Al-fatihah - Seniwati Azean Irdawaty Meninggal Dunia

Berita sedih dari rakan-rakan artis, ini kerana pagi tadi kita telah kehilangan dan pergi takkan kembali seorang lagi seniwati ke rahmatullah iaitu Seniwati terkenal negara Azean Irdawaty telah menghembuskan nafas terakhirnya pada umur 63 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada jam 8.25 malam tadi. Beliau meninggal dunia akibat penyakit barah yang telah dialaminya sejak beberapa tahun lalu.





Lakonan terakhir beliau dalam filem talentime dan terkenal dengan gelaran 'ratu air mata' telah mula menciptaa nama sejak tahun 1970 dan mula membintangi dalam layar perak melalui filem Esok Masih Ada. Allahyarhamah meninggalkan suaminya Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga seniwati Azean Irdawaty dan para peminatnya...Al-fatihah


Terkini: Semakan Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 secara SMS



Mudah dan Senang.. Anda boleh menggunakan perkidmatan ini secara atas talian Caj penghantaran RM0.15 dan caj penerimaan RM0.20.. Semakan Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 secara SMS boleh dilakukan bermula 10.00 pagi, 19 Disember 2013 hingga 11.59 malam, 25 Disember 2013. 

Anda hanya perlu menaip mengikut arahan seperti berikut : PMR <jarak>No.KP <jarak> Angka Giliran dan SMS ke nombor 15888






Nora Danish Tersinggung 'Tuduhan' Kumpulan Boboi


KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish tersinggung terhadap Boboi apabila kumpulan lawak itu seolah-olah merendahkan fungsi juri Maharaja lawak Mega yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata, Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik tidak sepatutnya mempersoalkan kredibiliti juri yang tidak mempunyai pengalaman berlawak tetapi dilantik mengadili acara itu.

"Ketika Boboi membuat persembahan tersebut, saya serta barisan juri lain terkejut dan wajah kami masing-masing terus berubah.

"Jujurnya saya tersinggung dengan Boboi. Saya serta juri-juri lain sayangkan mereka tetapi rasanya mereka tidak patut membuat lawak menyindir sedemikian," katanya.

Nora ditemui pada pelancaran sebagai duta produk Sure White Beauty Plus dan C-Glow Factor di Flora Terrace, di sini pada Isnin.

Selain Nora Danish, juri tetap program itu ialah Datuk Yusof Haslam, Luna Maya (Indonesia) dan Syed Haikal (Singapore).
Afdlin Shauki (kiri) dan Harun Salim Bachik yang menububkan kumpulan Boboi.

Rancangan tersebut disiarkan secara langsung pada setiap hari Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna.

Tambah pelakon filem Bencinta itu, para peserta perlu faham bahawa pihak Astro memilih juri MLM untuk memberi komen berdasarkan sisi pandangan mata mereka sebagai seorang penonton.

Bagaimanapun Nora Danish berkata, dia juga faham, para peserta memerlukan juru profesional agar kritikan yang diberi dapat memperbaiki lagi mutu persembahan pada episod seterusnya.

"Saya rasa, pihak Astro perlu menerangkan kepada para peserta MLM sebab-sebab kami dipilih. Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak berapa jelas. Jujurnya, saya syangkan Afdlin dan Harun kerana mereka adalah 'otai' dalam industri ini.

"Cuma kalau boleh janganlah membuat lawak menyindir kami sebegitu," ujarnya.

Sementara itu, Afdlin yang dihubungi mStar Online pula berkata, Nora tidak sepatutnya berasa hati dengan persembahan Boboi kerana sindiran tersebut tidak ditujukan kepada sesiapa.

"Menjadi perkara normal dalam bidang lawak apabila seseorang pelawak itu menyindir dalam persembahan mereka. Bagi pelawak, mereka faham dengan situasi tersebut.

"Kenapa mereka (juri) tidak anggap persembahan itu hanyalah komedi semata-mata?" soalnya.

Ngeri!!! Tumpang tangan pada buku lali

Beijing: Doktor di Changsha berjaya mencantumkan tangan seorang lelaki yang terputus selepas menampalnya pada kaki mangsa selama sebulan.
Xiao Wei putus tangannya selepas kemalangan di tempat kerja pada 10 November lalu...

“Saya tergamam sehinggalah rakan-rakan memadam mesin yang saya gunakan dan mengambil tangan itu sebelum membawa saya ke hospital.
“Doktor memaklumkan tidak dapat menyelamatkan tangan saya.
“Saya masih muda dan tidak dapat membayangkan kehidupan sebagai orang kudung,” katanya.


Bagaimanapun, doktor mencadangkan supaya dia mencuba nasib di hospital daerah yang lebih besar.
Sehubungan itu, tujuh jam selepas kejadian Xiao Wei dirawat doktor di Changsha dan mereka yakin dapat mencantumkan semula tangan itu.

Padahnya!!! Akibat Melakukan Hubungan Seks Ketika Haid


Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)
Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“


Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid

Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan, menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.
Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.
Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.
Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.
Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.
Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.
Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak, “Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?” Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)
Wallahu’alam….

HasnulHadiAhmad

VIDEO: Iqram Dinzly Melamar Soo Wincci

Pastinya anda terkejut membaca headline di atas kan? Penulis pun berasa terkejut, yelah sebelum ini tak pernah dengar sebarang gosip mengenai mereka, tup-tup dengar cerita Iqram Dinzly dah pun melamar si cantik manis Soo Wincci.
Iqram dikatakan melamar Wincci ketika majlis pelancaran album mini terbaru penyanyi wanita itu di Jalan Ampang, baru-baru ini.




Iqram Dinzly Melamar Soo Wincci?
“Tangan saya mengigil ketika disarungkan cincin oleh Iqram. Benda yang paling lemah bagi saya ialah percintaan dan apabila dilamarnya, memang satu kejutan besar buat saya. Terima kasih kepada Iqram kerana lamaran ini memberi memori yang indah buat saya,” kata penyandang gelaranMiss World Malaysia 2008 itu yang dipetik menerusi portal Gua.

Wincci juga mendedahkan dia mula rapat berkawan dengan bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu selepas berjumpa dalam satu majlis dan memandangkan Iqram tinggal berdekatan dengan rumahnya, menjadikan mereka sering keluar menghabiskan masa bersama-sama berdua.
Walau bagaimanapun, Wincci tetap berpegang kepada kenyataannya sebelum ini yang mengatakan dirinya tidak mahu memikirkan soal jodoh sekiranya namanya masih belum terpahat di Hollywood.