Sochi – Gara-gara menulis nombor
telefon di topi keselamatan, seorang atlet sukan olimpik musim sejuk
dari Rusia, Alexey Sobolev menerima panggilan telefon dan khidmas
pesanan ringkas (sms) bertalu-talu daripada peminatnya.
Sehingga kini lebih 2,000 sms diterima Sobolev.
Dia meletakkan nombor telefonnya itu akibat kebosanan kerana perkampungan atlet terletak di atas kawasan pergunungan.
“Ada mesej itu yang tidak sepatutnya
saya siarkan, tapi ada juga mesej yang mengucapkan kata-kata perangsang
kepada saya,’’ katanya.
Bagaimanapun dia dilarang memakai topi keselamatan mengandungi nombor telefon berkenaan pada acara akhir.
Sobolev berkata, dia bukan sahaja
menerima mesej daripada gadis tempatan malah dari luar negara juga yang
ingin berkenalan dengannya.
Dia bagaimanapun menyifatkan gadis tempatan sebagai yang terbaik.