Pihak ketenteraan Amerika Syarikat (AS) menghantar kapal kelas pemusnah, USS Pinckney, Arleigh Burke yang berpangkalan di San Diego dalam misi mencari dan menyelamat pesawat MAS MH370

us

Pihak ketenteraan Amerika Syarikat (AS) telah menghantar kapal kelas pemusnah, USS Pinckney, Arleigh Burke yang berpangkalan di San Diego dalam misi mencari dan menyelamat pesawat MAS MH370, yang dilaporkan hilang dari radar sejak 1.30 pagi Sabtu lalu.
Menurut laporan ABC News, kapal canggih itu turut membawa dua helikopter yang boleh digunakan dalam misi tersebut.
Kapal tersebut dijangka tiba di bahagian selatan kepulauan Vietnam dalam tempoh 24 jam selepas berlepas dari pangkalannya di San Diego.
Seramai tiga orang penumpang dari Amerika disahkan terlibat dalam pesawat malang itu yang melibatkan seramai 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Antara negara lain yang turut menghulurkan bantuan dalam misi mencari dan menyelamat adalah China, Vietnam dan Singapura.
Oleh: AUDREY LEE

Tentera Laut Nasional Indonesia (TNI-AL) - Indonesia Hantar 5 Kapal Perang & Heli



Tentera Laut Nasional Indonesia
JAKARTA – Tentera Laut Nasional Indonesia (TNI-AL) menghantar lima kapal perang dan sebuah helikopter bagi membantu mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, awal pagi semalam.
Ketua Staf TNI-AL, Laksamana Marsetio berkata kesemua kapal perang yang dikerahkan itu akan bergabung dalam Komando Armada Indonesia Kawasan Barat Tentera Laut Indonesia.
“Saya sudah berhubung dengan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tan Sri Abdul Aziz Jaafar. Mereka (TLDM) minta kita bantu mencari pesawat MAS yang dilaporkan tidak dapat dihubungi itu,” kata Marsetio kepada agensi berita Antara pada Ahad.
Beliau berkata ada antara kapal perang tentera laut negara itu yang sedang mengawal perairan sementara beberapa buah lagi diarahkan menyertai misi mencari itu.
“Kami kerahkan kekuatan agar misi pencarian ini dapat menunjukkan hasil. Kami juga sentiasa berhubung dan berkongsi informasi dengan rakan antarabangsa dalam misi ini,” katanya.
Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk dua kanak-kanak dan 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing, China pada 12.41 pagi Sabtu.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. – BERNAMA

UPDATE - PESAWAT MAS MH370 BERJAYA DIKESAN MELALUI SATELIT TELEFON BIMBIT (CHINA)


China - Penyiasat telah dapat menghubungi telefon bimbit salah seorang penumpang warga cina dalam pesawat MH370, seperti yang dilaporkan oleh media di China.


Stesen-stesen televisyen China memberitahu satu pangilan dibuat oleh ahli keluarga berjaya berhubung dengan nombor talian bimbit sebelum ia terputus.

Perkembangan di sana sekarang ini ialah orang ramai berharap pihak berkuasa akan mengunakan isyarat telefon bimbit bagi mengesan lokasi pesawat yang hilang itu. - http://www.liveleak.com/view?i=64f_1394343701

Sebelum Kehilangan #MH370: Didapati ‘Pesawat Terbang Rendah Dari Biasa’

Laporan Pesawat MH370 Terhempas Tidak Benar


KOTA BHARU – Seorang nelayan di sini mendakwa melihat sebuah pesawat terbang lebih rendah daripada biasa di Laut China Selatan, kira-kira lapan batu nautika dari Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan, awal pagi kelmarin.
Azid Ibrahim, 66, berkata, dia melihat pesawat itu kira-kira jam 1.30 pagi semasa membawa lima kaki pancing di kawasan tersebut.
Menurutnya, pesawat itu terbang rendah menghala keluar dari negara ini menuju ke tengah laut.
“Ketika itu hanya saya dan Pak Da (kawannya) sahaja yang melihat kapal terbang itu. Yang lain tidur. Biasalah kami nampak kapal terbang di kawasan ini kerana ia laluan utama, tapi kali ini ia lebih rendah daripada biasa.
“Saya tidak pasti berapa tinggi kapal terbang itu dari muka laut, cuma nampak lampu besar buah kelapa dan di bawah awan. Itu yang saya hairan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Azid, yang sudah 10 tahun membawa kaki pancing ke laut berkata, dia hanya mengetahui mengenai kehilangan MH370 selepas mengikuti berita di televisyen, semalam.
Berikutan itu, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, petang semalam.
“Saya hanya ingin beritahu apa yang saya nampak malam itu. Mana tahu ia boleh bantu (pasukan mencari dan menyelamat). – Sinar Harian Online

Siasatan ! Pesawat MH370 Mungkin Cuba Patah Balik Selepas Putus Hubungan..

