Pengantin Hilang Memori Selepas Koma

Pengantin Hilang Memori Perkahwinan Selepas Koma
BAGI pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan, perjalanan seterusnya diharap memberikan kebahagian dan kehidupan baru buat mereka.
Namun, malang bagi seorang wanita, Amanda Karth, 27 yang baru beberapa jam bergelar isteri apabila dia tiba-tiba mengalami serangan jantung.
Mujurlah ia disedari oleh suaminya, Cody yang lantas menghubungi talian kecemasan 911 untuk mendapatkan bantuan.
Pengantin Hilang Memori Perkahwinan Selepas Koma

Amanda kemudiannya dikejarkan ke hospital, tetapi koma selama empat hari.
Selepas tersedar daripada koma, Amanda sekali lagi ditimpa malang apabila dia langsung tidak dapat mengingati memori perkahwinannya.
Doktor yang merawatnya kemudian mengesahkan wanita itu mengalami fenomena yang jarang berlaku iaitu sindrom ‘Broken Heat’.
10 bulan kemudian, sebuah program televisyen, Inside Show telah mengambil inisiatif untuk mengadakan semula majlis perkahwinan pasangan tersebut selepas tertarik dengan kisahnya.
amanda5
Majlis yang dihadiri oleh rakan, keluarga dan ahli paramedik yang menyelamatkan nyawanya dulu cuba mengulangi semula setiap detik bersejarah termasuklah tarian pertama bersama suaminya dan upacara memotong kek.
amanda3
amanda4
amanda
amanda2
Biarpun dia tidak dapat mengingati majlis yang terdahulu, namun diharap memori majlis kedua ini akan terus kekal dalam ingatannya.
Oleh: ELZA (Sumber: Daily Mail)