Isteri Curang Berzina Dua Kali Sehari Dengan Majikan

Rasa curiga seorang suami selepas permintaan melakukan hubungan kelamin ditolak isteri, membongkar rahsia perbuatan jijik wanita terbabit yang dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan ‘kekasih gelap’ yang juga majikannya di sebuah rumah sewa di Kampung Petagas, di sini, sejak tujuh bulan lalu.
Perbuatan wanita berusia 28 tahun itu semakin terserlah apabila suaminya terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dalam telefon bimbit isterinya, malam kelmarin.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika suami wanita itu dikatakan ingin melakukan hubungan kelamin, tetapi ditolak isteri kononnya kepenatan kerana bekerja.
“Tidak lama kemudian, telefon bimbit isteri berdering singkat diikuti bunyi SMS, menyebabkan suami wanita itu mengambil telefon dan terkejut apabila melihat SMS tertera perkataan ‘sayang’ dihantar seorang lelaki.
“Lelaki terbabit kemudian meminta penjelasan isteri berkaitan lelaki yang menghantar SMS itu, tetapi tidak diendahkan wanita itu sebelum pujukan suami menyebabkan wanita mengakui menjalinkan hubungan dengan majikan,” katanya.
Sumber berkata, lelaki terbabit yang terkejut dengan pengakuan isterinya kemudian memanggil individu berkaitan yang juga seorang India Muslim bagi mendapatkan penjelasan.
Menurutnya, lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan wanita itu sejak tujuh bulan lalu dan ia diakui wanita terbabit.
“Wanita itu turut mengaku kerap mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit dua kali sehari pada waktu siang di rumah sewa lelaki berkenaan yang terletak berhampiran tempat kerja wanita berkenaan,” katanya.
Sumber berkata, suami wanita itu kemudian memanggil imam di kampung berkenaan, Imam Norisham Purah yang juga Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang kemudian membawa pasangan terbabit ke Balai Polis Putatan.
Norisham berkata, siasatan mendapati wanita itu bekerja di sebuah kedai runcit milik lelaki terbabit di Kampung Petagas sejak Mac lalu dan sejak itu mereka melakukan hubungan seks di rumah sewa lelaki berkenaan.
“Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Putatan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin, menurut sumber Hmetro.
“Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 80, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah kerana melakukan persetubuhan haram,” katanya.
Difahamkan, suami wanita terbabit dijangka menceraikan isterinya berikutan kecewa dengan kejadian itu.

Kejam: Guru Wanita Diperkosa Dalam Tadika

guru diperkosa, berita, remaja, kajang, tabika
Gambar Hiasan
Kajang - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun layak digelar binatang apabila tergamak merogol guru tadika di Taman Impian, di sini, pagi kelmarin hanya kerana meminati wanita itu dan menaruh perasaan cinta terhadapnya.

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila mangsa berusia 26 tahun menghubungi pasangan suami isteri yang juga majikannya sebelum remaja itu berjaya dikesan di sebuah klinik haiwan berhampiran taman itu.

Suspek kemudian ditahan selepas mangsa mengecam wajahnya dan dibawa ke Balai Polis Kajang untuk siasatan lanjut.

Sumber berkata, guru terbabit pada mulanya datang ke tadika itu kira-kira jam 7 pagi berseorangan kerana tadika itu tidak dibuka kerana masih bercuti.

“Mangsa pada mulanya menyedari kehadiran remaja itu yang menunggu di luar tadika dan tidak mengesyaki apa-apa dan terus membuka pintu pagar sebelum mahu masuk ke dalam.

“Bagaimanapun, sebaik mangsa membuka pintu tiba-tiba remaja itu terus datang dari belakang dan memeluknya sebelum mengheret mangsa masuk ke dalam tadika itu. Malah, remaja itu memberitahu meminati mangsa dan menaruh perasaan cinta terhadapnya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan remaja terbabit cuba melawan, namun gagal sebaliknya remaja itu terus menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya.

“Selepas merogol mangsa, remaja terbabit terus melarikan diri. Mangsa yang trauma dengan kejadian itu menghubungi majikannya yang tiba tidak lama kemudian.

“Mangsa menceritakan apa yang berlaku sebelum memberikan gambaran mengenai wajah remaja berkenaan kepada majikannya itu,” katanya.

Menurutnya, majikannya kemudian terus keluar mencari remaja itu di kawasan berhampiran sebelum menemuinya berhampiran sebuah klinik haiwan.

“Majikannya itu kemudian membawa remaja itu berjumpa dengan mangsa untuk pengecaman sebelum wanita itu mengesahkan remaja itu yang merogolnya.

“Mereka kemudian membawa remaja itu ke balai polis dan mangsa turut membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

(Video) Akad Nikah Zain Saidin & Rozita Che Wan



Selesai sudah sesi akad nikah bagi perkahwinan paling sensasi Malaysia ,Rozita Che Wan & Zain Saidin.. Kami ucapkan semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Insya Allah


Banjir Besar Di Pahang Berlaku Sebab BALA Kerajaan Negeri Luluskan Berhala Kuan Yin?

Apabila berlaku banjir teruk di Pahang, ada pihak mengaitkannya sebagai bala disebabkan projek  Spiritual Tourism City atau 1 Malaysia Spiritual Tourism (1MST) yang dirancang dilaksanakan di negeri tersebut.
Mengikut ‘angan-angan’ syarikat yang mahu mewujudkan 1MST iaitu Enchant Acres Sdn Bhd, mereka akan mendirikan kawasan tarikan pelancongan merangkap rumah ibadat berbilang agama termasuk Buddha, Tao, Hindu, Sikh, Confucian, Kristian, Sai Baba dan I-Kuan Tao di atas tanah seluas 500 ekar.
Kawasan ini akan turut menempatkan piramid 30 tingkat, patung Kuan Yin yang disembah penganut Buddha serta pusat pengumpulan abu mayat – semuanya yang terbesar di dunia!
Banjir Disebabkan Bala 1MST Tuduhan Mengarut
Selain itu, projek yang dirancang dimulakan pada penghujung tahun ini akan menempatkan bangunan komersial termasuk hotel, resort, tempat makan, kelab, pusat perniagaan dan institusi pendidikan.
Mengikut video dalam laman web syarikat terbabit, keluasan dan tarikan yang ditawarkan membuat pelancong memerlukan antara tiga hingga lima hari untuk melawat keseluruhan kawasan ini yang lebih luas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Apa yang ‘memanaskan’ keadaan, Enchant Acres menerusi laman web mereka mendakwa 1MST disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
Malangnya, ramai yang terpengaruh dan menyangka perkara ini adalah benar dan mula mengaitkannya dengan bencana banjir yang melanda Pahang sekarang.
Perkara ini nyata tidak masuk akal kerana projek 1MST tidak mungkin jadi kenyataan malah Menteri Besar Pahang telah menjelaskan hal ini.
Berikut adalah kenyataan MB yang telah dikeluarkan sekaligus memberi penjelasan kronologi di sebalik projek 1MST:
1) Pada bulan Mei 2011, Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan tanah seluas 250 ekar di Gambang kepada sebuah syarikat Melayu, Waras Mekar Sdn. Bhd. untuk tujuan pembangunan bercampur (membina rumah kediaman dan rumah kedai).
2) Waras Mekar Sdn. Bhd. mencari rakan kongsi untuk tujuan ini. Salah sebuah syarikat yang dirundingi adalah Enchant Acres Sdn. Bhd. dengan tujuan untuk pembangunan bercampur.
3) Belum pun apa-apa persetujuan dicapai, Enchant Acres Sdn. Bhd. telah membuat iklan untuk mewujudkan Spiritual Tourism City dan menjual lot-lot dengan tujuan mewujudkan satu tanah perkuburan untuk orang-orang bukan Islam khususnya orang China.
4) Enchant Acres telah mengutip wang dari bakal pembeli. Pihak Kerajaan Negeri menerima aduan dari ADUN PKR Teruntum menyatakan beliau menerima aduan dari ramai orang yang telah membayar wang membeli lot-lot kubur. Maknanya orang ramai ini telah ditipu oleh Enchant Acres Sdn. Bhd. 
5) Pihak Waras Mekar Sdn. Bhd. membuat Laporan Polis atas penipuan yang dilakukan oleh Enchant Acres Sdn. Bhd. 
6) Kerajaan Negeri akan membatalkan kelulusan kepada Waras Mekar Sdn. Bhd atas alasan Waras Mekar tidak memulakan projek selepas 2 tahun kelulusan diberikan dan tidak menjelaskan bayaran Premium Tanah sebanyak RM20 juta sebagaimana syarat-syarat kelulusan.
7) Kerajaan Negeri Pahang tidak akan membenarkan projek yang disebut sebagai Spiritual Tourism City atau 1MST dibuat di Negeri Pahang Darul Makmur.
Menerusi penjelasan ini, diharapkan orang ramai berhenti membuat spekulasi dengan mengaitkan banjir sebagai bala dan sebagainya.
Dalam keadaan sekarang adalah lebih baik kita bersatu bagi membantu mereka yang terlibat dengan bencana alam, bukan menuding jari mencari salah sesiapa. – REM RAMZI

Penipuan Enchant Acres:
spiritual-tourism-7:
spiritual-tourism-3
ktnspiritu?al
enchant_acres
 Sumber: mynewshub.m

Gambar-Gambar Perdana Wajah Baru Mirip Accord


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan.


Perdana Wajah BaruProton Perdana berwajah baharu itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N.


Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet.

Sebanyak 200 unit pertama Proton Perdana baharu akan diserahkan kepada kerajaan setiap bulan. - Bernama