Lumpuh!!! Ribut paling teruk dalam tempoh 60 tahun


Ribut Xaver menyebabkan jeti di pantai utara Dagebuell, Jerman, musnah. Ribut paling teruk dalam tempoh 60 tahun itu menyebabkan Belanda, Denmark, Scotland dan Britain mengalami banjir. - EPA

Terkini: Ibu tunggal bina rumah rakit hadapi banjir


JERANTUT - Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Garuk sanggup menghabiskan RM4,000 untuk membina sebuah rumah rakit bagi menempatkan barangan dan harta benda daripada ditenggelami air setiap kali musim banjir tiba.

Hanisah Mat Sarif, 45, berkata, dia membina rumah rakit itu sejak tahun 2005 bagi persediaan awal untuk menghadapi banjir yang berlaku di kampung mereka.

Menurutnya, dia yang berniaga kecil-kecilan di kampung itu perlu membuat rumah rakit itu kerana tidak sanggup mengalami kerugian besar setiap tahun akibat banjir.

“Apabila tiba musim tengkujuh saya akan simpan semua barangan rumah termasuk peralatan elektrik dalam rumah rakit ini. Alhamdulillah, usaha dan inisiatif saya ini mampu menyelamatkan harta benda daripada musnah akibat banjir.

“Saya juga jadikan rumah rakit ini sebagai tempat perlindungan kerana rumah saya dinaiki air,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jerantut Feri, Sabri Kamaludin berkata, walaupun ibu tunggal itu menjadikan rumah rakit itu sebagai tempat perlindungan tetapi dia perlu juga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Menurutnya, ini kerana ia melibatkan keselamatan selain perlu mendapatkan bantuan banjir yang disediakan kerajaan.-SHarian





(Gambar) Kemalangan Maut Di Senawang Melibatkan Enam Kenderaan



Oh! Media ada melaporkan tentang satu kemalangan lebih kurang jam 4:45 petang di Lebuhraya PLUS Arah Selatan yang membabitkan 6 buah kenderaan berhampiran exit Senawang menghala ke Pedas.
Kemalangan melibatkan sebuah tanker, trailer, Myvi, Innova dan Kawasaki RR. Driver bas meninggal dunia. Baby dalam Myvi cedera manakala ibunya dan bapanya meninggal dunia. Pemandu trailer selamat. Penunggang motosikal patah kaki.
Myvi hancur menyebabkan mayat si ibu dan bapa tidak dapat dikeluarkan. Bayi terselemat kerana si bapa sempat memeluk bayi tersebut. Si ibu dilaporkan mengalami kecederaan yang mengerikan di mana hancur keseluruhan badan.
Innalillah. Takziah dari buat semua keluarga mangsa yang terkorban.

Gambar:












Kenapa digelar? ‘Rangka hidup’ pegang watak Wonder Women

Los Angeles: Peminat filem Hollywood merungut kerana aktres Israel, Gal Gadot diberikan tawaran sebagai Wonder Woman dalam filem Batman vs Superman.

Semalam penerbit filem itu mengumumkan Gal, 28, ditawarkan ditawarkan watak Wonder Woman tetapi mendapat reaksi negatif di kalangan peminat.
Kebanyakan mereka berpendapat Ratu Cantik Israel 2004 itu tidak memiliki tubuh yang menawan, malah terlalu kurus.


Peminat yang cuma dikenali sebagai CarlPearce666 menulis: “Saya dengar Warner Bros menawarkan watak Wonder Woman kepada rangka hidup… memang pelik!”
Seorang lagi peminat haz_elnino pula menulis dalam Twitternya: “Satu-satunya perkara yang saya bimbangkan apabila Gal Gadot menjadi Wonder Woman ialah dia terlalu kurus bagaikan pesakit anoreksia.
Masa untuk tambahkan berat badan.” Bagaimanapun, pengarah filem itu Zack Snyder berkata Gal ialah pilihan yang tepat untuk watak itu. Filem Batman vs Superman bakal ditayangkan pada 17 Julai 2015. – Agensi
Foto: GAL

(Video) Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 4



Tema minggu ini = Spoof (Parody).

Keputusan Undi Sebelum Persembahan :


Part1 Comey :


Part2 Sepahtu :


Part3 Saywho :


Part4 Nabil :


Part5 Bocey :


Part6 Mamu :


Part7 Boboi :


Part8 Wala :


Part9 Shiro :


Part10 SYJ :


Part11 Zero :


Part12 Jambu :


Part13 Penyingkiran :
Sumber Video: guatv

7 gambar mayat wanita ditemui separuh bogel dlm lubang saluran lif Pangsapuri Sri Selangor





KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel ditemui dalam lubang saluran lif di Blok 11 Pangsapuri Sri Selangor, Jalan San Peng, di sini, kira-kira jam 7 malam semalam.

Mangsa berusia bawah 20-an itu dipercayai bukan penduduk pangsapuri berkenaan, namun sering kelihatan di situ dipercayai ke rumah teman lelakinya yang menetap di situ.

Bagaimanapun, sejak seminggu lalu, mangsa dan teman lelakinya tidak kelihatan sebelum mayat wanita terbabit ditemui pihak pengurusan pangsapuri yang menerima aduan daripada penduduk berikutan bau busuk ketika menaiki lif.

Penduduk yang mahu dikenali dengan Ong, 40-an berkata, dia sering terhidu bau busuk setiap kali menggunakan lif untuk ke rumahnya.

Akibat tidak tahan dengan bau yang meloyakan itu katanya, dia dan penduduk lain berpakat melaporkan kepada pihak pengurusan yang kemudian membuat pemeriksaan.

“Petang tadi (semalam) saya pergi ke pejabat pengurusan bersama rakan untuk mengadu hal ini dan pihak pengurusan memberitahu akan membuat pemeriksaan.

“Alangkah terkejutnya apabila mendapati bau busuk yang selama ini disangka bau sampah adalah bau mayat. Pihak pengurusan kemudian membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu, sepasukan lima anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Jentera yang tiba kira-kira 10 minit kemudian mendapati mayat terbabit sudah membengkak dalam keadaan terlentang di bahagian bawah saluran lif,” katanya.

Menurutnya, jantina dan punca kematian masih belum dikenal pasti. -Hmetro







Sumber Gambar: Bomba Malaysia

Menteri Kena Sindir Kaw2 Dengan Saiful Nang Dalam Isu Banjir!!!!!!



Saiful Nang menulis ;

MARI BELAJAR MATEMATIK | EDISI KHAS BANJIR
Harga sebuah khemah yang mampu memuatkan anak-anak gadis dan makcik-makcik mangsa banjir di pusat pemindahan mengikut harga di Giant = RM200 sebuah
Bilangan muatan = 4 Orang
Bilangan mangsa banjir 1 Malaysia = 40,000 orang
Bilangan khemah diperlukan = 10,000 khemah
Kos untuk beli 10,000 khemah = RM2 Juta
Modal konsert K-Pop = RM1.6 Juta
Bilangan khemah boleh dibeli dgn kos k-pop = 8000 khemah.
Baki khemah diperlukan = 2000 khemah
Kos beli khemah berbaki = 400,000
Untung K-Pop RM140 Juta kata Pak Cik Shabery.
Boleh topup untuk cover yang lebih.
Dalam tempat pemindahan dah macam tempat refugees ROhingya dah walaupun di dalam dewan tertutup.
Berapa banyak percampuran lelaki dan perempuan mampu diselamatkan.
MATEMATIK ITU MUDAH. Jumpa saya lagi untuk pelajaran seterusnya...jangan lupa...steyyyytiunnnn!!
PROF DR. HAJI CIKGU SAIFUL NANG AL-SUBANGI Guru Kalkulus Talipinggang Hitam - 2 Dan.

Kredit : Saiful Nang
Sumber: sozcyili


Wow!!! Kad Kahwin Rozita Che Wan dan Zain pun dah “grand“

kad kahwin pun dah terasa betapa “grand“ ni belum majlis perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang bakal berlangsung pada 11.12.13 ini. Mesti Che Ta dan Zain tengah berdebar-debar tahap tertinggi punya. Lebih-lebih lagi Zain yang bakal melafazkan akad untuk menjadikan Che Ta miliknya secara halal..Tahniah kami ucapakan untuk mereka berdua semoga majlis anda berjalan seperti dirancang dengan kehendak-Nya..





Bekas Presiden Afrika Selatan - Nelson Mandela Meninggal Dunia



[SH] JOHANNESBURG - AFRIKA SELATAN. Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela meninggal dunia, di rumahnya di sini, semalam kerana jangkitan paru-paru yang dihidapinya.

Beliau meninggal dunia pada usia 95. Pengumuman mengenai berita kematian tersebut dibuat oleh Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma. "Pengasas demokrasi negara kita, telah pergi secara aman. "Negara kita telah kehilangan seorang insan yang sangat berharga.
Rakyat kita kehilangan seorang ayah," kata Zuma.

Mandela mula jatuh sakit Jun lalu dan sejak dimasukkan ke hospital, keadaannya semakin kritikal sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital di Pretoria.

Media melaporkan, Mandela mengalami isu kesihatan dan terpaksa berulang-alik ke hospital dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. 

Tragis!!! 3 Lamborghini Milik Warga Singapura Terbakar Di Lebuh Raya Melaka-Seremban

Satu Kemalangan melibatkan 3 buat kereta mewah Lamboghini di Km 260.1 dari Port Dickson menuju ke Seremban. Menurut info lorong tengah kanan terhalang dan trafik sesak.Tiga Lamboghini tersebut berlanggar sesama sendiri dan mengakibatkan kebakaran.


Akibat yang sangat Padah jika laju di jalan raya..Berhati-hati di jalan raya ingat jalan raya bukan tempat berlumba..