(GAMBAR) Kambing ‘Mangsa’ Rogol Diheret Ke Mahkamah

 
Seekor kambing yang menjadi mangsa kes serangan seksual semalam hadir di mahkamah untuk berdepan penyerangnya seorang pemuda berusia 28 tahun.
Katana Kitsao Gona dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menyetubuhi kambing berkenaan walaupun sudah beristeri.
Dalam keterangannya di depan hakim, Gona berkata isterinya adalah seorang wanita kurang upaya dan hanya bergantung kepada dirinya untuk mencari rezeki.
Justeru, katanya, dia berharap hakim dapat meringankan hukuman atas kesalahannya mendera kambing.
Bagaimanapun majistret Muthoni Nzibe tidak mengendahkan rayuan Gona dan mengarahkan dia dipenjara 10 tahun selepas mengaku salah mengadakan hubungan seks dengan kambing.
Kambing yang menjadi mangsa Gona dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti oleh pegawai pendakwa kes.
Menurut pegawai pendakwa Jimmy Kema, Gona melakukan kesalahan itu Isnin lalu.
Saksi yang juga jiran Gona berkata dia memasuki kawasan semak untuk membuang air kecil dan terkejut apabila melihat sehelai baju disangkut pada pokok.
Apabila dia menyiasat lebih lanjut, saksi terkejut apabila ternampak Gona berbogel dan mengadakan hubungan seks dengan kambing yang ditambat itu.
Dia memaklumkan pemilik kambing itu serta orang kampung sebelum Gona ditahan polis.
Menurut laporan pejabat veterinar, kesan darah ditemui pada vulva kambing berkenaan yang turut membuktikan serangan seksual terjadi.

Ponteng Sekolah - Pelajar Ditangkap Berkhalwat Di Hotel Tengah Bermadu Kasih


SURA GATE : Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut di tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat bandar ini.

Bagaimanapun, kunju-ngan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya dengan harga RM65 satu malam sejak dua hari lalu itu membawa padah apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana berdua-duaan di bilik hotel.

Ketika serbuan dilakukan PPS Dungun kira-kira jam 8.30 pagi, gadis yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berpakaian biasa manakala teman lelakinya yang berasal dari Kuala Terengganu hanya berseluar pendek.

Pelajar perempuan itu dikatakan keluar rumah dengan memakai uniform sekolah, namun dia tidak pergi ke sekolah, sebaliknya menuju ke bandar Dungun untuk menemui teman lelakinya di hotel yang terletak di deretan bangunan perniagaan Sura Gate.

Difahamkan, kedua-dua pasangan tersebut berkenalan melalui telefon sejak beberapa minggu lalu dan ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Tanah Lot itu dikatakan datang ke hotel berkenaan untuk menghantar makanan kepada teman lelakinya yang difahamkan baru bangun tidur.

Soal siasat PPS mendapati kedua-dua mereka tiada hubungan muhrim sah dan pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. – Sinar Harian