Jom Tengok Wajah Isteri Kedua Bade, Suami Erma Fatima - Siapa Dia ?




Ramai sudah mengetahui alkisah perkahwinan kedua suami pengarah popular Erma Fatima, Bade Azmi dengan seorang wanita bernama Aida Abdul.

Malah perkahwinan tersebut juga dilaporkan telah mendapat restu dan keizinan daripada Erma yang kini berada di Sepanyol kerana terikat dengan komitmen kerja.

Pastinya peminat di luar sana tertanya-tanya siapakah wanita yang berjaya mencuri hati Bade selain daripada Erma kan?


Di sini penulis kongsikan gambar majlis persandingan Bade dan Aida yang turut dihadiri rakan baik Bade, aktor Rosyam Noor dan isterinya, Runika Mohd Yusof.


Oleh: AUDREY LEE

Video Yang Sangat Menarik Kambing Pun Boleh Membonceng Basikal !!!





ADDIS ABABA – Apabila manusia membonceng basikal, ia perkara biasa.

Namun bagaimana pula jika kambing yang membonceng basikal?

Mungkin ramai yang akan ketawa tetapi sama ada percaya atau tidak, ia bukanlah sesuatu yang pelik malah merupakan sesuatu yang biasa berlaku di Habsyah.

Malah sebagai bukti keadaan berkenaan telah dirakam dan video lelaki menaiki basikal sambil membonceng kambing di belakangnya telah tersebar di YouTube.

Ia dirakam di jalan yang sibuk di Addis Ababa.

Tanpa mempedulikan keadaan sekeliling, dia terus mengayuh basikal dengan selamba.

Apa yang menarik, kambing yang dibonceng itu pula kelihatan tenang saja tanpa banyak karenah yang menyusahkan pengayuh basikal tersebut.

Jom Kita Tinjau-Tinjau Menu Pelik ‘Buaya Golek’ Di Mana ?




Kita mesti selalu mendegar menu panggang seperti Ayam Golek dan Kambing Golek. Adakah anda pernah mendengar atau melihat menu Buaya Golek.

Di Facebook, ada rakan online yang memuatnaik gambar menu seekor buaya sedang dipanggang ala-ala ayam goek di sebuah restoran.

Memang diketahui ada beberapa negara di Asia gemar menjadikan buaya sebagai menu makanan mereka tetapi tidak diketahu rupanya buaya boleh dipanggang sebegini rupa.

Hasil pemeriksaan lanjut, penulis mendapati cara memasak buaya sebegini banyak dilakukan di Filipina.

Suspek Bunuh Kejam: Polis Ambil Sampel Gigi, Cap Jari Suspek Bagi Mengenal Pasti Pembunuh




PETALING JAYA – Polis mengambil cap jari dan sebatang gigi daripada mayat suspek kes pembunuhan kanak-kanak perempuan, Siti Soffea Emelda, untuk pengesahan identiti suspek itu.

Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi ASP Suhaimi Muhamad berkata identiti suspek sukar dikenal pasti ekoran keadaan mayatnya yang reput setelah ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran plaza tol Sunway kira-kira 3 petang, Sabtu lepas.

“Kita telah hantar ujian cap jari serta sebatang gigi suspek ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bahagian Rekod Jenayah Polis untuk mengetahui identitinya.

“Tempoh dua hingga tiga hari diperlukan bagi memperoleh keputusan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Bahagian Forensik di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini, hari ini.

Siti Soffea Emelda, yang berusia dua tahun enam bulan, dibunuh kejam dengan kepalanya terputus dipercayai akibat dikelar di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur di Jalan Hishamuddin di sini pada Khamis lepas.

Saksi mendakwa melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak itu di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan ‘sesuatu’ pada leher mangsa.


(KLIK DAN BACA – Polis Mungkin Dakwa Ibu Mangsa Kanak-Kanak Dipenggal Kepala)

Apabila saksi cuba menghampiri suspek, dia melarikan diri dengan terjun ke dalam Sungai Klang.

Suspek dipercayai dibebaskan dari Penjara Kajang pada 26 Mei lepas setelah menjalani hukuman penjara dua tahun atas kesalahan samun. – BERNAMA