SEKSI : Anda Tahu Siapa Budak Kecil Ini Apabila dia Dewasa?

Anda Tahu Siapa Budak Kecil Ini Apabila dia Dewasa?
Siapa tahu? Jawapan ada di bawah... 


































'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'Dia adalah Irina Shayk, supermodel.


Nama - Nama Yang Sering Diganggu Jin - Ustaz Azhar Idrus


Biasanya dalam pemberian nama anak kita tak sedar yang nama-nama yang diberikan kadang kala merupakan nama yang juga digunakan oleh jin! Petikan ceramah ustaz Sharhan

Antara nama-nama biasa yang dikenal pasti digunakan oleh Jin ialah seperti:-

1. Balqis
2. Kistina/Qistina
3. Najwa
4. Zakuan
5. Batrisha
6. Erisha
7. Mazda


Ustaz Sharhan juga ada beri tahu kalau dah bagi nama-nama seperti ini perlukah untuk pergi jabatan pendaftaran untuk tukar nama? hehe, tidak sebenarnya, hanya tukar cara panggilan nama tersebut. Contoh jika nama Siti Najwa, panggil saja nama Siti.. jangan panggil Najwa.

Ustaz Sharhan jelaskan, nama seperti di atas memang mempunyai maksud yang baik/maksud yang indah, cuma dalam perubatan Islam nama-nama ini sering digunakan oleh Jin. – Wallahua’lam


Ustaz Azhar Idrus

Ramai yang bertanya apakah benar kenyataan tentang nama-nama anak jin tersebut? sebab tiada dalam Al-Quran dan Hadis.. Meh dengar apa ustaz Azhar Idrus jawab



Memang tidak ada dalam Al-Quran, tetapi selaku pengamal perubatan Islam (Ustaz Sharhan) dia lebih tahu kerana dia orang yang selalu berurusan dengan Jin , mungkin kenyataan beliau betul sebab kita tak ada ilmu berkaitan ini.. beliau lebih arif mengenainya, jadi kita perlulah menghormati pendangan beliau selalu pengamal perubatan Islam.

Menurut pandangan Ustaz Sharhan lagi lebih kurang 60%-70% orang yang datang berubat terkena penyakit misteri adalah bernama seperti di atas..

Kesimpulannya, tidak wajib percaya nama seperti ini tidak baik, tetapi mungkin betul pandangan pangamal perubatan Islam kerana mereka lebih tahu berkaitan dengan Jin.. – Wallhua’lam

INFO - KERATAN RENTAS ABRAJ AL-BAIT : MENARA JAM GERGASI MEKAH (4 GAMBAR)

Apa ada pada Abraj Al-Bait, menara jam gergasi bersebelahan Masjidil Haram? 





Laporan asal SkyScraperPage

KENAPA BAYI MUSLIM PERLU DIAZANKAN ?



Kenapa Rasulullah SAW mengarahkan si bapa mengazankan di telinga kanan si anak (setelah ia dilahirkan) dan mengiqomatkan ia di telinga kirinya?


Perkara sunat yg dituntut oleh Islam kpd bakal-bakal 'AYAH' ialah setelah dia dikurniakan permata hati (anak-anak) maka dia dituntut utk mengumandangkan azan (tak perlulah kuat dan berlagu) di telinga kanannya. manakala diiqomatkan di sebelah kirinya (telinga kiri).


KENAPA?


Soalan: jika telah diazan dan diiqomat, bila mau disembahyangkan?


FIKIRKAN


Jawapan: Setelah diazan dan diiqomat, sudah tentu tiba masanya utk dirikan solat.


BILA ?


SUDAH TENTU SETELAH DIA WAFAT/MENINGGAL DUNIA. KERANA SOLAT JENAZAH AKAN DISOLATKAN TANPA AZAN & IQOMAT.


Soalan ini hanya sbg renungan buat kita. Dan barangkali kita tentu tertanya-tanya kenapa bayi yg dilahirkan perlu dikumandangkan azan dan iqomat. Inilah jawapannya!


ANAK ADAM YG DIBERI NAFAS UTK HIDUP DI DUNIA YG SEMENTARA INI AKAN DIAZANKAN DAN DIIQOMATKAN DAN KEMUDIAN AKAN DISOLATKAN SETELAH IA MENINGGALKAN DUNIA INI.


Wallahu a'lam


Sumber

SERIUS - MCDONALDS MENUTUP 110 CAWANGAN KERANA JUALAN MERUDUM



















SERIUS - MCDONALDS MENUTUP 110 CAWANGAN DI JEPUN KERANA JUALAN MERUDUM | Rangkaian restoran makanan segera terbesar dunia McDonalds hari ini mengumumkan penutupan 110 cawangan restoran mereka di Jepun. Penutupan besar-besaran ini terpaksa dilakukan kerana mereka tidak mampu lagi menanggung kerugian yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. September lalu jumlah jualan menurun sebanyak 2.2% lagi dan penyusutan ini sudah berlarutan sejak gempa bumi besar yang berlaku tahun lalu.

McDolands Jepun menerima banyak saingan dari pengusaha makanan segera lain yang menawarkan menu yang lebih baik. makanan yang lebih bercitarasa tempatan dan pada harga yang lebih murah. Ekonomi yang merudum selepas gempa bumi 2011 pula memburukkan keadaan kerana orang ramai mencari makanan yang lebih murah. Proses pengurangan cawangan ini bukanlah yang terbesar yang pernah dilakukan McDonalds Jepun. Pada tahun 2010, 433 cawangan ditutup bagi mengurangkan kos operasi syarikat. Proses penutupan ini sendiri sahaja akan menelan sebanyak Yen 1.2 billion (RM 45.4 Juta) !

Sungguhpun mengalami pemyusutan jualan, McDonalds berjaya melakukan jualan sebanyak Yen 220.7 billion. Kepada mereka yang gemarkan McDonalds anda tak perlu risau. Untuk memenuhi keperluan pelanggan, rangkaian McDonalds yang menawarkan penghantaran ke rumah akan ditambah dari 17 cawangan kepada 250 cawangan seluruh Jepun


Laporan asal Yahoo Japan

PENGACARA 999, HAZLIN HUSSAIN NIKAH SECARA SENYAP ???



"Nikah secara senyap, tidak baik," kata saya kepada Hazlin Hussain.

Hazlin, rakan sekerja sewaktu saya mengendalikan program 999 ditemui di pejabat petang tadi.



Saya terlihat gambar Hazlin memakai gaun putih di skrin telefon bimbitnya tatkala dia merakamkan gambar di atas berhampiran meja penerbitan 999.

Sebelum itu dia kelihatan mengheret beg pakaian besar masuk ke pejabat.

"Lin, hendak pergi ke Jom Heboh," kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

"Bila nikahnya?," soal saya sambil memerhatikan cincin di jari manisnya.


"Bukan nikah abang. Lin menghadiri sesi bergambar untuk sebuah majalah di Shah Alam, Selangor, semalam.  Gambar itu dan banyak lagi bakal dipaparkan oleh majalah terbabit pada bulan Februari 2014," jelasnya.

"Cincin?," tanya saya lagi.

"Lin beli sendiri sewaktu hari jadi," jelasnya.


Hazlin bertugas mengendalikan 999 sejak 3 tahun lalu dan menjadi pembaca berita Buletin Utama sejak setahun lalu.

Biarpun kini personaliti itu lebih dikenali masyarakat, sikap merendah dirinya tetap kekal.

Dalam kelembutan gadis ini, terselit keberanian payah disangkal. Pada tahun 2011, kami menyertai operasi membanteras pendatang haram bersama pegawai dan anggota polis di Kota Kinabalu, Sabah.

CUTE : Emma Ma'embong Manis Bertudung (13 Gambar)

Emma Ma'embong, selebriti yang sering dikaitkan dengan dengan pelawak popular, Zizan Razak tampak lebih nampak anggun dan manis bila bertudung. Semoga Emma Ma'embong terus mengekalkan imej, pasti lebih ramai peminat menghargai usaha yang dia lakukan. Tambahan pula Zizan Razak pun dah mengakui "berkenan" dengan gaya terkini  beliau....

13 Gambar Emma Ma'embong Manis Bertudung | Emma Ma'embong, selebriti yang sering dikaitkan dengan dengan pelawak popular, Zizan Razak tampak lebih nampak anggun dan manis bila bertudung.

SERIUS : Gadis Terkejut Dengan Hantaran Yang Pelik Ke Rumahnya (6 Gambar)

SERIUS : Gadis Terkejut Dengan Hantaran Yang Pelik Ke Rumahnya Di China | Seorang kawan luar negara perempuan ini telah menghantar sebuah penghantaran mel dalam kotak ke rumahnya. Selepas dia membuka kotak itu, dia mendapati senjata api serta peluru terkandung dalam kotak itu. Yang lagi mengejutkan adalah lesen untuk memiliki senjata api yang tertera bawah namanya sendiri. Menurut sumber, kemungkinan kawan luar negara itu adalah kenalan kakaknya yang mana dia bertemu semasa melancong. (lelaki dalam gambar no.2)



Benarkah : Amaran dikeluarkan, tsunami bakal landa dalam tempoh 36 jam?


Sekeping foto sedang tersebar di laman Facebook yang mendakwa foto tersebut adalah gambar laut yang sedang bergelora di lautan Brunei.

Penyebar gambar tersebut juga mendakwa gambar tersebut diambil oleh kru helikopter.

Beliau turut mendakwa kerajaan Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami akan melanda dalam masa 36 jam.

Kemudia dari laman Twitter pula beberapa mesej bergambar pula tersebar mengenai gempa berukuran 4.9 skala ricther berdekatan lahad datu.

Masih belum ada kesahihan mengenai berita ini.

Melalui laman web Agensi Meteorologi Jepun pula, masih tiada amaran tsunami dikeluarkan.


P/s: Mengapakah manusia gemar perkara-perkara yang tidak pasti disebarkan?

Sumber



Terkini : Syasya " Macam Cantik Macam Comel " kini berjaya setelah puas di cemuh di laman sosial !


Selepas video ‘Macam Cantik Macam Comel’ menjadi bahan bualan netizen dan popular di laman sosial, Syasya bakal mempunyai muzik video sendiri tidak lama lagi. Bukan seorang diri, Syasya sebenarnya berduet dengan pelakon, Erry Putra.

Walaupun sebelum ini kemunculan Syasya dengan video tersebut menjadi kutukan dan cemuhan di laman sosial konon-konon nya apa yang di buat Syasya seseolah mejatuhkan maruah seorang anak gadis yang memuji kecantikan nya , di tunjukan di dalam video tersebut.
Menerusi video ini, Erry Putra mendedahkan pada awalnya dia mencipta lirik lagu ini selepas melihat video viral Syasya.
“Sebenarnya saya cipta lagu ni, kali pertama saya tengok video dia. Tapi saya tak terfikir pula saya akan buat lirik begitu. Bila saya dengarkan balik, macam kena je lagu tu dengan ayat yang dia cakap macam comel macam cantik.” – Erry Putra
Apa-apa yang selamat berjaya untuk Syasya dan Erry Putra, jika di dengar memang best lagu tersebut amat sesuai sekali untuk Syasya yang memang cantik dan memang comel, tentu peminat-peminat Erry dan Syasya dah tak sabar nak tunggu Video original mereka.   

PELIK! : Pasangan Kekasih Yang Berjantina Pelik (6 Gambar)


Pasangan kekasih ini kelihatan seperti mana-mana pasangan lain, namun sebenarnya mereka dilahirkan dengan jantina yang bertentangan. Pretty Katie Hill, 18, ​​menghabiskan masa 15 tahun pertama hidupnya sebagai Luke, anak kolonel Marin. Manakala teman lelakinya, Shiva Andrews, 16, dilahirkan sebagai seorang gadis yang dipanggil Emerald yang cemerlang dalam tarian balet dan pernah memenangi pertandingan kecantikan. Kedua-dua nya pernah bergelut dengan kekeliruan seksualiti mereka sehingga menjadi mangsa buli.





Katie selalu terasa seperti seorang gadis yang terperangkap di dalam badan seorang budak lelaki, begitu juga dengan Shiva. Mereka bertemu apabila kedua-dua mereka pergi ke tempat rawatan mengubah jantina di Tulsa, Oklahoma, dan serta-merta jatuh cinta.





Katie, yang kini mempunyai payu dara hasil pengambilan hormon wanita berkata: "Kami sempurna untuk satu sama lain kerana kita kedua-duanya mempunyai masalah yang sama ketika membesar." Pada awalnya, kedua-dua ibu bapa mereka masing-masing mempunyai masalah menerima keadaan anak-anak mereka namun kini teguh menyokong kehidupan mereka.







p/s : Gulp.. dunno what to say man..

Serius: Wanita Ini Pernah Di Penjarakan Sebanyak 397 Kali

Seperti tak jemu atau takut dengan hukuman penjara, seorang wanita di Amerika Syarikat kembali mengulangi kejahatannya. Tidak hanya sekali, dua kali atau pun tiga kali, tapi 397 kali sejak 1978 atau 35 tahun lalu.

Wanita bernama Shermaine Miles ini baru saja keluar dari penjara awal minggu ini, tapi ditangkap lagi pada Rabu 18 Disember 2013 lalu kerana mengambil 1 set kunci, mabuk, dan berkelahi dengan seorang lelaki. Kini ia masuk ke penjara untuk ke 397 kalinya.



"Dia mencuri, mabuk, dan berkelahi lagi," kata polis kepada CBS Chicago News.

Setelah bebas dari penjara Rabu lalu, Shermaine sudah berjanji tidak minum alkohol lagi. Juga tidak membuat karenah lagi dan tak mahu lagi berada di penjara.

"Aku tidak ingin kembali lagi ke sana. Aku ingin hidup damai dengan rakan-rakan," ujar Shermaine.

Tapi entah kenapa perempuan itu malah mengulangi perbuatannya. Wanita berusia 52 tahun itu padahal diberikan tempat tinggal yang baik setelah bebas dari penjara. Namun ia kemudian dilihat keluar rumah untuk berpesta alkohol.

Shermaine memang mengakui ketika ia sudah mengambil alkohol, kelakuannya terus berubah. Dia juga ingin berhenti meminum alkohol. Tapi kemudian mabuk kembali.

Keetua warden tempat Shermaine merengkok, Tom Shaer menceritakan bagaimana tingkah laku wanita itu di dalam penjara. "Dia baik dan selalu mengikuti perintah petugas. Dia tidak pernah melanggar peraturan," ungkap Tom.

Seorang mangsa Shermaine, James Cappelman menyarankan wanita itu untuk tidak tinggal di wilayah yang sama sebelum ini. Di sebabkan pekara itu membuatnya mengulangi kejahatan.

"Dengan tinggal di persekitaran dan kejiranan yang sama, ia berpeluang besar mengulanginya," ujar James.

BAHAYA MAKAN IKAN SARDIN DALAM TIN!

WASPADA KETIKA MAKAN SARDIN DALAM TIN | Umum mengetahui makanan dalam tin kurang berkhasiat dan mungkin membawa keburukan kepada kesihatan andai terus dijadikan rutin hidangan dalam kehidupan anda. Andai anda merupakan penggemar dan peminat tegar Ikan Sardin dalam tin, anda wajib membaca artikel ini untuk menambah pengetahuan anda mengenai makanan kegemaran anda itu.

Artikel ini adalah sekadar perkongsian. Yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan. Ia merupakan cerita pengalaman. Percaya atau tidak, ia terpulang kepada akal dan fikiran serta taraf pemikiran anda.

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walaupun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.
Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempoh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin. Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.
Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.
Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwich sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.
Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut? Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, Insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.
Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.
Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.
Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempohnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.
Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiat gemar makan ikan sardin.
Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.
Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cubalah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekalian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.
Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.