(7 Gambar) Lagi Gambar Lindsay Lohan Dulu VS Terkini

Lagi Gambar Lindsay Lohan Dulu VS Terkini.
Seorang gadis yang menjadi idola bukan sahaja lelaki tetapi perempuan pada satu ketika kini telah hancur kerana pengaruh alkohol dan dadah. APTB.

Dulu :





















Terkini :






Hukum Tidur Tanpa Seurat Benang?

Soalan :
Assalammualaikum ust dan ustz,sya ingin bertanyakan hukum sekiranya saya dan isteri saya tidur dlm keadaan berbogel dlm bilik sewaktu tidur malam?tanpa ada alasan untuk kami melakukan sedemikian,maaf atas kejahilan,saya baru mahu mendalami hukum agama.


Gambar hiasan

Jawapan :
Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Anda dan isteri diharuskan berbuat demikian dengan syarat tidak ada orang yang boleh melihatnya.

Walau bagaimanapun, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ada bersabda, maksudnya:

diriwayatkan oleh Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya, maksudnya:
“Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! (Kepada siapakah) dari ‘aurat kami boleh kami perlihatkan dan (kepada siapa) kami hindarkan?”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Peliharalah ‘aurat kamu melainkan dari isteri kamu atau hamba sahaya perempuan kamu.”

Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana pula jika ada orang-orang berhimpun sebahagiannya dengan sebahagian yang lain?”

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Jika kamu berupaya (membuat) seseorang tidak akan melihat ‘aurat kamu, maka janganlah orang itu melihatnya.”

Dia berkata: “Saya bertanya: “Bagaimana pula jika seseorang itu bersendirian?”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Allah itu lebih berhak untuk dirasa malu daripada manusia.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! IBU MAMPUS!

IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! | Saya ada sebuah kisah yang mahu dikongsikan dengan semua. Mari baca, semoga timbul insaf dalam diri ini. Pernah, saya menyertai satu operasi di Muar, dan kami bertolak dari Johor Bahru kira-kira jam 10 malam dan operasi selesai jam 6 pagi. Kami terus pulang ke Johor Bahru. Sepanjang perjalanan, saya yang memandu sendiri berhenti hampir tujuh kali kerana terlalu mengantuk.

Pulang ke Johor Bahru, biar bantal memanggil, terpaksa diketepikan. Perlu disiapkan berita yang operasi itu untuk siaran berita tengahari. Bukan mudah. Selesai segalanya, jam sudah hampir 11 pagi. Jam dua pula ada satu lagi tugasan. Begitulah kehidupan. Kais pagi makan petang, jika tak dikais, memang tak makanlah.

Saya lebih cenderung kepada kisah human interest seperti satu operasi yang saya ikuti bersama sahabat sahabat baik di Cawangan Trafik Johor Bahru Selatan yang bersengkang mata tanpa mengira masa membanteras kegiatan lumba haram.

Antaranya termasuk kisah seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang pada mulanya begitu yakin memberi jawapan kepada pegawai serta anggota polis trafik, dia dibenarkan menunggang motosikal oleh bapanya, yang juga pemilik kenderaan itu.

Sebagaimana lazim, pegawai polis bertugas menghubungi ibubapa pelajar itu dan selepas menanti hampir dua jam, akhirnya muncul ibubapanya di tepi jalan Danga Bay.

Dari jauh, tampak si ibu bagai meluru tak sabar sabar untuk tiba ke tempat anak lelakinya berdiri.Si ayah pula berjalan lesu. Waktu tika itu hampir jam empat pagi.

Sebaik tiba di depan anaknya, tanpa lengah si ibu bagai melepas geram terus mencubit dan menampar badan anaknya. Kami terpinga pinga melihatkan situasi itu lantas beberapa anggota polis trafik meredakan keadaan.

Terkedu anaknya yang dua jam lalu, beriya-iya mendakwa ibubapanya sudah memberi keizinan untuk dia menunggang motosikal milik bapanya dan turut dibonceng rakan sekampung berusia 16 tahun.

Ketika cuba ditahan, dia melarikan diri dari sekatan jalanraya dan turut menendang motosikal anggota penguatkuasa yang mengejar mereka!

"Masuk lokap jek encik. Masuk sekolah jahat Henry Gurney. Tak apa, saya rela," tercetus akhirnya luahan hati si ibu sebaik diredakan.

"Aku tak boleh kawal kau lagi. Kat sekolah kau anak murid aku, kat luar aku tak boleh kawal kau seorang. Selama ini kau cakap tak goyang, tak goyang, tengok semua polis ni, tengok.

"Kalau dahi ni tak sujud pada sejadah, inilah jadinya," berterusan si ibu melepaskan geram bagai sebuah drama realiti di depan hampir 50 pegawai dan anggota polis serta anggota Rela yang turut bersama-sama dalam operasi itu.

Suasana menjadi sunyi dan hanya kedengaran suara si ibu. Semua memerhati. Semua bagai menyokong tindakan si ibu. Mat mat rempit lain yang ditahan sebelum ini sibuk berbual sesama sendiri turut kaku melihat adegan itu. Mungkin timbul keinsafan dalam diri mereka?

"Dia cakap, ibu keluar, saya cakap malam minggu jangan keluar. jangan, jangan. Tak tengok kat TV (orang kena tangkap)," luah si ibu dan suaranya beriring nada kekesalan.

"Bila kita marah, dia cakap nak rompak rumah orang. Tak kurang ajar punya anak? Sampai hati kau jadi anak macam ni. Budak sekolah pukul 10 duduk rumah," kata si ibu lagi dan kali ini nada sudah berselang kesedihan.

Tatkala itu, sudah mula mengalir airmata si ibu. Si anak hanya tunduk kaku, tak seperti tika selepas ditahan dua jam sebelum itu, ceria, beriya iya.

Si ayah tak mampu nak berkata kata. Mungkin sudah puas dileteri anaknya itu. Mungkin sudah kering airmata si ayah memikirkan kedegilan anaknya tika dia keluar mencari rezeki buat kesemua anaknya.

Bagi meredakan keadaan, seorang pegawai polis, Inspektor (kini ASP) Mohd Lail Ab Halim mencelah.

"Kami akan charge (tuduh) dia lari dari sekatan jalan," kata Mohd Lail tegas.

Mungkin mendengar penjelasan ringkas Mohd Lail itu, tercetus luahan si ibu lagi.

"Kat rumah berapa kali dia nak tumbuk saya. Sekarang ni apa? Aku ni mak kau. Hari-hari aku doa, Ya Allah jadikanlah anak aku golongan yang baik-baik. Tapi kau apa? Ibu mampus, ibu mampus."

Ketika ini, si ibu mencucuk cucuk perut si anak. Hilang segala kehebatan si anak. Akhirnya ibubapa juga yang datang. Biar marah, kesemua yang menyaksikan bagai mengerti, dia tetap anaknya. Dia tetap darah dagingnya. Mungkin sudah kemuncak kemarahan si ibu.

"Nanti puan datang ke balai trafik untuk jamin anak makcik," jelas Mohd Lail lagi.

Sambil menjeling marah ke arah anaknya, si ibu dengan cepat menjawab: "Jamin kau? No, no. Ibu tak akan jamin kau, tak ada tak ada," katanya bagai puas, biar malam itu menjadi pengajaran buat si anak yang degil itu.

Si ibu berlalu pergi.

Lantas, Mohd Lail mengarahkan anak buahnya untuk membawa pelajar itu ke balai. Tak sempat dibawa, pelajar itu meraung raung menangis mengejar ibunya.

Sekali lagi kami kaget. Si ibu tak memperdulikan. Kami yang melihat bagai menyokong tindakan si ibu. Biarkan dia rasa. Biar dia serik. Biarkan. Itulah kata hati kami. Kami pun marah. Apatah lagi mendengar luahan hati si ibu di pagi yang bening itu.

Berterusan suara si anak merintih pada ibunya. Semakin jelas suaranya. Si ibu berhenti. Dibiarkan anaknya menangis, meraung di depannya. Direnungnya anaknya itu.

Siapa tak sayang anak. Tentu wanita itu ibu yang baik. Apatah lagi sebagai seorang guru, sifat penyayang tinggi dalam diri mereka. Tampak wajah amarah si ibu sudah bertukar menjadi simpati dan penuh kasih sayang, tatkala si anak menarik narik tangan yang sama mengendong dia ketika kecil, memimpinnya ketika melintas jalan, menepuk nepuk tika mahu tidur.

Akhirnya si ibu mengalah. Dipimpin tangan anaknya ke kenderaan polis. Berdiri kaku si ibu melihat si anaknya di bawa pergi.

Selepas segala proses selesai, saya terserempak dengan si ibu berjalan keluar dari balai beriring dengan bapa pelajar itu. Dan di sebelahnya, anaknya tadi, tangan dipimpin erat, kuat kuat bagai tak mahu melepaskan anaknya itu.

Saya sempat bertegur. Menasihat si anak, jika tak kesian pada diri sendiri, kesianlah pada mak ayah. Kesian mereka berhempas pulas membesarkan awak. Esok awak dah kahwin, awak nak anak awak macam awak?

Tertunduk diam si pelajar itu. Saya tepuk bahunya beberapa kali dan sempat berkata padanya, awak mesti anak yang baik sebab tu awak menangis minta maaf pada mak tadi. Dan sempat saya mengucapkan terima kasih kepada si ibu dan ayah kerana tak putus asa dengan kasih sayang pada si anak yang degil ini. Tersenyum si ayah. Bagai mereda hati si ibu.

Itulah antara kisah kisah kecil yang mahu saya jadikan iktibar untuk kita semua. Kongsilah dengan sesiapa, pada anak anak, pada anak saudara atau mungkin pada diri sendiri. Jahat mana sekalipun, ibu ayah tetap bersengkang mata buat anak-anak. Biar sakit lutut, biar membuai diri dek tak lena tidur, demi anak!

Itu hanya sekelumit. Saya memang mahu berkongsi segala kisah di sini tetapi kadangkala masa tak mengizinkan. Yelah kais pagi makan petang. Kalau tak dikais, mahu tak makan petang nanti kan.

Kredit: Crime Watch 

IBU TIRI KEJAM – Ibu Gunting Bibir, Lidah Dan Kemaluan Anak 6 Tahun


Mungkin ada yang sudah membacanya berita yang dikongsikan di Sindo News ini sekitar awal Disember lalu tetapi kisah ini boleh dijadikan iktibar buat anda semua. Seorang kanak-kanak yang diberi nama Adit yang berusia 6 tahun berasal dari Tanjung Batu Kabupaten Rokan Hulu, Riau, Indonesia, dijumpai oleh seorang peniaga sayur pada 15 Disember lalu di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di dalam keadaan menyayat hati dan berdarah-darah. 



Apabila ditanya, rupanya kanak-kanak malang ini telah didera dan diseksa oleh ibu tirinya. Seluruh tubuh Adit kelihatan penuh dengan luka dan lebih teruk lagi apabila bibir,lidah dan kemaluan Adit telah digunting dan dilukai oleh wanita itu. Dari pengakuan Adit ibu tirinya bernama Ervina dan ayahnya bernama Isam. Ibu kandung Adit tinggal di Medan bersama suami barunya dan juga kakak kepada Adit yang berusia 9 tahun.
Apabila dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut, terdapat kesan bengkak pada bibir dan lidah Adit kerana didera dan apabila jururawat menyuap makanan ke dalam mulut Adit, kanak-kanak ini menangis, kerana merasa pedih  di bahagian lidah dan bibirnya. Tak cukup dengan itu, di kepalanya ada empat bekas luka dan berlubang dan salah satu luka itu sudah bernanah. Namun, ada juga bekas luka yang sudah mengering.


Terkini, pihak polis sudah memberkas ibu tirinya dan menyatakan bahawa mungkin ibu tiri Adit mengalami sakit jiwa. Hal ini diketahui setelah pihak polis melakukan ujian psikologi terhadapnya. Selepas ditemubual mengenai penganiayaan yang dilakukan terhadap anak tirinya, dia tak sedikit pun menunjukkan penyesalan dan tak mengaku salah sama sekali.

AMARAN : Berhati-Hati Semasa Beli Samsung Galaxy S3 ! Jangan Jadi Macam Lelaki Ini

Berhati-Hati Semasa Beli Samsung Galaxy S3, Jangan Jadi Macam Lelaki Ini (10 Gambar) 
Seorang lelaki telah membeli Samsung Galaxy S3 dan membawanya ke kedai servis Samsung kerana ianya tak boleh connect pada WiFi dan juga beberapa isu lain. Pekerja Samsung tidak dapat mambantu lelaki tersebut dan menyuruhnya untuk melihat dengan lebih teliti pada telefonnya itu. Cuba teka apa yang dia nampak?

#buta punya olang... terang2 kat depan dah tulis.. 












(TAHNIAH) Adam Shah & Fatin Nur Afeefa Selamat Bergelar Suami Isteri

Memang ramai sungguh selebriti-selebriti tempatan menamatkan zaman bujang/gadis mereka di bulan Disember ini. Memang tak cukup tangan untuk mengira. Pada 21 Disember yang lalu, pelakon yang pernah popular menerusi filem Tentang Bulan iaitu Fatin Nur Afifah bersama seorang lagi pelakon iaitu Adam Shah.


Pasangan sama cantik sama padan ini sah menjadi suami isteri dengan hanya sekali lafaz sahaja. Sekali pandang, wajah mereka memang nampak seiras. Semoga masjid yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.. Sama-samalah kita doakan.


Beberapa lagi gambar pasangan pengantin baru ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.



SADIS : Tukang Gantung Cerita Detik Akhir Saddam Hussein di Tali Gantung


Tukang Gantung Cerita Detik Akhir Saddam Hussein di Tali Gantung | Mowaffak al-Rubaie duduk di pejabatnya dengan patung Saddam Hussein dibelakang, tali yang digunakan untuk menggantungnya melilit leher patung itu.

Bekas penasihat keselamatan kebangsaan Iraq itu yang menyaksikan bekas diktator berkenaan dihukum gantung pada 2006, berkata, Saddam tabah hingga detik akhir kehidupannya dan tidak pernah kesal.

“Penjenayah? Benar. Pembunuh? Benar. Kejam? Benar. Tetapi dia tabah hingga ke akhir hayat,” kata Mowaffak.


“Saya menyambutnya di pintu. Tiada siapa masuk ke situ. Tiada warga asing dan tiada pegawai Amerika,” katanya. kepada media di pejabatnya di Kadhimiyah, utara Baghdad berdekatan penjara tempat hukuman itu dijalankan tujuh tahun lalu.

“Ketika saya membawanya masuk, tangannya yang bergari memegang al-Quran.

“Saddam yang memakai jaket dan kemeja putih kelihatan tenang dan bersahaja.

“Ada yang berkata dia pengsan. Ada yang kata dia diberi dadah. Tetapi sebenarnya tidak.

“Tiada tanda takut pada wajahnya. Tiada tanda kesal. Tiada doa mohon keampunan.

“Orang yang akan mati biasanya akan berkata, Tuhan, ampunkan dosaku. Tetapi Saddam tidak berkata demikian,” katanya.

“Saya membawanya ke kamar hakim dan senarai tuduhan dibacakan kepadanya. Saddam berkata: ‘Pergi mati dengan Amerika! Pergi mati dengan Israel! Hidup Palestin!”


Mowaffak kemudian membawa Saddam ke dalam bilik tempat hukuman dijalankan.

“Dia berhenti seketika, melihat bilik itu sebelum memandang saya.

Apabila tiba waktu hukuman, kakinya masih digari. Mowaffak dan beberapa kakitangan lain menariknya menaiki tangga.

Katanya, dia menarik tuil menggantung Saddam, tetapi tak berfungsi! Kemudian seorang lagi kakitangan menariknya untuk kali kedua dan barulah Saddam jatuh ke bawah pelantar dan mati.

Sebelum digantung, Saddam sempat mengucap syahadah.

“Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad…,” tetapi dia tidak sempat menghabiskannya.

“Dia melakukan begitu banyak jenayah dan dia patut digantung beribu kali,” kata Mowaffak


Menurutnya, hukuman ke atas Saddam dilakukan selepas sidang video antara Nuri al-Maliki dengan Presiden AS ketika itu, George Bush, yang bertanya Perdana Menteri Iraq itu: “Apa yang akan kamu lakukan dengan penjenayah itu.

Nuri menjawab: “Kami akan gantung dia.”

Bush menunjukkan tanda bagus, tanda bersetuju.

Saddam yang memerintah Iraq melebihi dua dekad yang menyaksikan penindasan kejam, perang dan sekatan antarabangsa dijatuhi hukuman gantung selepas didapati bersalah terhadap pembunuhan 148 penduduk Syiah di Dujail pada 1982. – AFP