Nama aktor Ashraf Muslim pernah tercalar tahun lalu apabila
dirinya dicemuh kerana mendirikan perkahwinan kedua tanpa pengetahuan
isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman.
Selepas itu, ramai pula peminat berpendapat bahawa Ashraf kini lebih
memberikan perhatian kepada isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi
memandangkan isteri keduanya itu sedang sarat hamil cahaya mata sulung
mereka.
Namun, demi memadamkan mulut-mulut orang yang berkata mengenai rumah
tangganya, Ashraf menunjukkan hubungan baik yang terjalin di antara
kedua-dua isterinya dengan bergambar bersama sebelum dirinya terbang ke
Mekah untuk menunaikan umrah, yang dikongsikannya di laman Facebook,
semalam.
MASIHKAH anda ingat dengan juara Mentor musim
keempat, Mohamad Izwan Mohamad Nor, 26, atau Mohd yang juga protege
kepada penyanyi Ziana Zain yang pernah dituduh merogol seorang penyanyi
wanita kira-kira setahun yang lalu?
Hubungan mesra di antara aktres comel yang bergelar ibu
tunggal, Nora Danish dengan jejaka yang merupakan anak seorang menteri
kabinet, Nedim Nazri bukan lagi rahsia di kalangan peminat pelakon
tersebut.
Menurut ruangan gosip akhbar Harian Metro, hari ini,
dikhabarkan pelakon itu sudah pun mula membeli serba sedikit barang
untuk dijadikan hantaran kepada bakal suaminya itu.
Menerusi artikel itu juga, pasangan sama cantik sama padan
itu juga dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga selewat-lewatnya pada
hujung tahun ini.
Kalau betullah cerita ini, tahniah ‘in advance’ diucapkan buat Nora dan Nedim.
Tentunya peminat setia Nora gembira dengan perkhabaran ini dan
mendoakan perkahwinan yang bakal dibinanya kelak berkekalan sehingga ke
akhir hayat.
Oleh: AUDREY LEE
Nama Datuk Ujang Bagong bukan nama asing bagi orang Kajang.
Pada tahun-tahun 1990an, berita mengenai sosok yang berkarakter dan
berimej unik itu sering mengisi dada akhbar sama ada sebagai tokoh
korporat ataupun sebagai aktivis masyarakat.
Umum juga mengenali Ujang sebagai seorang dermawan yang banyak menyumbang untuk masyarakat Kajang.
Namun beberapa tahun kebelakangan ini, Ujang @ Bujang Buyong @ Jislen
Bagong tidak lagi diberi publisiti hingga ramai yang tertanya-tanya
mengenai ‘kehilangannya’. Ada juga yang menyangka beliau sudah meninggal
dunia.
“Tidak! Saya masih ada…,” katanya sambil tertawa ketika diajukan perkara itu.
Menurut Ujang, beliau bukan sengaja memencilkan diri tetapi agak
terkesan dengan perubahan yang berlaku dalam hidupnya sejak isterinya,
Datin Faridah Abdul Manan meninggal dunia sembilan tahun lalu.
SUSPEK kes penipuan di kalangan selebriti popular tanah air kini telah pun ditangkap polis petang semalam.
Suspek sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa kes penipuan
melibatkan ramai selebriti tanah air dan antaranya ialah produser Raja
Azmi.
Pada Mei tahun lalu, Raja Azmi telah membuat dua laporan polis di Ibu
Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap lelaki berkenaan berikutan
penipuan di sebuah kedai kain Gulatis dan penyalahgunaan namanya sebagai
penerbit filem.
MUAR – Seorang buruh binaan mengaku tidak bersalah atas empat
pertuduhan menculik, merogol dan dua kelakuan seks luar tabii terhadap
seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, ketika dihadapkan ke
Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Tertuduh, Sia Tiong Yap, 29, membuat pengakuan itu selepas mengangguk
faham pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Suzana
Mokhtar.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melarikan
kanak-kanak perempuan berkenaan dengan sebuah kereta di Lorong Jaafar,
Jalan Mahmud, Bukit Pasir, dekat sini, bagi tujuan memuaskan nafsu
kira-kira jam 2 petang, 28 Januari lalu.
Tiong Yap didakwa mengikut Seksyen 367 Kanun Keseksaan kerana
menculik dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10
tahun dan sebat.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan
persetubuhan luar tabii terhadap mangsa di Ladang Kelapa Sawit Batu 8
Setengah, Bakri, dekat sini, masing-masing pada jam 2.30 dan 2.50
petang, hari yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan kerana
melakukan seks luar tabii secara paksa, yang membawa hukuman penjara
maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Manakala pertuduhan keempat, Tiong Yap didakwa merogol mangsa
di bawah umur itu di lokasi sama, kira-kira jam 3 petang, hari yang
sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan, yang
membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit
kesalahan.