0903MASPatahBalik

#MH370 : 0903MASPatahBalik


PESAWAT Malaysia Airlines (MAS) MH370 kini sedang disiasat kemungkinan ia cuba berpatah balik (air turn-back) kerana menghadapi masalah tertentu sebelum terputus hubungan dengan komunikasi menara kawalan.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sepanjang malam tadi beliau mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 dan memaklumkan fokus utama ketika ini ialah untuk mencari lokasi pesawat itu.
“Keutamaan kita sekarang, suka atau tidak suka ialah untuk mencari pesawat dan itu merupakan tumpuan kita.
(BACA: Nahas MH370: Pakar Amerika Bantu MAS)
“Dalam hal itu juga, saya hendak maklumkan bahawa kemungkinan kapal terbang ini (MH370) terpaksa berpatah balik turut diambil kira dalam perbincangan kita bermakna bahawa dalam usaha kita mencari dan menyelamat kita mesti memperluaskan lokasi-lokasi tumpuan,” katanya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama di Sepang hari ini.
Menurut terminologi penerbangan, ‘air turn back’ adalah prosedur pesawat berpatah balik ke lapangan terbang asal akibat pincang tugas atau disyaki pincang tugas sebarang peralatan pada pesawat.
Menurut beliau yang juga Menteri Pertahanan, isu penggunaan pasport palsu oleh dua orang penumpang yang menggunakan identiti seorang warga Itali dan warga Austria, beliau berkata perbincangan telah dilakukan dengan agensi risikan tempatan dan juga antarabangsa.
Bagaimanapun pada sidang media sebentar tadi, Hishammuddin memaklumkan ada empat nama sedang disiasat atas kes pasport palsu berkenaan dan ia sedang disiasat melibatkan kesemua penumpang dan bukan sahaja mereka yang dirasakan mencurigakan.
“Dari segi pasport yang palsu, malam semalam saya telah berbincang dengan agensi risikan kita dan antarabangsa, saya boleh mengsahkan agensi risikan antarabangsa telah bersetuju untuk bekerjasama dan melibatkan unit anti-pengganas masing-masing.
“Kita melihat tragedi ini sebagai sesuatu yang tidak boleh diambil mudah dan mengambil kira apa jua kemungkinan,” katanya.
Beliau turut mengesahkan laporan pihak berkuasa Vietnam berkenaan dua tompokan minyak tetapi tiada serpihan bangkai pesawat MH370 ditemui di kawasan berkenaan.
Ia dikesan semalam oleh pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam dengan tompokan itu masing-masing sepanjang 10km dan 15km dengan jarak antara keduanya kira-kira 500 meter.
“Sah, memang ada tompokan minyak tetapi tidak ada serpihan pesawat dan sekarang, pesawat-pesawat Vietnam telah pun terbang ke sana untuk mengenalpasti minyak yang berada di perairan itu datang daripada pesawat berkenaan (MH370),” katanya.
Menjawab pertanyaan wartawan adakah kapal selam milik Malaysia KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak akan dikerahkan dalam operasi mencari dan menyelamat, Hishammuddin berkata kapal selam berkenaan tidak dilengkapi dengan kelengkapan operasi sebegitu.
Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 diteruskan lagi untuk hari kedua hari ini selepas 24 jam hilang sejak semalam. – MYNEWSHUB.MY

VIDEO: Rakaman Terakhir Kapten Zaharie Dan Fariq Hilang MH370

KAPTEN

KAPTEN

INI merupakan rakaman terakhir juruterbang Kapten Zaharie Shah dan pembantunya, Fariq Ab Hamid sebelum mereka hilang bersama pesawat penerbangan MH370, Sabtu lalu.
Ia dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV) ketika mereka melalui kawasan pemeriksaan sebelum berlepas.
Biar pun rakaman ini mungkin tidak membantu, sekurang-kurangnya orang ramai dapat melihat rutin yang mereka harus lalui setiap kali penerbangan.
Kami pasti ramai yang masih mengharapkan kedua-duanya akan kembali pulang bersama semua penumpang dan anak kapal yang lain nanti…

Terkini ! DCA Masih Tidak Menolak Kemungkinan MH370 Dirampas

www.mynewshub.my


Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) masih tidak menolak sepenuhnya kemungkinan pesawat MH370 telah dirampas oleh pengganas.
Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pada peringkat ini, pihaknya masih melihat kepada kesemua kemungkinan dan tidak hanya terhadap beberapa aspek tertentu sahaja.
“Wujud juga persoalan kemungkinan kapal tersebut dirampas, yea, kita tidak menolak kemungkinan (rampasan) kerana kita sedang melihat kepada semua kemungkinan,” katanya pada sidang akhbar harian di Sepang, sebentar tadi.
Kemungkinan berlaku serangan pengganas di udara tidak ditolak kerana wujud dua penumpang misteri yang mengembara menggunakan pasport curi milik pihak lain.
Bagaimanapun, andai benar berlakau rampasan, setakat ini belum ada sebarang tuntutan yang dibuat oleh mana-mana pihak.
Malah, secara jujur, agak sukar untuk dikatakan ia dirampas kerana sudah pasti ia akan muncul di radar banyak negara andai ia diterbangkan ke arah lain.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan.

(Gambar Hiasan – Bukan Sebenar)

GEMPAR : Lelaki Pemberontak Turut Tersenarai Dalam Senarai Malaysia Airlines MH370 Yang Hilang..



GEMPAR ! PEMILIK PASSPORT ASAL TELAH DITEMUI!! MH370



Luigi Maraldi, warga Itali yang kehilangan pasport ketika bercuti di Phuket tahun lalu terkejut apabila namanya tersenarai antara penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Bercakap kepada The Star, Maraldi, 37, yang kini sedang bercuti di Phuket berkata, beliau sudah melaporkan kepada polis, jabatan imigresen Thailand dan pihak Kedutaan Itali berhubung kemungkinan identitinya digunakan oleh individu yang menaiki pesawat yang hilang daripada radar tersebut.

"Saya OK. Saya nak ke pantai. Saya tak tahu bila semua ini berlaku."Semua orang mula cuba menghubungi saya termasuk wartawan daripada Itali. Tapi saya fikir saya tidak mahu diganggu," katanya.

Maraldi dilaporkan kehilangan pasportnya pada 1 Ogos 2013 selepas mencagarkan kepada agensi kereta sewa dan hanya diberitahu telah hilang sewaktu mahu mengembalikan kereta berkenaan.

Dia bagaimanapun berjaya mendapatkan dokumen perjalanan sementara untuk pulang ke Itali. Laporan mengenai kehilangan pasport itu terdapat dalam pengkalan data polis antarabangsa (interpol).

Selain Maraldi, turut dilaporkan satu lagi pasport milik warganegara Austria turut digunakan oleh individu untuk menaiki pesawat MH370.

Namun, pemilik sebenar pasport itu, Christan Kozel dilaporkan masih hidup dan berada dalam keadaan baik oleh pihak berkuasa. Kozel memberitahu media negaranya bahawa pasport miliknya dicuri ketika melawat Thailand pada 2012.

Segera ! KDN Akan Buat Siasatan Dalaman Kes Pasport Palsu

0903MaraldiPhuket


PIHAK Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengarahkan satu siasatan dalaman bagi mengesan dua pasport palsu yang melepasi kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Siasatan itu diketuai oleh Ketua Pengarah Imigresen Aloyah Mamat.
Beliau tidak menolak kemungkinan dua pasport asing berkenaan sukar dikenalpasti pemiliknya kerana tidak mempunyai kecanggihan sistem biometrik seperti digunapakai di Malaysia.
Sementara itu, Polis Thailand hari ini meminta kerjasama mangsa kecurian identiti dari Itali Luigi Maraldi untuk menyiasat sebarang informasi yang boleh membantu operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak semalam.
Dalam pesawat berkenaan dua individu dikesan menggunakan identiti palsu dan seorang daripadanya menggunakan identiti Luigi selepas pasportnya didakwa dicuri di Thailand.
Seorang lagi individu menggunakan pasport milik warga Austira Christian Kozel yang juga turut dicuri pasportnya di negara sama.
Maraldi kini berada di Phuket untuk bercuti dan pihak polis negara itu menjejaki beliau berada di sebuah pangsapuri di Nanai Road, satu kawasan yang popular dengan lokasi hiburan malam di wilayah Patong.
Maraldi berkata beliau tiba di Phuket pada 1 Mac lepas dan merancang untuk meninggalkan negara itu pada 15 Mac.
Dalam sesi bercuti tahun lepas, beliau berkata pasportnya telah dicuri ketika berurusan di sebuah kedai sewa motosikal di Patong.
Dalam kehilangan itu, wanita yang menguruskan kedai berkenaan berkata pasportnya telah diberikan kepada seorang lelaki Itali.
Menurut lelaki itu “Maraldi merupakan bekas suaminya,”
Di Thailand, kecurian pasport mudah berlaku kerana dokumen perjalanan itu digunakan para pengendali kedai sewa kereta sebagai cagaran dari pelanggan untuk menyewa motosikal.
Menurut Maraldi, pasportnya hilang pada 22 Julai tahun lepas dan membuat laporan polis pada 25 Julai.
Beliau dibenarkan kembali ke Itali menggunakan satu dokumen perjalanan sementara pada 3 Ogos tahun lepas.
“Saya tidak mempunyai banyak maklumat untuk diberikan, saya bukannya pekerja asing yang tinggal di Phuket, saya hanya datang dan pergi sebagai seorang pelancong,” katanya.
Maraldi mengetahui mengenai kehilangan pesawat MH370 selepas ahli keluarganya menghubunginya untuk memeriksa adakah dirinya sama dengan Maraldi yang sama didakwa menaiki pesawat berkenaan.
Dua individu yang menggunakan identiti Maraldi dan Kozel didapati membeli tiket MH370 melalui syarikat penerbangan China Southern Airlines.
Seorang dalam penerbangan dari Beijing ke Copenhagen, Denmark dan seorang lagi menghala ke Amsterdam.
Setakat ini operasi mencari dan menyelamat masih belum menemui sebarang tanda berkenaan lokasi pesawat itu berada selepas operasi mula dilancarkan pada pagi semalam. – MYNEWSHUB.MY
Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

