Anaknya Memdakwa Dipukul Pasangan Yang Ditahan Di Sweden Lebih 1000 Kali !!!

Rotan_Pasangan_Sweden
Ammar,12, anak pasangan Malaysia yang didakwa di Sweden berkata dia dipukul lebih dari seribu kali oleh ibunya dan beberatus kali oleh bapanya pada tahun 2013. Keterangan Ammar kepada pegawai penyiasat.
Dia juga telah disuruh berdiri di satu sudut rumah sepanjang hari sehingga bapanya pulang ke rumah sebagai hukuman.
Ia disampaikan dalam video oleh pendakwa Anna Arnell di dalam mahkamah di hadapan Hakim Mattias Moller pada hari kedua perbicaraan.
Memakai seluar jeans dan jaket hijau, Ammar juga memberitahu tentang dua insiden di mana beliau didakwa dipukul oleh ibu bapanya.
Insiden pertama adalah apabila dia mendengar muzik yang kuat ketika melakukan kerja rumah dan ibunya memukulnya dengan penyangkut baju sebagai hukuman.
Insiden kedua adalah ketika dia dan kakaknya bergaduh di dalam kereta semasa bapa mereka memandu mereka ke sekolah.
Beliau berkata beliau telah dipukul di bahu oleh bapanya Azizul Raheem Awaluddin setelah memukul kakaknya.
Sebelum itu melalui video berasingan, anak bongsu pasangan itu  Arif telah menunjukkan beberapa objek yang diambil dari rumah mereka dan diminta untuk mengenal pasti yang mana digunakan untuk memukul beliau.
Arif, 7, kemudian mengenal pasti dua rotan dan pembersih karpet sebagai objek yang digunakan oleh ibunya, Shalwati Nor Shal untuk memukulnya.
Beliau menyifatkan ia sebagai “rotan yang mempunyai simpulan”, lapor Astro Awani.
(Sumber: Astro Awani)

VIDEO: Kisah Abang Rahim Baretta, Pantang Dengar Muzik…Badannya Terus Bergoyang!

VIDEO: Kisah Abang Rahim Baretta, Pantang Dengar Muzik...Badannya Bergoyang!


RAHIM Haroon atau abang Rahim Baretta bukanlah siapa-siapa.
Tetapi ada satu perkara ‘menarik’ tentang lelaki berusia 56 tahun ini.
Pantang dengar muzik rancak, abang Rahim tak ‘senang duduk’.
Tanpa rasa segan dan malu, abang Rahim akan bangun dan menari seolah-olah dunia dia yang punya!
Walaupun ramai yang ketawa dan tak kurang yang sinis dengan gelagatnya, abang Rahim ternyata tidak ambil peduli.
Dia akan menggoyangkan badannya bersungguh-sungguh sambil menari mengikut rentak lagu yang berkumandang.
” Saya paling tak ‘senang duduk’ kalau ada lagu irama cha-cha, tengah minum pun saya berhenti dan terus menari,” katanya pada Mynewshub.my sambil tersenyum.

Menariknya, ketika muda, abang Rahim tidak begitu minat menari, masanya lebih banyak dihabiskan di padang bola.
Ini kerana beliau merupakan bekas pegawai kelab bolasepak DBKL tidak lama dulu.
Namun selepas bersara, entah mengapa, minatnya tiba-tiba berubah.


Kes Sweden : Masuk Hari Ketiga, Ammar Memdakwa Dia Dipukul Dengan Tali Pinggang Disebabkan ???

Kes Sweden : Masuk Hari Ketiga, Ammar Dakwa Dipukul Dengan Tali Pinggang
ANAK lelaki sulung pasangan suami isteri warga Malaysia yang didakwa di Sweden terus membuat kejutan dengan beberapa pengakuan dipukul pasangan itu pada hari ketiga perbicaraan semalam.
Dalam satu video yang ditayangkan oleh pendakwaraya Anna Arnell, Ammar yang ditemubual pegawai penyiasat dilihat tidak memerlukan banyak soalan untuk terus mengeluarkan kenyataan.
Pegawai Tourism Malaysia di Stockholm, Sweden Azizul Raheem Awaluddin dan isterinya Shalwati Norshal kini sedang dibicarakan atas tuduhan memukul anak mereka sejak 2010.
Dalam video itu, Ammar mendakwa kakak sulungnya, Aishah, 14 tahun, selalu dipukul kerana mempunyai tabiat suka mencuri coklat dari bilik ibu bapa mereka yang dikatakan berlaku pada setiap bulan.
Dalam satu lagi insiden, Ammar mengaku dipukul menggunakan tali pinggang kulit milik Azizul oleh ibunya setelah dia tidak berhenti mengeluh dan mengomel apabila diminta mencuci bilik air, memetik laporan portal Astro Awani.
“Rasa seperti ada darah keluar dari kaki saya. Saya juga rasa seperti ada air panas mengalir ke hujung kaki. Tali pinggang itu dibuat dari kulit. Ia milik ayah saya dan ia berwarna coklat,” ujarnya.
Peguam Shalwati, Kristofer Stahre berkata, kenyataan Ammar sangat tidak konsisten dengan kenyataan daripada saksi-saksi lain dan boleh menjadi satu kelebihan untuk pihak pembelaan.
Ammar turut menceritakan satu kejadian ketika dia berusia lapan tahun di mana dia telah dicubit berhampiran kemaluannya oleh Shalwati.
Ammar bagaimanapun gagal mengingati punca dia dihukum sedemikian namun yakin ibunya tidak akan mengulangi hukuman itu.
Dalam pada itu, Ammar yang kini berusia 12 tahun turut memberitahu bahawa dia pernah terdengar ibunya mencadangkan kepada Azizul untuk membiarkan dia sahaja yang memukul anak-anak bagi mendisiplikan mereka.
Alasan Shalwati ketika itu ialah kerana Azizul memukul anak-anak mereka terlalu kuat sehingga mereka menangis dengan lebih kuat namun ia berbeza sekiranya Shalwati yang memukul mereka.
Ammar berkata perbualan itu didengarinya ketika melintasi bilik ibu bapanya.
Anak kedua pasangan itu bagaimanapun masih menunjukkan penyesalan apabila bertanya bilakah ibu dan bapanya akan dibebaskan pada permulaan video tersebut.
“Ia adalah satu masa yang panjang. Sudah empat minggu berlalu dan rasa janggal tidak melihat mereka sekian lama. Saya mahu ibu bapa saya berada di rumah dan kami akan baik-baik sahaja bersama-sama,” tambahnya.
Azizul dan Shalwati telah ditahan sejak Disember tahun lalu kerana dipercayai mendera keempat-empat anak mereka yang kini berada dalam jagaan ibu saudara di Kelantan.
Kesemua mereka dibawa pulang dari Sweden oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin, pada awal bulan ini.
Anak sulung pasangan tersebut, Aishah, 14, dan Ammar kini bersekolah di SMK Padang Kala sementara Adam, 11 dan Arif pula menuntut di SK Padang Kala, Kota Bharu.
Perbicaraan tersebut dijangka akan memakan masa sehingga 10 hari di Mahkamah Daerah Solna di Stockholm.

Untuk Melepaskan Diri Dari Road Block Guna Pelekat Kereta Pekida?

Pelekat Kereta Pekida Didakwa Boleh Elak Road Block


Sebuah laman Facebook dikesan mengaut untung mudah dengan menjual pelekat cukai jalan kereta dengan logo Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).

pekidaorder

Pelekat yang dijual pada harga mahal iaitu RM25.90 + RM10 pos itu didakwa boleh membantu pemandu apabila berlaku sekatan jalanraya oleh pihak berkuasa.

Fullscreen capture 2212014 123928 PM

Cinta Almy Nadia Pada Fizz Umpama ‘Cinta Mati’ Hanya Itu Yang Dapat Diungkapkan...

Cinta Almy Nadia Pada Fizz Umpama 'Cinta Mati'
KALAU ada anugerah ‘Wanita Paling Setia’, ia mungkin layak diberikan kepada pelakon Almy Nadia.
Apa tidaknya, sepanjang lapan tahun menjalinkan hubungan dengan Fizz Fairuz, entah berapa banyak kepahitan yang sudah ditelan wanita ini.
Bakal mendirikan rumahtangga dengan Fizz pada Mei nanti, ramai yang kagum dengan ketabahan Almy yang sanggup menerima semula kekasihnya itu walaupun dia pernah melukakan hatinya.
Pernah putus cinta kerana Fizz bertunang dengan isteri orang, Almy tidak melatah seperti kebanyakan wanita lain.
Berkat ketenangannya menghadapi dugaan, akhirnya Fizz kembali menagih cintanya selepas ‘sedar’ akan kesilapan yang dilakukannya.
Cinta Almy Nadia Pada Fizz Umpama 'Cinta Mati'
Menerusi Berita Harian, Almy berkata, ibunya senduri hairan bagaiamana dia begitu setia dengan lelaki itu sehingga menggelarkan cinta mereka sebagai ‘cinta mati’.
“Entahlah, sayapun tidak tahu apa istimewanya Fizz sehingga sukar menolak cintanya. Mungkin sebab Fizz boleh menerima anak angkat saya Nur Afrina Darwisya. Ini kerana tidak semua lelaki yang cuba merapati boleh menerima Afrina seperti Fizz. Begitu juga dengan keluarganya,” jelasnya.
Apa pun, diharap agar impian Almy untuk bergelar isteri kepada Fizz akan tercapai dan kekal bahagia untuk selama-lamanya.
Kepada Fizz pula, janganlah sia-siakan kesetiaan Almy selama ini. Bukan senang nak cari ya…
Oleh: ELZA

Kisah Seram Sumpahan Aishah Yang Masih Hidup.. Ketahui



Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia sensitif terhadap ‘flash’ yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.

Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.


Ingin Mengetahui Khasiat Air Mani Lelaki Untuk Wanita ???

Rasanya bukan aku seorang saja yang bertanya diri sendiri kenapa orang lelaki bila dia dah berkahwin perutnya akan buncit. Selalu juga aku dengar orang cakap macam ni, “Sekarang ni kurus. Dah kawen nanti mesti gemuk.”

Walaupun istilah gemuk dan buncit itu tak sama, tapi dalam konteks ini ianya membawa maksud yang serupa, iaitu perut naik. Tapi… kenapa ye? – Aku bukan kurus wei, cuma tak gemuk je haha.



Persoalan itu terjawab akhirnya selepas aku baca satu artikel dalam Majalah Maskulin baru-baru ini. Jadi rasanya elok juga berkongsi dengan rakan² info pasal ni. Artikel yang anda akan baca nanti mungkin ada yang mencelarukan perasaan. Mungkin rangsangan dirinya sedikit terganggu. Tapi ketahuilah, aku tiada niat untuk berkata lucah ke apa kat sini.

Anggaplah ianya satu info yang patut diberi perhatian bagi anda yang bergelar lelaki terutamanya. Perempuan pun sama juga. Takkanlah suami nak isterinya slim anggun menawan tapi perut suaminya boroi ke depan sampai nak tengok kaki sendiri pun tak nampak hehe. Sama²lah berusaha supaya dua² maintain slim dan bergaya.

'Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan' takpun 'sambil menyelam minum air' sesuai kot dengan situasi di mana salah seorang ahli parlimen mengambil kesempatan dengan 'meraba' seorang wanita ketika berlakunya perbalahan di dewan parlimen.

Situasi ini menggambarkan betapa rendahnya moral serta akhlak ahli parlimen ini selaku wakil rakyat. Rugilah rakyat yang memilih mereka-mereka ini menjadi pemimpin atasan mereka,wakil mereka untuk bersuara. Foto-foto ini di antara yang sempat di ambil. Saksikanlah...


Maya Karin Dah 'Kantoi' Pasal!!!



Tahukah anda ketika ini sedang berlangsung proses pengambaran sebuah filem terbaru arahan Osman Ali berjudul Sejoli yang membariskan pelakon pelakon hebat satu Malaya?
Filem Sejoli yang kini sedang giat menjalani pengambaran sekitar Kuala Lumpur menampilkan Maya Karin, Remy Ishak, Bront Palarae dan Izara Aishah sebagai pelakon atau teraju utama.

Jika merujuk kepada filem romantik komedi Osman Ali sebelum ini, Cun! pastinya filem Sejoli ini juga akan menerima sentuhan hebat yang sama — jika tidak lebih hebat dari sebelum ini.

Menerusi Facebook beliau, Osman Ali kongsikan beberapa keping gambar sekitar pembikinan Sejoli yang baru beberapa hari masuk fasa produksi & anda boleh lihat gaya Maya Karin dengan misai palsu beliau. Kelakar.



BODY JASMIN HAMID YANG TIDAK DIMAMAH USIA DAN MASIK BERGETAH




Melalui akaun Instagramnya, Jasmin Hamid memuat naik foto beliau menggayakan sepasang pakaian yang ditaja oleh My Precious Wish untuk drama terbaru di Slot Akasia, Jika Itu Takdirku.

Seperti biasa, bagi pelakon wanita yang berusia 40 an ke atas, watak sebagai 'Mak Datin' akan menjadi pilihan penerbit untuk diberikan kepada mereka. Jasmin Hamid tidak terkecuali untuk melakonkan watak 'cliche' berkenaan.

Dengan mengenakan pakaian yang ditaja khas untuk watak tersebut, Jasmin jelas menonjolkan tubuhnya masih lagi 'bergetah' untuk peragaan mana-mana pakaian.

Anda Ingin Mengetahui Seorang Perempuan Masih Suci atau Tidak, Hanya!!!


Pasangan hidup adalah salah satu hal yang amat menentukan terbinanya kehidupan sakinah wa rahmah didalam keluarga. tentunya selain ketaqwaan, nasab (garis keturunan) dan memiliki sedikit harta, kecantikan serta kesucian seorang gadis sangat dianjurkan dan menentukan dalam memilih pasangan. berikut ada sedikit tips untuk mengetahui seorang gadis yang masih suci. semoga dapat bermanfaat, dan ini adalah tips buat ikhwan-ikhwan yang benar-benar hendak membina rumah tangga, jadi jangan disalahgunakan…Layan…
Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan diantaranya:
DAHI
Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu senggama licinnya hilang, justru yang timbul kedutan (garis2) yang kadang nampak kadang tidak ketika bercakap. Kedutan kerana sudah tidak suci, tidak sama dengan kedutan wajah yang dimamah usia. Kedutan suci yang telah hilang, tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak, kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan marah, sementara kedutan kerana dimakan usia sentiasa nampak dan kekal.Tetapi kedutan kerana hilangnya kesucian tidak mudah dihilangkan. Untuk memudahkan melihat gadis yang masih suci atau tidak. Cuba perhatikan dahi perempuan yang sudah bersuami dengan yang belum. Perhatikan betul2, nampak kelainannya. Gadis yang sudah tidak suci terdapat beberapa kedutan garis2 timbul dan melekuk didahi gadis itu. Perhatikan betul2 sebab garis2 itu tidak begitu nampak (terang). Wallahu a’lam.

Kini Aidil Zafuan Sedang Rancak Buat Persiapan Kahwinnya...

Aidil Rancak Buat Persiapan Kahwin Kali Kedua

BULAN depan bakal berlangsungnya perkahwinan kedua buat bekas suami pelakon Rita Rudaini iaitu Aidil Zafuan bersama pilihan hatinya, Zarema Zainal.
Antara persiapan pemain bola sepak ini termasuklah dari segi busana perkahwinannya yang ditempah dari butik Cosry.
Menerusi laman Instagramnya, Aidil telah memuatnaik gambarnya bersama pereka fesyen, Putra Aziz dengan ‘caption’ berbunyi: “Fitting at Cosry with Abg @putraaziz_cosry.”
Aidil Rancak Buat Persiapan Kahwin Kali Kedua
Rasanya, mungkin perkahwinannya bakal diraikan dengan penuh meriah kerana sudah mendapat restu keluarga berbanding sebelum ini.
Apa pun, diharap Aidil walaupun sudah berkahwin  tidak akan melupakan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada dua anaknya hasil perkahwinan sebelum ini.
Oleh: ELZA

'Gambar Ngeri' Teramat Keja, Tidak Berkemanusian Umpana Binatang Disifatkan: Wanita Di Sembelih Dan Di Lapah Serta Dikendurikan!!!

Mengerikan sungguh dahsyat.Dimana di sebuah desa terpencil di negara China, setiap tahun mereka akan malakukan pesta pemotongan 'daging' secara besar-besaran. Kerana bagi mereka, 'daging' merupakan makanan mewah dan susah didapati. Sehingga mereka hanya boleh memakannya sekali sahaja setiap tahun dan hanya pada hari perayaan tersebut.


Kegilaan Apakah Ini ? Wanita Mahu Tukar Jadi Patung Plastik Dan Lagi Parah Ingin Mengosongkan Otaknya..

bb
CALIFORNIA – Seorang wanita yang menghabiskan seluruh hidupnya untuk menjadi Barbie, telah mengambil keputusan untuk menjalani hypnotherapy agar `otaknya kosong’, sama seperti anak patung itu.
Blondie Bennett, 38, menjalani sesi hypnotherapy sekali dalam seminggu supaya dia senang menjadi keliru dan bengap.
Bekas model itu yang menukar nama kepada Blondie kira-kira setahun lalu, juga menghabiskan wang sebanyak £25,000 untuk menjalani pembedahan membesarkan payu dara.
Dia kini tidak bekerja lagi dan memperoleh pendapatan melalui `sugar daddy’ dalam talian yang memberikan sokongan kepadanya dengan menyaksikan dia memakai baju seksi seperti Barbie.
Blondie juga kerap kali menyembur spray, menyuntik botox dan bibir untuk membolehkan dia kelihatan seperti anak patung, namun dia memang bodoh kerana mahu menukar diri menjadi patung plastik.
“Apabila orang bertanya kenapa saya ingin menjadi Barbie, saya memberitahu mereka bahawa dia mempunyai kehidupan yang menarik dan cantik selain tidak perlu memikirkan mengenai perkara lain.
“Saya sudah menjalani rawatan hypnotherapy sebanyak 20 kali dan saya sudah berasa keliru serta kosong sepanjang masa.
“Baru-baru ini saya telah menjemput seorang rakan di lapangan terbang dan saya tidak ingat sama ada saya perlu menunggu di balai ketibaan atau balai berlepas.
Saya juga mengambil masa selama tiga jam untuk memandu ke rumah ibu saya, iaitu tempat di mana saya membesar kerana terlupa jalan,’’ katanya.
Dia mula menjadi obses dengan Barbie ketika kanak-kanak dan sentiasa berpakaian seperti anak patung itu.
“Saya mahu orang melihat saya sama seperti anak patung seks yang tidak berotak. Orang boleh mengutuk saya, tapi saya mahu melakukan perubahan ini,’’ katanya.

Seluar Yang Sangat Menarik Perhatian Orang Ramai.. Tidak Lepas Dari Pandangan Mata!!!

Dah macam seluar tidur pun ada. Kalau pakai macam ni mesti yang lelaki akan menoleh dua kali. Ada yang kata lebih baik pakai pakaian dalam je kalau dah alang-alang nak pakai macam ni.














Isteri Izzue Islam Tak Pernah Cemburukan Anzalna Pasal...

Isteri Izzue Islam Tak Cemburukan Anzalna
BARU-BARU ini timbul cerita yang kurang enak mengenai pelakon Izzue Islam dan Anzalna Nasir yang dikatakan bermasam muka gara-gara Izzue yang mahu menjaga hati isterinya.
Kononnya, Izzue kurang selesa dengan Anzalna yang dikatakan berlebih-lebihan dalam menghayati watak.
Isteri Izzue Islam Tak Cemburukan Anzalna

'Kerana Fitnah Nenek' Seorang Wanita Hadapi Saat Genting Apabila Ditampar, Ditumbuk Oleh Abang Ipar!!!

Ditampar, Ditumbuk Abang Ipar Kerana Fitnah Nenek


SIBU – Seorang wanita membuat laporan polis selepas ditampar dan ditumbuk abang iparnya di sebuah kuarters pekerja Ta Ann, Sungai Bidut tengah hari kelmarin.
Dalam insiden jam 12.10 tengah hari itu, mangsa telah difitnah oleh nenek kepada abang iparnya yang mengatakan pengadu telah merosakkan barang-barang di dalam rumah dan memukulnya.
Apabila abang iparnya pulang ke rumah selepas dimaklumkan oleh neneknya, abang ipar pengadu telah bertindak menampar dan menumbuk pengadu di bahagian lengan kanan menyebabkannya mengalami kesakitan.
Menurut pengadu, dia sedang masak di dapur apabila dia terdengar bayinya yang berumur sebulan lebih menangis di dalam buaian dan cuba dipujuk oleh nenek abang iparnya.
Apabila pengadu cuba menegur si nenek supaya tidak memujuk anaknya dengan cara menimangnya, nenek terbabit bertindak memarahinya.
Dia mendakwa terkejut dimarahi nenek tadi dan berlaku satu pertengkaran antara mereka.
Pengadu juga hairan kerana abang iparnya cepat mempercayai kata-kata si nenek yang menfitnahnya.
“Saya tidak pernah berniat jahat atau kurang ajar terhadap orang tua tambahan dia ahli keluarga sendiri tetapi saya telah dianiayai juga,” kata pengadu.
Menurutnya, dia dan suaminya telah diajak oleh abang iparnya tinggal bersama mereka di situ sebelum ini.
Katanya ini merupakan kali kedua abang iparnya ‘datang tangan’ terhadapnya dan kali ini dia sudah tidak mampu tinggal bersama mereka lagi. - Borneo Post
(*Gambar hiasan*)

WAHH VIDEO: Seorang Gadis Cantik Cekap Tebar Roti Canai

VIDEO: Gadis Cantik Cekap Tebar Roti Canai
Biasanya di Malaysia, mereka yang menjadi penebar roti canai terdiri daripada lelaki atau mamak kan.
Tapi di Singapura, terdapat seorang gadis remaja yang mempunyai kemahiran menebar roti canai atau roti prata dengan cekap.
Ketangkasan gadis ini pasti memukau pengunjung yang bertandang ke sebuah gerai yang terletak di Blok 216 Bedok North.
Gadis tersebut, Nur Hidayu dipercayai sudah lama membantu keluarganya berniaga di situ hingga mempunyai skil yang membanggakan.
Apa pun kami percaya, Nur Hidayu antara tarikan pengunjung ke gerai keluarganya itu.
Betul tak? – REM RAMZI

Wanita Kini Sudah Hilang Harga Diri.. Siap Posing Lagi!!!



Ramai wanita kini sudah hilang harga diri | Saya percaya, ramai kaum wanita yang marah dengan tajuk perbincangan saya kali ini. Marahlah!! Kenyataan saya ini adalah satu hakikat. Kenapa? Sebab terlalu ramai wanita kini, tak kira remaja atau dewasa, dara atau isteri orang ataupun janda, selalu tampil dalam pakaian yang bertelanjang. Apa maksud pakaian yang bertelanjang? Saya yakin, ramai yang faham maksud saya.

Ya!! Berpakaian tetapi dalam masa yang sama mendedahkan anggota badan yang tidak patut didedahkan. Jika dulu sekadar kain belah, berpakaian kain singkat setinggi paras lutut atau memakai pakaian yang berlengan pendek hingga menampakkan lengan atau ketiak. Kini, pakaian yang dikatakan mengikut fesyen terkini hampir menelanjangkan kaum wanita yang memakainya. Dah banyak kes sebegini yang saya jumpa.

Hujung minggu baru ni, saya ke sebuah pasar segar berhambiran rumah saya. Ketika beratur di kaunter bayaran, terdengar suara seorang wanita awal 20-an menyoal tentang tanda harga kepada seorang pekerja kaunter sebelah saya. Saya memandang, sekadar nak kenal pemilik suara. Terkejut dan tiba-tiba saya rasa amat malu kerana terpandangkan pakaiannya: bajunya pendek menampakkan pusat dan pinggang seluarnya berada di bahagian bawah perut. Sungguh, jika tertarik sikit sahaja pun, pasti akan menampakkan alat sulitnya. Ya Allah!! Terasa kudung kepala saya tika itu. Dalam cubaan bersahaja, lelaki yang disoal wanita tadi tiba-tiba bersuara: seluar kau dah londeh tu. Kang aku naik geram, jangan nak salahkan aku pulak!! Ya Allah!!! Saya rasa macam nak lari sahaja dari situ. Malu… malu sangat!! Tapi wanita tadi, saya dengar tergelak manja. Astaghfirullah!! Apa dah jadi? Ke mana perginya rasa malu di dalam diri?

Remaja Tanpa Segan Silu Up date Keseronokan Berzina di FB




Tanpa segan silu seorang perempuan bawah umur dengan selambanya memuat naikkan gambar dia dengan kekasihnya yang baru sahaja selesai berzina dengan status kontroversi “YESS AKHIRNYA DAPAT TERUNA DIA. FUHH SELESA ^^)”



Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ini? Semakin hari semakin rosak. Pendedahan internet yang tidak terkawal mungkin mendorong mereka ke arah gejala maksiat.

Gambar Pelacur Di Itali Terlajak Laris Seperti Goreng Pisang Panas Boleh Di Lihat Di Setiap Persisiran!!!

Di Itali, sindiket pelacuran sangat berleluasa sehinggakan perkhidmatan seks ini wujud di setiap jalan - jalan utama. Larisnya seperti mereka yang menjual pisang goreng di Malaysia. Mari kita bersyukur sebentar, untungnya kita memiliki pemimpin yang berkaliber. LOL

Seorang Lelaki Dikatakan Cuba Rogol Janda Muda Kerana Terlalu 'GERAM'

Labuan: Terangsang melihat seorang janda muda berusia 23 tahun sedang tidur, seorang lelaki bertindak cuba merogol wanita berkenaan apabila menyelinap masuk ke dalam bilik sebelum perbuatannya disedari mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi di Kampung Saguking Laut, Ahad lalu, suspek yang juga sepupu mangsa berusia 30 tahun turut bertindak mengugut mangsa apabila perbuatannya terbongkar. 
Gambar Hiasan
Menurut sumber, ketika kejadian mangsa sedang tidur seorang diri di dalam bilik dan terjaga apabila menyedari suspek memasuki biliknya. “Suspek kemudian menolak mangsa di atas katil lalu menutup mulut mangsa sebelum mencabulnya.

“Suspek yang turut membawa pisau mengugut akan menikam mangsa jika menjerit.

“Namun, perbuatan suspek disedari bapa mangsa yang curiga dengan bunyi bising lalu masuk ke dalam bilik anaknya,” katanya.

Penyanyi Yang Bergelar Ainan Tasneem Kemalangan Di Perlis

Ainan Tasneem Cedera Dalam Kemalangan
KANGAR – Penyanyi yang popular dengan lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem, cedera selepas kereta dinaikinya terbabit kemalangan di Sungai Batu Pahat, di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi.
car
Difahamkan, kereta yang dinaiki Ainan yang juga penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama tiga rakannya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke longkang.
Semua mangsa yang cedera ringan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk rawatan. – Berita Harian

Kahwin Ekspres Hanya Di Betong!!! MENGAPA?

Yala

Pengkalan Hulu – Aktiviti ‘kahwin senyap’ oleh pasangan warga Malaysia di Betong, Selatan Thailand didapati meningkat mendadak berbanding beberapa bulan lalu berikutan proses perkahwinan di pekan sempadan negara jiran itu yang didakwa lebih pantas dan selamat berbanding di wilayah lain.


Permintaan tinggi rakyat Malaysia untuk berkahwin di Betong, menyebabkan Pejabat Kadi Syarie Majlis Agama Islam Yala berpejabat di pekan kecil berkenaan beroperasi tanpa cuti termasuk dibuka sehingga waktu malam untuk urusan perkahwinan termasuk pada Sabtu dan Ahad.
Malah, kakitangan pejabat kadi itu dilaporkan ‘tidak menang tangan’ bagi memenuhi permintaan ramai pasangan tempatan yang mahu berkahwin di pejabat berkenaan saban hari.
Seorang ejen nikah, Mazlan Mat Yusof, 38, berkata, peningkatan mendadak kehadiran pasangan Malaysia yang mahu berkahwin di Betong dipercayai ada kaitan dengan beberapa faktor seperti keselamatan, promosi iklan di Internet dan blog serta proses nikah yang lebih pantas.
Dia yang menetap di Ayer Panas, di sini, mendakwa sekurang-kurangnya lima pasangan dari Malaysia memasuki bandar Betong untuk berkahwin setiap hari. – mymetro Online

GAMBAR ROMANTIK : Sambutan Hari Jadi Ke-55 Datuk K – Siti Pakai Misai Palsu ???

GAMBAR: Sambutan Hari Jadi Ke-55 Datuk K

CERIA sungguh Datuk Khalid Mohamad Jiwa menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-55 semalam bersama isterinya, Datuk Siti Nurhaliza dan anak-anaknya.
Melalui gambar yang dikongsikan Siti di laman Instagramnya, satu majlis kenduri kesyukuran berserta bacaan tahlil telah diadakan di kediaman mereka sempena hari istimewa itu.
GAMBAR: Sambutan Hari Jadi Ke-55 Datuk K