Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Jom Kita Tinjau-Tinjau Menu Pelik ‘Buaya Golek’ Di Mana ?




Kita mesti selalu mendegar menu panggang seperti Ayam Golek dan Kambing Golek. Adakah anda pernah mendengar atau melihat menu Buaya Golek.

Di Facebook, ada rakan online yang memuatnaik gambar menu seekor buaya sedang dipanggang ala-ala ayam goek di sebuah restoran.

Memang diketahui ada beberapa negara di Asia gemar menjadikan buaya sebagai menu makanan mereka tetapi tidak diketahu rupanya buaya boleh dipanggang sebegini rupa.

Hasil pemeriksaan lanjut, penulis mendapati cara memasak buaya sebegini banyak dilakukan di Filipina.

Suspek Bunuh Kejam: Polis Ambil Sampel Gigi, Cap Jari Suspek Bagi Mengenal Pasti Pembunuh




PETALING JAYA – Polis mengambil cap jari dan sebatang gigi daripada mayat suspek kes pembunuhan kanak-kanak perempuan, Siti Soffea Emelda, untuk pengesahan identiti suspek itu.

Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi ASP Suhaimi Muhamad berkata identiti suspek sukar dikenal pasti ekoran keadaan mayatnya yang reput setelah ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran plaza tol Sunway kira-kira 3 petang, Sabtu lepas.

“Kita telah hantar ujian cap jari serta sebatang gigi suspek ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bahagian Rekod Jenayah Polis untuk mengetahui identitinya.

“Tempoh dua hingga tiga hari diperlukan bagi memperoleh keputusan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Bahagian Forensik di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini, hari ini.

Siti Soffea Emelda, yang berusia dua tahun enam bulan, dibunuh kejam dengan kepalanya terputus dipercayai akibat dikelar di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur di Jalan Hishamuddin di sini pada Khamis lepas.

Saksi mendakwa melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak itu di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan ‘sesuatu’ pada leher mangsa.


(KLIK DAN BACA – Polis Mungkin Dakwa Ibu Mangsa Kanak-Kanak Dipenggal Kepala)

Apabila saksi cuba menghampiri suspek, dia melarikan diri dengan terjun ke dalam Sungai Klang.

Suspek dipercayai dibebaskan dari Penjara Kajang pada 26 Mei lepas setelah menjalani hukuman penjara dua tahun atas kesalahan samun. – BERNAMA

Kini - Raja Azmi Akhirnya Terbuka Hati Plak Untuk Berhijab Penuh !




RASANYA, ramai yang masih ingat kenyataan kontroversi produser, Raja Azmi yang pernah menyebut dia tidak boleh menerima kalau perempuan yang tidak menutup aurat akan masuk neraka dalam satu program hiburan.

Ia sekaligus mengundang banyak kritikan kerana dianggap tidak sensitif terhadap syariat agama.


Namun, siapa sangka tidak lama selepas itu, Raja Azmi terbuka hati untuk mengenakan hijab sepenuhnya selepas memikirkan semasak-masaknya kenyataannya sebelum ini.

TERBARU DNA KHINZIR: 2 Sampel Coklat Cadbury Diambil Terus Dari Kilang Tidak Mendapati !




BANGI – Dua sampel coklat Cadbury, yang didakwa mengandungi DNA khinzir, diambil terus dari kilang pembuatan bagi mengelak sebarang pencemaran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata sampel itu juga diteliti makmal yang terletak di Petaling Jaya dan telahpun diberikan autoriti oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengeluarkan sijil halal.

Makmal itu juga diwarta sebagai makmal makanan yang kompeten dalam menganalisis makanan selain mendapat akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia berdasarkan Standard MS ISO/IEC 17025: 2005 bagi pengujian DNA, termasuk pengujian produk makanan terproses.

“Untuk Kementerian Kesihatan Malaysia, makmal mereka didedikasikan bukan untuk menentukan halal dan DNA berunsur khinzir tetapi hanya penemuan sampingan, sampel mereka juga bukan dari kilang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perasmian Ijtima Ahlus Sunnah Wal Jamaah bersempena program Dakwah Negara 2014 di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Jamil Khir berkata sumber sampel juga merupakan perkara yang penting dalam meneliti kandungan bahan itu di makmal sama ada melalui orang persendirian, kedai atau kilang.

Justeru, beliau meminta orang ramai agar menunggu sehingga Rabu ini iaitu selepas tujuh hari waktu bekerja bagi mendapat pengesahan berkaitan kedua-dua produk.

Gempar - Lelaki Botak Rakam Wanita Dalam Tandas SSTwo Mall ?

SEORANG wanita terkejut tatkala menyedari dirinya menjadi mangsa rakaman seorang lelaki di tandas pusat membeli-belah, SSTwo Mall, Petaling Jaya, beberapa hari lalu.
Menerusi salinan laporan polis yang disiarkan di akaun Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign, wanita yang dikenali sebagai Tan, 28, itu ternampak sebuah telefon bimbit sedang dipegang di bahagian bawah pintu.
ss2 1
Terkejut, dia terus berdiri, namun lelaki berkenaan segera melarikan diri, memetik maklumat dari The Star.
Sebelum kejadian, Tan melihat seorang lelaki Cina berkepala botak berjalan ke arah tandas, namun menyangka dia mahu ke tandas lelaki.
Teman lelakinya yang dikenali sebagai Cheah memberitahu, sejurus selepas kejadian, dia melihat lelaki berkenaan berlari ke arah pintu kecemasan, namun berkunci.
Suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan anak tangga lain.
Rakaman kamera pengawasan yang diletakkan berhampiran tandas tersebut berjaya merakamkan imej lelaki berkenaan.
Berhati-hati...Lelaki Botak Rakam Wanita Dalam Tandas
Diharap kejadian ini akan menjadi peringatan buat para wanita untuk lebih berhati-hati sewaktu ke tandas bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.
Oleh: ELZA

ABPBH: Bila Model Playboy JAUH LEBIH SOPAN Dari Artis Lain, Apa Dah Jadi ?


TERNYATA kehadiran bekas model, Felixia Yeap pada acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) mendapat perhatian daripada para penonton.
Rata-ratanya memuji penampilan wanita itu yang dilihat jauh lebih sopan daripada artis wanita lain yang beragama Islam.
Felixia Yeap Dipuji Kerana Penampilan Sopan Di ABPBH 2013
Felixia Yeap Dipuji Kerana Penampilan Sopan Di ABPBH 2013
Ini antara komen-komen yang dapat dilihat menerusi akaun rasmi Felixia:
felixia 2
felixia
Hmm…sememangnya kebenaran itu memang pahit untuk ditelan, betul tak?
Tapi, jika diamati rasanya tahun ini ramai juga artis yang memakai busana yang agak sopan berbanding sebelum ini, betul tak?
Oleh: ELZA

Hukum gantung gambar bernyawa di rumah

Adalah menjadi satu kebiasaan di kalangan masyarakat untuk menggantung gambar kenangan bersama keluarga, perkahwinan dan sebagainya di dinding-dinding rumah. Selain bertujuan untuk menghiaskan kediaman, ada yang menggantung gambar-gambar ini agar tetamu mahupun sanak-saudara mengenali susur galur mereka.