Suzana menetapkan 20 Februari depan bagi sebutan semula kes berkenaan
bagi mendapatkan laporan perubatan serta membolehkan tertuduh melantik
peguam.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Kartini Kasran dan
meminta mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh. –
SINAR HARIAN
TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin mengesahkan hari ini tiada kenaikan tol lebuh raya bakal berlaku
dan kerajaan akan membayar RM400 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya
yang terlibat, memetik laporan ringkas Bernama.
Pada hujung tahun lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk
Seri Abdul Wahid Omar berkata tahun 2014 adalah masanya untuk kadar tol
di lebuh raya dinaikkan mengikut perjanjian konsesi yang ditetapkan.
Menurut beliau pada masa itu, perjanjian konsesi menyatakan kadar bayaran tol perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
“Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan
membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar
sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.
“Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah
dipersetujui,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah
pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan
Parlimen di dataran Parlimen pada 14 Disember lepas mengikut laporan
Bernama.
Dengan pengumuman Muhyiddin itu, rakyat boleh menarik nafas lega
apabila disahkan tiada kenaikan tol di konsesi lebuhraya akan
dilaksanakan pada tahun ini.
KUALA LUMPUR – Seorang akauntan memberi keterangan di Mahkamah
Tinggi Syariah di sini bahawa aset anak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri
Abdul Taib Mahmud bernilai antara RM976 juta dan RM1.395 bilion.
Akauntan bertauliah, Andrew Heng, 39, berkata sebelum ini beliau
memaklumkan kepada mahkamah bahawa aset Datuk Seri Mahmud Abu Bekir
bernilai RM916 juta hingga RM1.344 bilion.
Beliau berkata angka baru itu diperolehi setelah memasukkan dua aset
yang dimiliki Mahmud yang terdiri daripada sebuah kereta Audi dan
kepentingannya di Menara Titanium di Brighton Square, Kuching, Sarawak.
Andrew telah dilantik oleh bekas isteri Mahmud, Shahnaz A.
Majid, 50, untuk mengenalpasti aset milik Mahmud dan nilai pegangan
sahamnya dalam 49 syarikat di Malaysia.
“Berikutan penemuan baru itu, angka terkini di antara RM976 juta dan RM1.395 bilion selepas mengambil kira kedua-dua aset.
“Angka tersebut berdasarkan kepada lima komponen termasuk
yang diwarisi daripada arwah ibu Mahmud, tanah kelapa sawit, saham dalam
49 syarikat Malaysia dan kini, kenderaan Audi yang dimiliki oleh Ivy
Kraf Sdn Bhd di mana beliau mempunyai 50 peratus kepentingan dan juga
Menara Titanium,” kata Andrew.
Andrew telah memberi keterangan semasa pemeriksaan balas oleh peguam
Shahnaz, Akbardin Abdul Kader dalam perbicaraan tuntutan mutaah RM100
juta beliau.
Shahnaz yang merupakan kakak kepada ratu jazz, Datuk Sheila Majid,
menuntut RM400 juta yang mana RM300 juta adalah harta sepencarian
sebagai sebahagian daripada penyelesaian perceraian.
Shahnaz juga menuntut 50 peratus daripada semua aset yang dimiliki
oleh Mahmud, 50, termasuk kereta mewah, rumah di pelbagai lokasi, tanah
di Sarawak dan saham.
Mereka telah berkahwin pada Januari 1992 dan bercerai pada 2011.
Mereka mempunyai seorang anak lelaki berusia 20 tahun, Raden Murya.
Andrew berkata kenderaan mewah Mahmud, jenis Bugatti, bernilai RM1.18
juta tidak termasuk duti dan eksais yang dibayar dan Lamborghini
bernilai RM498,000.
“Dua kenderaan lain Mahmud adalah Bentley Continental dianggarkan bernilai RM478,000 dan Toyota Alphard, RM190,000,” katanya.
Pada akhir prosiding, peguam utama Mahmud Datuk Zainul Rijal Abu
Bakar memberitahu mahkamah bahawa mereka memerlukan dua bulan untuk
akauntan anak guamnya mengkaji laporan oleh Andrew.
“Kita perlu mendapatkan nasihat daripada pakar dalam bidang
perakaunan sebelum boleh meneruskan pemeriksaan balas kami,” katanya.
Walau bagaimanapun, peguam utama Shahnaz, