yang disiarkan dalam beberapa laman sosial kononnya seorang penyokong bola sepak Pahang maut dalam pergaduhan dengan penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.
“Masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan khabar angin sedemikian lebih-lebih lagi apabila disiarkan di laman sosial.
“Provokasi seperti ini tidak harus terjadi dan ia wajar dihentikan kerana boleh menjurus kepada pergaduhan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, polis hanya menerima empat laporan berkaitan pergaduhan yang berlaku di Kuantan serta Pekan dan siasatan terperinci masih dijalankan bagi mencari punca kejadian berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman turut menafikan perkara yang sama dan meminta pihak terbabit berhenti menyebarkan perkara itu di laman sosial.
“Tohmahan dan dakwaan itu tidak benar malah ada beberapa gambar yang dimuat turun di laman sosial itu juga adalah palsu.
Perkara ini harus dihentikan segera kerana ia bakal mengundang kemarahan masyarakat khususnya peminat bola sepak negara kita selain boleh menyebabkan pergaduhan berpanjangan,” katanya.
Jumaat lepas berlaku provokasi antara penyokong dua pasukan itu selepas tamat perlawanan Liga Super mengakibatkan berlaku pergaduhan di luar Stadium Darul Makmur dan hadapan IPD Pekan sehingga mencederakan beberapa orang penyokong dan orang awam.
Polis bagaimanapun berjaya meleraikan pergaduhan dan mengawal situasi berkenaan sebelum semua penyokong JDT kembali menaiki bas diiring pulang ke Johor.  – BERNAMA

Bye Bye Rahim…Khidmatnya Bersama Sepahtu Berakhir…

Bye Bye Rahim...Khidmatnya Bersama Sepahtu Berakhir...
SHAH ALAM – Juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) kumpulan Sepahtu memberitahu tiada sebarang perancangan untuk terus mengekalkan salah seorang anggotanya iaitu Rahim dalam mana-mana aktiviti kumpulan tersebut.
Ahli kumpulan itu, Jepp atau nama sebenar Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata, pengambilan Rahim dalam Sepahtu hanya sebagai projek istimewa bagi MLM 2013.
“Kita hanya mengambil Rahim sebagai projek istimewa untuk MLM 2013 ini dan buat masa ini tiada perancangan untuk meneruskan kumpulan ini.
“Bagaimanapun saya mengakui selesa dan senang bekerja dengannya kerana Rahim seorang yang sangat komited dalam kumpulan,” katanya pada sidang media selepas pertandingan itu di Stadium Malawati, di sini, malam Jumaat.
Sepahtu dianggotai oleh Jepp, Shuib dan Rahim.
Dalam pada itu, Rahim berkata, dia sudah dijelaskan dengan perkara tersebut sebelum menyertai kumpulan tersebut.
“Saya sudah dijelaskan awal-awal tentang perkara ini oleh pihak Astro. Namun saya bersyukur kerana diberi peluang bersama Sepahtu yang akhirnya membawa nama saya sebaris dengan mereka.
“Bagi saya, tidak ada perasaan kecil hati atau terasa kerana tidak bersama Sepahtu selepas ini,” katanya.
Sementara itu, mengulas tentag kejayaan tersebut, Jepp berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada sokongan kuat daripada peminat-peminat mereka.
Jelasnya, mereka akan mengadakan jamuan bagi meraikan kejayaan tersebut dan membalas jasa peminat.
“Kami sangat terharu dengan sokongan peminat, ada yang sanggup mengadakan kenduri sebelum hari pertandingan ini untuk mendoakan kemenangan kami.
“Kami menghargai sokongan mereka dan Insya-Allah kita akan adakan jamuan untuk membalas sokongan mereka,” ujarnya.
Kumpulan Sepahtu diumum sebagai juara MLM2013 dengan menewaskan empat peserta lain iaitu Shiro, Bocey, Jambu dan Nabil.
Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro. Mstar.com.my

Sakinah Sengaja Muat Naik ‘Gambar-Gambar Panas’ Untuk Lihat Reaksi…

Sharifah Sakinah Makin Suka Tayang Badan
SELEPAS kecoh dengan video ‘gila-gila’nya, terbaru nama Sharifah Sakinah sekali lagi dikecam akibat gemar berkongsi gambarnya di Instagram melakukan senaman dengan menggenakan pakaian yang seksi untuk tontonan umum.
GAMBAR: Peminat 'GERAM' Tengok Sakinah Seksi, Ada Yg Gelar KARIPAP PANAS!

Pasangan Malaysia Di Sweden Didakwa Isnin

Shalwati
KUALA LUMPUR – Pasangan Malaysia yang ditahan reman di Sweden bagi membolehkan siasatan terhadap insiden tangan anak lelaki mereka dikatakan dipukul, dijangka didakwa di mahkamah daerah Stockholm esok (10 Feb).
Kristofer Stahre, peguam bagi Shalwati Nurshal, ibu kanak-kanak itu, berkata pendakwa, Anna Arnelle memberitahu beliau (Stahre) bahawa ia akan mengemukakan dakwaan itu terhadap pasangan berkenaan.
“Jika pendakwa mengemukakan dakwaan, beliau (Anna) berkemungkinan besar akan mengemukakannya terhadap kedua-dua ibu bapa itu.
“Dakwaan itu akan menjadi rasmi pada 10 Feb, jam 11.00 pagi (6ptg waktu Malaysia) dan anda (media) boleh mendapatkan pengesahan perkara itu dengan menghubungi mahkamah daerah atau pejabat pendakwa,” katanya kepada Bernama menerusi e-mel hari ini.
Stahre berkata anak guamnya akan mencabar dakwaan itu.
Beliau berkata tiada pendengaran dibuat pada hari itu dan pendakwa akan menyerahkan dakwaan secara bertulis.

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Dalam Kebakaran Hotel Di Madinah

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Dalam Kebakaran Hotel Di Madinah
KUALA LUMPUR –  Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit atau cedera dalam kebakaran di Hotel Ishraq al-Madinah, Arab Saudi pada Sabtu, kata Kementerian Luar hari ini.
“Setakat ini, laporan dari Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengesahkantiada rakyat Malaysia terbabit atau cedera ekoran insiden itu,” kata Kementerian Luar dalam kenyataan.
Kementerian akan terus berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah untuk memantau perkembangan selanjutnya, menurut kenyataan itu.
Kebakaran pada Sabtu di Hotel Ishraq Al Madinah, yang terletak kira-kira 350 meter dari Masjid Nabawi, mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang manakala 130 lagi cedera. – Bernama

Fesyen Pelik Dan Merepek Neelofa Jadi Lawak Viral Di Media Sosial

meletopp
Tak sampai sebulan pulang ke tanah air selepas menyambung pengajiannya di New York, nama Neelofa Mohd Noor kembali hangat diperkatakan peminat industri hiburan seni tempatan.
Ini gara-gara fesyen pakaian pelik yang digayakannya semasa mengacarakan Anugerah Meletop Era yang bersiaran langsung dari Stadium Bukit Jalil, semalam.
Rata-rata ramai mempersoalkan keberanian Neelofa menggayakan dua pakaian berwarna merah jambu dan hijau tersebut yang dilihat seakan menyerupai kostum watak animasi popular suatu ketika dahulu.

EKSKLUSIF: Air Asia Promosi Nasi Lemak LENGKAP, Lawan Nasi Lemak TELANJANG MAS!

EKSKLUSIF: Air Asia Promosi Nasi Lemak LENGKAP, Lawan Nasi Lemak TELANJANG MAS!
INI memang terbaik!
Kita semua tahu chef selebriti terkenal, Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand baru-baru ini telah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS).
Menggelarnya sebagai ‘telanjang’, dia kesal kerana menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis.
Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, nasi lemak tersebut hanya dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja.
Chef Wan - 'Nasi Lemak MAS Macam Telanjang'

SEGERA: STING Bukit Aman Lumpuhkan Sindiket Edar Syabu Dari Iran

SEGERA: STING Bukit Aman Lumpuhkan Sindiket Edar Syabu Dari Iran
Ketua Polis Negara melalui akaun twitter mengucapkan syabas kepada team STING kerana berjaya menyerbu makmal memproses Syabu di Ampang Putra sekaligus menumpaskan sindiket pengedar Syabu dari Iran.
1797419_734697633207213_1764954683_n
Polis baru-baru ini menubuhkan sebuah pasukan elite yang dipanggil ‘Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING)’ secara rasminya dilancarkan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, pagi tadi.
Seramai 61 pegawai dan 138 anggota yang diketuai oleh dua orang Timbalan Komander berpangkat Senior Assistant Commisionner (SAC) di mana mereka telah melalui sesi pemilihan yang ketat bagi menjaga kualiti tugas yang dilihat akan memberi impak jauh lebih positif daripada sebelum ini.
‘STING’ di bawah kendalian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) ini ditubuhkan untuk menangani kes-kes jenayah yang membabitkan sindiket pengedaran dadah yang sering melibatkan kumpulan kongsi gelap.
Selain itu, pasukan elite STING juga akan mengenal pasti,mengesan,menyekat dan membongkar segala aktiviti dadah termasuk makmal haram memproses dadah.

Cabaran Kumpul Dana RM1 Bilion Alumni UiTM

Alumni UiTM Disaran Jana Sumbangan Wakaf
BAGI memastikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus berkembang sebagai institusi pengajian tinggi terulung di rantau ini, Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh menyarankan agar Persatuan Alumni UiTM berusaha menjana sumbangan wakaf.
Ia berdasarkan jumlah keahlian alumni UiTM yang telah melebihi angka 500,000 orang graduan.
Mengambil contoh universiti-universiti terulung dunia yang memperoleh sumbangan kewangan yang cukup tinggi, Idris berkata, secara tidak langsung ia membolehkan pelbagai usaha peningkatan penyelidikan dapat dijalankan selain bergantung kepada bantuan kerajaan.
Menurutnya, Universiti Harvard adalah antara institusi yang mempunyai kekuatan kewangan melebihi nilai RM100 bilion.
“Saya lihat perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil berdasar jumlah keahlian alumni UiTM yang mencecah angka setengah juta orang. Jika setiap dikalangan ahli beri sumbangan RM2,000, maka hasrat menjana RM1 bilion ini akan mampu direalisasikan,” ujarnya.

BN Sarawak Terima Keputusan Taib Untuk Bersara

BN Sarawak Terima Keputusan Taib Untuk Bersara
KUCHING – Kesemua empat parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak hari ini mencapai kesepakatan untuk menerima keputusan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk meletak jawatan dan menyokong sesiapa sahaja yang beliau pilih menggantikannya.
Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata selain Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diterajui Taib sebagai presiden, kesepakatan itu disuarakan menerusi presiden parti komponen BN lain iaitu Tan Sri Dr James Jemut Masing (Parti Rakyat Sarawak), Tan Sri William Mawan Ikom (Parti Progresif Demokratik Sarawak) dan Tan Sri Peter Chin (Parti Rakyat Bersatu Sarawak).
“Kesemua pemimpin bersetuju untuk bekerja keras sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri yang dijangka diadakan pada 2016 dan Yang Amat Berhormat Pehin Sri (Taib) memberi jaminan beliau sentiasa sedia untuk memberi nasihat kepada kami,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat tertutup antara Taib dan pemimpin berkenaan serta anggota Dewan Tertinggi BN di ibu pejabat PBB di sini.
Taib, menurut Dr Rundi, menegaskan bahawa tiga pemimpin PBB — Timbalan Presiden Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Naib Presiden Kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Anggota Majlis Tertinggi Tan Sri Adenan Satem — merupakan bakal penggantinya.
Ditanya sama ada pengumuman Taib semalam membayangkan tarikh khusus persaraan dan bakal penggantinya, Dr Rundi menjawab: “Hanya Tuhan dan beliau (Taib) saja yang tahu.” – BERNAMA

Gaya Selebriti Di Red Carpet Anugerah Meletop

meletop (1)
Walaupun fesyen merepek Neelofa teruk dikritik dan dikecam sebilangan besar peminat hiburan tanah air, tak dinafikan ramai juga artis dan selebriti yang hadir pada Anugerah Meletop Era yang diadakan di Stadium Bukit Jalil, semalam tampil kacak dan menawan bagi menghormati penganjur majlis.
Antara yang kelihatan cantik dengan persalinan yang digayakan mereka ialah Lisa Surihani, Siti Saleha, Nabila Huda dan Emma Maembong.
Sementera itu, artis lelaki juga tidak ketinggalan bergaya sakan pada majlis tersebut antaranya Iz OIAM, Zizan Razak dan Hafiz Suip.
Jom saksikan fesyen-fesyen yang penulis rasakan ‘meletop’ pada anugerah penuh berwarni-warni yang dihoskan Nabil, Neelofa dan Dato AC Mizal itu.