FOTO PENCURI WANITA DIB0G3LKAN DAN DIMALUKAN DEPAN KHALAYAK !!!



Seorang wanita dibogel dan dimalukan di depan khalayak ramai setelah dia ditangkap mencuri di China.

Orang ramai mengoyak pakaiannya dan menulis "saya pencuri" dalam karakter cina dengan menggunakan marker di belakang badannya.

Insiden memalukan itu berlaku di Kota Taizhou, timur China.

Satu sumber online mengatakan pencuri tersebut juga diseksa secara fizikal. Dia terpaksa mengikat dadanya dengan menggunakan kain buruk untuk mengelak dibogel.

Setelah puas menyeksa pencuri wanita itu, orang ramai memanggil polis untuk tindakan lanjut.

Insiden ini menarik perhatian pelbagai pihak terutama komen-komen dari pengguna internet seluruh dunia.

Seorang pengguna internet mengatakan hukuman seperti itu memang sesuatu yang biasa berlaku di Taizhou. Penduduk setempat sering menghukum dengan memalukan pencuri di khalayak umum dan melakukan kekerasan fizikal sebelum membuat laporan polis.

Insiden sama turut berlaku tahun lepas apabila seorang pencuri dilucutkan pakaian sehingga ke pinggang sebelum diarak di jalan. Perkataan 'pencuri' turut ditulis di badannya.

Kejadian seumpama ini menaikkan kemarahan ramai pengguna internet yang berpendapat kurangnya polisi dan hukuman yang tepat di Taizou merupakan penyebab kejadian berulang.

Manakala satu pihak lagi mengatakan hukuman yang tidak efektif dari pihak berkuasa dalam mencegah jenayah turut menyumbang kepada kejadian ini.






Tidak "Bertelanjang" Pun Boleh Masuk Olimpik !!!

Menurut maklumat FB, atlet wanita yang menutup aurat di atas ialah Woroud Sawalha, atlet Palestine.

Sejarah Berulang ! Tragedi Tanjung Kupang Adalah Malapetaka TERBESAR Dalam Sejarah Penerbangan Malaysia (MAS)

Tragedi Tanjung Kupang Adalah Satu-satunya Malapetaka Dalam Sejarah Penerbangan Malaysia (MAS)

SEBELUM pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing disahkan hilang dari radar pada awal pagi Sabtu, 8 Mac 2014, MAS hanya mencatatkan satu tragedi yang menyayat hati iaitu insiden di ruang udara Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada Isnin 4 Disember 1977.
Ia merupakan tarikh yang paling menyayat hati seluruh rakyat Malaysia apabila pesawat MAS MH653 meletup di ruang udara Tanjung Kupang dan mengorbankan kesemua 93 penumpangnya termasuk tujuh anak kapal itu.
Terdapat pelbagai versi berhubung insiden tersebut tetapi yang paling popular ialah, berlaku letupan di udara sebelum ia terhempas dan versi satu lagi berlaku pergelutan di dalam kokpit sehingga menyebabkan ia terhempas di sebuah kawasan paya bakau dekat Kampung Ladang, Tanjong Kupang, Gelang Patah, Johor itu.
Rangka pesawat Boeing 737 itu bertaburan sekitar dua kilometer persegi.
Untuk rekod, kawasan itu kini diwartakan sebagai sebahagian daripada kawasan di bawah jagaan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).
Tragedi yang berlaku 33 tahun lalu itu turut mengorbankan nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid; Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican serta dua pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime.
Duta Cuba ke Malaysia yang pertama, Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya, Gladys juga merupakan penumpang dalam pesawat malang itu.
Mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri satu seminar di Pulau Pinang.
Kejadian yang berlaku sejurus selepas Maghrib itu berpunca daripada percubaan untuk merampas pesawat berkenaan hasil daripada laporan yang disampaikan oleh Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil kepada Menara Kawalan di Subang.
Pesawat itu sebenarnya sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Subang.
Tetapi kemudian pesawat itu tidak mendarat di Subang sebaliknya mereka telah diarahkan oleh para perampas supaya terus menuju ke Singapura.
Pesawat itu hilang dari radar pada jam 8.15 Ia kemudiannya disahkan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjong Kupang, Gelang Patah.
Kesemua mangsa yang terkorban yang berjaya ditemui kemudiannya disemadikan di dalam satu liang lahad yang besar.

Terkini ! Seorang Kelahiran Oklahoma. AS. Beragama Kristian, Cucu Kepada Paderi Jadi Imam Ternama Dan Tersohor..

Suhaib Webb
DAHULU, dunianya agak ‘hitam’.
Seorang yang hilang kepercayaan pada agamanya sendiri.
Terlibat dengan kumpulan remaja yang nakal lagi liar.
Namun, itu semua berubah sejak beliau memeluk Islam pada usia 20 tahun.
Ya, perjalanan hidup William Webb atau nama Islamnya, Suhaib Webb sangat menarik.
Malah, Suhaib berjaya membuktikan bahawa Islam adalah milik semua, termasuk dirinya yang berkulit putih dan warga Barat.
Tidak cukup dengan itu, Suhaib juga mempunyai kualiti yang sangat cemerlang sebagai seorang Muslim.
Menyorot latar belakang Suhaib, siapa sangka beliau dilahirkan dalam keluarga Kristian (Prostestan) pada 1972 di Oklahoma. AS.
Sebelum memeluk Islam, beliau telah membesar sebagai cucu kepada paderi, menghadiri pertemuan di gereja tiga kali seminggu, sehinggalah tarikan beliau untuk mendalami Kristian semakin lemah.
Jelasnya, pada usia 14 tahun, akibat krisis kerohanian, dia hilang minat kepada mana-mana anutan agama.
“Pada usia itu juga, saya mula terlibat dengan kumpulan remaja yang nakal lagi liar.
“Selain itu, saya juga adalah DJ Hip Hop dan sering merakamkan lagu dengan ramai artis ketika itu,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Begitu pun, kata Suhaib, melalui industri muzik juga, beliau mula diperkenalkan dengan agama Islam,
Ketika beliau berusia 17 tahun, seorang kenalan dalam industri itu menghadiahkannya senaskhah al-Quran terjemahan.
“Saya telah bekerja dengan artis Hip Hop dan sebahagian daripada mereka adalah beragama Islam dan mereka memperkenalkan saya kepada al-Quran.
“Sejak itu, al-Quran sedikit demi sedikit telah mula memberikan pengaruh cukup besar dalam hidup saya.
“Saya belajar al-Quran selama tiga tahun sebelum saya memeluk Islam,” kata bapa kepada dua anak ini.
Tambahnya lagi, pada waktu sama, beliau juga semakin jauh terheret dalam kehidupan yang ganas akibat bergaul dengan kumpulan-kumpulan remaja liar.
‘Paling berpengaruh di dunia’
Beliau adalah seorang yang suka berkongsi ilmu, jika dalam bahasa Arabnya perumpamaannya adalah Al Ilmu kal Usrati, iaitu ilmu itu bagai keluarga, mesti dikongsi bersama.
William Webb atau nama Islamnya, Suhaib Webb suka berkongsi ilmu tanpa mengira cara dan tempat di mana saja terutamanya dalam menggunakan sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat (IT).
Bahkan, kenyataan ini disokong daripada kejayaan laman webnya sendiri, iaitu www.SuhaibWebb.com (Your Virtual Mosque), yang diiktiraf sebagai Blog Terbaik, The Best Blog Of The Year oleh Brass Crescent Awards dan di laman sosial Tweeter pula, dengan undian tertinggi untuk memenangi The Best Muslim Tweeter, setahun kemudian.
Tidak cukup dengan itu, di laman sosial Facebook miliknya, beribu-ribu likes dimilikinya dan beliau juga boleh dikenali sebagai Ustaz Youtube lantaran kepopularannya pada hari ini.
Selain itu, beliau turut dipilih sebagai salah seorang daripada ’500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia’ oleh Pusat Pengajian Strategik Diraja Islam pada 2010.
Suhaib juga telah dinobatkan sebagai ‘Pemimpin Islam Sederhana’ oleh Kerajaan British pada 2010 dan 2013.
Malah, Suhaib turut menjadi penggerak sayap belia untuk Muslim American Society dan juga menjadi tenaga pengajar untuk Al Maghrib Institute, universiti maya yang beroperasi 24 jam di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom.
Insiden jenayah berkumpulan
Suhaib memeluk agama Islam pada 1992, ketika itu beliau berusia 20 tahun.
Insidennya dikejar oleh kereta peronda polis dan terselamat daripada ditembak atas jenayah berkumpulan yang mereka lakukan menjadi titik tolak akan penghijrahannya.
Baginya, kejadian berkenaan adalah satu ‘siren amaran’ yang kuat kepada buat dirinya agar sedar sebelum segala-galanya terlambat.
“Saya benar-benar sedar sejak kejadian itu dan tidak ada cara atau jalan lain kecuali memeluk Islam bagi memastikan saya tidak lagi terjerumus dalam kancah jenayah,” katanya.
Setelah itu, beliau berhenti dari menjadi DJ dan mengambil keputusan untuk meneruskan pengajiannya.
Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Universiti of Central Oklahoma di dalam bidang pendidikan.
Pengajiannya kemudian diteruskan di Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir selama enam tahun bermula pada 2004 dalam bidang Syariah.
“Saya mempelajari dan menghafal al-Quran di Mekah daripada seorang ilmu agama terkenal, Sheikh Abu Mustafa,
“Saya juga pernah menjadi guru agama dan mengajar di AS dan United Kingdom,” kata pendakwah bebas ini.
Namun tidak sahaja beliau belajar di universiti bagi melengkapkan keperluan pendidikan rasmi, bagi yang tidak rasmi Suhaib belajar mengenai Islam dan bahasa Arab secara persendirian dengan seorang ulama dari Senegal.
Kini, beliau adalah Imam Masjid Boston di Pusat Masyarakat Islam dan Kebudayaan Boston (ISBCC), masjid yang terbesar di wilayah New England, Amerika Syarikat.
Hos Reflections
Menjadi antara peneraju awal bagi rancangan agama popular masa kini, Reflections di TV Al Hijrah (saluran 114), Suhaib berjaya mengumpulkan peminatnya tersendiri.
Maka tidak hairanlah, rancangan itu yang kini bakal memasuki musim ke-16 dan 17, sejak mula diperkenalkan hampir tiga tahun lalu, masih lagi mengekalkannya sebagai hos rancangan.
“Dulu, saya membesar dengan pengaruh yang disiarkan oleh saluran TV MTV, maka tidak menghairankan yang lahir adalah generasi MTV.
“Jadi, kita perlu mengambil kesempatan sepenuhnya demi membentuk generasi Islam yang terbaik terutama daripada kalangan anak muda kita hari ini,” katanya.
Sebagai bekas DJ, beliau masih lagi menggunakan kemahiran dalam berkomunikasi itu bagi menarik perhatian penonton.
Dalam rancangan itu, Suhaib mengupas surah-surah dalam al-Quran dari pelbagai aspek, terutama dengan mengaitkannya dengan kehidupan seharian umat Islam.
Beliau tidak sahaja mengeluarkan pendapat, malah berkongsi dengan ulama-ulama dan tokoh ilmuan Islam lain bagi memberikan perspektif lebih luas kepada penonton.
“Konsep dan pemahaman ajaran Islam secara terperinci dengan terjemahan ayat-ayat suci al-Quran akan didedahkan kepada semua penonton,” katanya.
Reflections musim baharu akan ditayangkan menjelang Mei nanti. – Sinar Harian Online

Tahniah ! Kini Syamsul Yusof Sah Bergelar Suami Puteri Sarah

Syamsul Yusof Sah Bergelar Suami Puteri Sarah

BIARPUN masih lagi dalam keadaan kurang sihat akibat penyakit demam denggi, pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30, akhirnya selamat bergelar suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana, 29, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara, di sini, Sabtu.
Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al Mukarramah kira-kira pukul 10.30 pagi.
Puteri Sarah diwalikan oleh bapanya Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin.
Syamsul memberikan mas kahwin sebanyak RM1,111.
Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.
Sementara itu, majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam Sabtu ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian berikutan keadaan kesihatan Syamsul.
Syamsul yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles pada Selasa selepas disyaki demam denggi masih lagi mendapatkan rawatan di pusat perubatan tersebut.
Manakala majlis menyambut menantu akan diadakan pada 18 April di Dewan Perdana Felda dan 20 April di kediaman pengantin lelaki di Taman Melawati.
Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu majlis yang diadakan di kediaman wanita itu di Sri Damansara, di sini. – mStar

TERKINI: Pesawat MAS Ke Beijing Dilaporkan Hilang Dan 38 warga Malaysia Bersamanya..

MH370
KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) memaklumkan sebuah pesawat milik syarikat itu yang dalam penerbangan ke Beijing, China hilang hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada pukul 2.40 pagi ini.
MAS dalam satu kenyataan media memberitahu, pesawat B77-200 bagi penerbangan MH370 itu membawa seramai 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 krew penerbangan MAS.
MAS_missing_flight_highlighted_540_230_100
“Penerbangan MH370, yang menggunakan pesawat B777-200, berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi tadi dan dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
“Pesawat itu hilang hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada pukul 2.40 pagi ini,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, MAS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang sudah pun memulakan usaha mencari dan menyelamat bagi mengenal pasti lokasi pesawat.
MAS akan memaklumkan perkembangan insiden itu dari semasa ke semasa dan orang ramai boleh menghubungi nombor 603 7884 1234 bagi maklumat terkini.

PANAS ‘ Saya DAH MINTA Izin Dengan Kambing Itu’ Buat Se#

' Saya DAH MINTA Izin Dengan Kambing Itu'
Abuja – Seorang penduduk kampung di Nigeria ditahan kerana berasmara dengan kambingnya tetapi tetap berkeras mengatakan dia tidak bersalah kerana sudah meminta kebenaran terlebih dulu daripada haiwan itu.
Menurut laporan media semalam, Malam Kamisu Baranda diserahkan kepada polis oleh ketua kampung di Dutse sebelum direman.
Lelaki berusia 20 tahun itu mengakui berasmara dengan kambing sebanyak 10 kali sebelum ini.
Alasan Baranda?
Dia mengulangi perbuatan itu kerana haiwan berkenaan benar-benar memuaskan nafsunya sehingga dia tidak berminat menjalin hubungan cinta dengan wanita.
Baranda berkata, dia membawa kambing berkenaan ke hutan berhampiran kediamannya untuk mengelak daripada rasa malu ketika melakukan perbuatan itu.
Katanya, dia hanya berasmara dengan kambingnya sendiri, selain turut meminta kebenaran daripada haiwan itu sebelum berasmara.
Dia juga mendakwa tidak faham mengapa berasmara dengan haiwan adalah satu kesalahan.
Baranda memberitahu jika dia tahu perbuatannya itu salah, dia tidak akan melakukan demikian.
Ketua majistret Dutse kemudian mengarahkan Baranda dipenjara dua minggu atas kesalahan itu.- Agensi

Paris Hilton Tunjuk Bukti Tak Pakai SELUAR DALAM Di Majlis Hari Jadinya…

Paris Hilton Tunjuk Bukti Tak Pakai SELUAR DALAM Di Majlis Hari Jadinya...
SELEBRITI terkenal dan jutawan, Paris Hilton dengan bangganya bergambar sambil menunjukkan ‘bukti’ yang dia tidak memakai seluar dalam di majlis hari jadinya yang ke-33 pada hari Sabtu lepas.
Paris mengadakan majlis tersebut di Greystone Manor di Hollywood.
Setibanya di majlis itu, para jurugambar berebut-rebut merakamkan kehadirannya yang ketika itu memakai gaun pink rekaan Alon Livne.
Menyedari puluhan lensa mengambil fotonya, Paris terus ‘menyelak; sedikit belahan gaun tersebut untuk membuktikan yang dia tidak memakai ‘apa-apa’ di sebalik gaunnya itu.

LAWAK KEBETULAN LUC4H TERLAMPAU.. err..salah sapa? basikal?pakaian?



err..salah sapa? basikal?pakaian?

Dia Mungkin Peminta Sedekah, Tapi... Bagi kita yang pertama kali melihat beliau, pastinya ia tidak berbeza dengan peminta-peminta sedekah yang lain.

Dia Mungkin Peminta Sedekah, Tapi...

Bagi kita yang pertama kali melihat beliau, pastinya ia tidak berbeza dengan peminta-peminta sedekah yang lain. Apa yang kita bayangkan seperti peminta-peminta sedekah yang lain pastinya beliau melakukan semuanya untuk menyara kehidupan hariannya.
Tapi bagi penduduk Sofia, Bulgaria, Dobri Dobrev bukan peminta sedekah biasa. Beliau adalah "Angel".

Dobrev telah kehilangan pendengaran semasa perang dunia ke dua. Dia tinggal 15 batu jauh dari bandar, tapi sanggup datang ke bandar setiap hari untuk mendapatkan sedikit sumbangan. Kalau dulu beliau terpaksa berjalan kaki untuk ke bandar, kini disebabkan faktor usia beliau menaiki bus.

Yang pasti dia menghabiskan masanya setiap hari meminta sumbangan, tetapi bukan untuk dirinya.

Insan yang bernama Dobri ini sebenarnya mendermakan keseluruhan pencen bulanannyayang berjumlah 80 euros (about RM362) ke rumah anak-anak yatim dan juga gereja. Baru-baru ini beliau telah diiktiraf sebagai penderma terbanyak bagi sebuah gereja dengan jumlah derma sebanyak 20,000 Euros (RM 90,610).


Beliau melakukan segalanya untuk menebus segala kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini.


Dan "Dyado Dobri" bertekad untuk terus berbakti selagi termampu. Salute untuk "Grandpa Dobri". Peminta sedekah luar biasa...Semangat yang kita semua harus contohi...

GEMPAR ! Berbangga Dengan Berkongsi Di FB Apabila Kena Raba !!!

Bangga Kongsi Di Facebook Baru Lepas Kena Raba
Kadang-kadang terfikir juga, kalau pun usia masih muda takkanlah remaja-remaja sekarang tak boleh fikir sesetengah status boleh menjatuhkan maruah mereka?
Sebabnya, sudah terlalu banyak status bodoh dan mengaibkan yang dikongsikan di laman Facebook namun ia nampaknya tidak memberi pengajaran kepada sebilangan orang untuk ambil pengajaran.
 BACA: Status Sengal Remaja Yang ‘Malu Besar’
BACA: Remaja Carut Ibu Hanya Kerana ‘Ariana Rose’
BACA: Remaja Sanggup Cium Kaki Awek Bukti Cinta
BACA: Kelar Lengan Kemudian ‘Tag’ Pakwe Di Facebook
Contohnya status di atas, remaja terlibat begitu bangga bercerita dia baru sahaja diraba boyfriend dan bercadang untuk mengulanginya kerana rasa seronok. Tak padan dengan usia muda dan bertudung pula tu!
Akibatnya, ramailah lelaki yang ambil kesempatan menjual minyak di akaun Facebook remaja tersebut.
Dalam bahasa lain, lelaki jenis hidung belang dapat berasakan di tahap mana akhlak remaja perempuan ini jadi masing-masing pun mencuba nasib kot-kot boleh tumpang sekaki dapat barang free.
Nak salahkan lelaki sepenuhnya pun tak boleh juga kalau dah yang perempuan awal-awal lagi dah bagi ‘hint tahap moral dirinya kan? – REM RAMZI
Sumber: awesomernews.blogspot.com

Inilah Gambar Maria Ozawa Di Luar Set Pergambaran Filem Porno Panas Bersama Lelaki...

PELAKON porno paling dikenali para lelaki di dunia iaitu Maria Ozawa, di bawah beberapa gambar Maria Ozawa sedang bersantai-santai agaknya la...huhuhu








Gambar Yang Tersangat 'Hot' Adik Pembaca Berita TV1 Tersebar... Siapakah Dia ?



Suriani Abdul Rahman dan Ninie Rahman (gambar bulat) pernah mencetuskan kontroversi
Mungkin tidak ramai yang mengenali adik perempuan penyampai berita TV1, Suriani Abdul Rahman, yang dulunya pernah menimbulkan kontroversi kerana didakwa memakai rantai salib dan tampil terlalu seksi.



Ironiya hari ini, nama Ninie Rahman kembali sebutan beberapa blog tempatan. Admin sendiri cukup tertarik dengan penampilan Ninie selepas melihat gambar dan membaca post rakan blogger tentang dirinya.

Untuk pengetahuan, Ninie merupakan seorang model sambilan yang berusia 29 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur. Beliau pernah menjadi hos bagi Kelab Remaja Angkasapuri di RTM2 pada tahun 2000.

Di bawah ini admin kongsikan gambar-gambar terkini Ninie Rahman yang cukup seksi dan bakal menawan hati si lelaki pada pandang pertama.





Kantoi ! Neelofa Pakai Padded Bra Nampak...



Hahaha…Neelofa pakai padded bra…hehehehehe… Penampilan Neelofa pula pada mulanya nampak anggun dan sopan. Beliau hadir dengan baju yang penuh ‘blink blink’ dengan skirt putih labuh.



Namun begitu, setelah disimbahi dengan limpahan flash dari kamera jurugambar, baju ‘blink blink’ Neelofa nampaknya tidak mampu ‘menutup’ keseluruhan tubuhnya. Biasan flash dari kamera menyebabkan bra yang dipakai Neelofa jelas kelihatan. Mujur pakai bra, kalau di Hollywood, confirm tak ada berbaju kecik lagi dah…heh!






Ngeri ! Gara-Gara Terlelap, Pemandu Tersepit Dan Diseret 1.5 km..

Maut

GUNUNG SEMANGGOL – Gara-gara terlelap, dua lelaki maut dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah lori muatan ayam dan sebuah treler yang berlaku di Kilometer 185.9 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan, di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, dalam kejadian jam 3.25 pagi itu, mangsa, Abdul Halim Siron, 46, yang merupakan pemandu lori ayam dan kelindannya, Arshad Saad, 48, maut di tempat kejadian setelah kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang treler muatan besi yang sedang bergerak di laluan lorong perlahan.
Menurutnya, lori muatan ayam dinaiki kedua-dua mangsa ditemui remuk teruk apabila dipercayai berlanggar dan melekat di bahagian belakang treler terbabit, sebelum diseret sejauh 1.5 kilometer (km) dari lokasi kejadian.
“Berikutan kemalangan ngeri itu, pemandu lori ayam berkenaan dipercayai maut setelah tersepit pada bahagian tempat duduk pemandu.
“Manakala kelindannya yang sedang tidur, difahamkan tercampak keluar melalui bahagian cermin hadapan lori dan digilis tayar hadapan lori sebelum ditinggalkan di tengah jalan setelah lori terbabit melekat pada bahagian belakang treler,” katanya sewaktu ditemui media, semalam.
Mat Fauzi berkata, berdasarkan keterangan saksi kejadian, pemandu treler terbabit menyedari bahagian belakang kenderaannya itu seolah-olah dilanggar sesuatu dan segera memperlahankan treler.
Menurutnya, setelah treler itu diberhentikan sejauh 1.5 kilometer dari lokasi kejadian, pemandunya terkejut mendapati sebuah lori melekat pada belakang kenderaan itu, manakala pemandu lori terbabit tersepit pada stereng lori.
“Pemandu treler berkenaan segera melaporkan kejadian itu kepada polis dan hasil siasatan kami mendapati kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian dada, pecah tempurung kepala dan hancur sebahagian tubuh badan.
“Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Bagan Serai terpaksa mengambil masa lebih 10 minit untuk mengeluarkan mayat pemandu lori berkenaan yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu, manakala mayat kelindan lori hanya ditemui kira-kira 800 meter dari lokasi treler diberhentikan,” katanya.
Mat Fauzi berkata, kedua-dua mayat mangsa segera dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat dan dituntut ahli keluarga kira-kira jam 10 pagi semalam.
Menurutnya, berdasarkan keterangan ahli keluarga mereka, kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan menghantar bekalan ayam hidup dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, manakala treler muatan besi sedang menuju ke Taiping dari arah Pulau Pinang.
“Polis tidak menolak kemungkinan kedua-dua mangsa yang berasal dari Bukit Mertajam mungkin terlelap dan mereka hanya menyedari lori dinaiki melanggar bahagian belakang treler berdasarkan kesan geseran tayar yang berjarak tidak sampai satu meter dari lokasi kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.
Dalam pada itu, Mat Fauzi menggesa pengguna jalan raya agar memandu dengan lebih berhemah di kawasan Lebuhraya Plus, terutamanya sewaktu melalui Kilometer 180 hingga Kilometer 190 dari kedua-dua arah yang dikenal pasti pihaknya sebagai laluan maut. – Sinar Harian Online

TERKINI SELEPAS PENHARAMAN ! Buku ‘Ultraman’ Mula-Mula Diharamkan

0703UltramanHaram01


SETELAH membuat pencarian, barulah dapat menjengah isi kandungan buku ‘Ultraman The Ultra Power’ yang diharamkan penerbitannya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan semalam.
Baru penulis faham kenapa buku komik watak wira dari Jepun Ultraman berkenaan diharamkan.
Menurut Facebook seorang Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Zaharuddin Abdul Rahman, di dalam buku itu tertera kata-kata bahawa watak Ultraman King itu terlalu dihormati sebagai ‘Allah’ dan ia jelas mampu menggugat akidah.
Sejak semalam, tindakan KDN mengharamkan buku itu dijadikan bahan gurauan di laman sosial Twitter dan Facebook mempersoalkan mengapa KDN begitu serius dan beriya-iya mengharamkan buku itu.
Ultraman King Adalah Ultra yang paling berkuasa dalam alam semesta di Papar garis Universe. Beliau adalah yang tertua Ultra, purba sebelum setiap Ultra lain yang diketahui dilahirkan. Dalam tahun 2006, filem Monster Mega Battler, Ultra Galaxy Legend The Movie, beliau dianggap sebagai, dan dihormati “Allah” atau Elder semua wira Ultra,” menurut tulisan dalam bahagaian buku yang mencetus kontroversi.
0703UltramanHaram02
Selain itu, terjemahan terbitan Resign Publications yang dicetak oleh Network Printers ini begitu lemah kualiti Bahasa Melayunya kerana ia mungkin diterjemah oleh seseorang berbangsa lain ataupun hanya menggunakan aplikasi penterjemahan.

Dr Zaharuddin bersetuju dengan tindakan KDN yang mengambil langkah menghentikan penerbitan buku berkenaan.
“Buku itu diharamkan KDN disebabkan ayat-ayat, seluruh cerita dalam buku tersebut dan idea sebagaimana di dalam gambar. Jika benar ia disengajakan dan begitu ceritanya, saya bersetuju dengan pengharaman walaupun mungkin tidak popular dan dilucukan oleh orang ramai. Jika tidak sengaja, mungkin boleh ditarik balik sahaja,” kata beliau dalam Facebooknya.
Penulis rasa jika tiada pun perkataan “Allah” berkenaan, baik juga buku itu diharamkan juga kerana penggunaan bahasa dalam terjemahan yang lemah.
KEMASKINI 7 Mac 2014
Kementerian Dalam Negeri (KDN)  hari ini telah mengeluarkan kenyataan penuh berkaitan pengharaman buku komik “Ultraman The Ultra Power” kepada media. Berikut merupakan kenyataan rasmi daripada KDN dipetik dari Mstar Online.
PETALING JAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Jumaat menjelaskan pengharaman buku komik ‘Ultraman The Ultra Power’ dibuat kerana kandungannya merujuk watak Ultraman King yang digelarkan sebagai “Allah”.
Menurut Bahagian Kawalan Penerbitan Dan Teks Al-Quran KDN, kandungan seperti itu dikhuatiri boleh merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan “Allah” dengan Ultraman.
Dan jelas Bahagian itu lagi, oleh kerana watak ultraman menjadi kesukaan kanak-kanak, kandungan yang merujuk watak Ultraman King sebagai “Allah” akan dikhuatiri akan memudaratkan ketenteraman awam dan menggemparkan fikiran orang ramai.
Bagaimanapun jelas KDN, pengharaman berkenaan hanya dikenakan terhadap terbitan ‘Ultraman The Ultra Power’ sahaja tanpa melibatkan komik atau watak ultraman lain.
“Alasan kenapa buku ini dikenakan perintah larangan adalah kerana kandungan buku itu menggunakan watak Ultraman King yang digelarkan sebagai “Allah”.
0703Ultraman03
“KDN mengenakan perintah larangan terhadap bahan penerbitan ini disebabkan watak Ultraman menjadi idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat “Allah” yang disamakan dengan Ultraman King.

“Kalimah Allah merupakan kalimah suci bagi umat Islam di Malaysia. Kalimah Allah juga merupakan kalimah sensitif dan boleh mencetuskan provokasi bagi umat Islam sekiranya disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab jika tidak dibendung. Ia boleh memudaratkan ketenteraman awam dan boleh menggemparkan fikiran orang ramai,” demikian menurut kenyataan itu.
Buku berbahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya dibuat oleh Network Printers.
Mengikut kenyataan tersebut, warta perintah larangan berkenaan berkuatkuasa pada 18 Februari lalu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
“Adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan,” kata kenyataan itu.
Pihak yang disabitkan melakukan kesalahan boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali. – Mstar Online

- MYNEWSHUB.MY
Oleh : IBNU K

Kantoi Liwat Anjing ! Remaja Hilang Segala-galanya

Remaja Hilang Segala-galanya Setelah Kantoi Liwat Anjing

 

Seorang remaja yang didapati bersalah melakukan seks dengan anjing peliharaan teman wanitanya berjaya mengelak hukuman penjara selepas mahkamah memutuskan kelakuannya itu adalah ‘kegilaan selama 30 saat’.
ad_129011966
Wayne Bryson, 19, ditahan selepas teman wanita menemui klip video mengejutkan Wayne melakukan seks pada anjing baka Staffordshire yang berusia 4 tahun dan diberi nama Rudi di telefon bimbitnya.
Dia segera menyerahkan klip video tersebut kepada polis.
Peguambela Gordon Holt dalam hujahnya berkata, tindakan bodoh itu telah memusnahkan seluruh hidup Wayne dan akan membayanginya sampai bila-bila.
Disebabkan kejadian memalukan itu, Wayne dibuang daripada keluarga dan ditinggalkan teman wanita.
Wayne yang mengaku salah dijatuhi hukuman penjara empat bulan, digantung selama dua tahun dan dimasukkan dalam senarai pesalah seks selama tujuh tahun.
Di mahkamah sama, Wayne turut mengaku salah memiliki 315 gram daun ganja.
Ketika perbicaraan berlangsung, seseorang yang tidak dikenali telah menjerit dari ruang awam mahkamah mencerca perbuatannya. – REM RAMZI
Sumber: METRO UK

Yusof Haslam Menangis Disebabkan Oleh Awie, Erra & Ziana

Yusof Haslam Menangis Saksikan Awie, Erra & Ziana
KUALA LUMPUR: Produser filem Datuk Yusof Haslam menitiskan air mata ketika menonton konsert Teaterikal Suara Kita yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini, malam Isnin lalu.
Yusof, 60, yang bertanggungjawab menjulang nama Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain dalam industri filem tanah air pada era 90-an turut bangga dengan kejayaan ketiga-tiga artis berkenaan.
imageResize
“Konsert ini mengembalikan nostalgia yang cukup bermakna sehingga ada beberapa babak yang buat saya menitiskan air mata.
“Saya terkenangkan perangai dan gelagat Awie, Erra dan Ziana sewaktu di zaman mula-mula saya mengarahkan mereka dalam filem-filem saya dahulu,” katanya kepada mStar Online selepas menyaksikan persembahan pertama Konsert Teaterikal Suara Kita, di Panggung Sari, Istana Budaya, malam Isnin lalu.
Ketiga-tiga pelakon itu mencetuskan fenomena apabila muncul dalam filem Sembilu dan Sembilu 2 serta beberapa filem lain terbitan Skop Productions sehingga berjaya mencatatkan kutipan box office.
Tambah Yusof, pada awalnya dia agak terkejut apabila diberitahu untuk mementaskan karya daripada filem-filem berkenaan.
Namun, setelah menonton hasil pementasan itu, dia percaya konsert tersebut bakal mendapat sambutan daripada peminat-peminat yang mengikuti perkembangan filem-filem arahannya itu.
“Sebenarnya saya terkejut apabila diberitahu bahawa mereka bertiga ingin pentaskan semula filem-filem saya.
“Saya macam tidak percaya mereka ingin bergabung semula. Tapi bila melihat persembahan mereka, saya percaya konsert ini akan mendapat kejayaan,” ujarnya.
Sementara itu, Awie berkata, kejayaan pementasan tersebut menjadi bukti penyelesaian kemelut hubungan dingin antaranya dengan Erra Fazira.
Artis romantik Awie dan Erra Fazira di Teaterikal Suara Kita10
Katanya, secara tidak langsung hubungan persahabatan mereka bertiga kembali terjalin seperti dahulu.
“Konsert ini menutup semua cerita dan kemelut antara saya dan Erra, di sini kami buktikan yang kami boleh jadi kawan baik dan melupakan masalah yang lalu,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas persembahan secara keseluruhan pada malam pertama itu, Awie berkata ada beberapa babak yang perlu diubah bagi memendekkan lagi tempoh masa.
Bagaimanapun, dia berpuas hati dengan persembahan dan reaksi penonton sepanjang 2 jam 30 minit konsert itu berlangsung.
Konsert Teaterikal Suara Kita dipentaskan dari 3 Mac sehingga 9 Mac ini di Panggung Sari, Istana Budaya di sini.
Tiket pementasan itu dijual dengan harga RM79 sehingga RM499 boleh dibeli di kaunter Istana Budaya. – MSTAR ONLINE