Bila orang biasa memberikan komen peribadi tentang makanan, sah-sah tak ramai yang ambil peduli.
Tapi kalau yang mengeluarkan kenyataan adalah orang yang mempunyai
kepakaran dalam bidang masakan, sudah tentu ia mendapat perhatian ramai.
Jika sebelum ini Chef Wan memberikan komen pedas tentang makanan
disajikan di hotel 5 bintang dan syarikat penerbangan yang tidak
menepati selera tekaknya dan memalukan, terbaru, Chef Wan mengkritik
pula makanan di kedai mamak.
BACA: Chef Wan Mengamuk Hidangan Tidak Asli
BACA: Chef Wan – ‘Nasi Lemak MAS Macam Telanjang’
Dalam satu status dimuat naik di laman Instagam miliknya beberapa jam
lalu, Chef Wan berkongsi cerita bagaimana daripada sekian banyak
makanan yang dipesannya dan rakan-rakan di sebuah kedai mamak termasuk
teh tarik, tosai, mi segera goreng dan ayam tandoori; tak satu pun yang
disukainya.
Malah Chef Wan menyifatkan ayam tandoori yang dihidangkan
kepada mereka keras dan kaku macam ayam mati terperanjat dilenyek lori
bandaraya.
Berdasarkan perkongsian Chef Wan, beliau sebenarnya memang sudah lama
tak makan di kedai mamak kerana sentiasa terkenang pengalaman jijik
ketika kecil.
Di sebuah kedai mamak di
kampung halamannya, Chef Wan melihat bagaimana mamak memasak di dapur
yang kotor dan selamba menghembus hingus ke lantai sebelum mengesatnya
di kain pelekat sebelum menyambung semula membuat rojak.
Sejak itu kata Chef Wan, dia tak pernah lagi jejakkan kaki ke kedai
mamak sampailah semalam. Itu pun semata-mata kerana hendak menunjukkan
gaya hidup makan lewat malam di negara ini kepada rakannya dari luar
negara.
Nampaknya pengalaman Chef Wan bersama kedai mamak memang menjijikkan
tapi tak dapat dinafikan, banyak juga kedai mamak pada hari ini yang
amat bersih dan sedap makanannya.
Apa pun, diharapkan teguran Chef Wan ini diberikan perhatian oleh segelintir kedai mamak yang kotor dan tidak sedap makanannya untuk meningkatkan kualiti mereka.
- REM RAMZI
Sumber: Instagram CHEF WAN
Memang panas kes melibatkan Hanez Suraya yang dikatakan menjalin hubungan dengan suami orang.
Bermula dengan penyiaran gambar mesra Hanez di tepi pantai bersama
kekasih baru disusuli pengakuan mahu berkahwin penghujung tahun ini,
akhirnya terpokah cerita bahawa kekasih Hanez sebenarnya suami orang.
Kejadian naskhah al-Quran diselerakkan dan sesetengahnya
dicampakkan ke dalam lubang tandas di Masjid Limbongan, Besut,
Terengganu sememangnya sesuatu yang mengejutkan dan menaikkan kemarahan
umat Islam.
BACA: Perbuatan Khianat! Al-Quran Dibuang Dalam Tandas
BACA: VIDEO: Rakaman CCTV Suspek Campak Al-Quran Dalam Ruang Solat, Jamban Masjid
Susulan itu, seorang lelaki yang dikatakan pelaku perkara keji ini telah berjaya diberkas.
Lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu dikatakan ‘gila isim’.
Menerusi gambar yang tersebar di rangkaian media sosial sejak
semalam, wajah seorang lelaki yang didakwa pelaku kes ini kelihatan berlumuran darah dan cedera parah, dipercayai akibat dipukul.
Bagaimanapun,TIDAK DAPAT DIPASTIKAN sama ada gambar tersebut benar-benar merupakan pelaku yang telah ditangkap.
Dalam pada itu, penangkapan suspek kes ini turut diuar-uarkan di
laman Facebook Masjid Limbongan menerusi satu status yang dimuat naik
semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Tuan Kamaruddin Mohd Zakaria dikatakan
memberi pengesahan tentang penangkapan ini kepada para jemaah selepas
solat Isyak dan solat sunat hajat di masjid tersebut.
Turut hadir ketika penjelasan diberikan adalah ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa dan Pegawai Agama Daerah Besut.
Apa pun jika benar pelakunya sakit dan kurang siuman, semoga dia kembali diberikan kesembuhan, hidayah dan petunjuk. - REM RAMZI