Hazama – ‘Penglipur Lara Dan ‘Enola Gay’ Tak Sama’

Hazama - 'Penglipur Lara Dan 'Enola Gay' Tak Sama
BARU-BARU ini, kecoh seketika apabila lagu ‘Penglipur Lara’ nyanyian Hazama didakwa menciplak lagu nyanyian Orchestral Manoeuvres In The Dark (OMD) iaitu ‘Enola Gay’.
Lagu tersebut hasil ciptaan Omar K dan liriknya oleh Zell.
Memetik penjelasan Hazama menerusi portal GUA, dia menganggapnya sebagai satu kebetulan sahaja.
“Saya turut dimaklumkan mengenai perkara ini, namun menganggap ianya sebagai satu kebetulan kerana dalam dunia ada tujuh kod jadi tidak mustahil untuk sesetengah lagu itu mempunyai melodi yang lebih kurang sama.
Saya tak nafikan melodinya mempunyai persamaan, tetapi jika didengar secara keseluruhan,’Penglipur Lara’ dan lagu terbabit tidak sama. Lagu ini dihasilkan melalui kajian terhadap beberapa buah lagu tempatan dendangan Datuk M.Nasir, Zainal Abidin dan Pak Pandir,” ujarnya.

Demi Seni, Sanggup Jalani Pembedahan Tanpa Bius

bius
LONDON – Sanggup menahan sakit atas nama seni. Itu prinsip Diablo Delenfer, 43, yang melakukan `pengubahsuaian’ pada badannya  melalui pembedahan tanpa menggunakan ubat bius.
Bekas pengawal keselamatan itu telah melakukan pembedahan implan tanduk, lidah bercabang dan tatu di bebola mata dengan menukar mata putih kepada merah.
Disebabkan proses `pengubahsuaian’ badan tidak didaftarkan di Britain, maka seluruh pembedahan itu dilakukan tanpa menggunakan ubat bius.
“Semua pembedahan itu saya lakukan secara sedar. Saya dapat melihat jarum disuntik dan ia amat menyakitkan.
“Tapi anda tidak boleh takut dengan kesakitan. Pengubahsuaian badan adalah kehidupan saya.
“Biarpun ia agak pelik namun ini adalah saya yang sebenarnya,’’ katanya.
Setakat ini Delenfer telah membelanjakan lebih £10,000 dan menyifatkan ia bukan sesuatu yang mengejutkan.

Wanita Warga Emas Kandung Janin 44 Tahun

fetus
BRAZIL – Sepasukan doktor menemui sesuatu yang mengejutkan dalam perut seorang wanita berusia 84 tahun. Ia adalah janinnya yang berusia 20 hingga 28 minggu, yang berada di dalam perutnya selama 44 tahun.
Patutlah wanita itu sering mengadu sakit perut dan pening.
Menurut wanita itu, dia pernah dimaklumkan oleh doktor , ketika 44 tahun lalu bahawa dia mengandung.
Satu malam, selepas mengalami kesakitan yang amat sangat di bahagian perut, dia menemui bidan kampung yang kemudiannya memberikan ubat kepadanya.
Sebaik makan ubat itu, perutnya kembali pulih namun sejak itu perutnya tidak membesar lagi.
Berdasarkan keadaan itu, wanita itu menyangka dia telah keguguran dan tidak mengetahui bahawa janin itu masih berada dalam badannya .
“Ujian ultrasound gagal melihat janin itu. Hanya melalui x-ray kami dapat melihat muka, tulang, tangan, kaki dan tulang belakang janin itu,’’ pakar sakit puan, Dr. Saraiva Kratka.
Menurut Dr. Saraiva, wanita itu tidak berhasrat mengeluarkan janin berkenaan biarpun doktor menasihatinya kerana bimbang ia boleh menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan.

