Koperal Cawangan Khas (SB) Dituduh Bunuh Rakan Setugas

Koperal Cawangan Khas (SB) Dituduh Bunuh Rakan Setugas
KUALA LUMPUR – Seorang koperal dari cawangan khas Bukit Aman hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini bagi pertuduhan membunuh rakan setugasnya, awal bulan lalu.
Kpl Wan Masrul Faiezie Wan Mustapha, 33, kelihatan tenang dan mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Wan Masrul Faiezie didakwa membunuh Lans Kpl T.Thivakar, 37, di tepi Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan, di sini antara kira-kira 4.11 petang hingga 4.50 petang, 4 Feb lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Peguam Sheelan Arjunan hadir sebagai peguam pemerhati keluarga mangsa.
Mahkamah menetapkan 14 April ini untuk sebutan semula kes itu, sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.
Sebelum ini, media melaporkan mangsa ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan, dipercayai ditembak dari jarak dekat.
Mayatnya ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 4.30 petang, yang kemudian memaklumkannya di Balai Polis Travers di sini. – BERNAMA

Samsung Umum NotePro – RM2,999

Samsung Umum NotePro - RM2,999
NAMPAKNYA saiz merupakan elemen yang penting buat Samsung. Memperkenalkan peranti tablet terbaru dari Samsung, Galaxy NotePro yang direkan dengan paparan skrin WQXGA Widescreen 16:10 12.2-inci yang mampu memberi kualiti resolusi 2560 x 1600, hampir sama seperti kualiti skrin resolusi maksimum Retina Apple Macbook Pro 15-inci.
Dilengkapi oleh sistem pemproses Quad-core 2.3 GHz Krait 400, Qualcomm Snapdragon 800 chipset, Adreno 330 GPU serta memori RAM 3GB, NotePro ini semestinya peranti tablet yang boleh diambil kira sebagai tablet terbaik buat masa ini.
Tablet ini juga menyokong hubungan LTE selain kamera belakang 8MP dan kamera hadapan 2MP, memori dalaman 32GB (boleh ditambah dengan kad microSD). Direka dengan kuasa bateri 9,500mAh, tablet ini masih dikatakan agak ringan walaupun bersaiz besar.
Dilancarkan pada bulan Mac 2014, peranti ini akan dijual pada harga RM2,999. Walaupun agak mahal, dengan spesifikasi yang yang terdapat pada peranti premium ini, pengguna semestinya akan berpuas hati dengan tablet generasi baru ini.
Selain pilihan warna hitam dan putih, NotePro juga dijual bersama aksesori seperti LAN Hub, Papan Kekunci Bluetooth, Tetikus S Action dan HDTV Adaptor.
Sumber: Lowyat

Facebook Iktiraf Jantina Selain Lelaki / Perempuan

Facebook Iktiraf Jantina Selain Lelaki / Perempuan
Sebagai sokongan kepada golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual, transgender), Facebook memperkenalkan pengenalan jantina yang tidak terhad kepada Lelaki atau Perempuan sahaja di laman sosial berkenaan.
Kini pengguna Facebook di laman bahasa English (US) boleh klik ‘Other’ seterusnya memilih 50 jantina alternatif untuk dipaparkan di profil mereka.
Antara pilihan berkenaan termasuklah ‘cisgender’, ‘transgender’, ‘intersex’, ‘androgynous’, ‘bi-gender’ dan ‘gender fluid’.
Menyedari tak semua orang selesa berkongsi orientasi seksual mereka, pengguna boleh memilih siapa yang boleh dan tidak boleh melihat ruangan jantina mereka. - REM RAMZI
Sumber: www.digitalspy.co.uk

Chef Wan Kritik Muka ‘Jambu’ Nik Michael?

wann
Siapa yang tidak mengenali chef nombor satu negara, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.
Baru-baru ini pun, Chef Wan lantang menegur nasi lemak yang dibekalkan syarikat penerbangan MAS yang dikatakan menghidang sajian kebanggaan negara dalam keadaan yang tidak lengkap atau telanjang.
Ramai yang bersetuju dengan kritikan membina yang diberikan oleh Chef Wan mengenai perkara tersebut.
Baguslah begitu, tetapi lain pula masalah yang timbul kali ini.
Chef Wan secara lantang telah mengkritik seorang chef muda yang baru hendak membina nama dalam bidang masakan iaitu Chef Nik Michael Imran.
 nikk

Bomba Terkejut Jumpa Emas, Bukan Bom

Disangka Bom Rupanya Emas
Penemuan bungkusan misteri dalam tandas membuatkan kapal terbang kurier, IndiGo yang baru berlepas dari Singapura menuju ke Chennai, India melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira jam 7.30 pagi semalam.
99073_1292996318

Gadis ‘Minta Hantaran RM160,000′ Kesal Difitnah

Gadis 'Minta Hantaran RM160,000' Kesal Difitnah
Semalam, kami ada menyiarkan kisah sebuah page Facebook yang dipercayai menggunakan sewenang-wenangnya gambar gadis yang dicuri di laman sosial peribadi sebelum dimuatnaik dan diletakkan kapsyen berunsur penipuan.
Antaranya mendakwa seorang gadis cantik yang dikongsikan gambarnya meminta wang hantaran sehingga RM160,000.
BACA: Cari Jodoh Di FB Hantaran Cecah RM160,000?
Apabila perkara ini dikongsikan beramai-ramai di laman siber, ia akhirnya sampai ke pengetahuan gadis ini sendiri.
Empunya badan nyata terkejut dan kesal dengan insiden berunsur fitnah ini.

Rumah Karam Singh Walia Dipecah Masuk, Kereta V’wagen Passat Dilarikan

Rumah Karam Singh Walia Dipecah Masuk, Kereta V'wagen Passat Dilarikan

KLANG – Kediaman wartawan TV3 Datuk Karam Singh Walia di Taman Sri Andalas, di sini dipecah masuk petang tadi.
Kejadian itu hanya disedari isterinya, 55, yang pulang ke rumah jam 4 petang tadi dan terkejut melihat pintu pagar telah dirosakkan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarulzaman Mamat berkata, perompak membawa lari televisyen dan barangan berharga milik mangsa.
Menurutnya, kereta milik Karam Singh jenis Wolkswagen Passat turut dilarikan suspek.

Warga Asing: Penyakit TB PALING TINGGI, Dah 16,000 Pembawa Dikesan!

Warga Asing: Penyakit TB PALING TINGGI, Dah 16,000 Pembawa Dikesan!
KUALA LUMPUR – Berdasarkan data saringan pemeriksaan kesihatan ke atas pekerja asing sepanjang 2013, Turbecolosis (TB) atau batuk kering merupakan kadar penyakit tertinggi dalam kalangan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Beliau berkata berdasarkan data Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Kesihatan (Fomema), TB mencatatkan jumlah kes sebanyak 16,751 atau 45 peratus daripada jumlah kes keseluruhan, manakala Hepatitis B sebanyak 5,348 kes (14 peratus) dan penyakit kelamin berjangkit (STD) ketiga tertinggi dengan 1,839 kes (1.4 peratus).
Dr Hilmi berkata, sebaik sahaja mereka dikesan mempunyai penyakit itu, majikan mereka diarahkan untuk menguruskan penghantaran pulang dengan segera kerana dikhuatiri akan berjangkit.
“(Mengikut prosedur), kita perlu memastikan mereka yang masuk kerja secara sah, diperiksa (tahap kesihatan) terlebih dahulu…kemudian kalau tak ada penyakit, baru dibenarkan berdaftar dan bekerja di Malaysia,” katanya sewaktu berucap pada majlis perasmian pembukaan Fomema cawangan Kuala Lumpur di sini, semalam.
Sementara itu, Dr Hilmi menggesa para majikan untuk lebih proaktif serta telus dalam memastikan pekerja mereka dapat menjalani pemeriksaan kesihatan melalui Fomema.
Beliau berkata selain tanggungjawab untuk memastikan pekerja mereka melepasi pemeriksaan itu sebelum mendapatkan permit pekerjaan, majikan perlu memastikan pekerja mereka mempunyai Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA).
Beliau berkata langkah ini penting bagi memastikan pekerja asing di Malaysia dilindungi insurans selain memastikan kadar rawatan mereka tidak ditanggung sepenuhnya oleh pembayar cukai.
“Majikan yang (sengaja) tak ambil insurans untuk pekerja adalah tidak adil…kita tak mahu rakyat dibebani oleh (rawatan kesihatan) pekerja asing,” katanya.- Bernama

Christina Aguilera Dan Rain Dibawa Ke KLCC, Konsert Percuma Mac Ini

Christina Aguilera Dan Rain Dibawa Ke KLCC, Konsert Percuma Mac Ini
KUALA LUMPUR – Twin Towers @ Live 2014 terus membawa kejutan apabila Christina Aguilera diumum sebagai bintang utama konsert berprestij itu.
Aguilera muncul pada malam pertama pada konsert yang akan berlangsung selama dua hari iaitu 28 dan 29 Mac ini.
Ia juga merupakan kehadiran kali pertama penyanyi yang semakin popular dengan rancangan realiti “The Voice” itu ke Malaysia.
Pihak penganjur menyeru peminat di seluruh negara datang memeriahkan suasana. kerana mereka mengakui ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk membawa penyanyi itu ke sini.
Artis tempatan seperti Joe Flizzow, Altimet, Sonaone, Ila Damia, Dj Biggy, Oh Chentaku dan DJ Irama juga bakal berkongsi pentas sepanjang acara berlangsung. Bintang K-pop Rain bakal membuat penampilan pada pada 29 Mac.
Twin Towers @ Live, yang berlangsung di menara berkembar Petronas KLCC, berjaya menarik lebih 50 ribu pengunjung pada penganjurannya tahun lalu, kali ini pihak penaja ingin membawa kelainan dengan menengahkan artis persembahan solo.
Tahun lalu twin tower @ live membawakan Demi Lovato, Backstreet Boys, 2NE1 dan Bintang K-Pop, U-Kiss.

Christina Aguilera Dan Rain Dibawa Ke KLCC, Konsert Percuma Mac Ini

Christina Aguilera Dan Rain Dibawa Ke KLCC, Konsert Percuma Mac Ini
KUALA LUMPUR – Twin Towers @ Live 2014 terus membawa kejutan apabila Christina Aguilera diumum sebagai bintang utama konsert berprestij itu.
Aguilera muncul pada malam pertama pada konsert yang akan berlangsung selama dua hari iaitu 28 dan 29 Mac ini.
Ia juga merupakan kehadiran kali pertama penyanyi yang semakin popular dengan rancangan realiti “The Voice” itu ke Malaysia.
Pihak penganjur menyeru peminat di seluruh negara datang memeriahkan suasana. kerana mereka mengakui ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk membawa penyanyi itu ke sini.
Artis tempatan seperti Joe Flizzow, Altimet, Sonaone, Ila Damia, Dj Biggy, Oh Chentaku dan DJ Irama juga bakal berkongsi pentas sepanjang acara berlangsung. Bintang K-pop Rain bakal membuat penampilan pada pada 29 Mac.
Twin Towers @ Live, yang berlangsung di menara berkembar Petronas KLCC, berjaya menarik lebih 50 ribu pengunjung pada penganjurannya tahun lalu, kali ini pihak penaja ingin membawa kelainan dengan menengahkan artis persembahan solo.
Tahun lalu twin tower @ live membawakan Demi Lovato, Backstreet Boys, 2NE1 dan Bintang K-Pop, U-Kiss.

Filem KAMI HISTERIA Pecah Panggung, Baru 4 Hari Dah Kutip RM500,000!

kami-histeria1
KUALA LUMPUR – Filem Kami Histeria hasil sentuhan pertama pengarah, Shamyl Othman terus mendapat sambutan di pawagam-pawagam utama seluruh Malaysia sejak ditayangkan pada 6 Februari lalu.
Setakat ini, kutipan panggung telah mencecah RM500,000 dalam masa empat hari tayangan.
Shamyl yang juga merupakan anak kepada pengarah tersohor, Othman Hafsham, di dalam temubualnya bersama Gala TV memberitahu ini adalah kali pertama dia mengarah filem dan cabarannya sangat berbeza dengan mengarah drama.
“Bagi saya cabaran mengarah filem apabila setiap scene perlu dijaga dengan terperinci kerana filem disiarkan di skrin sebesar 20 kaki maka setiap inci bakal diperhatikan” katanya.
“Kita juga mengambil masa yang lama dalam pemilihan pelakon yang bakal menganggotai kumpulan Histeria dan alhamdullah, pemilihan yang dibuat menghasilkan kombinasi yang baik” katanya kepada Gala TV.
Filem yang dibarisi pelakon hebat seperti Fazura, Diana Danielle, Mila Jirin dan Izzue Islam turut mendapat review yang baik dari penggemar-penggemar filem.
Antaranya Blog hiburan, Ohbulan! yang merasakan filem bergenre komedi seram ini sebagai ‘terbaik’ kerana berjaya lari dari pandangan stereotaip sesetengah orang yang sering melabel genre berkenaan sebagai karya syok sendiri.
Lakonan lima watak utama ahli kumpulan Histeria iaitu Laila (Diana Danielle), Peanut (Nad Zainal), Bad (Sara Ali), Airin (Mila Jirin) dan Jojo (Umie Omar) disebut-sebut sebagai kekuatan filem Kami Histeria.
Bagi penulis blog Mamuvies pula, lima watak utama tersebut berjaya melakonkan watak masing-masing dengan jayanya tanpa menenggelamkan satu sama lain, namun penulisnya kecewa apabila elemen seram tidak tidak dijadikan subplot dalam filem tersebut.
Selain itu, penulis blog Byrawlins merasakan filem ini berjaya merubah anggapan skeptikalnya kepada filem melayu.
Turut memberi pujian kepada sinematografi filem ini yang dikatakan seolah menonton filem ‘luar negara’, penulis juga merasakan lakonan Nad Zainal ‘menjadi’ walaupun hampir tidak mempunyai dialog, dan hanya menggunakan ekspresi muka serta bahasa badan.
Walaubagaimanapun, rata-rata pendapat di media sosial turut menggemari lakonan Fazura sebagai Cik Lang, hantu yang bercakap loghat Kedah serta lagu-lagu ciptaan Loque yang digunakan sebagai runut bunyi untuk filem ini.

Pelakon Utama Teater Pengsan Ketika Sedang Berlakon Di Istana Budaya!

Pelakon Utama Teater Pengsan Ketika Sedang Berlakon Di Istana Budaya!
KUALA LUMPUR – Pelakon yang memegang watak utama dalam drama bersiri popular, Ariana Rose, Nur Fathiya Abd Latiff dilaporkan pengsan ketika sedang menjalani pementasan teater Bidasari di Istana Budaya.
Dalam kejadian jam 10 malam tadi, Nur Fathiya yang sedang menjalani pementasan dengan memegang watak utama iaitu Bidasari dikatakan pengsan di atas pentas.
Menurut penonton yang sedang menyaksikan pementasan itu, Fathiya dilihat dalam keadaan lemah sebaik pementasan bermula.
Katanya, selepas hampir satu jam pementasan berjalan, tirai tiba-tiba ditutup dan pementasan dihentikan seketika selama lima hingga sepuluh minit.
“Sebaik pementasan disambung semula, watak Bidasari yang dilakonkan Fathiya sebelum itu diganti dan diambil alih pelakon lain.
Sementara itu, Ketua Pengarah Istana Budaya, Johari Saharani gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
Teater Bidasari di bawah arahan Lokman Ghani berlangsung sehingga 17 Februari ini. – Harian Metro

Tarikh 14 Feb…Lebih Ramai Ingat Valentine Dari Pembunuhan Kejam Left. Adnan

Tarikh 14 Feb...Lebih Ramai Ingat Valentine Dari Pembunuhan Kejam Left. Adnan
SATU peritiwa yang sukar dilupai dalam sejarah Tentera Darat ialah peristiwa indakan Tentera Jepun menawan Bukit Chandu, Singapura pada tanggal 14 Februari 1942.
Bukit Candu ketika itu dipertahankan oleh Platun No. 7, Kompeni C, Batalion Pertama Askar Melayu yang diketuai oleh Lt Adnan bin Saidi, anak jati Sungai Ramal, Kajang, Selangor.
Tentera musuh, setelah gagal dalam percubaan yang pertama, mengulangi serangan dengan kekuatan yang berlipat ganda.
Di dalam pertempuran yang sengit ini, anggota Platun No. 7 telah berjuang dengan semangat yang gigih tanpa mengaku kalah.
Lt Adnan sendiri mengendalikan senjata Lewis Machinegun dan mara mara untuk memberi semangat dan perangsang.
Walaupun mengalami kecederaan, namun beliau telah menunjukkan semangat untuk terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir.
Pertempuran yang berlangsung selama 48 jam itu menyebabkan ramai jiwa Askar Melayu terkorban dan tidak kurangnya yang cedera.
Namun bagi Lt. Adnan, yang juga cedera parah ketika itu serangan hebat Jepun tidak mampu melunturkan semangatnya.
“Biar Berputih Tulang, Jangan Berputih Mata”, kata-kata inilah yang membakar dan terus menyemarakkan lagi semangat juangnya dan rakan-rakan yang lain agar tidak gentar menghadapi Jepun demi mempertahankan Tanah Melayu sehingga titisan darah yang terakhir.
Namun Lt. Adnan tewas akhirnya kerana tidak mampu menandingi bilangan Tentera Jepun yang ramai.

Muhdalena Percaya Lelaki Amuk Bersamanya Adalah ‘Imam Mahadi’

Muhdalena Percaya Lelaki Amuk Bersamanya Adalah 'Imam Mahadi'
PUTRAJAYA – Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhdalena Ahmad memberitahu Mahkamah Seksyen di sini pada Khamis bahawa dia percaya lelaki yang ditembak mati dalam kejadian amuk bersenjatakan pedang samurai di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) dua tahun lepas, adalah ‘Imam Mahadi’.
Muhdalena, 29, turut mengaku membawa pedang samurai dalam kejadian itu seperti mana diarahkan oleh ‘Imam Mahadi’ kerana percaya lelaki itu adalah pahlawan yang diutuskan Tuhan.
“Saya benar-benar percaya beliau adalah ‘Imam Mahadi’ dan perlu mematuhi arahannya kerana dia adalah seorang pahlawan yang dihantar oleh Tuhan untuk menyelamatkan umat manusia,” jelas Muhdalena ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh.
Beliau berkata demikian ketika membela diri terhadap empat tuduhan yang dihadapinya berhubung kejadian amuk di Kompleks B. JPM, Presint 1 di sini, pada kiera-kira 2.30 petang, 9 Julai 2012.
Dalam kejadian itu, Khalil Afendi Abdul Hahamid, 47, yang mengaku dirinya ‘Imam Mahadi’ terbunuh selepas terkena tembakan di bahagian ari-ari dan tangan kiri manakala Muhdalena cedera pada paha kanannya.
Wanita itu menghadapi tuduhan iaitu melakukan ugutan jenayah, membawa senjata berbahaya, tidak mematuhi perintah polis agar meletakkan senjata yang dibawanya dan berada di premis itu yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan tanpa kebenaran.
Muhdalena memberitahu mahkamah beliau mula mengenali lelaki itu melalui blog ‘Abu Bakar’ yang dapat memberikan penjelasan berhubung pelbagai persoalan mengenai umat manusia bermula sebulan sebelum kejadian.
Lulusan bidang Perbandingan Agama dan Usulludin itu berkata lelaki berkenaan turut menulis dalam blog ‘Arif Effendi’ dan kemudiannya dalam ‘Jaya Negara’.
Muhdalena berkata dia kemudiannya berpindah ke rumah ‘Imam Mahadi’ tiga atau empat hari sebelum kejadian itu di Seri kembangan, sebelum lelaki itu mendedahkan identiti sebenarnya sebagai Khalil Afendi Abd Hamid.
Katanya dia berpindah ke rumah ‘Imam Mahadi’ bersama suami dengan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Muhdalena, yang berpakaian serba hitam dengan seluar, tudung serta kot, sepanjang prosiding, berada dalam keadaan tenang, melainkan ketika menceritakan semula saat-saat dia ditembak dan menerima rawatan di hospital.
“Dengan perasaan marah, saya telah menjerit kepada semua yang berada di pekarangan kompleks untuk beredar. Saya ada mendengar bunyi tembakan tetapi tidak sedar saya telah cedera ketika itu.
“Saya melihat darah pancut daripada tangan Khalil Afendi dan terus berjalan ke arah kaki lima kompleks berkenaan sebelum sedar saya pun cedera di kaki akibat ditembak,” katanya.
Dia berkata ramai orang telah berkerumun sekelilingnya dan salah seorang daripada mereka memberitahu bahawa Khalil Afendi telahpun meninggal dunia.
Sebelum itu, ketika pemeriksaan utama oleh peguam M.Visvanathan, Muhdalena berkata dia telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan untuk kecederaannya dan beberapa hari kemudian telah dirujuk kepada pakar psikiatri yang telah mengesahkan bahawa dia telah mengalami penyakit kemurungan ketika kejadian.
Muhdalena berkata dia turut mendapat rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, di Tanjung Rambutan, Perak, yang turut mengesahkan beliau memang ada sindrom sebagai pesakit mental.
Hakim Mohamed Kamil Nizam menetapkan 24 dan 25 Feb ini untuk mendengar keterangan dua pakar psikiatri iaitu Dr Umi Adzlin Silim dari Hospital Putrajaya dan Pengarah dan Perunding Psikiatri Forensik, Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Rabaiah Mohd Salleh. BERNAMA

PKNS Belanja RM40 Juta Untuk Pasukan PKNS FC – Dakwa Raja Petra

pkns FC
Penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin hari ini mendakwa, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah membelanjakan sehingga RM40 juta bagi pasukan bola sepak Football Club PKNS (PKNS FC) yang ditubuhkan sejak tahun 2008.
Raja Petra mendakwa demikian hanya sehari selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan penubuhan satu pasukan petugas khas bagi menyiasat penyelewengan kewangan di PKNS.
Dakwaan itu dibuat beliau melalui laman blognya, Malaysia Today.
raja petra

Susulan Kisah Dari Sweden: Uncle Azizul dan Auntie Shal Yang Ku Kenali

Susulan Kisah Dari Sweden: Uncle Azizul dan Auntie Shal Yang Ku Kenali
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
Hampir semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum mengenai pasangan warga Malaysia yang ditahan di Stockholm, Sweden. Mereka ialah Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal.. Dan anak-anak mereka Aisyah, Ammar, Adam dan Arif.
Alhamdulillah ramai insan di Malaysia memberi pandangan yang baik dan mendoakan mereka.. Aku ucapkan terima kasih dan berharap doa dan solat hajat diteruskan untuk kebebesan mereka.. Tapi pada masa yang sama ramai juga yang memberi pandangan negetif dan buruk terhadap mereka ini.
Maka hari ni Insyallah aku nak cerita pengalaman aku sebagai antara insan yang rapat dan amat baik dengan mereka.. Bagi memberi gambaran sebenar siapakah mereka ini yang dituduh suka mendera anak..
Kepada mereka yang menfitnah pasangan baik dan prihatin ini.. Aku mohon berhentilah daripada berbuat dosa sedemikian.. Dan pada mereka yang terus memberi kata hina dan tomahan tanpa usul periksa apatah lagi tidak pernah berjumpa atau mengenali mereka.. boleh berhenti dari membuat perkara tersebut.. Dan sila berhenti dari share perkara fitnah di Facebook dan Twitter..
Aku mengenali mereka buat pertama kali di Johannesburg, Afrika Selatan pada tahun 2005.. Ketika itu aku menuntut di University Islam Darul Uloom Zakariya.. Encik Azizul atau dengan panggilan Uncle Azizul.. Seorang yang amat mesra dengan kami ( pelajar Malaysia ).. Kerana keprihatinan beliau dan isteri Auntie Shal selalu bertanya khabar dan memberi pertolongan kepada pelajar.. Membuatkan semua pelajar mengenali dan menghormati beliau.. Mahu pun pelajar dari Indonesia, Brunei, Singapore, Kemboja, Vietnam dan juga Thailand..

Menjelang Perayaan Hari Valentine Malam Ini…

Hari Kekasih atau lebih tepat disebut Valentine Day diraikan oleh penganut agama Kristian pada 14 Februari setiap tahun. Tujuan ia diraikan adalah sebagai memperingati dua orang paderi bernama Valentine yang berasal dari Rom dan Terni. Kedua-dua paderi tersebut dikatakan telah mati demi mempertahankan agama Kristian.  Hari Valentine pada awalnya tidak sedikitpun berkait dengan cinta asmara. Ia dikatakan hanya dikaitkan dengan pengorbanan terhadap agama. Namun setelah puisi yang dikarang oleh Geoffrey Chaucher untuk majlis ulangtahun pertunangan Raja Richard II disalahertikan oleh pembaca, Hari Valentine menjadi sinonim dengan cinta dan kasih sayang.  Di seluruh dunia ramai yang turut meraikan hari tersebut walaupun berbeza pegangan agama. Ia diraikan dengan memberi hadiah, coklat, kad ucapan dan bunga-bungaan kepada pasangan masing-masing. Penganut agama Islam juga tidak ketinggalan meraikan Hari Valentine walaupun hukum meraikan sambutan tersebut sudah dibincang dan diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada tahun 2005.  Di dalam persidangan tersebut, telah diputuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Ianya mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang Islam. Muzakarah juga berpendapat bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tiada hari tertentu untuk meraikannya.  Pada tahun 2011, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM telah melancarkan kempen ‘Awas Jerat Valentine’s Day’ di seluruh negara dengan menghalang umat Islam daripada menyambut perayaan itu. Pelbagai langkah diambil di dalam kempen tersebut termasuk menyerbu hotel untuk menghalang pasangan kekasih daripada melakukan khalwat dan perbuatan tidak bermoral serta mengedarkan risalah kepada mahasiswa universiti yang beragama Islam tentang larangan Hari Valentine.  Namun begitu, walaupun pihak JAKIM sudah menjalankan pelbagai langkah pencegahan, masih ramai juga umat Islam terutama di kalangan remaja yang diberkas dan didakwa di Mahkamah Syariah akibat mengingkari larangan dan melakukan maksiat ketika meraikan Hari Valentine.  Merayakan Hari Valentine tidak memberikan sebarang faedah kepada umat Islam. Selain daripada melanggar larangan agama, menyambut Hari Valentine juga boleh menimbulkan masalah sosial yang lebih teruk. Bermula dengan janji temu, bertukar-tukar hadiah, para remaja terjebak melakukan maksiat dan akhirnya mengundang gejala sosial seperti pengguguran dan pembuangan bayi yang tidak berdosa.
Hari Kekasih atau lebih tepat disebut Valentine Day diraikan oleh penganut agama Kristian pada 14 Februari setiap tahun.
Tujuan ia diraikan adalah sebagai memperingati dua orang paderi bernama Valentine yang berasal dari Rom dan Terni.
Kedua-dua paderi tersebut dikatakan telah mati demi mempertahankan agama Kristian.
Hari Valentine pada awalnya tidak sedikitpun berkait dengan cinta asmara.
Ia dikatakan hanya dikaitkan dengan pengorbanan terhadap agama.
Namun setelah puisi yang dikarang oleh Geoffrey Chaucher untuk majlis ulangtahun pertunangan Raja Richard II disalahertikan oleh pembaca, Hari Valentine menjadi sinonim dengan cinta dan kasih sayang.
Di seluruh dunia ramai yang turut meraikan hari tersebut walaupun berbeza pegangan agama.
Ia diraikan dengan memberi hadiah, coklat, kad ucapan dan bunga-bungaan kepada pasangan masing-masing.
Penganut agama Islam juga tidak ketinggalan meraikan Hari Valentine walaupun hukum meraikan sambutan tersebut sudah dibincang dan diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada tahun 2005.

Selepas Malaysia Airlines, TV3 Pula Dikritik Chef Wan

Chef Wan TV3
SELEPAS menu Nasi Lemak yang disediakan penerbangan Malaysia Airlines (MAS), kini rancangan memasak terbitan stesen televisyen TV3, Dapur Panas pula jadi mangsa kritikan pedas Chef Wan.
Komen pedas mengkritik program itu dilakukan di laman Instagramnya – chefwan58.
Menurut Chef Wan, ketika menonton program berkenaan beliau bersama bekas isteri dan anak mereka sedang mengemas rumah.
Turut menonton rancangan itu ialah pembantu rumah dan pemandu peribadinya.
“Hari ini ketika sedang mengemas rumah, saya, bekas isteri, anak, pembantu rumah dan pemandu peribadi saya menonton sebuah program memasak, bukan sahaja ia satu program yang membosankan tetapi apabila dapur diletakkan di hadapan sebuah pelamin, ia kelihatan begitu teruk.
“Bilalah stesen televisyen kita akan berubah sikap untuk menerbitkan program memasak yang berkualiti, bersepah-sepah contoh terutama di stesen kabel televisyen antarabangsa yang boleh diambil contoh dan belajar,” katanya.
Menurut Chef Wan, selepas bergelar selebirti Chef selama 26 tahun, beliau masih melihat kualiti yang sama dalam program memasak terbitan tempatan tanpa sebarang pembaharuan.
Selain itu, beliau turut mempersoalkan kemunculan chef selebriti baru di dalam televisyen tanpa mengira latar belakang ilmu memasak tetapi boleh tampil asalkan memiliki wajah yang kacak.
“Hari ini, sesiapa sahaja boleh jadi celebriti chef, jika kita tengok kan CV (biodata) mereka pengalaman kurang, asalkan ada rupa boleh terus jadi chef selebriti.
“Dulu-dulu, kita nak belajar memasak dari orang yang tinggi pengalamannya serta jauh perjalanannya macam orang tua kata, dah banyak makan garam.
“Tapi sekarang, yang setahun jagung baru belajar memasak sedikit dah mula nak mengajar orang lain, bagaimana ini boleh berlaku? Bukankah dunia memasak ini harus dipelajari melalui kepakaran ketika bekerja?
“Yang menjuarai Masterchef baru setahun jagung pun dah boleh terbitkan buku memasak sendiri pada hal pengalaman dalam dunia kulinari mereka sangatlah kurang,” kata Chef Wan.

MAHKAMAH: Khalid Ibrahim BERHUTANG RM66.7 Juta Dengan Bank Islam

MAHKAMAH: Khalid Ibrahim BERHUTANG RM66.7 Juta Dengan Bank Islam
Bank Islam Malaysia yang sebelum ini mahu mengheret Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke mahkamah kerana hutang USD18 juta (RM66.67 juta) kini bersedia untuk menyelesaikan perkara ini dengan amaun lebih rendah.
The Malaysian Insider difahamkan, Mahkamah Persekutuan mengadakan pendengaran sampingan di antara kedua-dua pihak semalam selepas diberitahu tentang rundingan penyelesaian yang sedang berjalan.
Kemungkinan penyelesaian itu mengejutkan ramai pihak termasuk pemimpin tertinggi PKR dan peguam Abdul Khalid.
Salah seorang peguam mengatakan beliau mendengar penyelesaian sedang berjalan.
“Saya ada dengar tentang penyelesaian ini dan sedang cuba dapatkan butiran lanjut,” katanya.
Seorang pemimpin kanan PKR mengesahkan Abdul Khalid memberitahunya perjanjian sedang berjalan untuk hutang ditanggung semasa beliau menjadi ketua pegawai eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd bagi pembelian 20% saham syarikat.
Bank Islam Malaysia membawa perkara itu ke mahkamah pada 2007, setahun sebelum Abdul Khalid dinamakan sebagai menteri besar Selangor.
Bank Islam Malaysia dimiliki 100% oleh BIMB Holdings Bhd (BHB), di mana pemegang saham majoritinya merupakan Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) yang menguasai 54%. Pemegang saham lain adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd dan Amanah Saham Bumiputera.
Mahkamah Rayuan memutuskan pada Mac 2010 Abdul Khalid tidak perlu membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam selepas mengenepikan rumusan penghakiman bank tersebut terhadapnya kerana gagal menyelesaikan kemudahan pinjaman Islam itu.
Pada 21 Ogos, 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan bank untuk untuk mengemukakan penghakiman terus terhadap Abdul Khalid dan memerintahkannya membayar RM66.67 juta.
Tetapi Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Zainun Ali, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad secara sebulat suara membenarkan rayuan Abdul Khalid dengan kos.
Mereka juga mengembalikan semula kes ini ke Mahkamah Tinggi selepas memutuskan isu dalam kes ini memerlukan perbicaraan penuh.
Semasa mengenepikan penghakiman terus itu, Zainun berkata, mahkamah berpendapat di bawah prinsip perbankan Islam, pendapat daripada pakar undang-undang Islam mengenai peraturan Islam tentang kesahan transaksi, adalah diperlukan.
Terdapat dua saman difailkan berhubung kes itu, satu yang difailkan oleh Abdul Khalid terhadap bank dan yang kedua saman balas bank terhadap menteri besar itu.
Dalam samannya terhadap BIMB, Abdul Khalid menuntut ganti rugi dan pengisytiharan, dengan mendakwa terdapat penjualan yang salah saham-saham dalam Guthrie di bawah kemudahan pinjaman Al-Bai Bithaman Ajil (BBA).
Abdul Khalid, yang ketika itu ketua pegawai eksekutif Guhtrie Berhad, mendakwa wujud kontrak kolateral antara beliau dan BIMB bersampingan dengan perjanjian kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) bertarikh 30 April, 2001.
Beliau mahu satu perisytiharaan kemudahan BBA itu secara berasingan dan tanpa kontrak kolateral itu adalah batal dan tidak sah dan BIMB melanggar kontrak kolateral dan atau kemudahan BBA.
Dalam saman balas terhadap Abdul Khalid, BIMB mendakwa berlaku pelanggaran perjanjian Al-Bai Bithaman Ajil ekoran kegagalan beliau membayar balik pinjaman.

Bapa Dipenjara Enam Hari Rakam Anak Perempuannya Mandi

Bapa Dipenjara Enam Hari Rakam Anak Perempuannya Mandi AYER KEROH – Padah merakam adegan anak perempuannya sedang mandi, seorang pekerja kilang dijatuhi hukuman penjara enam hari dan denda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan memiliki rakaman video lucah.
Hukuman itu diputuskan Majistret Syajaratudur Abd Rahman terhadap tertuduh yang berusia 40 tahun selepas mengangguk faham dan mengaku bersalah pertuduhan kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati memiliki sebuah telefon bimbit jenis Sony Ericson W5801 yang mengandungi rakaman video lucah di sebuah rumah di Jalan Pulau Gadong, Klebang Besar kira-kira jam 2.30 pagi pada 24 Januari lalu.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, isteri tertuduh mengambil telefon bimbit milik tertuduh daripada anak lelaki mereka berusia empat tahun, kemudian mendapati terdapat rakaman video anak perempuan mereka berusia 12 tahun sedang berkemban sambil menggosok gigi untuk mandi.
Sebelum ini, isterinya juga pernah melihat rakaman anak perempuan mereka itu sedang tidur tetapi dipadam tertuduh, bimbang perkara lebih buruk berlaku wanita berkenaan membuat laporan polis.
Peguam Ishak Kari yang mewakili tertuduh ketika rayuan memohon mahkamah supaya menjatuhkan hukuman ringan terhadap anak guamnya yang telah insaf.
“Tertuduh hanya bekerja kilang dengan pendapatan kurang RM1,000 dan perlu menanggung anak serta ibu bapa, saya memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman rendah terhadapnya,” katanya.
Bagaimanapun, Nabilah meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran selain mengambil kira faktor tindakan tidak bermoral dilakukan tertuduh terhadap anak sendiri.
Selepas mendengar rayuan dan hujah pihak pembelaan dan pendakwaan, Syajaratudur kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara selama enam hari dari tarikh ditangkap pada 5 Februari lalu dan denda RM1,400 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda. – SINAR HARIAN

Giliran MAS Pula Sindir AirAsia

AirAsiaMAs
Syarikat penerbangan tambang murah Air Asia baru-baru ini menerbitkan iklan untuk disiarkan di akhbar tempatan menawarkan pakej menu Nasi Lemak yang lebih lengkap untuk dinikmati penumpangnya.
Iklan itu dihasilkan bagi menyindir syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang dikritik hebat chef selebriti Malaysia Chef Wan dalam laman Instagramnya.
Chef Wan menggelarkan Nasi Lemak yang dihidangkan dalam Kelas Ekonomi ketika beliau menaiki pesawat MAS ke Bangkok, Thailand sebagai ‘telanjang’.
Isu itu dibincangkan dengan hangat di media sosial dengan MAS juga mengeluarkan kenyataan komited untuk memperbaiki kualiti menu makanan mereka khususnya Nasi Lemak.
Tidak mahu tewas dengan iklan Nasi Lemak Air Asia, MAS pula menerbitkan sebuah iklan akhbar menawarkan penerbangan ke pusat peranginan pantai di Maldives yang serba lengkap.
Iklan terbaru itu sebagai menyindir Air Asia yang mengumumkan penggantungan penerbangan ke Male di Maldives dengan memberikan alasan keadaan perniagaan yang mencabar.
Penggantungan laluan ke Maldives itu akan berkuatkuasa 1 Mac depan.
Sejak wujudnya Air Asia, persaingan antara dua syarikat penerbangan utama di Malaysia dapat dilihat jelas apabila Air Asia dan MAS saling ‘perang’ dalam memenangi hati pelanggan terutamanya dalam harga tiket penerbangan serta menu makanan yang ditawarkan.
Apabila kedua-dua syarikat penerbangan bersaing secara begitu sihat sebegini, orang ramai yang untung kerana banyak pilihan dan berpeluang mendapat tiket dengan harga yang rendah. – IBNU K/Mynewshub.my

VIDEO: Kisah Bekas Penyanyi Sasar Kumpul Aset Syarikatnya Sehingga RM1 Bilion!

Bekas Penyanyi Sasar Kumpul Aset Syarikatnya Sehingga RM1 Bilion!
Sani United Bhd, menyasar mengumpul aset keseluruhan kumpulan bernilai RM1 bilion dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Sani Salleh, berkata syarikat yang kini memiliki aset keseluruhan bernilai RM300 juta optimis mencapai sasaran itu bersandarkan keupayaan syarikat mempelbagaikan cabang perniagaan termasuk yang terbaru iaitu perkhidmatan perkapalan.
Beliau berkata, langkah syarikat memperluaskan portfolio perniagaan, selain turut mengembangkan operasinya sebagai syarikat Bumiputera jelas menunjukkan ia serius untuk menambah pendapatan.
Katanya, antara yang bakal menyokong sasaran syarikat, termasuk peluasan perkhidmatan sektor perhotelan menerusi rancangan mewujudkan tiga rangkaian hotel Sani masing-masing di Kelantan, Terengganu dan Melaka dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Banyak elemen yang akan memacu sasaran kami termasuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan bas ekspres, menambah cawangan hotel serta memperluaskan perkhidmatan untuk sektor minyak dan gas (O&G),” katanya selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) pembelian kapal bersama Strategic Marine Pte Ltd di Kuala Lumpur, semalam.

Polis Johor Tubuh UNIT NINJA Perangi Jenayah Jalanan

Tubuh Unit 'Ninja' Perangi Jenayah Jalanan
JOHOR BAHRU – Polis Johor akan menubuhkan satu unit khas dikenali sebagai Unit Ninja di semua daerah di negeri ini bagi memerangi jenayah jalanan khususnya membabitkan jenayah ragut.
Ketua Polis Negeri Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, unit khas ini akan diwujudkan memandangkan kajian mendapati hampir 50 peratus jenayah yang berlaku di negeri ini adalah berpunca dari jenayah jalanan iaitu peragut.
“Kita juga dapati peragut-peragut ini sangat berkait rapat dengan penagihan dadah dan arahan supaya menambahkan ahli Ninja dalam pasukan sudah saya keluarkan di semua daerah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lapan buah kenderaan pacuan empat roda di sini hari ini.
Mokhtar berkata pasukan Ninja itu tidak akan memakai lambang polis bagi memudahkan pasukan berkenaan menjalankan rondaan.
“Dengan penyamaran ini, kita berharap dapat mempertingkatkan operasi dalam memerangi jenayah ragut ini. Saya juga memberi arahan kepada bahagian Narkotik supaya menangkap penagih-penagih dadah ini pada setiap hari,” katanya.
Selain itu, beliau berkata penyerahan kenderaan-kenderaan itu merupakan komitmen kerajaan dari aspek pelaburan keselamatan dalam membantu pihak polis melaksanakan tugas.
“Bukan sahaja sumber manusia diperlukan tetapi prasarana juga penting dalam membanteras jenayah terutamanya dalam menghadapi kawasan yang sukar seperti ladang kelapa sawit dan kawasan berbukit,” katanya.
Mokhtar berkata, dengan bantuan yang diberikan itu, diharapkan semua anggota dapat bekerja dengan bersungguh-sungguh dan mempertingkatkan rondaan serta memberikan keyakinan kepada masyarakat setempat.
Kesemua lapan kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dan tiga buah Toyota Hiace menelan perbelanjaan kira-kira RM718,000 dan akan diagihkan kepada enam buah Ibu Pejabat Polis Daerah iaitu Kluang, Batu Pahat, Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Ledang. – BERNAMA

Staff FINAS Nak Main Badminton, Pengarah Kena ‘Shooting’ Di Luar Studio

Anak Yusof Haslam Dihalang Buat Penggambaran
MEMANG patut rasanya Syafiq Yusof, 22, yang juga anak kepada pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam panas hati terhadap pengurusan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Apa tidaknya, dia dan krew produksi diminta untuk menjalankan penggambaran di luar studio FINAS dengan alasan kakitangan mereka mahu bermain badminton sedangkan dia sudah mendapatkan kebenaran sehari sebelum itu.
Kekecewaannya itu diluahkan menerusi akaun Twitternya yang berbunyi: