Seksi - Payudara Lea Terdedah Ketika Rakam Video

lea
Sebahagian payudara pelakon drama bersiri Glee, Lea Michele dilaporkan terdedah ketika Lea sedang asyik menari dalam rakaman video terbaharu bagi muzik video terbaharunya, On My Way.
Lea yang juga bergelar seorang penyanyi, pada mulanya tidak menyedari insiden tersebut yang mendedahkan puting payudara kanannya.
Namun, sebaik perasan, Lea terus menarik baju berwarna merah jambu yang digayakannya dalam muzik video tersebut. – MYNEWSHUB.MY
lea1
lea2
lea3
lea4
Oleh: AUDREY LEE

Semakin Panas - Fiza Elite Failkan Penceraian? Adam ‘Kunci Mulut’

Adam -  'Hanya Gaduh-Gaduh Manja Suami Isteri'


Perkhabaran tidak baik mengenai kisah rumah tangga Adam AF dan Fiza Elite semakin bertebaran di mana-mana media sejak kebelakangan ini.
Walaupun Adam sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanya bergaduh manja namun menurut dari sumber sebuah akhbar harian mengatakan si isteri sudah pun berkunjung ke Mahkamah Syariah di Shah Alam, Rabu lalu untuk menfailkan penceraian.
TERKINI…Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia tidak mahu mengulas mengenai perkara tersebut dan memohon semua pihak memberi mereka ruang buat masa ini.
“Maafkan saya kerana tidak boleh mengulas mengenai perkhabaran terbaharu itu dan saya mohon semua pihak mendoakan perhubungan kami sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
Bagaimanapun usaha mStar Online untuk cuba mendapatkan reaksi Fiza mengenai perkhabaran terbaharu itu gagal apabila pelakon dan penyanyi itu tidak menjawab panggilan dan WhatsApp yang dihantar kepadanya.
“Kami sepakat untuk tidak mengulas mengenai perkara ini buat masa ini dan harap semua pihak faham akan keadaan kami,” katanya lagi.
Hmm, rasanya baharu lagi usia perkahwinan pasangan ini, kalau ada masalah, lebih baik dibawa berbincang ataupun merujuk kepada mana-mana pihak kaunseling perkahwinan.
Yelah, kita orang luar hanya boleh berkata-kata, yang melaluinya adalah mereka berdua.
Sementara itu, Fiza menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik status yang sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya di kalangan pengikutnya.
“Salam semua….maaf andai sy ada berbuat silap atau tkasar bahasa.sy benar2 berharap agar semua diluar sana memahami perasaan sy skrg ni…jgnlah ditanya bmcm2 jenis soalan.sy ni cuma wanita biasa yg kekadang lemah dan xmampu utk menanggung beban…tp sy tahu dan pasti semua ni ketentuan dr Allah.siapa yg mahu utk jd begini?kalau disoal pd sesiapa pun..xmungkin seseorg itu mahu mjalani kehidupan spt sy…hormati lah apa jua keputusan sy.sy hanya merancang…tp Allah lebih mengetahui segala2nya…sy cuma perlukan sokongan dr anda semua utk sy terus kuat dan maju ke depan.apa yg tjadi dan bakal berlaku biarlah jd rahsia antara sy dan Allah…xperlu utk sy bkongsi kesemua crita peribadi sy kpd umum.harap semua dpt memahami ya…doakan yg terbaik utk kami…Allah adalah tempat sy berbicara dan mengadu…bukan dgn sesiapa pun…kita sebagai makhluk Allah san hambanya cuma perlu menadah tangan dan bdoa meminta pertolongan dr Nya…Amin….”
Apa-apa pun kita doakan semoga perkahwinan mereka dapat diselamatkan dan jodoh mereka dipanjangkan. Biasalah adat dalam berumahtangga, pasti ada pasang surutnya.
Untuk makluman, Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu di Bangunan Sultan Idris, Jabatan Agama Islam Selangor, Jais, Shah Alam. -MYNEWSHUB.MY
Oleh: AUDREY LEE

Terkini Kes - Alvin, Vivian Digugurkan Satu Tuduhan, Dua Tuduhan Lagi Menanti !!!

Alvin, Vivian Digugurkan Satu Tuduhan, Dua Tuduhan Lagi Menanti
Putrajaya – Mahkamah Rayuan di sini, membenarkan rayuan pasangan kontroversi Alvin Tan Jee Yee dan Vivian Lee May Ling untuk membatalkan satu daripada tiga pertuduhan yang dihadapi mereka iaitu memuat naik kandungan menghina agama Islam dalam Facebook (FB), tahun lalu.
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dalam keputusan sebulat suara memutuskan bahawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan tidak boleh diguna pakai terhadap Alvin dan Vivian.
Alvin dan Vivian memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan mendakwa mereka menerbitkan hasutan di dalam FB iaitu memuat naik kandungan yang mana perbuatan berkenaan mungkin menyebabkan perasaan permusuhan di atas alasan agama dan di antara orang yang menganut agama berlainan
Peguam Chong Joo Tian yang mewakili pasangan itu ketika ditemui berkata bahawa, Seksyen 298A Kanun Keseksaan adalah undang-undang yang sah bagaimanapun ia tidak terpakai kepada bukan Islam.
Bagaimanapun pasangan itu masih lagi berhadapan dengan dua lagi pertuduhan dan akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. – Harian Metro

Kejadian Pelik - Budak 16 Tahun Sembunyi Di Ruang Roda Pesawat, Sempat Rentas Lautan Pasifik!

hawai
HONOLULU: Seorang budak lelaki berusia 16 tahun yang menyorok di bahagian roda pesawat dari California ke Hawaii, selamat biarpun melalui separuh perjalanan merentasi Lautan Pasifik dalam suhu rendah pada ketinggian 11,500 meter dan kekurangan oksigen, menurut FBI

Jurucakap FBI di Honolulu, Tom Simon berkata budak lelaki itu disoal siasat selepas ditemui di kawasan landasan lapangan terbang Maui tanpa pengenalan diri. 

Simon berkata, rakaman kamera keselamatan di lapangan terbang di San Jose mengesahkan budak lelaki berkenaan memanjat pagar untuk memasuki pesawat Hawaiian Airlines, Flight 45 pada pagi semalam. 

Katanya, budak lelaki berkenaan melarikan diri daripada keluarganya. 

“Budak itu tidak akan didakwa dan akan diserahkan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak,” katanya. – AP

Panas !!! Bekas Isteri Dedah Sikap Buruk Sham Kamikaze

farazila
KAMI yakin ramai yang terkejut mendengar pendedahan yang dibuat oleh bekas isteri komposer dan pendakwah bebas, Sham Kamikaze iaitu Farazila Abdul Jabar mengenai bekas suaminya itu menerusi sisipan BiPop.
Pendedahan itu ternyata membuka sisi ‘hitam’ lelaki yang cukup dikenali dengan imej waraknya di mata umum.
Farazila yang bercerai dengan Sham sejak 1 September 2011 berkata, bekas suaminya itu sebenarnya seorang hipokrit dan kerap berbangga apabila ada yang memuji penghijrahannya.
Bekas Isteri Dedah Sikap Buruk Sham Kamikaze
“Kami bergaduh lagi gara-gara perempuan. Hancur hati saya dan saya balik ke kampung. Saya pulang semula ke Kuala Lumpur selepas 2 minggu dan terkejut melihat dirinya berjubah serta berkopiah. Tetapi saya tidak rasa apa-apa.
“Apabila orang memuji konon dia dia sudah berhijrah, dia rasa dirinya mulia. Sham jadi lupa diri apabila orang sekeliling mengagungkan dirinya. Dia bangga apabila disanjung, tetapi sebenarnya dia belum berubah sepenuhnya. Saya menegur sikap hipokritnya itu dan kami bergaduh lagi. Selepas pulang umrah, saya sudah berubah dan berhijrah lebih awal daripadanya.
“Bayangkan sebelum subuh, jam sudah berbunyi dan dia bangun tidur lalu terus menghadap komputer. Ayatnya di komputer “jom solat” tetapi sebenarnya dia tidak bersolat dan tidur semula. Ia berlaku banyak kali dan saya muka dengan perkataan “jom solatnya” itu,” ceritanya.
Tambah Farazila lagi, Sham juga ‘ketagih’ melayari laman Facebook dan peristiwa yang paling menguji kesabarannya adalah apabila Sham memuatnaik gambar berlaga pipi dengan wanita lain di akaun itu.
Dek kerana Facebook jugalah, wanita itu mengakui Sham pernah meninggalkannya di tepi lebuhraya kerana bergaduh di dalam kereta.
“Dia libas tangan dan cincin dipakainya terkena mata saya. Sampai kini dalam mata saya kelihatan berdarah. Mujur saya ada telefon bibit. Dengan mata berair kena libas dan hujan pula, saya terpaksa berteduh bawah terowong. Saya hubungi ibu untuk beritahu apa yang berlaku. Ibu pulang menghubungi Sham, suruh dia ambil saya di tepi lebuh raya.
“Bayangkan dari waktu Asar saya ditinggalkan, dia hanya datang ambil saya dalam jam 10 malam. Saya sembunyi dalam terowong yang sekelilingnya penuh dengan jarum penagih dadah. Saya memang takut kerana tempat itu sunyi tetapi saya tiada pilihan dan berserah kepada Allah,” jelasnya lagi.
Ujar Farazila, keesokan harinya, dia mencari Sham di studio, namun kakitangan studio itu seakan cuba menghalangnya daripada menemui Sham.
Bagaimanapun, Sham yang mahu turun ke bawah dilihat terkejut melihat kehadirannya, lantas lintang pulang berlari naik ke atas semula.
“Seminggu selepas itu, kakitangan itu berterus terang kepada saya memakluman ada seorang wanita ketika itu bersama Sham. Wanita itu didakwa masih bersuami dan mempunyai dua anak. Kami bergaduh besar dan saya terus balik ke kampung. Dia cerita kepada orang saya ingkar dan keluar rumah tanpa izizn. Seingat saya, jika keluar rumahpun hanya ke rumah mentua atau balik kampung saja,” katanya.
Fuh, memang panjang lebar pendedahan Farazila itu! Jika sahih apa yang dikata, ternyata Sham telah mempergunakan imejnya bagi mengaburi mata orang lain di luar sana.
Namun, pada masa yang sama, adalah tidak adil untuk kita mendengar cerita dari satu pihak sahaja.
Bimbang jika tidak benar, akan menjadi fitnah pula.
Apa pun, kita nantikan penjelasan dari pihak Sham mengenai dakwaan bekas isterinya itu nanti.
Oleh: ELZA

Cemas - “Pesawat Bergegar, Topeng Muka Mula Jatuh”, Kata Penumpang MH192

UPDATE 5:42AM: Penumpang Puji Kecekapan Juruterbang
Putrajaya: “Kapal terbang itu bergegar ketika masih di atas landasan. Topeng muka dari bahagian atas mula jatuh,” demikian kata penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192, M Srivatsa, 48, seorang warga India dari Bangalore.

“Kami semua berasa amat cemas pada mulanya. Kemudian, juruterbang membuat pengumuman mengatakan terdapat masalah pada gear serta roda dan penerbangan akan berpatah balik ke Kuala Lumpur, bukan ke Bangalore,” katanya ketika ditemui di Hotel Everly di sini. 

Srivatsa berkata, juruterbang meneruskan penerbangan itu dan cuba mendarat semula Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 45 minit selepas itu, namun cubaan pertama itu gagal. 
 “Juruterbang kemudian membuat pengumuman yang pesawat perlu terbang semula untuk mengosongkan tangki minyak bagi memudahkan pendaratan dan pesawat kemudain berlegar-legar di udara selama empat jam sebelum mendarat,” katanya.
Srivatsa berkata, semua penumpang berada dalam keadaan tenang sepanjang penerbangan dan beliau turut memuji juruterbang serta anak kapal yang berkemahiran dan membantu penumpang.
Katanya, sebahagian penumpang ditempatkan di Hotel Everly di sini, buat sementara waktu dan mereka akan dijemput oleh pihak MAS pada jam 1 petang ini, sebelum berangkat menaiki penerbangan khas ke Bangalore pada jam 3 petang ini. – Berita Harian

Pelik - Doktor Temui 12 Ketul Emas Bernilai Lebih RM70K Dalam Perut Pesakit

Doktor Temui 12 Ketul Emas Dalam Perut Pesakit
BEBERAPA doktor yang menjalankan pembedahan ke atas seorang ahli perniagaan India berusia 63 tahun terkejut apabila menemui 12 ketulan emas yang dianggarkan bernilai RM75,527 dalam perutnya.
Sebelum ini, lelaki itu mengadu bahawa dia mengalami sakit perut selepas menelan penutup botol minuman dan meminta ia dikeluarkan pada 7 April lalu.
Selain itu, dia turut mendakwa kerap muntah akibat kejadian itu, memetik Daily Mail.
Menurut doktor, setiap ketulan emas itu mempunyai berat sekitar 33 gram.
“Jika emas itu dibiarkan lebih lama, ia akan menyebabkan pendarahan dalaman dan pecah usus,” ujarnya.
Doktor Temui 12 Ketul Emas Dalam Perut Pesakit
Doktor Temui 12 Ketul Emas Dalam Perut Pesakit
Permintaan terhadap emas di India adalah antara yang terbesar di dunia, namun akhir-akhir ini syarat mengimport emas telah diperketatkan akibat kes penyeludupan yang semakin tinggi.
Mungkinkah kehadiran ketulan emas di dalam perut lelaki itu boleh dsifatkan sebagai penyeludupan yang tidak berjaya?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY