Cara Paling Mudah Nak Buat Iklan Terapung ada CLose Button




Cara Nak Buat Iklan Terapung ada CLose Button.. Kami ingin berkongsi bagaimana nak buat iklan terapung di tepi blog kita.. boleh cuba ikuti tutorial kat bawah..selamat berjaya

Contoh floating ads skyscrapper



Secara ringkasnya yang aku pakai adalah code ini;

<div id="cry1"><div style='display:scroll; position:fixed; bottom:5px; left:5px;'><a href="#" onclick="document.getElementById('cry1').style.display = 'none';"><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9m55Kt1I1GRgZUQ8a93AqmZam9Ox9Xq7GPplsduyW6xvJDrfedhEMas5hRBJ64byYfifXiu7eX167Nww740S46KLZHtx6HJ6LIBQDEQrzKCMjfg72RIHBpWPp0qD6my3gyXHQx5jtEQQ/s1600/close-button.png" alt="Close" /></a>
 <!-- Letak iklan Nuffnang di sini -->

</div></div>

1. Ubah posisi Iklan
Korang boleh ubah kedudukan iklan ini ikut suka hati korang dengan mengubah code di bahagian ini;

bottom:5px; left:5px

Korang boleh ubah bottom kepada top dan left kepada right. Part nombor 5px tuh boleh godek-godek try and error. Mengikut kesesuaian korang. Tak ubah pun tak pe. Ok je.


2. Image button close
Korang juga boleh tukar button close yang ada. Korang boleh cari kat Google dan gantikan code yang berwarna ungu tuh pada code button close pilihan korang. Ni aku ada senaraikan, kot-kot ada yang terminat mana-mana; (semuanya datang dari Google)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9m55Kt1I1GRgZUQ8a93AqmZam9Ox9Xq7GPplsduyW6xvJDrfedhEMas5hRBJ64byYfifXiu7eX167Nww740S46KLZHtx6HJ6LIBQDEQrzKCMjfg72RIHBpWPp0qD6my3gyXHQx5jtEQQ/s1600/close-button.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrTB02FXfbDy4zRUWnEqbdO-uEZAsHPZLUDkWgqbFiFv-wIacGYzNYzN0i0rA4e75jsIEhmkcRNizWlD65blctnsh89j6vcLINiuDp7JR6u7iHQuA6n0vxttedgcrjkxtkQAvuSBNdseaE/s1600/btnCloseX.gif


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEja2mL6Cel6fLTcq8-GA4AzM5ZEP4PYRKPEyIIwNZGf5vkHsY4ezAYA6I8_5ZDac6Ig9p7QKm3-2Y8bjW9dlGVkDuD7Uuu8CncBOTer82-ZmCx5nYgwmP7JgX3T9v_XjQA63Nt0qY3p9G-y/s1600/close.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBAPv3N2iTxzbUqaukuBSOCNPrnbhuuw2dzBaAcsUQTz8JdyUYth7uUAPmERaxh6MAcwYpBrvWRXZb_v0iDptv7W8MmNEa-JwqgW4-dOe3pAC_urig5VaT7plaEF02YzCefHcRXgLdJVUH/s1600/close2.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhG1hhyphenhyphendMFZ3_87eUriU7uIUaMivHdiRe4eu4Zpf4gAITjeBKhdiE4EVzUckR_A3Cvj4JV_MDcADZhHYSU5siUzYZlz9vwOb-dEDR9BCkgUtt_736Lq8lvdntgqS9vYJCA3MdtaYYezc5a0/s1600/close3.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1Scybky0le3p2-Q5XSSd8mChxb545NAe5fj0LPrvpuzlaOsQwGCsnijSoQk_xxu_IcRhwnE7DbJtnKxWFQ-Tx24NU4ILGEuRgZzZOhPaBq0HMepXv0PrBMPsTd9vaxbCYZ-iVezy93qPS/s1600/close4.png



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgW85VvClfArZ8wBhKuFeEbOn1Rfy7Bbna7mbasLIDUqu4qJynrvyOKWQ_F_n49dmus6vvp4Ku2FhXyMaKS2cpOLlrno6SAMgBs-MOcfxtmm0bfAHCQBb_rG9R6rx_hrjulReHjJNa52QmA/s1600/close5.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMjeGCLzQcru9G-tJ53U_DFFlMePPISnQIiFU7ENB0L6vMcmbY1-BaqW61Bcq9ArOuLO8OgO7Q03ABtFZDJWU6InKHgkH75jgrXyWRvO2_pYx29hBTgihksFDAcKlA9QA-tSgcQ054tTaa/s1600/close6.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgIaepHepr90r1pg70CbX2-zjYi8aOKCH0mBjcdCPWb1xJyNedd6DTZeVZthZ3IYItaCodmcOD5698dfg4SI7pRegBX5xTP5FsY8Ue5p21tqAK4VJgALOKu0BhUSfMoz7WrrHk3WIP6Mtve/s1600/close-bar.gif


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqQr8vLCuskhBUmZE5lsSW_SUThNuJKGQIXtwi20JMzHbE4K-MsN0PqSYHDyDS5pr1yV1CooXA73Al4c8EDcHeJDHCWZa9Tf8mXK0Z9t8fwSwEyDMVYorK_8Bwt8TabTsEP5qI1MgnFYMz/s1600/CloseButton_ver845743.png



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMvoV6YkzSS7zWN71F30iseRbTgkutNcgky-oV7IGZdTg_R3tDgCcHdvKhYGjpGUGWOZvN66jnb8KeKDuPV6duxsvxZA2emZDqy8KcDNoVS2XJMOIzjvRMl69K-f83qNNVuig28NFgQkyw/s1600/images.jpg


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKu2D449O7rlPhhEN2gyaCtIAvGzjvj9MMRH9F7PLLEoGpePaeVYeckql7yOmUWvhaTuS1WFl12GcgiihOg3jkLp68tTF3ZIAFEbBBr750U6Ap-FIoQ72IzhWaxrmQzTUnlZO4AKZV3KKz/s1600/close-x.gif


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAClmnGH71itTJ6MRNdRTHWy85JPY_iPo8hwSa09eckRYBpLravzF2re1xjBmEREK1Zt9HrzCEpqgTnZUtJGLbbg9pBgzOPs_aHufx0HDBH6EY0Ury2XRhkvAUkzaMpDV0IdsZk_YLtYWu/s1600/layer_notes_close.gif


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg0RNUuxnBDo3kY4yQxMXGvY7ICkUQCtIPv8tq2gptHpbcJMYxzP-CnqZOWtUG-GdrL6h2GONwbIVrNbvRiqT_5j91Ff_LaY-qjNACf_7OUkmmbP4_wG_uukxfR1YF4Y2hyjtEHbIIR18lv/s1600/lightbox-btn-close.gif


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQ7oP_SFN9lX9PBx9_knqrD5ZHDKxkLGu6RHntGWFmbY3rIqjuPGFF24mlUXSCEKi7lgVAAzcx4ELOVqgHJfRQUieVxWg59RiK_fml642MW-f6nyTDW0dnvDbapIveNkOCWSxSBCzN8QBo/s1600/subModalClose.gif




3. Letak kod iklan
Gantikan <!-- Letak iklan Nuffnang di sini --> dengan code pilihan korang. Biasanya orang akan pilih code Skyscrapper berbanding Leaderboard dan Large Rectanglekerana saiz Skyscrapper yang slim dan tidak mengganggu bacaan post. Aku sendiri pun penah cuba letak ketiga-tiga jenis dengan float ads ni. Mula-mula macam cool gila kan, lama-lama jadi semak. Haha. Sakit mata memandangnya. Cuba-cuba sampai berjaya ya.

Disamping itu, korang boleh je nak letak benda lain, macam gambar kucing ke, gambar pakwe ke, gambar sendiri ke. Tapi takleh letak gambar makwe, nanti kena ngurat


4. Cara nak letak dalam blog
  • Pergi kat Dashboard, http://www.blogger.com/home
  • Klik pada Design
  • Klik pada Add a gadget
  • Pilih HTML/Java Script
  • Copy paste code di atas
  • Klik Save
  • Siap !!


 Sumber: http://ipai-ans.blogspot.com

Apa Nak Jadi? Buat Pembedahan Untuk Jadi Superman

Herbert Chavez
Seorang peminat tegar watak Superman di Filipina sanggup membelanjakan wang sebanyak £4,400 (RM22,337) untuk menyerupai wajah watak adi wira kegemarannya itu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Lelaki itu, Herbert Chavez, 35, sanggup melakukan pembedahan plastik bagi mengubah wajahnya.

Dia mengubah hidung, memutihkan kulit, menyedut lemak bibir, melakukan penjajaran rahang, mengimplan otot perut dan punggung bagi meniru kehidupan sebenar watak Clarke Kent.

Herbert Chavez mula jatuh cinta dengan watak adi wira itu yang terkenal dengan kain mantel merah dan lambang logo S ketika berusia lima tahun selepas menonton watak tersebut di televisyen.
Dengan gaji sebanyak 90 Pesos (RM6.57) sejam, dia sanggup berbelanja besar untuk minatnya itu. Herbert Chavez berazam mahu mengajar kanak-kanak mengenai nilai-nilai moral yang baik, di samping menceriakan hari mereka.

Dia juga memiliki koleksi memorabilia Supermen terbesar di dunia berjumlah 5,000 unit termasuk patung sebesar sebatang pokok.


Herbert Chavez


Herbert Chavez

Herbert Chavez

Gambar Mayat Paul Walker Yang Telah Hangus Tesebar?



Gambar milik laman Showbizspy, Jumaat (6/12/2013) memperlihatkan gambar mayat Paul Walker dalam keadaan hangus terbakar.

Dalam laman tersebut memperlihatkan gambar yang diperjelas dengan garis berwarna merah yang menyerupai mayat manusia dan dianggarkan disitulah mayat dari Paul Walker dijumpai. Mayat Paul Walker diduga sudah tidak utuh lagi akibat api yang meletup dari kereta yang dia naiki.

TERKINI: Kematian Paul Walker Jadi Punca Filem Lakonannya Dibatalkan



PIHAK Universal Studios dilaporkan mungkin akan membatalkan penerbitan filem Fast and Furious 7 berikutan kematian bintang utamanya, Paul Walker dalam satu kemalangan ngeri di Selatan California minggu lalu.
Menurut laporan Fox News, pihak penerbit dan pengarahnya, James Wan merasakan terlalu sukar untuk meneruskan baki penggambaran filem itu tanpa Walker kerana ada beberapa babak penting melibatkan pelakon itu masih belum dirakamkan.
"Selepas berita kematian Paul, pihak produksi memutuskan untuk berehat seketika bagi menghormati mendiang namun kini pihak penerbit berpendapat keseluruhan produksi itu patut dihentikan," kata sumber.
Fast and Furious 7 telah memulakan penggambaran pada September lalu dan produksi tersebut dihentikan seketika bersempena sambutan Hari Kesyukuran.
Malah kata sumber tersebut, perancangan untuk memulakan semula penggambaran filem tersebut turut memberikan masalah besar kepada produksi - mstar

Panas!!! Erma Fatima sindir Rabecca enggan terima syiling 5 sen & Al-Quran

Rabecca Nur Al-Islam, erma fatima, Erma Fatima sindir Rabecca enggan terima syiling 5 sen




Tindakan pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 23 tahun, yang mahu memulangkan semula wang syiling 5 sen berjumlah RM11,500 kepada Erma Fatima membuatkan pengarah itu menyindir pelakon tersebut di laman Instagram miliknya.

Erma Fatima diarahkan untuk membayar saman kepada Rebecca Nur Al Islam. Siapa sangka saman yang bernilai RM11,200 dibayar dalam bentuk duit syiling 5 sen.


Erma Fatima dalam beberapa kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial tersebut berkata, tidak baik bagi Rabecca untuk tidak menerima wang syiling berkenaan dan senaskhah Al-Quran yang diberikan kepadanya.“Peguam saya terima wang dan sebuah kotak yang saya percayai mempunyai al-Quran pada jam 4 petang semalam, namun dia terpaksa menolaknya atas sebab undang-undang. Menurutnya, wang syiling hanya boleh dibayar tidak lebih daripada RM30 dan selebihnya dalam bentuk wang kertas atau cek. Selain itu, hadiah dan al-Quran yang diberikan juga tidak termasuk dalam syarat tuntutan bayaran, jadi saya tidak boleh sewenang-wenangnya menerima pemberian itu dan ianya salah dari segi undang-undang,” kata Rabecca Nur Al Islam kepada Murai.

Rabecca Nur Al-Islam, erma fatima, Erma Fatima sindir Rabecca enggan terima syiling 5 sen, instagram erma fatima

"Tak baik you reject coin 5 sen dan Al-Quran, 5 sen pun duit tuntutan you juga, nilainya tetap sama, seems Al-Quran pun you reject maka I tetap nak you tahu apa yang tertulis dalam Al-Quran itu untuk you, so I post di sini sebab I tahu you akan baca"- Erma Fatimamelalui Instagramnya.

Selain wang syiling dan Al-Quran yang dihantar ke pejabat peguam Rabecca, Erma Fatima turut menyelitkan sekeping kad dengan kata-kata agar Rabecca Nur Al Islamterus tidak berbohong.
Rabecca Nur Al-Islam, erma fatima, Erma Fatima sindir Rabecca enggan terima syiling 5 sen, isi kandungan surat erma fatima untuk rabecca

Rabecca Nur Al Islam telah menerima wang tuntutannya daripada Erma Fatima sebanyakRM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen selepas memenangi kes tuntutan terhadap pengarah drama itu pada 8 November lalu. Erma Fatima selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40% sehingga menyebabkan Rabecca Nur Al Islam memfailkan saman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 23 Julai 2013.

Sumber: BNara & Mstar

2 Gambar Gadis-Gadis Comel ini Menjadi Popular Kat FB Sepanjang Musim Banjir 2013



Dua gambar ini menjadikan gadis-gadis ini yang paling popular gambar mereka di share di facebook sempena musim banjir tahun 2013. Gambar-gambar ini dishare tidak putus-putus selama empat hari sepanjang musim banjir ini. Setiap hari ada sahaja yang akan mengkongsikan gambar-gambar ini. Kenapa? inilah kita semua sebagai manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan..mungkin mereka tak sengaja atau disengajakan dengan mendedahkan aurat mereka.. kata pepatah moden jangan tersalah upload kat fb dan dah terkonee tu.. tak pasal-pasal jadi isu kat fb sekarang.


Terkini: Rosmah dapat ‘lesen besar’ untuk terus menggunakan jet kerajaan



Satu-satunya perkara yang menarik dalam ucapan penggulungan Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung Umno petang tadi ialah puji-pujiannya atas jasa dan sumbangan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kepada negara. Pujian kepada isterinya sendiri yang dilakukan di pentas Umno ini dengan sendirinya menenggelamkan segala isu lain dan menjadikan perkara-perkara lain tidak lagi menjadi perhatian.

Selain memuji sumbangan dan peranan Permata yang menurut Najib tidak dapat dipertikaikan lagi, beliau juga menceritakan dua jasa dan sumbangan lain yang pernah dilakukan oleh isterinya kepada negara yang tidak pernah diperkatakannya sebelum ini iaitu membebaskan pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir yang disangka pengintip dan membantu pelajar yang menuntut di Mesir pulang ke Malaysia melalui Arab Saudi walaupun tanpa visa.

Menurutnya, kerana hubungan isterinya yang baik dengan isteri Hosni Mubarak, Suzanne, pelajar tersebut dapat dibebaskan hanya dalam tempoh dua jam kerana “networking” yang baik juga dengan keluarga diraja Arab Saudi, pelajar Malaysia bukan saja dapat pulang walaupun tanpa visa tetapi juga disediakan dua buah kapal terbang Jumbo dengan percuma.
Dengan puji-pujian yang membuatkan Rosmah kelihatan tersipu-sipu malu di tempat duduk VVIP, Najib bergurau lagi, “agaknya malam ini dapat bayaranlah”, lantas membuatkan Rosmah sekali lagi tersipu-sipu.

Najib juga mengakui bahawa beliaulah yang meminta isterinya melakukan kerja itu. Tidak dapat dipastikan kenapakah Najib meminta isterinya melakukan kerja tersebut sedangkan sepatutnya beliau menggunakan saluran rasmi kerajaan iaitu Kementerian Luar Negeri untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Apakah ini menandakan beliau tidak meyakini Anifah Aman untuk melakukan tanggungjawab itu dan lebih mempercayai kemampuan isterinya? Atau apakah ini mengesahkan lagi tanggapan umum sebagaimana tulisan Kadir Jasin yang berbunyi, “…jadi benarlah seperti didakwa oleh sesetengah pihak bahawa Umno sudah menjadi parti orang bangsawan, parti ‘warlods’ dan parti laki-bini.”
Tindakan Najib menceritakan tentang jasa dan sumbangan isterinya di pentas Perhimpunan Agung Umno ini adalah dipercayai untuk menangkis serangan dan kecaman terhadap isterinya itu berikutan penggunakan jet eksekutif yang dibiayai oleh kerajaan untuk lawatan ke Qatar, baru-baru ini.
Ia sekurang-kurangnya untuk meyakinkan perwakilan Umno bahawa di sebalik pelbagai dakwaan tentang pembaziran, pemborosan dan kehidupan mewah yang dijalani oleh isterinya, beliau juga sebenarnya ada melakukan sumbangan kepada negara yang mungkin tidak diketahui sebelum ini.

Najib sendiri berkata, inilah kali pertama beliau memaklumkan kepada umum tentang jasa dan sumbangan yang pernah dilakukan oleh isterinya itu. Dan seperti biasa, perwakilan Umno memberikan tepukan gemuruh mengenai sumbangan Rosmah kepada negara sebagaimana yang diceritakan suaminya sendiri itu. Mereka seolah-olah menghargai dan mengkagumi peranan yang dimainkannya itu.
Dengan tepukan gemuruh itu yang boleh dianggap sebagai “endorsment” terhadap kerja yang dilakukan oleh Rosmah, sama ada atas permintaan suaminya atau kehendaknya sendiri, isteri Perdana Menteri itu dipercayai akan terus aktif lagi selepas ini, walaupun serentak dengan keaktifannya, mungkin makin banyak pula kecaman dan serangan terhadapnya. Yang lebih penting lagi, dengan pujian Najib terhadap isterinya dan perwakilan Umno pula memberikan tepukan gemuruh, ia seolah-olah “lesen besar” untuk isteri Perdana Menteri itu terus menggunakan jet eksekutif kerajaan dan pelbagai kemudahan-kemudahan lainnya selepas ini, bahkan mungkin dengan skala yang lebih besar lagi.
Tahniahlah kepada perwakilan Umno yang menganugerahkan ” lesen besar” itu.

Sumber:suarainsan

Budak 12 Tahun DiHukum Penjara Kerana Tiduri Pembantu Rumah


Gambar hiasan

Dubai : Seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang dihukum penjara selama enam bulan selepas didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan amahnya sehingga menyebabkan wanita itu mengandung, telah dibebaskan oleh mahkamah.


Keputusan itu dibuat selepas mahkamah rayuan mendapati wanita itu sengaja mereka-reka cerita berkenaan bagi mengelakkan dia daripada dihantar pulang ke negaranya di Ethiopia. Dengan membuat cerita bahawa dia mengandung, wanita berusia 28 tahun tersebut telah memeras ugut keluarga berkenaan.


Dia sebelum ini mendakwa telah mengadakan hubungan seks sebanyak dua kali iaitu di rumah majikannya di Ajman dan di sebuah bilik hotel, pada bulan April dan Jun lalu. Budak itu didakwa masuk ke bilik amah tersebut dan membuka baju wanita berkenaan sebelum mengadakan hubungan seks.


Selepas mengetahui bahawa wanita itu mengandung, majikannya telah membawa pembantu rumah mereka ke hospital dan dia melahirkan anak pada Februari lalu. Selepas kes itu dibawa ke mahkamah, amah terbabit bersama budak lelaki itu telah dihukum penjara 6 bulan.

GAMBAR: Nahas Ngeri Babitkan Enam Kenderaan, 3 Maut



Memandangkan sekarang musim cuti sekolah, cuaca buruk tidak menghalang pemandu memenuhi jalan raya untuk pulang ke kampung halaman.

Natijahnya, risiko berlaku kemalangan menjadi lebih tinggi apatah lagi dengan keadaan jalan yang licin disebabkan hujan berterusan.

Misalnya kemalangan yang berlaku jam 4.45 petang semalam di Kilometer 244.6 Lebuhraya Utara – Selatan dekat Senawang.

Kemalangan ini membabitkan enam kenderaan iaitu lori tangki, lori treler, bas ekspres yang tidak membawa penumpang, motosikal, kereta Perodua Myvi dan teksi jenis MPV.

Rasidah Abdul Latip, 30, dan bayi baru berusia 10 bulan yang menaiki Myvi meninggal dunia dalam nahas ini begitu juga pemandu bas warga Singapura, Ahmad Zaki Kassim, 36. Penunggang motosikal dilaporkan patah kaki.

Punca kemalangan disebabkan lori tangki terbabas lalu menghadang laluan sebelum dirempuh lori treler dan empat kenderaan lain.

Myvi paling teruk apabila terperosok bawah lari manakala teksi terhimpit ke penghadang jalan raya.

Nahas membuatkan kesesakan teruk sepanjang 8 kilometer.

Berikut, gambar kemalangan ngeri tersebut. – REM RAMZI



Kenapa Leina Tidak Buang Gambar Seksi Di FB?



PETALING JAYA – Tindakan penyanyi Leina Hangat tidak memadam gambar-gambar seksi di laman Facebook miliknya kerana ingin memberi pengajaran kepada para orang ramai.

Leina atau nama sebenarnya Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia bukan ingin bermegah-megah dengan kehidupan lampau tetapi mahu masyarakat membuat perbandingan mengenai imej lama dah baharunya untuk dijadikan panduan agar mereka tidak mengikut jejaknya itu.

“Menerusi gambar-gambar semasa zaman jahiliah dan terkini (ketika bertudung), mereka boleh membuat perbandingan dan seterusnya mengambil pengajaran supaya tidak meniru kehidupan lampau saya,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Leina mula menukar imej daripada seorang artis seksi kepada imej bertudung pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk berubah dan menjalankan tanggungjawab kepada agama.

Dalam perkembangan sama, Leina berkata, dia tidak mahu dilihat sebagai seorang yang sudah sempurna dari semua segi selepas memakai tudung.

Jelas Leina, dia masih individu yang serupa dan pada masa sama sedang dalam proses untuk memperbaiki diri ke jalan yang diredai Allah.

“Jika ada yang bertanya bagaimana saya mendapat hidayah, saya tiada jawapan namun perjalanan untuk menjadi insan yang sempurna masih panjang.

“Saya bersyukur diberi kesempatan oleh Allah untuk mengubah diri dan kehidupan saya selain meninggalkan larangan yang pernah saya lakukan semasa zaman jahiliah dahulu,” katanya.

Mengimbau mengenai kehidupannya dahulu, Leina berkata walaupun sedih namun menganggap apa yang berlaku adalah satu pengajaran besar sehingga membuatkan dia tersedar.

Malah kata Leina, dia enggan menoleh ke belakang mengenangkan zaman jahiliahnya tetapi menggunakan kesempatan diberikan untuk mendekatkan diri dengan agama Islam.

“Hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya apabila saya diberi hidayah dan kesedaran untuk berubah. Tentang perkara lalu tidak perlu saya kenang lagi.

“Perubahan tersebut juga membuatkan diri saya lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan,” katanya.

Pun begitu kata Leina, walaupun sudah bertudung dia tidak berhasrat untuk meninggalkan bidang nyanyian kerana ia telah sebati dengannya.

Sehingga kini dia masih lagi menerima undangan untuk mengadakan persembahan namun dia lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab.

“Saya masih menyanyikan lagu dangdut seperti biasa cuma saya tidak lagi menari di atas pentas seperti dahulu dan jaga batas sebagai seorang wanita bertudung,” ujarnya. – mStar Online