Surat pekeliling pemansuhan PTPTN mulai 1 Februari 2014 ??


Surat pekeliling pemansuhan PTPTN mulai 1 Februari 2014 - Baru sebentar tadi, ramai peminjam PTPTN kecoh dengan penyebaran surat pekeliling pemansuhan PTPTN mulai 1 Februari 2014 yang dikongsikan oleh portal Kininews.

Surat yang bertarikh 6 Januari 2014 itu datang dari Raja Kerajaan Empayar Langkasuka Nusantara, Y.M. HasbulJalil Bin Hassan. Beliau kononnya memberi jaminan PTPTN akan dimansuhkan dalam masa terdekat dan semua hutang peminjam PTPTN sehingga 2013 akan dihapuskan.

Bagaimanapun, surat berkenaan hanya titah kosong sahaja, dibuat sekadar untuk menyenangkan hati sejumlah 412,245 peminjam PTPTN yang belum membuat sebarang bayaran. Jom baca isi kandungan surat pekeliling tersebut sebagai lawak bodoh lewat malam ini.

Rayuan mahkamah ditolak: Bekas ketua polis negara Rahim Noor dipenjara

KUALA LUMPUR 30 April – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd. Noor hari ini diperintahkan menjalani hukuman penjara dua bulan setelah Mahkamah Rayuan menolak rayuannya untuk mengetepikan hukuman kerana kesalahan mencederakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mahkamah itu juga memerintahkan Abdul Rahim membayar denda RM2,000 atau penjara dua bulan seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 15 Mac tahun lalu.
Abdul Rahim, 57, kemudian dibawa menaiki sebuah Pajero cermin gelap menuju ke Penjara Kajang dengan diiringi anggota-anggota polis dalam dua buah Pajero lain dan dua buah kereta kira-kira pukul 2.52 petang ini.

Hukuman penjara terhadap Abdul Rahim berkuat kuasa mulai hari ini.
Hakim Datuk Shaik Daud Ismail yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membuat penghakimannya pagi ini, selepas mendengar hujah rayuan yang dikemukakan oleh peguam-peguam mewakili perayu (Abdul Rahim), K. Kumaraendran dan V. Sithambaram.
Beliau mencapai keputusan itu bersama Hakim-hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Saari Yusoff dan Datuk K.C. Vohrah.
Pihak pendakwa yang menentang rayuan tersebut diwakili oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Salehuddin Saidin dan Dzulkifli Ahmad.
Karpal Singh dan S.N. Nair pula hadir selaku peguam-peguam pemerhati mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai pengadu kes tersebut.
Abdul Rahim membuat rayuan itu kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan hukuman penjara dua bulan yang telah dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Akhtar Tahir.
Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dalam keputusannya pada 15 Disember tahun lalu mengetepikan hukuman denda RM2,000 terhadap Abdul Rahim.
Ketika mengumumkan penghakimannya menolak rayuan itu pada sidang pukul 11.30 pagi ini, Hakim Shaik Daud menegaskan bahawa Abdul Rahim melakukan kesalahan itu pada masa dia memegang jawatan tertinggi dalam pasukan polis.
Katanya, Abdul Rahim sepatutnya menjadi contoh dalam pasukan polis tetapi sebaliknya dia meletakkan dirinya pada tahap yang paling rendah akibat perbuatan yang telah dilakukannya.
Hakim Shaik Daud berkata, tindakan perayu yang dilakukan terhadap orang tahanan tidak dapat dibayangkan dan ia tidak berperikemanusiaan.
Tambahan pula dalam kes ini, kata beliau, orang tahanan itu diarahkan oleh Abdul Rahim supaya diikat (ditutup) kedua-dua matanya dengan kain dan yang paling teruk tangan digari dari belakang.
Hakim Shaik Daud menegaskan, ia suatu perbuatan yang teruk dalam pasukan polis yang berdisiplin.
Menurut beliau, mahkamah telah meneliti dengan terperinci rekod rayuan Abdul Rahim demi keadilan kedua-dua pihak iaitu perayu dan juga mangsa.
Dalam menilai hukuman, jelas Hakim Shaik Daud, ia mengambil kira kepentingan mangsa selain tidak mengetepikan kepentingan awam.
“Kami juga menimbangkan hujah-hujah yang dibentangkan oleh peguam-peguam perayu pagi ini,” jelas beliau.
Bagaimanapun, kata Hakim Shaik Daud, dalam keadaan kes ini, mahkamah tidak dapat menemui sebarang perkara untuk campur tangan berhubung hukuman yang telah diputuskan oleh hakim Mahkamah Sesyen.
“Kami berpendapat bahawa Mahkamah Tinggi tidak seharusnya campur tangan dengan bidang kuasanya hanya kerana Hakim Mahkamah Sesyen tidak menyatakan secara spesifik kenapa dikenakan denda.
`Kami tidak ada alasan untuk membatalkannya (denda),” jelas Hakim Shaik Daud.
Menurut Hakim Shaik Daud, alasan yang dinyatakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen meliputi keseluruhan hukuman berdasarkan fakta dan keadaan kes itu.
Namun, ujar beliau, hukuman yang dijatuhi Mahkamah Sesyen itu adalah ringan dan alasannya hanya diketahui oleh hakim mahkamah berkenaan.
Pendakwa raya juga, kata beliau, tidak mengemukakan rayuan balas terhadap hukuman itu.
Selain itu, kata Hakim Shaik Daud, beliau ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada mahkamah-mahkamah yang lebih rendah bahawa ia seharusnya menangani kes-kes melibatkan pegawai polis memukul sesiapa pun dengan serius.
“Tanpa mengira pangkat pegawai polis yang didapati bersalah memukul mana-mana orang awam ataupun seseorang tahanan seperti kes ini,” tegas beliau.
Hakim Shaik Daud menjelaskan lagi, sebagaimana yang dinyatakan pada awalnya, mahkamah itu tidak mendapati sebarang kesilapan dalam undang-undang atas hukuman yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen tersebut.
Pada 15 Mac tahun lalu, Abdul Rahim telah dihukum penjara dua bulan dan denda RM2,000 atau penjara dua bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan pindaan mencederakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu di lokap No. 6, Bukit Aman, kira-kira pukul 10.45 malam, pada 20 September 1998.
Ketika berhujah dalam rayuan itu hari ini, Kumaraendran memohon agar Abdul Rahim tidak dikenakan penjara kerana dia akan kehilangan wang pencen.
Kumaraendran berkata, dengan mengaku bersalah terhadap kesalahan itu, Abdul Rahim akan hilang faedah persaraannya seperti pencen yang secara tidak langsung merupakan denda berjumlah RM5,000 sebulan.
Beliau menambah Abdul Rahim bertanggungjawab sepenuhnya dengan mengaku terhadap kesalahan itu di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat insiden itu.
Abdul Rahim meletak jawatan sebagai Ketua Polis Negara pada 8 Januari 1999.
Menurut peguam itu lagi, Hakim Mahkamah Sesyen juga tidak menimbangkan khidmat dan jasa cemerlang Abdul Rahim kepada negara ini.
Sebelum itu, Kumaraendran menerangkan sebab-sebab mengapa Abdul Rahim mengaku bersalah atas tuduhan pindaan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Di antara sebabnya, kata peguam itu, Abdul Rahim sungguh menyesal atas perbuatannya dan jika perbicaraan dijalankan ia akan melibatkan anggota polis lain.
Katanya, Abdul Rahim juga tidak mahu isu itu berlarutan dan tidak mahu memalukan kerajaan.
Hakim Shaik Daud lalu mencelah dengan mengatakan bahawa bukankah tindakan Abdul Rahim itu telah memalukan negara.
Peguam tersebut menjawab walaupun perkara itu tidak dinafikan namun ia menjimatkan masa perbicaraan kerana terdapat 24 orang saksi.
Ketika berhujah balas, Salehuddin yang mewakili pendakwa memberitahu bahawa pihaknya tidak mengemukakan rayuan balas kerana berpendapat keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi adalah betul dengan mengekalkan hukuman penjara terhadap perayu tersebut.
Oleh: KAMARIAH AHMAD

Laporan Asal

Koleksi Kereta Mewah Justin Bieber (10 Gambar)

Siapa dalam dunia ni yang tak kenal Justin Bubur nih? I hate this guy because he's so famous, rich and has super gorgeous girlfriend. Kali ni aku nak cerita pasal koleksi kereta mamat nih. Bayangkan dia ni baru berusia 17 tahun tapi sudah memiliki koleksi kereta mewah di garajnya.Dan dia ni membeli kereta pertamanya iaitu sebuah Porshe dan Lamborghini pada usia 16 tahun.




Justin Bieber memiliki sebuah Porsche Turbo 997, banyak paparazzi menangkap gambar Bieber memandu Porsche mewah ini di Miami. Beliau juga memiliki sebuah Ferrari 430 dan sebuah Lamborghini Gallardo. Selain itu dia turut mempunyai sebuah kereta Range Rover. Kereta ini dihadiahkan kepada Bieber oleh Usher pada parti hari jadinya yang ke-16.











Perompak Jadikan Wanita Mengandung Tebusan Mati Ditembak ‘Sniper’ Polis




Perompak Jadikan Wanita Mengandung Tebusan Mati Ditembak ‘Sniper’ Polis -Perkataan ‘sniper’ atau penembak tepat adalah satu perkataan yang amat digeruni oleh mana-mana anggota infantri atau pihak yang terlibat dalam sesuatu konflik bersenjata, baik yang berkaitan ketenteraan mahupun dalam kes-kes jenayah awam.

Sniper membawa maksud seorang individu yang mempunyai kemahiran melaksanakan penembakan tepat dari jarak jauh, lazimnya menjangkau melebihi jarak 400 meter sehingga 1000 meter, atau dengan bantuan sistem pejera optik berkemampuan tinggi dan kaliber peluru yang lebih besar, menjangkau ke 1500 meter.

Satu kejadian jenayah di Colombia bila seorang perompak bank yang terdesak, menjadikan seorang wanita mengandung sebagai tebusan.

Lihat bagaimana cekapnya anggota sniper polis yang berjaya menembak tepat ke arah perompak berkenaan.

Perhatikan bagaimana mata penjenayah tersebut hancur berkecai akibat tembakan yang tepat ke sasaran itu, dahsyat!

SERIUS : Gambar pertunangan Wan Zack Haikal kini didedahkan

Gambar pertunangan Wan Zack Haikal kini didedahkan - Baru sahaja pagi tadi kita dikejutkan dengan berita perpisahan antara Wan Zack Haikal dan Zzati Rashid. Hubungan mereka yang dibina hampir dua tahun itu disahkan berakhir pada Oktober lalu sepertimana dakwaan gosip sebelum ini.

Tidak sampai sehari selepas perpisahan mereka, kini sekeping gambar Wan Zack Haikal bertunang dengan seorang gadis cantik dikenali Syahifah Azmi mula tersebar di laman maya hasil perkongsian blogger brotherssam.

Menurut pemilik blog itu, gambar berkenaan diperolehinya dari seorang rakan kepada Wan Zack Haikal ketika memberikan ucapan tahniah dengan pertunangan beliau. Ramai peminat turut terkejut dengan berita ini kerana bukan Zzati yang menjadi tunangan Wan Zack tetapi orang lain.

Identiti Syahifah Azmi, wanita yang menjadi pilihan pemain bolasepak Kebangsaan dan FC Ryukyu itu masih belum dipastikan namun admin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah di atas pertunangan Wan Zack. Semoga hubungan mereka kekal hingga ke jinjing perkahwinan.

Video : Lelaki Selamatkan Pasangan Kemalangan Dari Terbakar



Seorang lelaki bertindak nekad menyelamatkan pasangan yang kemalangan dari terbakar. 

Ketika kejadian, dia memandu di Lebuhraya Bukit Timah (BKE) ke arah Lebuhraya Pan-Island pada kira-kira  jam1:20 tengah hari dan terlihat sebuah kereta dan sebuah lori kemalangan.

Dia yang dikenali dengan nama Mr Lim, ternampak pasangan di dalam kereta yang terbakar. Beliau bergegas dan berjaya menarik wanita itu keluar melalui tingkap kereta tersebut.

Cubaan pertama untuk menyelamatkan seorang lagi mangsa gagal kerana tidak ada ruang yang cukup pada sebelah pemandu, 

Mr Lim, kemudiannya bersama-sama dengan pemandu trak merangkak ke dalam kereta dari pintu belakang dan berjaya membawa keluar pemandu yang tidak sedarkan diri.

Kurang daripada tiga minit selepas menyelamatkan mangsa kedua, kereta itu meletup dan terbakar



Pensyarah IPTA tikam kepala dan mengelar leher isterinya sampai mati



KLANG: Akibat krisis rumah tangga, seorang pensyarah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bertindak menikam kepala serta mengelar leher isterinya sebelum mengelar lehernya sendiri di sebuah hotel di sini, awal pagi tadi.
Kejadian itu disedari seorang pekerja hotel kira-kira jam 5 pagi yang terdengar jeritan mangsa dikenali sebagai Norazlina Mohamed Saaid, 49, sebelum mendapati wanita itu sedang ditikam suaminya bertubi-tubi di depan pintu bilik hotel mereka.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, ketika pihaknya tiba di bilik tingkat bawah hotel itu, suspek ditemui di atas katil dengan berlumuran darah manakala isterinya sudah tidak bernyawa di atas lantai dalam keadaan separuh bogel.
“Polis kemudian menemui senjata dipercayai digunakan suspek iaitu sebatang tukul besi dan juga sebilah pisau lipat di dalam bilik berkenaan.
“Suspek cuba diselamatkan dengan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dekat sini, bagaimanapun dia disahkan meninggal ketika dalam perjalanan,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Berita Menyusul…

Sadis : Kisah adik Nurkhatijah, pelajar sekolah rendah tak cukup duit bayar yuran sekolah

Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00 yang tidak cukup untuk membayar yuran sekolah. Guru-guru ‘ topup’ untuk pelajar tersebut.
Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini.
Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka.
Pagi – pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur.
Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru – guru ‘ topup’ untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi.
Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.
Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini.
Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar.
Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka.
Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta – minta untuk menagih simpati ramai.
Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.
Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak – anak ini. Comel – comel dan gembira sahaja rupanya.
Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin juga pemberian orang lain.
Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan – rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi.
Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.
Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain.
Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak – anak, mana tahu ada rakan – rakan yang tidak bernasib baik.
Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak-anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.
Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu.
Butiran secara ringkas.
Nama Sek: Sek Agama Integrasi Ar-Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang
Nama Cikgu: Ustazah Khadijah Bt. Alang Abu Shuker
Nama Pelajar: 1. Nurkhatijah bt. Abdullah, 2. Norsyafiqah bt. Abdul Rahim,
No. HP Ustazah: 017-3078400
Terima kasih kerana prihatin.