Isu Diraba Ustaz Azhar Idrus Kembali Timbul dan Hangat Diperkatakan

uai


Isu ini mula hangat pertengahan tahun lalu di mana seorang gadis yang dikenali sebagai Maryam Mazlieynna Mazlee mendakwa dirinya pernah diraba dan diajak berzina oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI).
Namun, tak semena-mena isu ini kembali hangat di sebuah laman forum, baru-baru ini.
Menurut status yang dikongsikan oleh gadis itu, dia pernah diajak keluar oleh Ustaz Azhar malah Ustaz itu juga difahamkan sudah siap menempah sebuah bilik hotel untuk tujuan terkutuk itu.
uai1
uai
Mungkin perkara ini merupakan suatu fitnah kerana kalau fikir logik pastinya gadis ini dah buat laporan polis berhubung gangguan yang dihadapinya.
Ini tidak, siap pos status di Facebook, namun tidak berani laporkan kepada pihak berkuasa hanya kerana alasan dia takut nak buat laporan polis.
Kan pelik tu?
Oleh: AUDREY LEE

(Foto) Amah asyik beromen lupa pasal warga emas atas kerusi roda


Seorang pelayar web Stomp, Esther telah terserempak dengan seorang amah yang sedang berasmara dengan seorang lelaki dipercayai teman lelakinya ketika menjaga seorang warga emas yang ditolaknya di atas kerusi roda.

Menuruk Esther, warga emas itu sengaja di palingkan ke arah lain ketika amah tersebut asyik bermesra.
Esther menulis:

"Insiden ini berlaku di Blok 122 Geylang East Central pada May 13, Selasa pukul 1.10 pm.

"Saya percaya, amah tersebut sepatutnya menjaga warga emas tersebut yang ditinggalkannya lebih satu jam.

"Namun begitu, beliau dilihat sedang berasmara dengan seorang lelaki tanpa mempedulikan warga emas berkenaan dan memalingkan kerusi roda tersebut ke arah lain.

"Saya berasa simpati dengan warga emas tersebut dan ini bukanlah kali pertama ianya berlaku.

"Majikannya memberi kepercayaan kepadanya untuk menjaga warga emas tersebut, tetapi wanita berkenaan telah mengambil kesempatan. Saya berharap majikan-majikan yang mengupah penjaga seperti ini lebih berhati-hati memilih supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi.

"Saya berharap pendedahan ini akan membuka mata pihak yang bertanggungjawab."

Stomp.sg

Sebenarnya Bekalan Air Terawat BELUM CUKUP- Syabas

Syabas

KUALA LUMPUR – Orang ramai digesa supaya terus berjimat cermat dan mengamalkan penggunaan berhemah meskipun catuan bekalan air telah ditamatkan oleh kerajaan Selangor pada 1 Mei lalu.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred Dharan berkata, kapasiti bekalan air terawat di Lembah Klang masih tidak mencukupi bagi menampung permintaan pengguna.
“Kapasiti bekalan air terawat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih tidak mencukupi bagi menampung sepenuhnya permintaan pengguna terutama pada waktu puncak dengan rezab bekalan air terawat berada di paras kurang daripada satu peratus.
“Oleh demikian, para pengguna disarankan agar terus mengamalkan sikap berjimat cermat menggunakan air dan mengelakkan sebarang pembaziran,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Priscilla turut meminta orang ramai menyalurkan sebarang kejadian paip pecah atau bocor kepada Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk membantu mengelakkan pembaziran.
Media pada 30 April lalu melaporkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan catuan bekalan air ditamatkan selepas mendapat jaminan kerajaan Selangor bekalan air adalah mencukupi. – mynewshub.my

MH370: Kelewatan ‘Empat Jam’ Akan Ditentu Panel Bebas

MH370: Kelewatan 'Empat Jam' Akan Ditentu Panel Bebas

KUALA LUMPUR – Panel Penyiasat Bebas Antarabangsa akan menentukan punca sebenar kelewatan selama empat jam untuk mengaktifkan sistem menyelamat Penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) selepas pesawat itu hilang dari radar pada 1.21 pagi 8 March lepas.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata panel bebas itu dianggotai pakar penerbangan dari seluruh dunia yang diketuai bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Kok Soo Chon.
“Biarlah badan bebas ini mengkaji dan meneliti dahulu kerana insiden MH370 dengan Air France 447 adalah dua perkara yang berbeza.
“Seperti yang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebut, ada benda yang Malaysia lakukan dengan baik, ada benda yang boleh kita lakukan dengan lebih baik,” katanya dalam sidang media berkaitan MH370 di sini Jumaat
Beliau berkata jika terdapat maklum balas daripada panel bebas berkenaan, Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Hishammuddin juga berkata sewaktu insiden Air France 447, masa yang diambil syarikat penerbangan itu untuk mengaktifkan sistem menyelamat adalah lebih lama, iaitu enam hingga tujuh jam.
Semalam, Kementerian Pengangkutan mengeluarkan laporan awal MH370, yang turut mengandungi rakaman audio perbualan antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur serta senarai kargo.
Hishammuddin turut menegaskan Malaysia sentiasa terbuka kepada sebarang cadangan dan tidak mungkin menyembunyikan sebarang maklumat berkaitan kehilangan MH370.
Mengulas kandungan laporan awal MH370 yang hanya lima muka surat berbanding laporan kes Air France 447, beliau berkata situasi yang dihadapi adalah berbeza.
“Dalam kes Air France, kedudukan pesawat itu diketahui awal dan serpihan pesawat juga ditemui di mana ada maklumat tambahan, jadi memanglah laporan yang dibekalkan lebih tebal.
“Dalam kes MH370, saya dah nyatakan ia luar biasa di mana sampai hari ini kita tidak dapat kesan di mana kapal terbang atau serpihan… tetapi tidak bermakna kita tidak mengikuti semua petunjuk yang dipanjangkan kepada kita,” katanya.
Mengulas kunjungan beliau ke Canberra Ahad ini bagi menghadiri mesyuarat tiga hala dengan China dan Australia, Hishammuddin berkata ia akan merangkumi semua aspek termasuk fasa baharu kawasan pencarian dan kewangan.
“Sebelum ini, isu kewangan dan kos tidak berbangkit namun untuk berlaku adil kepada Australia, saya rasa sudah tiba masanya bagi China dan Malaysia, sekurang-kurangnya, untuk membincangkan perjalanan seterusnya,” katanya.
Beliau berkata bagi fasa baharu operasi mencari MH370, Malaysia akan mencadangkan agar beberapa pesawat canggih daripada entiti komersial Malaysia digunakan.
Hishammuddin juga berkata Australia sudah bersedia menerima kehadiran anggota keluarga penumpang MH370, jika mereka perlu diterbangkan ke negara itu.
– BERNAMA

Motorola Keluarkan Telefon Pintar Serendah RM650

moto-g-technodify-02
Bagi pengguna yang menginginkan telefon pintar yang berharga bajet, Motorola pasti dapat memenuhi hasrat anda itu.
Telefon pintar Moto G telah pun memasuki pasaran Malaysia pada tahun lepas dengan spesifikasi rendah dan harga bajet, iaitu sekitar RM650.
motomoto
Motorola turut melancarkan sebuah lagi telefon pintar bajet, Moto E di hari pelancarannya di London baru-baru ini.
Moto E ini dilihat membawakan spesifikasi yang lebih rendah berbanding Motorola Moto G. Apa pun, dari segi rekabentuk, ia dikatakan Moto E akan menggunakan kerangka yang lebih nipis dan kompak berbanding Moto G.
Terdapat khabar angin mengenai sebuah telefon pintar seakan Moto G, tetapi dengan spesifikasi lebih rendah dan harga lebih mampu milik.
Telefon pintar itu dikatakan akan dilengkapi skrin 4.3 inci, pemproses dual core 1.2 GHz, 1GB RAM, kamera 5 MP dan android 4.4.3 Kitkat.
Bagi memastikan harganya rendah, ia hanya dilengkapi 4GB ruang storan, bateri 1,900 mAh dan seperti Moto G, ia hanya dilengkapi 3G, dan tiada sokongan LTE.
Satu lagi kemungkinan adalah, memandangkan peranti yang belum dilancarkan ini dikatakan tahan lama, mungkin ia merupakan sebuah telefon pintar tahan lasak sama seperti trend telefon pintar kalis air dan habuk seperti Samsung Galaxy S5 dan Sony Xperia Z2.
Oleh: hzqahmd

Gempar - Dua Anggota Bomba Maut Tercampak Dari Tingkat 13

Anggota Bomba Maut Tercampak Dari Tingkat 13
DUA anggota bomba maut selepas tercampak keluar dari tingkat 13 akibat letupan di sebuah apartmen di daerah Shanghai Xuhui, China.
Qian Lingyun, 23, dan Liu Jie, 20, dilihat memegang antara satu sama lain sewaktu jatuh ke bawah.
Kedua-duanya kemudian segera dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Seorang lagi anggota bomba yang turut berada di tingkat yang sama mengalami kecederaan dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 petang itu.
Punca kebakaran dalam apartmen tersebut masih tidak diketahui, namun pihak bomba berkata, terdapat banyak alat eletrik yang disambung pada soket selain pendawaian elektrik yang berselirat.
Saksi memberitahu, ramai rakan setugas mengalirkan air mata setelah mengetahui kejadian yang menimpa kedua-dua anggota bomba yang menyertai unit tersebut sejak tahun 2012.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Gadis Jaga 194 Ekor Kucing Mohon Bantuan Dana

Gadis Jaga 194 Ekor Kucing Mohon Bantuan Dana
MAMPUKAH anda menjaga 194 ekor kucing dengan baik dalam satu-satu masa?
Rasanya tak ramai yang sanggup memikul tanggungjawab sebesar ini seperti yang dilakukan oleh gadis bernama Nor Aifaa Syazny Norzilan dari Pulau Pinang.
Gadis Jaga 194 Ekor Kucing Mohon Bantuan Dana
Menerusi Facebook OH!Meow, Aifaa kini dalam percubaan untuk mengumpul dana bagi menampung kos perubatan, makanan dan tempat tinggal untuk 194 ekor kucing jalanan yang diselamatkannya sejak sembilan tahun lalu.
Menurutnya, kesemua kucing itu kini ditempatkan di sebuah unit pangsapuri yang terletak di Air Itam dan kos bulanan untuk penjagaan haiwan itu mencecah ribuan ringgit.
Gadis Jaga 194 Ekor Kucing Mohon Bantuan Dana
Aifaa turut menghabiskan masa antara lima hingga enam jam setiap hari untuk membersihkan kediaman tersebut bagi memastikan ia bersih untuk kucing-kucingnya.
Melihat gambar yang disertakan, kami yakin kucing tersebut dijaga dengan baik kerana bulunya cukup bersih dan ia kelihatan sihat.
Selain memohon bantuan untuk penjagaan kucing-kucing itu, Aifaa turut membuka peluang kepada pencinta haiwan untuk mengambil kucing tersebut sebagai haiwan peliharaan mereka agar kebajikannya  lebih terbela.
Bagi mereka yang ingin membantu Aifaa, salurkan derma anda melalui akaun CIMB: 8600961579.
Anda juga boleh melayari Facebook Aifaa’s Shelter Home Sweet Home untuk maklumat lanjut.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Penduduk Khuatir Bangkai Paus Akan Meletup Bila-Bila Masa Sahaja

Penduduk Khuatir Bangkai Paus Akan Meletup
Penduduk di Pulau Newfoundland, Kanada kini berada dalam kerisauan bangkai seekor paus biru yang terdampar di pantai mereka mungkin akan meletup bila-bila masa sahaja.
Bangkai paus berukuran 25 meter yang terdampar di pantai berbatu Trout River, dipercayai sudah mati sejak seminggu lalu dalam lautan berais sebelum dihanyutkan ke situ.
2
Lazimnya, proses penguraian dalam badan paus yang mati dan terdampar akan menghasilkan gas metana yang boleh mengakibatkan letupan dan bau busuk ke kawasan sekitar.
Masalah timbul apabila berlaku pertikaian antara pihak berkuasa tempatan dan persekutuan, siapa yang harus menguruskan bangkai paus ini.
Cadangan untuk menolak bangkai kembali ke dalam laut pula dikhuatiri boleh membahayakan kapal yang mungkin akan terlanggarnya.
1
Tambah memburukkan keadaan, saiz bangkai paus kini sudah dua kali ganda besar daripada saiz asal sekaligus menambahkan lagi kegusaran 600 penduduk pulau terbabit.
- REM RAMZI / MYNEWSHUB
Sumber: bbc.com

Khalid Nak Bagi Peluang ‘Orang Muda’ Pula Jadi MB Selangor Penggal Akan Datang

Khalid Nak Bagi Peluang 'Orang Muda' Pula Jadi MB Selangor Penggal Akan Datang
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau tidak mahu lagi memegang jawatan menteri besar Selangor untuk penggal akan datang.
Bagaimanapun, beliau menafikan keputusannya itu dibuat atas desakan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat.
“Ia adalah keputusan saya, saya telah membuat keputusan lebih awal, kita perlu beri peluang kepada golongan muda untuk tonjol kepemimpinan mereka sama ada parti politik atau negara,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Hari Pekerja anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Padang Majlis Perbandaran Petaling Jaya di Petaling Jaya, hari ini.
Semalam, Abdul Khalid dalam laman Twitternya berkata: “Saya tidak bercadang menjadi menteri besar untuk penggal yang ketiga. Tapi saya akan terus berkhidmat hingga akhir penggal ini (penggal kedua).
“Dalam hidup ini, saya hanya mahu dikenang sebagai seorang yang berkhidmat kepada rakyat,” katanya dalam akaun Twitternya itu.
Sementara itu, Presiden MTUC Mohd Khalid Atan berkata himpunan bertemakan “Pekerja Bersatu Rakyat Maju” dihadiri kira- kira 2,000 orang untuk menyambut Hari Pekerja.
Himpunan itu bermula seawal pukul 7 pagi dan berakhir kira-kira pukul 11 pagi tadi.
- Bernama

Terkini - Sultan Brunei Umum Hukum Hudud Dilaksana Hari Ini

Sultan Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN – Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam mengumumkan bahawa negaranya akan melaksanakan hukum hudud bermula pada hari ini.
“Dengan penuh keyakinan dan kesyukuran kepada Allah Maha Besar, saya mengumumkan esok (hari ini) undang-undang syariah fasa pertama akan dikuatkuasakan dan ia akan diikuti dengan fasa-fasa seterusnya,” kata baginda dalam satu dekri diraja semalam.
Fasa pertama dan kedua akan bermula pada tahun ini manakala fasa seterusnya akan bermula pada tahun depan.
Pada fasa pertama, hukuman penjara dan denda akan dilaksanakan antaranya untuk pesalah yang tidak menghadiri solat Jumaat dan hamil di luar nikah.
Pada lewat tahun depan, hukuman seperti rejam dengan batu kerana kesalahan meliwat dan zina akan diperkenalkan.
Ekoran pengumuman tersebut, Brunei yang kaya dengan minyak akan menjadi negara pertama di Timur Asia dan Asia Tenggara yang memperkenalkan hukuman hudud.
Brunei menyertai kebanyakan negara di Asia Barat seperti Arab Saudi, Iran dan Iraq yang turut menguatkuasakan hukuman itu.
Antara hukuman itu ialah tangan pencuri akan dipotong.
Kerajaan Brunei sebelum ini menangguhkan pelaksanaan hukum hudud selepas dikritik beberapa badan hak asasi antarabangsa.
Bagaimanapun, pemerintah berusia 67 tahun itu memutuskan untuk meneruskan perlaksanaan hukum hudud dan menolak dakwaan bahawa undang-undang itu sebagai tidak adil.
“Ada pihak menuduh undang-undang Allah ini kejam dan tidak adil tetapi Allah sendiri berfirman bahawa undang-undang itu adalah adil,” ujar baginda lagi di sebuah pusat konvensyen di sini.
Pemerintah Brunei itu merupakan antara orang terkaya di dunia dan kekayaannya pernah dianggarkan majalah Forbes berjumlah AS$20 bilion (RM65.28 bilion) pada tiga tahun lalu.
Sultan Hassanal Bolkiah juga dilaporkan mempunyai banyak koleksi kereta mewah dan istana yang dihiasi emas.
Baginda sebelum ini berselisihan faham dengan adiknya, Putera Jefri Bolkiah yang didakwa menggelapkan wang berjumlah AS$15 bilion (RM 48.98 bilion) ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada 1990-an.
Brunei mempunyai kira-kira 400,000 orang penduduk dengan 70 peratus daripadanya merupakan penganut Islam. – Agensi

Semasa - Ahli Parlimen Teluk Intan, Seah Leong Peng disahkan meninggal dunia

Seah Leong Peng


IPOH – Ahli Parlimen Teluk Intan, Seah Leong Peng disahkan meninggal dunia jam 7.45 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Berita kematian Leong Peng disahkan sendiri oleh Setiausaha DAP Negeri Perak, Wong Kah Woh ketika dihubungi Sinar Harian sebentar tadi.
“Ya, memang kita ada terima berita kematian itu. Maklumat yang kita terima dia meninggal kira-kira jam 7 pagi,” katanya.
Leong Peng menang di kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU13 lalu dengan majoriti 7,313 menewaskan calon BN yang juga Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K Moralingam. – Sinar Harian Online

Terkini - JK Siasat Penemuan Di Teluk Bengal

Datuk Seri Hishammuddin Hussein
PEMANGKU  Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata jawatankuasa teknikal untuk pencarian MH370 akan meneliti laporan bahawa satu firma carigali menemui bahan yang konsisten dengan Boeing 777 di dasar Teluk Bengal.
“Saya tidak akan mengulas sehingga terdapat pengesahan… Sebelum ini terdapat tompokan minyak, imej satelit dan imej serpihan di Laut Cina Selatan, namun dibuktikan tidak benar.
“Saya akan bertemu dengan jawatankuasa teknikal tidak lama lagi… Jika mereka putuskan teruskan pencarian, maka kita teruskan,” kata Hishammuddin seperti dipetik dalam laporan The Malay Mail.
Semalam, laporan 7News Australia menyebut usaha carigali firma GeoResonance menyebut mereka menemui bahan yang konsisten dengan kapal terbang di Teluk Bengal.
Semakan dengan data firma itu menunjukkan bahan tersebut tidak berada di situ sebelum kejadian kehilangan pesawat tersebut pada 8 Mac. – MalaysiaKini

Kesian…Bayi Tiga Bulan Kena 14 Jahitan Akibat Dicakar Kera !!!

Bayi 3 Bulan Kena 14 Jahitan Dicakar Kera
SEORANG bayi lelaki tiga bulan menerima 14 jahitan di dahi dicakar kera di rumahnya di Kampung Gelugor, Kertih.
Kejadian jam 1 tengah hari itu, Nor Iman Adriana Zuhairi sedang tidur di dalam buaian di bahagian dapur rumahnya manakala ibunya, Siti Najwa Muhammad, 21, sedang bersiap di dalam bilik untuk menghadiri majlis perkahwinan.
Ibu mangsa yang terdengar anaknya menangis bergegas ke dapur dan mendapati tiga kera berada di dalam buaian menyebabkannya menjerit sekuat hati sebelum haiwan itu bertindak melarikan diri.
Siti Najwa terkejut apabila mendapati muka anaknya bermandi darah dengan dua kesan calar.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kertih sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.- Harian Metro