Sedih ! Banting, Bapa Pengsan Dapat Tahu Anak Dalam Pesawat MH370

0903MASPatahBalik


BANTING – Bapa seorang pengurus pengeluaran di Syarikat Freescale Semiconductor di Petaling Jaya, pengsan sejurus menerima berita pesawat MAS MH370 yang dinaiki anak sulungnya, Muzi Yusop, 50, hilang awal pagi semalam.
Semah Sidik, 70, berkata suaminya, Yusop Tahir, 76, baru pulang daripada menjalani rawatan dialisis di Telok Panglima Garang di sini ketika dimaklumkan seorang anaknya mengenai kehilangan pesawat MH370 yang dinaiki Muzi.
“Bila makcik dan pakcik keluar dari kereta, kami lihat isteri Muzi, Haniza Bachik masih berada di rumah sedangkan dia dan anak-anak sepatutnya berada di Perak selepas menghantar Muzi ke lapangan terbang.
“Kami kemudian diberitahu bahawa Muzi tidak sampai (ke Beijing) dan (kapal terbangnya) tidak mendarat. Pakcik terdiam dan sedar-sedar lihat dia pengsan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jenjarom di Banting hari ini.
Muzi, yang juga abang kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusop adalah antara 20 pekerja Syarikat Freescale Semiconductor yang dihantar berkursus di China selama sebulan.
Zurihan dan seorang adik lelakinya kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang untuk mengikuti perkembangan terkini operasi mencari pesawat yang hilang itu.
Semah berkata suaminya, yang merupakan bekas pengawal keselamatan, menghidap penyakit jantung, buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.
Ditanya mengenai perubahan sikap Muzi sebelum berangkat ke China, ibu kepada enam orang anak itu berkata beliau tidak perasan sebarang perubahan sikap anak sulungnya yang disifatkan seorang yang bertanggungjawab serta amat mementingkan keluarga.
“Sebelum bertolak ke KLIA, Muzi ajak makcik pergi sekali hantar dia tetapi makcik tidak mahu pergi kerana bapak (Yusop) tidak sihat. Makcik juga sempat berpesan supaya Muzi jaga diri sepanjang berada di sana,” katanya, dan berdoa agar pesawat MH370 itu ditemui.
Semah berkata selepas mengetahui berita mengenai kehilangan pesawat dinaiki Muzi, saudara-mara, jiran serta sahabat tidak putus-putus melawat mereka sekeluarga dan turut bersama-sama membacakan Yasin di rumah beliau.
Sementara itu, hasrat wartawan untuk menemu bual isteri Muzi, Haniza, 47, tidak kesampaian apabila anggota keluarganya meminta supaya guru tadika yang sedang bersedih itu tidak diganggu.
Ketika mengunjungi kediaman Haniza, yang terletak di hadapan rumah ibu bapa Muzi, beliau dilihat mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di televisyen.
Hanya perkataan “reda” dan “ada hikmah di sebaliknya” dituturkan ibu kepada tiga anak berumur 24, 21 dan 15 tahun itu, yang dilihat tidak berhenti menangis.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Jenjarom, Ma’amin Radiman berkata sejurus mengetahui berita kehilangan pesawat MAS itu, penduduk mengadakan solat hajat di Masjid Al-Falah kampung itu.
“Saya telah meminta pengurusan Masjid Al-Falah dan enam surau di kampung ini untuk terus mengadakan solat hajat serta berdoa setiap kali selepas solat agar pesawat dan penumpang selamat ditemui,” katanya.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan.  – BERNAMA

Berita ! Bukti Jelas Termasuk Gambar Baru Memperlihatkan MH370 Mungkin Terhempas Di Wilayah Laut Selatan Vietnam

www.mynewshub.my

Setakat malam ini, semakin banyak bukti memperlihatkan bahawa pesawat MH370 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berkemungkinan besar telah terhempas kira-kira 50 batu ke arah barat daya Pulau Tho Chu, di selatan wilayah laut Vietnam.

Ini berikutan penemuan sebahagian serpihan yang dikatakan ekor kapal dan bahagian komposit pintu dipercayai milik pesawat berkenaan siang tadi (Ahad).
Pihak berkuasa Vietnam telah pun mengeluarkan gambar rasmi dari udara bagi membuktikan dakwaan penemuan itu (lihat gambar di atas).
Ia dikatakan ditemui tidak jauh dari laluan asal MH370 menuju ke Beijing.
Pihak itu bagaimanapun tidak membawa sebarang kapal laut ke kawasan itu untuk menyiasat berikutan hari semakin gelap ketika serpihan berkenaan ditemui.
Lebih memperkukuhkan lagi kemungkinan itu ialah akhbar rasmi Vietnam, Tienphong melaporkan sebentar tadi bahawa pasukan keselamatan Malaysia telah meminta kebenaran Jabatan Penerbangan Awam Vietnam (CAA) untuk memasuki perairan negara berkenaan bagi mengkaji penemuan beberapa objek.
Sebanyak lima kapal tentera milik Malaysia terbabit dalam permohonan itu, namun belum dapat disahkan sama ada sebarang kebenaran telah diberikan atau tidak.
Pasukan mencari dan menyelamat Malaysia mahu memasuki perairan berkenaan malam ini juga dan tindakan itu boleh ditafsir sebagai satu lagi kemungkinan MH370 telah terhempas di kawasan laut.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan. (Mynewshub)
bukti terkini



Pencegah Maksiat Paksa Teruskan Hubungan Intim













Sekumpulan orang kampung yang bertindak sebagai pencegah maksiat bertindak melampau apabila memaksa pasangan bawah umur itu meneruskan hubungan seks hingga tamat.



Aksi jijik itu ditonton sekumpulan penduduk di Bengkalis, Riau  sehingga tamat.Dipetik dari laman Okezone, kejadian ini berlaku pada 13 Januari 2014 sekitar jam 10 malam waktu tempatan.


bawah umur seks+xlupa.net  Pencegah Maksiat Paksa Teruskan Hubungan Intim

(gambar hiasan)
Ketika itu, pasangan lelaki yang dikenali sebagai Uya Naldi, 20, telah menjemput teman wanitanya, Melati (bukan nama sebenar), 15, di RSUD Bengkalis, Kabupaten Bengkalis.


Dalam perjalanan, Uya Naldi telah berhenti di tepi jalan Baru Desa Pedekik, Kecamatan Bengkalis, dan memujuk teman wanitanya itu untuk lakukan hubunga seks. Usahanya berjaya dan ketika sedang melakukannya dalam posisi ‘doggy’, sekumpulan penduduk telah menyerbu mereka

.
Anehnya, kumpulan penduduk berkenaan tidak menangkap atau menahan mereka malah memaksa pasangan tersebut meneruskan perbuatan terkutuk itu.

“Setelah selesai, kumpulan penduduk itu langsung meninggalkan pasangan itu. Kes ini disiasat oleh Polis Bengkalis. Beberapa orang penduduk kampung telah dipanggil untuk beri keterangan.,” kata pegawai penyiasat Polis Daerah Riau.

Setelah selesai lakukan hubungan seks, Ulya menghantar pulang teman wanitanya. Ulya kini didakwa atas kesalahan merogol gadis bawah umur.

Foto Hot Gan Lulu Dengan Fesyen Setengah Yang Sangat Hodoh Dan Sakitkan Hati..



Dia terkenal kerana ibunya dan kini dia sering menjadi perhatian dan jemputan orang ramai tetapi dia suka tampil dengan fesyen yang adalah WTF.

Kami pun tak pasti ini adalah fesyen apa eh..





Bagi Kaum lelaki Pasti Menyunkai Saiz P@yud@r@ XXXL Tapi Lain Plak ! Malu dengan saiz aset..



Saya berumur 24 tahun dan pada tahun hadapan saya akan berkahwin. Berat saya 51kg dan ketinggian 158 sentimeter. Walaupun saya berumur 24 tahun, saya berasa sangat malu kerana p@yud@r@ saya sangat kecil.

Saya tahu kebanyakan lelaki tertarik dengan rupa paras dan bentuk badan seseorang perempuan. Saya segan selepas berkahwin nanti suami akan mengkritik mengenai saiz p@yud@r@ saya yang sangat kecil.

Apakah cadangan atau nasihat puan? Adakah cara untuk membesarkan sedikit saiz p@yud@r@ secara semula jadi tanpa mengambil sebarang pil? Ini kerana saya takut ubat-ubatan boleh mendatangkan kesan negatif seperti kanser p@yud@r@.

Stella,

Kuala Lumpur.


Berhati-hati dengan ubat mahupun produk membesarkan p@yud@r@ kerana ia mungkin mengandungi h0rm0n yang boleh merangsang kanser p@yud@r@. Anda perlu mendapatkan pemeriksaan dan saringan doktor terlebih dulu.

Adakah anda mengalami kitaran haid yang teratur? Bagaimanakah dengan jumlah pendarahan haaid anda? Ini mungkin dapat memberi maklumat tambahan punca p@yud@r@ anda kecil.

Dalam kebanyakan kes, tiada keabnormalan didapati, saiz p@yud@r@ lebih berkait dengan keturunan. Apa pun, perkembangan sepenuhnya p@yud@r@ dapat diketahui atau dilihat apabila anda hamil kelak akibat rangsangan hormon kehaamilan.

Pengeluaran susuu badan juga tidak bergantung kepada saizp@yud@r@. Ini diharap dapat melegakan sedikit kebimbangan anda.

Berikut ! Senarai Nama Lengkap Penumpang #MH370

www.mynewshub.my

Berikut adalah senarai lengkap nama penumpang pesawat MH370 seperti yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).
Berikut adalah senarai penumpang penerbangan :
1. An/Wenlan (65) China
2. Bao/Yuanhua (63) China
3. Bai/Xiaomo (37) Canada
4. Bian/Maoqin (67) China
5. Bian/Liangjing (27) China
6. Bibynazli/MohdHassim (62) Malaysia
7. Brodskii/Nikolai (43) Russia
8. Burrows/Rodney Mr (59) Australia
9. Burrows/Mary Mrs (54) Australia
10.Cao/Rui (32) China
11.Chan/Huanpeen Mr (46) Malaysia
12.Che/Junzhang (68) China
13.Chen/Jian (58) China
14.Chen/Changjun Mr (35) China
15.Chen/Wei (43) Malaysia
16.Chen/Yun Ms (57) China
17.Chew/Karmooi Ms (31) Malaysia
18.Chuang/Hsiuling Ms (45) Taiwan
19.Chng/Mei (33) Malaysia
20.Chustrak/Oleg (45) Ukraine
21.Dai/Shuling (58) China
22.Daisy/Anne (56) Malaysia
23.Deineka/Sergii (45) Ukraine
24.Di/Jiabin (36) China
25.Dina/MohamedYunus Ramli (30) Malaysia
26.Ding/Ying (28) China
27.Ding/Lijun (43) China
28.Ding/Yingg Ms (62) China
29.Dong/Guowei (48) China
30.Dou/Yunshan Mr (61) China
31. Du/Wen (50) China
32. Feng/Dong (21) China
33. Feng/Jixin (70) China
34. Fu/Baofeng (28) China
35. Gan/Tao (44) China
36. Gan/Fuxiang (49) China
37. Gao/Ge (27) China
38. Gu/Naijun (31) Australia
39. Guan/Huajin Ms (34) Malaysia
40. Guan/Wenjie Mr (35) China
41. Han/Jing (53) China
42. Hashim/Noorida (57) Malaysia
43. Hou/Aiqin Ms (45) China
44. Hou/Bo (35) China
45. Hu/Siwan Chd (3) China
46. Hu/XiaoningMr (34) China
47. Huang/YiMs (30) China
48. Huang/Tianhui (43) China
49. Hue/PuihengMr (66) Malaysia
50. Jia/Ping (32) China
51. Jiang/Cuiyun (62) China
52. Jiang/Xueren (62) China
53. Jiang/YingMs (27) China
54. Jiao/Weiwei (32) China
55. Jiao/Wenxue (58) China
56. Jinghang/Jee (41) Malaysia
57. Ju/Kun (32) China
58. Kang/Xu (34) China
59. Koh/Tiongmeng (40) Malaysia
60. Kolekar/Chetana (55) India
61. Kolekar/Swanand (23)India
62. Kolekar/Vinod (59) India
63. Kozel/Christian (30) Austria
64. Lawton/CatherineMrs (54) Australia
65. Lawton/RobertMr (58) Australia
66. Lee/KahkinMr (32) Malaysia
67. Lee/SewchuMDM (55) Malaysia
68. Li/Yanlin (29) China
69. Li/Zhi (41) China
70. Li/Guohui (56) China
71. Li/Hongjing (20) China
72. Li/Jie (27) China
73. Li/Mingzhong (69) China
74. Li/Wenbo (29) China
75. Li/Yan (31) China
76. Li/Yuan (33)Australia
77. Li/Yuchen (27) China
78. Li/Zhijin (30) China
79. Li/Zhixin (35) China
80. Li/Le (36) China
81. Liang/LuyangMr (60) China
82. Liang/Xuyang (30) China
83. Lim/PowchuaMs (43) Malaysia
84. Lin/AnnanMr (27) China
85. Lin/Mingfeng (34) China
86. Liu/Fengying (65) China
87. Liu/JinpengMr (33) China
88. Liu/Qiang (40) China
89. Liu/Rusheng (76) China
90. Liu/Shunchao (46) China
91. Liu/Zhongfu (72) China
92. Lou/Baotang (79) China
93. Lu/Jianhua (57) China
94. Lu/Xianchu (33) China
95. Lui/Ching (45) China
96. Luo/Wei (29) China
97. Ma/Wenzhi (57) China 98. Ma/JunMr (33) China
99. Maimaitijiang/A (35) China
100.Mao/Tugui (72) China
101. Maraldi/Luigi (37) Itali
102. Maria/Mohamed Yunus Ramli (52) Malaysia
103. MatRahim/Norfadzillah Miss (39) Malaysia
104. Meng/Nicole Chd (4) USA
105. Meng/Bing (40) China
106. Meng/Fanquan (70)China
107. Meng/Gaosheng (64) China
108. MohdKhairulAmri/Selamat Mr (29) Malaysia
109. MohamadSofuan/Ibrahim Mr (33) Malaysia
110. MuhammadRazahan/Zamani Mr (24) Malaysia
111. Mustafa/Suhaili Miss (31) Malaysia
112. Mukherjee/Muktesh (42) Canada
113. Ng/MayliMs (37) Malaysia
114. Norliakmar/Hamid Mdm (33) Malaysia
115. Ouyang/Xin (38) China 38
116. Puspanathan/Subramanian (34) Malaysia
117. Ramlan/Safuan Mr (32) Malaysia
118. Sharma/Chandrika Ms (51) India
119. Shi/Xianwen (26) China
120. Shirsath/Kranti (44) India
121. Sim/Kengwei (53) Malaysia
122. Siregar/Firman (25) India
123. Song/Feifei Mr (32) China
124. Song/Chunling Ms (60) China
125. Song/Kun (25) China
126. Su/Qiangguo (71) China
127. Suadaya/Ferryindra Mr (42) Indonesia
128. Suadaya/Herryindra Mr (35) Indoensia
129. Sugianto/Lo Mr (47) Indonesia
130. Surtidahlia/ Mrs (50) Netherlands
131. Tan/TeikhinMr (32) Malaysia
132. Tan/AhmengMr (46) Malaysia
133. Tan/WeichewMr (19) Malaysia
134. Tan/Chongling (48) Malaysia
135. Tan/Sioh (42) Malaysia
136. Tang/Xudong (31) China
137. Tang/XuezhuMs (57) China
138. Tanurisam/IndrasuriaMr (57) Indonesia
139. Tee/LinkeongMr (50) Malaysia
140. Teoh/KimlunMr (36)Malaysia
141. Tian/Junwei (29) China
142. Tian/Qingjun (51) China
143. Tong/Soonlee Mr (31) Malaysia
144. Vinny/Chynthyatio Mrs (47) Indonesia
145. Wan/Hockkhoon Mr (42) Malaysia
146. Wang/Shouxian (69) China
147. Wang/Shu (61) China
148. Wang/Xianjun (61) China
149. Wang/Chunhua Mr (34) China
150. Wang/Chunyong (43) China
151. Wang/Dan (54) China
152. Wang/Haitao (26) China
153. Wang/Houbin (28) China
154. Wang/Linshi (59) China
155. Wang/Willysurijanto Mr (53) Indonesia
156. Wang/Yonggang Mr (27) China
157. Wang/Yonghui (33) China
158. Wang/Yongqiang (30) China
159. Wang/Lijun (49) China
160. Wang/Ximin (50) New Zealand
161. Wang/Rui (35) China
162. Wang/Moheng (2) China
163. Wattrelos/Ambre (14) France
164. Wattrelos/Hadrien (17) France
165. Wattrelos/Laurence (52) France
166. Weeks/Paul Mr (39) New Zealand
167. Wen/Yongsheng (34) China
168. Wen/Hao (32) China
169. Weng/Mei (39) China
170. Wong/Saisang Mr (53) Malaysia
171. Wood/Philip (51) USA
172. Xie/Liping (51) China
173. Xin/XixiMs (32) China
174. Xing/FengTao (36) China
175. Xing/Qiao (27) China
176. Xiong/Deming (63) China
177. Xu/Chuane (57) China
178. Ya/Na (26) China
179. Yan/Ling Mr (29) China
180. Yan/Peng (29) China
181. Yan/Xioa (27) China
182. Yang/Li (35) China
183. Yang/Ailing Ms (60) China
184. Yang/Jiabao (26) China
185. Yang/Meihua (65) China
186. Yang/Qingyuan Mr (57) China
187. Yang/Xiaoming Ms (59) China
188. Yao/Jainfeng (70) China
189. Yao/Lifei (31) China
190. Yap/Cheemeng Mr (39) China
191. Yin/Boyan (33) China
192. Yin/Yuewang (21) China
193. Yuan/Jin (63) China
194. Yue/Guiju Ms (51) China
195. Yue/Wenchao (26) China
196. Yusop/Muzi Mr (50) Malaysia
197. Zang/Lingdi (58) China
198. Zhang/Chi (58) China
199. Zhang/Liqin (43) China
200. Zhang/QiMs (31) China
202. Zhang/HuaMr (43) China
203. Zhang/Lijuan Ms (61) China
204. Zhang/Na Ms (34) China
205. Zhang/Siming (71) China
206. Zhang/Xiaolei Ms (32) China
207. Zhang/Hualian (42) China
208. Zhang/Jianwu (31) China
209. Zhang/Jinquan (72) China
210. Zhang/Meng (29) China
211. Zhang/Xuewen Mr (61) China
212. Zhang/Yan (36) China
213. Zhang/Yan (2) USA
214. Zhang/Yanhui (44) China
215. Zhang/Zhonghai (43) China
216. Zhang/Shaohua (32) China
217. Zhao/GangMr (46) China
218. Zhao/QiweiMr (37) China
219. Zhao/YingxinChd (3) China
220. Zhao/Peng (25) China
221. Zhao/Yan (18) France
222. Zhao/Zhaofang (73) China
223. Zheng/Ruixian (42) China
224. Zhou/Feng (56) China
225. Zhou/Jinling (61) China
226. Zhou/Shijie (64) China
227. Zhu/Junyan (41) China
Berikut ialah kru kabin dan kru teknikal penerbangan:
1. Zaharie Ahmad Shah (Kru Tek)
2. Fariq Ab Hamid (Kru Tek)
3. Patrick Francis Gomes
4. Andrew Nari
5. Goh Sock Lay
6. Tan Ser Kuin
7. Wan Swaid Wan Ismail
8. Junaidi Mohd Kassim
9. Mohd Hazrin Mohamed Hasnan
10. Ng Yar Chien
11. Foong Wai Yueng
12. Tan Size Hiang

ISU PANAS…. Badan Perisikan China ( perisikan paling aktif dan berkuasa di dunia ) Adakan Mesyuarat Khas Hari Ini

www.mynewshub.my

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) yang merupakan salah satu agensi perisikan paling aktif dan berkuasa di dunia mengadakan mesyuarat khas di Beijing hari ini bagi memulakan penyiasatan untuk mengesan perkaitan sama ada rangkaian pengganas Al-Qaeda berkerjasama dengan pemisah Uighur dalam kehilangan pesawat MH370.

Seramai 153 warganegara China dikhuatiri maut jika pesawat berkenaan terhempas.
Sehingga jam 3 petang waktu Beijing, belum ada sebarang maklumat dikeluarkan hasil mesyuarat berkenaan.
MSS merupakan komponen penting kerajaan China yang bertanggungjawab memastikan Parti Komunis China yang menguasai pasukan tentera (People’s Liberation Army) kekal berkuasa.
Agen MSS dikatakan wujud di segenap pelusuk dunia dengan menyamar sebagai warga tempatan di sesebuah negara itu.
Penemuan awal pakar penerbangan China ialah berlaku kejadian yang ‘ganas dan membawa bencana’ yang menyumbang kepada kapal MH370 berkecai.
Kewujudan dua penumpang misteri yang mengembara secara bersama menggunakan pasport palsu menimbulkan syak berlaku serangan pengganas di udara dalam kes kehilangan MH370.
Kedua penumpang berkenaan menggunakan pasport warga Itali dan Austria.

Krew Yang Terdapat : Gambar 12 Krew Penerbangan MH370

krew


Setakat ini senarai nama krew cabin yang terlibat dengan pesawat MH370 sudah pun diketahui oleh orang ramai di luar sana.
Antara 12 anak kapal itu terdiri daripada Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, yang berpengalaman mengendalikan pesawat dan telah menyertai MAS sejak 1981 lagi.
Kapten Zaharie dibantu Pegawai Pertama, Fariq Abdul Hamid, 27, yang mula menyertai MAS sejak tujuh tahun lalu.
Selain itu, 10 lagi anak kapal terdiri daripada pramugara dan pramugari MAS iaitu Patrick Francis Gomes, Andrew Nari, Goh Sock Lay, Tan Ser Kuin, Wan Swaid Wan Ismail, Junaidi Mohd Kassim, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, Ng Yar Chien, Foong Wai Yueng dan Tan Size Hiang.
krew
krew1
Pelakon terkenal, Fouziah Gous turut berkongsi gambar krew penerbangan yang terlibat dan ada di antaranya merupakan kenalan Fouziah ketika aktres itu bergelar pramugari MAS suatu ketika dahulu.
Fouziah Gous Jadi Tokey Sarang Burung Walit
Fouziah bersama-sama dengan 30 juta rakyat Malaysia yang lain turut mendoakan kesejahteraan rakan-rakannya supaya segera dapat dijumpai dan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dalam keadaan selamat.
Oleh: AUDREY LEE
Kredit Foto: Instagram Fouziah Gous

KISAH PILU: Hancur Luluh Hati Suami Rakam Isteri Berzina Dengan Lelaki Lain Dalam Kereta Kisah sedih yang di luahkan oleh sorang suami..



Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.

KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya.


Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.

SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.

Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.

PETANG ITU Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan. Hati saya bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong.

Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Setelah mereka masuk, saya mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.

Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam. Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Rupanya mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.

Saya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai. Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya hidupkan fungsi night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun dalam keadaan yang amat gelap.

Bagai nak luruh jantung saya berdebar, amat terkejut bila mendapati mereka sedang #berasmara. Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.

HATI SAYA HANCUR LULUH pada ketika itu. Syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu di situ juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu kereta saya pulang.

Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.

Apabila terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya menyumpah sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan perbuatan keji di jalan tadi.

Malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.

Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara senyap. Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.


Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.

Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.

Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.

Saya menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil menjadi terlalu prihatin dengan papanya. Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya.

Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.

Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat kecurangannya.

Akhirnya bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka. Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.

Mertua saya mengucap panjang. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan berselengkoh orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.

Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang #bermain’ di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.

Anak saya dan Mak Usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan turut melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu memegang buah dadanya. Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya.

Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun. Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya. Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.

Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan Allah kepadanya.

Pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini kurus kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu. Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.

KESIMPULAN
Semuga kisah pedih pengalaman sahabat kita ini dapat menyedarkan pasangan lain di luar sana. Ingatlah ‘lelaki yang tidak cemburu terhadap isteri dan anaknya adalah dayus dan tidak akan mencium syurga’. Iman wanita amatlah tipis dan amat mudah tergoda, khususnya apabila mereka bebas sewaktu bekerja.

WARGA PRIHATIN ada banyak kes sebegini dalam simpanan fail kami. Zina bagi yang sudah berkahwin hukumannya rejam sampai mati.

Jika tidak direjam secara muhkamat, mereka tetap direjam secara mutasyabihat. Aktiviti haram memang dipromosi oleh syaitan. Ia dilakukan semata-mata kerana nafsu, tanpa ikatan dan tanggungjawab. Oleh itu, menjadi trend sekarang semua perbuatan zina itu dirakam untuk ‘kenangan’. Apabila nafsu sudah memuncak, masing-masing sudah tidak kisah untuk dirakam aksi ranjangnya. Banyak sekali kes yang pihak wanita sendiri yang merakam aksinya berkali-kali.

Seorang suami yang berprinsip tidak akan mampu menerima semula isteri yang berlaku curang. Itu adalah ego atau ‘pride’ lelaki yang Allah kurniakan secara fitrah. Pengalaman kami menunjukkan suami akan menceraikan isterinya pada kadar segera sebaik sahaja mendapat bukti. Memanglah hakikatnya seorang wanita hanya untuk seorang lelaki sahaja. Tidak mungkin 2 lelaki atau lebih boleh hidup bersama seorang wanita dalam masa yang sama.

Hasil kajian dan pengalaman kami juga menunjukkan situasi yang amat berbeza dengan sikap isteri yang masih mampu walaupun pahit untuk menerima suami yang berselingkuh dengan wanita lain. Mungkin para isteri memikirkan soal nasib anak, nasib diri yang mungkin menjanda, menjaga maruah diri serta keluarga dan sebagainya. Kebetulan pula dalam Islam ada Poligami yang sering diambil peluang oleh suami untuk berbuat sewenangnya. Kononnya boleh tambah isteri bila ‘terkantoi’. Maka meranalah si isteri.

Janganlah biarkan isteri kita BERKELIARAN, samada melalui aktiviti sosial secara zahir maupun melalui alam maya. Jika isteri kita diizinkan bekerja, pantaulah gerak geri mereka. Begitulah juga dengan para suami. Janganlah buang masa melayan isteri dan anak dara orang. Jika kita benar-benar mampu dan mahu, bernikahlah sahaja agar perhubungan itu ada berkatnya.

Pengalaman seorang dari kami amat mengejutkan sekali. Seorang artis terkenal yang sudah bersuami dipelawa di hadapannya oleh rakan lelakinya hanya dengan ayat “can I have #se’x with you, I have got a room here’. Beliau yang sedang makan di restoran Hotel itu bersama rakan beliau boleh dengan mudah ikut naik ke bilik. Ironinya, ia tidak berlaku di hadapan rakan kami dan rakan-rakan artis itu, bukan secara rahsia. Beliau turut menceritakan kisah zina yang berleluasa secara terang-terangan di kalangan artis dan penari budaya.

Lihatlah penceraian yang berlaku apabila suami dapat tahu isterinya bertukar gambar alat kelamin dengan artis, melakukan perbualan #lu-ca’h melalui telefon, sms, facebook, Whatsapp dan sebagainya. Hari ini ramai lelaki yang mengadu isteri mengabaikan suami dan anak kerana aktiviti ini. Dari aktiviti maya itu mereka berjumpa dan akhirnya syaitan akan menggoda masing-masing melakukan zina. Ingatlah, rakaman dan berita dari kerosakan akhlak ini akan menjadi rejaman masyarakat terhadap kita hingga ke anak-cucu, bahkan ke akhir hayat.

Telah Allah tegaskan bahawa “berkeliaran itu membawa kerosakan”. Seharusnya kita mematuhi arahan Allah itu agar mampu kita hentikan segala kerosakan akhlak ini segera. Kita sudah terlalu jauh dari landasan agama kita. Kerana itulah hidup masyarakat kita ini amat ‘tidak sejahtera’.