Beruang Polar Mati Selepas Telan Kot

Beruang Polar Mati Selepas Telan Kot

JERMAN – Seekor beruang polar berusia 25 tahun yang ditempatkan di zoo Wilhelma di Stuttgart, mati semalam selepas binatang itu makan beg dan kot milik pengunjung zoo berkenaan.
Beruang itu dikenali sebagai Anton, telah jatuh sakit sejak beberapa hari lalu dan ketika batuk, ia mengeluarkan cebisan fabrik yang ditelannya.
Susulan itu, kakitangan penjara terpaksa  memberinya ubat bagi memaksa Anton muntah.
Meskipun Anton muntah beberapa helai kot dan beg, namun ia sudah terlambat, ia akhirnya mati.
Anton mati akibat kecederaan dalaman dan sukar bernafas, jika tidak ia masih boleh hidup antara 10 hingga 15 tahun.
Penjaga zoo itu, Andreas Woessner sendiri tidak mengetahui kenapa Anton makan kot dan beg itu.
“Selalunya Anton akan mengoyak barang yang ditemui dalam kandangnya dan saya tidak tahu kenapa ia makan objek itu,’’ katanya.
Ia merupakan kejadian malang terbaru menimpa zoo tersebut yang menyaksikan banyak binatang di situ makan objek asing.
Sebelum ini seekor hippopotamus dikenali sebagai Egon, mati akibat tertelan bola tenis.
Zoo berkenaan berdepan masalah dengan pengunjung yang gemar meninggalkan barang mereka di dalam kandang.
Dianggarkan dalam masa 20 tahun, pihak zoo menemui 200 kasut kanak-kanak, topi yang banyak jumlahnya, kamera, telefon dan beberapa cermin mata.

Pelancong China Sah Hidap H7N9, Keadaan Stabil

S.Subramaniam
PUTRAJAYA – Seorang pelancong wanita China yang menyertai rombongan lawatan ke Sabah, disahkan menghidap selesema burung atau Avian Infleunza A (H7N9), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
Menyifatkan ia sebagai kes pertama yang dilaporkan di negara ini, Dr Subramaniam berkata pesakit berusia 67 tahun dari Wilayah Guangdong itu kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah dan keadaannya stabil.
Beliau berkata, jangkitan virus flu N7N9 biasanya berlaku dalam kalanganunggas.
Jangkitan unggas kepada manusia hanya berlaku jika unggas telah dijangkiti dengan virus tersebut.
Risiko virus tersebut merebak dari seseorang kepada seseorang lain terlalu kecil, katanya.
“Bagaimanapun kita akan mengambil tindakan-tindakan yang perlu untuk pastikan hubungan dengan pesakit itu dikurangkan seberapa yang boleh,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian itu, pada Rabu.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati bahawa pesakit tersebut telah menerimarawatan awal di China bagi gejala demam, batuk, selesema, sakit sendi dan lemahbadan bermula 30 Jan lepas, iaitu empat hari sebelum tiba di negara ini pada 3 Februari.
Kejadian H7N9 yang berlaku pada masa ini di China merupakan kejadian kali pertama yang dilaporkan di kalangan manusia pada Mac 2013.
Sehingga kini, sebanyak 330 kes H7N9 termasuk 65 kematian yang disahkan melalui ujian makmal di kalangan manusia.
“Pemantauan WHO mendapati tiada bukti penularan dari manusia ke manusiaberlaku setakat ini sebagaimana yang dilaporkan di Taiwan dimana ianya terhadkepada dua kes import sahaja tanpa penularan.
Menyentuh kes denggi pula, Dr Subramaniam melahirkan kerisauan dengan 22 kematian dari Jan hingga 10 Feb lalu, serta jumlah kes yang dilaporkan sebanyak 11,879 kes pada tempoh tersebut berbanding 3,112 kes pada tempoh sama tahun lalu.
“Kes denggi memang teruk, lebih 2,000 kes dilaporkan setiap minggu. Kita mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk menangani isu ini selain memastikan tindakan perlindungan sewajarnya diambil setiap individu,” tambah beliau.
Dalam pada itu beliau juga menyifatkan Laporan Indeks Persaraan Global 2014kendalian portal penganalisis, InternationalLiving.com, yang menyenaraikanMalaysia antara tiga negara di dunia, menyediakan khidmat penjagaan kesihatanterbaik dan berpatutan, sebagai pengiktirafan terbaik.
Laporan itu menyaksikan Malaysia di belakang Perancis dan Uruguay, selain mengetepikan negara lain seperti Sepanyol, Itali, Ireland dan New Zealand.
“Selain dari itu Malaysia juga diiktiraf di tangga ke-18 daripada 45 buah negara sebagai negara yang mempunyai perkhidmatan kesihatan yang paling efisyen oleh Bloomberg.com pada tahun lalu.
“Saya yakin prestasi ini juga meyakinkan rakyat negara lain dapatkan perkhidmatan kesihatan melalui pelancongan kesihatan,” katanya. – BERNAMA

Arsenal-Manchester Utd Terikat 0-0

Arsenal-Manchester Utd Terikat 0-0
LONDON – Manchester United menafikan tiga mata penuh untuk Arsenal dan kembali ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris apabila kedua-dua pasukan seri 0-0 di Stadium Emirates, sebentar tadi.
Arsenal yang mahu bangkit selepas kalah 1-5 kepada Liverpool hujung minggu lalu manakala United pula memburu kemenangan, gagal memperoleh gol meskipun beberapa peluang terdedah.
Robin van Persie hampir merobek gawang bekas kelabnya pada awal minit permainan manakala tandukannya pada separuh kedua diselamatkan penjaga gol Arsenal.
Arsenal pula memperoleh peluang menerusi tandukan pemain pertahanan, Laurent Koscielny namun ia diselamatkan Antonio Velencia. - Berita Harian

Ibu Muda Hilang Bayi Kembar Serentak

Ibu Muda Hilang Bayi Kembar Serentak
KUALA PILAH – Ibu mana yang tidak gembira apabila mendapat tahu bayi pertama yang dikandungnya adalah kembar.
Persiapan sudah dilakukan, bahkan barang keperluan termasuk baju baharu untuk menyambut kelahiran pasangan bayi berkenaan sudah dilakukan.
Namun, kegembiraan seorang ibu muda di sini bertukar menjadi saat menyedihkan apabila seorang daripada bayinya meninggal dunia selepas dilahirkan, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan.
Semuanya dikatakan berpunca daripada perkhidmatan sebuah hospital di daerah ini yang didakwa tidak cekap sehingga mengakibatkan Sharifah Kalsum Syed Abu Bakar, 22, lewat menerima rawatan, sebelum terpaksa menjalani pembedahan secara tergesa-gesa.
Sharifah Kalsum berkata, kejadian bermula kira-kira 2.30 petang 14 Januari lalu apabila dia ke hospital itu selepas terasa sakit hendak bersalin.
“Saya rasa sakit di pinggang dan berlaku kontraksi. Waktu di bilik bersalin, tiada doktor pakar, hanya doktor pelatih sahaja.
“Saya merayu kepada jururawat supaya percepatkan proses kelahiran, tapi doktor memberitahu, pembukaan di pangkal rahim saya ketika itu hanya dua sentimeter menyebabkan saya dimasukkan ke wad biasa,” katanya yang kemudian diberikan ubat tahan sakit sebelum terlena.

Bocor: Spesifikasi Utama Samsung Galaxy S5

Bocor: Spesifikasi Utama Samsung Galaxy S5
SPEKULASI demi spekulasi, kini satu lagi imej bocor yang menjadi antara “kemungkinan besar” bagi spesifikasi utama peranti terbaru daripada Samsung yang akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu Galaxy S5.
Imej yang memaparkan bahagian bawah kotak peranti ini telah disebarkan oleh SamsungGalaxyS5.nl dan berikut adalah antara spesifikasi yang mungkin terdapat pada Galaxy S5:
- Paparan skrin 5.25 – Kualiti skrin QHD Super AMOLED – 2,560 x 1,440 piksel – 556ppi – Pemproses 2.5GHz quad-core Snapdrago – Kamera belakang 20MP – Kamera hadapan 2MP – Memori Ram 3GB – Bateri 3000mAH – Sokongan LTE – Android 4.4 (KitKat)
Antara yang menarik dengan spesifikasi ini adalah kamera 20MP yang mampu memberikan kualiti yang hampir sama dengan kamera peranti telefon pintar Sony Z1 dan kamera Samsung sememangnya terkenal dengan kualiti rakaman yang amat memuaskan.
Dengan hanya beberapa minggu lagi sebelum majlis pelancaran Galaxy S5, apa kata anda mengenai gajet terbaharu mereka ini?

Sultan Selangor Minta Penyokong Hormati Tetamu – (Jangan Pukul Dalam Terowong)

Sultan Selangor Minta Penyokong Hormati Tetamu
KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya para pegawai, pemain dan penyokong bola sepak Selangor tidak terlibat atau menimbulkan kekecohan ketika perlawanan Liga Malaysia terutama apabila Selangor beraksi di gelanggang sendiri.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosmah Mohd Ibrahim berkata, Sultan Selangor bertitah sebarang keputusan perlawanan perlu diterima oleh semua pihak kerana itu lumrah dalam permainan bola sepak.
“Baginda meminta supaya kita sebagai tuan rumah sentiasa menghormati tetamu iaitu pemain dan penyokong pasukan dari negeri lain yang datang ke stadium kita.
“Baginda sangat berharap pemain, pegawai pasukan serta penyokong Selangor sentiasa menjaga tahap disiplin supaya tiada kekecohan ketika atau selepas perlawanan,” kata Rosman seperti dilaporkan laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Selangor di sini hari ini.
Selangor yang kini berada di tangga teratas Liga Super akan bertemu dengan pasukan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) pada Sabtu ini.
Liga Malaysia 2014 mengalami sedikit kekecohan apabila berlaku insiden pergaduhan melibatkan segelintir penyokong Pahang dan JDT di luar Stadium Darul Makmur di Pahang baru-baru ini.
Perlawanan antara JDT dengan pasukan Kedah di Stadium Larkin di Johor malam tadi bagaimanapun berlangsung dengan suasana meriah apabila kedua-dua penyokong memberi kerjasama baik sepanjang perlawanan berlangsung.
Malah, penyokong kedua-dua pasukan dilihat menyanyi dan bersorak bersama-sama sejurus perlawanan tamat meskipun Kedah tewas di tangan JDT 3-1.

Cybertroopers Tawar RM1500 Untuk Tampar Zahid

Zahid_Hamidi
Sebuah laman sosial milik cybertroopers DAP yang dikenali sebagai We Fully Support PKR <DAP> dikatakan telah menawarkan ganjaran sebanyak RM1,500 kepada individu yang dapat menampar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid_Hamidi

Hina Sultan Selangor, Seorang Wanita Ditahan

h3
KUALA LUMPUR – Seorang wanita berusia 27 tahun ditahan baru-baru ini bagi membantu siasatan berhubung sebuah blog yang menyiarkan pautan Facebook yang didakwa mengandungi kenyataan melampau terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
(Baca – Hindu Murtad Hina Islam Dan Sultan Selangor – Ada Di Kajang!)
Penahanan wanita itu disahkan polis Selangor menerusi status akaun Facebook yang baru dimuat naik sejam yang lalu dengan mengatakan wanita itu ditahan di Sungai Jelok, Kajang.
Menurut laman FB polis itu, semasa tangkapan beberapa peralatan turut dirampas bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Dalam blog berkenaan sebelum ini, wanita terbabit secara terbuka menghina Sultan Selangor dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya.
Tindakan wanita itu kemudian menyebabkan Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan satu laporan polis dibuat. – Bernama

NGO Pendidik Sedia Bersama Guru Bantah PBS 22 Feb

NormalaSudirmanDUNtenang2
KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) bersedia untuk bersama-sama guru menyatakan bantahan terhadap isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 22 Febuari ini.
Pengerusinya, Normala Sudirman juga menyeru seluruh warga guru dan pendidik agar tidak gentar untuk turun menyatakan suara bantahan demi masa depan mereka dan pelajar-pelajar.
“Seru agar guru-guru semua berpakat-pakat turun ke himpunan itu nanti sebagai menzahirkan protes mereka dengan sistem yang banyak menyusahkan mereka,” katanya kepada Harakahdaily.
Menurut Normala, isu beban tugas guru, kelemahan akses internet untuk masukkan data yang telah disuarakan sebelum ini tidak dipedulikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
“Pelbagai usaha dan bantahan yang dibuat, namun kerajaan seolah-olah tidak menghiraukan luahan hati guru. Dan inilah masanya untuk mereka meluahkan ketidapuasan hati mereka.
Bahkan katanya, tiada gunanya dasar pendidikan negara dianggap terbaik dan bertaraf dunia sedangkan masyarakat dan warga pendidik ini sendiri tidak mengiktiraf dasar ini.
Akibatnya, kata beliau pelajar pula dijadikan eksperimen untuk program-program dan dasar yang tidak konsisten dan bercelaru ini.
Tegas Normala, apabila sistem pendidikan ini menjadi ‘cacamarba’ akhirnya telah memusnahkan nasib dan masa depan anak bangsa sendiri.
“Jangan memperjudikan harapan dan generasi masa hadapan untuk suatu dasar yang merugikan masa depan negara.
“Akhirnya ternyata KPM akan berdepan dengan amarah warga pendidik, masyarakat ,ibu bapa dan pelajar jika isu ini tidak ditangani secepat mungkin,” ujarnya yang mesra dengan panggilan Cikgu Mala.
Sementara itu, Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) akan mengadakan demonstrasi Bantah SPPBS (PBS) 2014 pada 22 Februari nanti di hadapan pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya.

Tindakan Seorang Ustaz Menginjak Kepala Lelaki Dalam Keadaan Marah Viral Di Indonesia

ustda-hariri-2-140212c
Laman sosial Indonesia petang ini kecoh dengan penyebaran sebuah kilp youtube selama 3 minit yang memperlihatkan seorang ustaz yang dikenali sebagai Hariri menginjak kepala seorang lelaki kerana marah yang teramat.
Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kawasan di Bandung, Jawa Barat.
Lelaki yang diinjak kepalanya itu merupakan petugas yang menjaga sistem bunyi pada majlis berkenaan.
Pengurus ustaz berkenaan yang dihubungi media Indonesia, Odet memberitahu majikannya bertindaknya demikian kerana marah dengan kualiti bunyi yang disediakan lelaki itu.
“Kita sewa sound kan wajar ingin yang kualitasnya baik,” katanya.
Menurut beliau, tindakan lelaki itu yang memohon maaf dalam keadaan marah kepada Ustaz hariri menjadi punca mengapa majikannya bertindak menginjak kepada lelaki itu.
Namun menurut Odet, Ustaz Hariri telah memohon maaf kepada lelaki berkenaan dan menganggap isu itu sebagai selesai.
Begitupun, komuniti aktif media online Indonesia nampaknya tidak menerima perlakukan ustaz berkenaan dengan begitu mudah sekali.
Ramai yang menyifatkan ustaz berkenaan yang muncul dalam beberapa sinetron seperti Islam KTP dan Sampean Muslim sebagai sombong dan memalukan penganut Islam.- Mynewshub