Cabaran Kumpul Dana RM1 Bilion Alumni UiTM

Alumni UiTM Disaran Jana Sumbangan Wakaf
BAGI memastikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus berkembang sebagai institusi pengajian tinggi terulung di rantau ini, Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh menyarankan agar Persatuan Alumni UiTM berusaha menjana sumbangan wakaf.
Ia berdasarkan jumlah keahlian alumni UiTM yang telah melebihi angka 500,000 orang graduan.
Mengambil contoh universiti-universiti terulung dunia yang memperoleh sumbangan kewangan yang cukup tinggi, Idris berkata, secara tidak langsung ia membolehkan pelbagai usaha peningkatan penyelidikan dapat dijalankan selain bergantung kepada bantuan kerajaan.
Menurutnya, Universiti Harvard adalah antara institusi yang mempunyai kekuatan kewangan melebihi nilai RM100 bilion.
“Saya lihat perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil berdasar jumlah keahlian alumni UiTM yang mencecah angka setengah juta orang. Jika setiap dikalangan ahli beri sumbangan RM2,000, maka hasrat menjana RM1 bilion ini akan mampu direalisasikan,” ujarnya.

Idris berkata demikian sewaktu ‘Program Santai Bersama Menteri Pendidikan II’ bersama pelajar UiTM di kampus Kuantan, anjuran Persatuan Alumni UiTM Malaysia.
Alumni UiTM Disaran Jana Sumbangan Wakaf
Alumni UiTM Disaran Jana Sumbangan Wakaf
Dalam majlis tersebut, Idris Jusoh membuktikan komitmen beliau terhadap saranan tersebut apabila membuat sumbangan awal berjumlah RM10 ribu.
Beliau turut bercadang untuk menyarankan adik-beradik beliau yang pernah belajar di UiTM memberi sumbangan kepada alumni.
Alumni UiTM Disaran Jana Sumbangan Wakaf
Alumni UiTM Disaran Jana Sumbangan Wakaf
Sementara itu, Presidennya, Datuk Zaini Hassan melihat saranan tersebut sebagai sesuatu yang tidak mustahil untuk direalisasikan andai setiap alumni komited dan mempunyai rasa tanggungjawab untuk menyumbang kembali kepada institusi tersebut.
Mengimbas kembali sejarahnya, UiTM telah melahirkan ramai tokoh dalam pelbagai bidang termasuklah nama-nama besar seperti Tan Sri Hamad Kama Piah selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Dato’ Kamaruddin Meranun selaku pengasas bersama Air Asia, Datuk Seri Shazali Ramly (Celcom Axiata), Dato’ Sri Zukri Samat (Bank Islam), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin (Boustead Holdings Berhad), Tan Sri Mohd Salleh Sulong, Tan Sri Mohd Kamil Jamil (DRB-Hicom), dan Datuk Aminar Rashid Salleh (Perodua). – Mynewshub.my