Kuala
Terengganu: “Dia (Haslinda) sepatutnya bersyukur kerana Allah masih
memberinya peluang kembali ke pangkal jalan. Jadi, saya menasihatkan dia
supaya segera bertaubat kerana dosanya amat besar.”
Itu
kata Imam Besar Masjid Negeri Terengganu Aizi Saidi Abdul Aziz mengenai
kejadian menimpa Haslinda yang sebelum ini menggunakan batu mani gajah
sebagai tangkal untuk memikat dan mengikis wang lelaki.
Menurutnya,
Haslinda wajib kembali kepada ajaran Islam sebenar kerana perbuatan
menggunakan tangkal adalah syirik kerana batu mani itu menjadi istimewa
dengan bantuan syaitan.
“Percaya
kepada kuasa yang ada pada makhluk boleh menandingi kekuasaan Allah
sebenarnya perbuatan menyalahi hukum agama dan perlu pulang ke pangkal
jalan,” katanya.
Pengamal
Perubatan Tradisional Azman Ahmad, 38, pula berkata, kebiasaannya
pengamal ilmu hitam akan menyeru semangat yang dipuja pada jenglot atau
dikenali juga anak kerak untuk menimbulkan gangguan kesihatan dan
pemikiran mangsanya.
“Jenglot
biasanya diamalkan pengamal perubatan dari tanah seberang dan patung
itu perlu dipuja untuk menghidupkan kuasanya,” katanya.