VIDEO: BALISTIK…Filem Aksi Melayu Terbaru Bakal ‘Pecah Panggung’?


SELEPAS kejayaan Shamsul Yusof dengan filem aksi KL Gangster 1 dan 2, sebuah lagi filem tempatan disebut-sebut bakal menyaingi kehebatan karya berkenaan.

Pada 9 Februari depan, filem terbaru , Balistik bakal menemui peminat filem tanah air.

Balistik merupakan sebuah filem aksi yang mengangkat tema gangsterism dengan suntikan drama dan kasih sayang selain membawa mesej tersendiri kepada penonton tempatan.


Filem ini akan dibarisi oleh pelakon-pelakon popular seperti Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Raykarl, Dato’ Rahim Razali, Jack Lim dan Mei Yan.


Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga lakonan Rosyam Nor yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar).

Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama.

Enam tahun kemudian, Saga sudah pun membina hidupnya dengan aktif dalam dunia gangsterism bersama temannya, Jack (Jack Lim). Rykarl dibesarkan oleh Saga tanpa kasih sayang seorang ibu. Anak kesayangannya yang sudah pun bersekolah tadika itu sangat rapat dengan gurunya, Zira. Keakraban ini akhirnya mewujudkan rasa sayang Zira kepada Saga, ayah Rykarl.

Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam lakonan Ady Putra yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil.

Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam.

Balistik bukan saja membariskan pelakon terkenal dengan lakonan yang hebat, malah filem ini turut mempamerkan sebuah plot cerita, aksi dan kemelut dunia gangsterism yang penuh drama dan air mata.


FAKTA

1- Rosyam Nor dan Datuk Kelvin Tan pada mulanya berkongsi tukang jahit yang sama sebelum kedua-duanya berpakat menubuhkan RK Screen.

2- DJ terkenal MyFM, Jack Lim dan beberapa pelakon Cina yang lain seperti Gan Mei Yan, Jason Phang dan Jeff Chin dijangka menjadi faktor penarik untuk golongan Cina menonton filem ini.

3- Pengarah filem Silver Yee pernah bekerjasama dengan Rosyam melalui drama CID pada tahun 2006.

4- Menggunakan ramai ‘stunt man’ termasuk dari Hong Kong.

5 – Filem yang menjalani penggambaran selama 29 hari ini menelan belanja RM2.5 juta termasuk kos promosi.

6- Memperuntukkan kos sebanyak RM45,000 untuk senjata api termasuk 1,000 butir peluru.

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Jan


Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Jan depan, menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan di sini Selasa.
Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
“Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut,” kata kenyataan itu.


Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.


Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Dis ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.
Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.
Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.


Dr. Harlina Halizah Siraj Tegur Rozita Che Wan






Bismillah ~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani~
Assalamualaikum wahai reader sekalian


Sekarang ini heboh berkenaan Rozita Che Wan pakai skirt yang sangat singkatt sehinggakan menampakkan tempat yang tidak sepatutnya..

Atq taknak share gambar tersebut, buat dosa sahaja di blog atq nie. Kalau hendak tahu gambar yang mana, sila search sendiri ye.
Mungkin Dr. Harlina aka Dr. Har ini bukan sahaja menegur Che Ta, tetapi menegur semua artis yang suka memberi komen tanpa berfikir.
Antara komen Dr. Har adalah.



FROM DR HAR WITH LOVE
TEGURAN IKHLAS BUAT YANG BERKENAAN
Salam ukhuwah
Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.
Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan :
`Who cares?’, Dr Har jawab
`I do care! A lot!‘
Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :
Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!
Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku! ‘
Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini : Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan. Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada dirimu?
Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaĆ­) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu.
Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran.
Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah.
Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!
Salam ukhuwah :
Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)

by Wardina Safiyyah OfficialPage (Notes)

(19 GAMBAR) Majlis Perkahwinan Farawahida & Abdul Shukor Daripada Bicara Lensa

Kalau sebelum ini Farawahida sengaja menyorokkan wajah bakal suaminya, kini semua orang sudah dapat melihat wajah si jejaka yang berjaya mencuri hatinya. Semoga pasangan pengantin baru ini akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Banyak dugaan dan pancaroba yang sudah ditempuhi terutamanya oleh Farawahida sebelum bergelar isteri. Anggaplah ia asam garam kehidupan.
Lagi 17 keping gambar sekitar majlis perkahwinan Farawahida dan Abdul Shukor dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook BicaraLensa.

gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
Sumber: beautifulnara

Gadis Tunisia 'jihad seks' di Syria hingga hamil

Menteri Dalam Negeri Tunisia, Lotfi Bin Jeddo telah membuat satu kenyataan yang mengejutkan. Beliau mendakwa sejumlah kumpulan gadis Tunisia telah ke Syria untuk berjihad seks telah kembali dalam keadaan hamil. 

Televisi Al Arabiya melaporkan, gadis-gadis Tunisia ini melakukan hubungan seks dengan 20 hingga ratusan pemberontak Syria. "Mereka hamil atas nama jihad seksual dan kita hanya berdiam saja tanpa berbuat apa-apa pun," ucap Jeddo di Majlis Konstituen Nasional. 

Jeddo mendakwa telah melarang enam ribu warga Tunisia untuk pergi ke Syria sejak bulan Mac lalu dan menangkap 86 orang yang disyaki terlibat dalam sindiket pemuda Tunisia untuk berjihad di Syria.

"Pemuda-pemuda Tunisia ditempatkan di garis depan medan tempur dan diajar cara merompak dan menyerbu desa-desa di Syria," kata Jeddo. 


April lalu, mantan Mufti Tunisia, Othman Battikh, mengatakan 13 gadis Tunisia ditipu untuk pergi ke Syria. Mereka dijadikan pelayan seks bagi para pemberontak yang ingin menggulingkan rezim Basyar al-Assad. Battikh dipecat dari jabatannya, karena menyebut jihad seks adalah bentuk lain dari pelacuran.



"Demi alasan jihad di Syria mereka memaksa gadis-gadis pergi ke sana. Tiga belas gadis Tunisia dikirim ke sana untuk jihad seks. Apa pula ini? Ini yang disebut pelacuran. Ini benar-benar merosak moral," kata Battikh kepada wartawan.

Pengarah Umum Keamanan Masyarakat, Mustafa Bin Omar, mendakwa jaringan Al-Qaidah Ansar Shariah telah menggunakan gadis-gadis yang masih remaja yang berpakaian tertutup untuk menjadi pemuas seks para pria yang sedang jihad.

Gambar Sekitar pengebumian jenazah Azean Irdawaty di Bukit Kiara


Jenazah pelakon Azean Irdawaty selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara sekitar tengah hari tadi sejurus selepas disembahyangkan di Masjid Al-Mamuriah Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya.

Antara yang hadir dalam acara pengebumian itu ialah kesemua ahli keluarga terdekat Allahyarham termasuk Datuk Shuhaimi Baba, Rosyam Nor, Ako Mustapha, Elly Suriati, Sasha Mohd Saidin dan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.

Berikut ialah beberapa keping gambar menyedihkan sepanjang acara pengebumian diadakan. Sememangnya pemergian Azean merupakan satu kelihangan besar kepada industri hiburan tempatan khususnya di kalangan pelakon veteran berbakat.










Misteri Formasi Lambang Aneh Dasar Laut Akhirnya Terjawab

Penemuan formasi Crop Circle aneh di dasar laut yang menjadi misteri akhirnya terjawab.Orang yang menemuinnya namanya Yoji Ookata. beliau telah mendokumentasikan aktivitinya selama 50 thn. Ketika menemui penemuan ini, dia lantas menghubungi NHK dan jurukamera untuk mengabadikan penemuan ini.

Crop Circle ini berada di kedalaman 80 kaki, percayakah anda, yang membuatnya adalah seekor ikan. Ikan yang ditemui dalam keadaan suram dan tengah melakukan crop circle. Dan tujuannya membina Crop Circle adalah untuk menarik perhatian ikan jantan kerana ikan jantan tertarik akan bentuk gelombang berbukit dari pasir.