Jambatan terpanjang didunia ini terletak di negara China. Ia dipanggil jambatan Qingdao
dan panjang na ialah 42.5 kilometer, menghubungkan antara bandar Qingdao ke bandar Huanggang melalui bahagian utara Teluk Jiaozhou.
pembinaan jambatan ini telah mengambil mase selama 4 tahun dgn menggunakan 10,000 pekerja pembinaan y bekerja setiap hari mengikut shif. sebanyak 2.5 juta meter padu kongkrit tela digunakan utk membina jambatan ini beserta 500,000 tan besi.
SHAH ALAM – Isu peningkatan kos hidup sering dikaitkan dengan bebanan kehidupan terutama buat golongan kurang mampu.
Malah ada yang menuding jari ke arah sesetengah pihak ekoran harga barang semakin mahal dan kesempitan hidup mencengkam kehidupan.
Namun, berbeza pula dengan penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad yang melihat perkara itu dari sudut positif.
Menurutnya, umum menanggap peningkatan kos hidup sebagai satu perkara negatif sehingga hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarang perubahan.
“Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena faham konsep dunia. Tidak ada situasi di mana harga akan turun. Memang harga akan naik. Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku.
“Kalau kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku campur dengan respons kita menghasilkan hasil kehidupan kita. Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif, hasilnya mesti negatif. Jadi, kita guna formula, peristiwa negatif iaitu barang naik, respons kita mesti sangat positif, maka hasilnya positif,” katanya kepada Sinar.
Mengulas lanjut mengenai formula tersebut, beliau menyarankan agar orang ramai menggunakan kemahiran yang ada dengan lebih bermanfaat.
“Jangan kata kita tak mampu beli barang itu, kita tanya bagaimana untuk saya lebih mampu? Nilai berapa jam masa digunakan untuk benda yang produktif?
“Contoh sebelum ini kita tonton TV lima jam, apa yang kita dapat? Kalau wanita yang ada bakat, tingkatkan pendapatan melalui online, berniaga sambal tumis dan sebagainya. Orang lelaki mungkin boleh bekerja lebih,” katanya.
Jelasnya, corak berbelanja juga perlu diatur semula mengikut kesesuaian dan keutamaan.
“Saya rasa kita kena mengatur cara kita berbelanja. Bagi orang yang merokok, merokok itu memang membakar wang. Kenapa harus merokok juga?
“Bagi orang yang berbelanja pula, audit balik perbelanjaan kita. Air gas, ais krim semua itu tidak membina nutrisi kita, jadi, kalau tak boleh tingkatkan pendapatan, kita kurangkan perbelanjaan yang tidak penting,” katanya.
Katanya, keberkatan daripada wang yang diperoleh juga penting diberi penekanan.
“Ada dua jenis manusia. Satu, merungut dan mengeluh. Sibuk hidup dari luar ke dalam. Macam-macam alasan. Dia sibuk mencari faktor di luar daripada faktor dirinya sendiri.
“Manusia diberi duit berdasarkan nilai yang diberi kepada dunia. Kita gaji RM1,000 tetapi kerja macam RM800, tak berkat duit. Tapi kalau gaji RM1,000 kerja macam RM2,000, ALLAH akan beri keberkatan RM2,000 itu kepada kita. Ini undang-undang sunnatullah,” katanya.
Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menyampaikan pesanan buat orang ramai.
“Ingat ya, ALLAH sudah tetapkan rezeki, kita jangan sibuk dengan benda yang ALLAH dah jamin hingga terlupa tanggungjawab kita. Saya perhatikan, banyak orang yang cuai dengan tanggungjawab dan ketika itulah duit tak cukup, kereta rosak dan sebagainya.
“Jaga ALLAH, ALLAH urusan dunia kita. Kita kejar akhirat, dunia kejar kita. Itu konsep nak hilangkan tekanan. Kalau kita tak bersyukur, kita akan mengeluh, merungut. Kalau bersyukur, aura positif magnet kepada benda yang positif. Ini yang membuatkan kita tertekan,” katanya.
ULASAN MSI: Prof bukan berasal dari keluarga susah mungkin tak faham masalah orang miskin yang nak beli beras pun payah apatah lagi nak business online.
Maaflah cakap sesetengah statement prof memang tak boleh pakai. Cakap ikut sedap mulut, Kalau tak faham isu rakyat better tutup mulut, jangan tunjuk pandai.
Terlampau nak fikir positif sampai biar saja apa orang atas tindas. Bercakap memang mudah. Pasal tak kena atas batang hidung prof sendiri. Prof lain lah banyak duit. Cuba pegi jengok orang-orang hidup lebih susah.
Kenapa prof tak berani tegur mengenai ketelusan kerajaan dalam mentadbir? kenapa? takut kene gam ke atau nak jaga periuk nasi prof? prof you try hidup dengan gaji RM2500 bersih di KL.. setakat cakap guna air liur baik tak payah lah prof…
Ribuan ikan laut & ketam terdampar di Perairan Terengganu - Rupanya kekecohan fenomena pelik membabitkan ikan laut berlumba-lumba melompat ke darat masih hangat diperkatakan orang ramai.
Kali ini, ianya dikatakan berlaku di Perairan Terengganu di mana bukan setakat ikan jenis tamban sahaja yang melompat ke darat malah semua jenis ikan laut lain termasuk ketam.
Maklumat ini dihebahkan oleh seorang individu tidak dikenali menerusi laman Twitter dan disebarkan pula oleh portal Tengoktvonline sejam lepas di laman Facebook.
Sekeping gambar sekitar kawasan kejadian turut disertakan namun tidak begitu jelas dan kabur kerana faktor cuaca yang gelap dan keadaan pelantar yang bergoyang.
Selain gambar di atas, belum ada video yang dapat membuktikan dakwaan individu terbabit di laman sosial. Apapun, samada benar atau tidak maklumat ini, langkah berjaga-jaga harus diambil dari masa ke semasa.
Terkejut beruk dibuatnya membaca perkembangan terbaru yang melanda rumahtangga wanita yang didakwa mempunyai skandal dengan Adi Putra iaitu Nooraida dan suaminya, Amiruddin Othan. Menerusi Harian Metro sebentar tadi, Amiruddin mengakui telah menceraikan Nooraida dengan talak satu di kediaman mereka di Johor Bahru kira-kira jam 4.30 hingga 5 pagi.
Lafaz cerai dilakukan selepas perbincangan dari hati ke hati oleh kedua-dua belah pihak. Kata Amiruddin:-
Sebelum cerai dilafazkan, kami berdua keluar makan dan meronda di sekitar kawasan bandar sebelum pulang ke rumah. Selepas berbincang dari hati ke hati dan mempertimbangkan semuanya, saya melafazkan cerai talak satu kepada Noraida. Noraida menerima dengan hati terbuka walaupun masing-masing sedih kerana rumah tangga yang kami bina selama 10 tahun runtuh
Nampaknya memang jodoh Nooraida dan Amiruddin setakat sampai di sini sahaja. Sesungguhnya apa yang melanda rumahtangga mereka memang satu dugaan yang hebat. Mungkin ini adalah keputusan yang terbaik buat mereka berdua. Semoga selepas ini akan ada kebahagiaan buat Nooraida dan Amiruddin. Untuk makluman, mereka berdua mempunyai seorang anak perempuan berusia 8 tahun hasil perkahwinan.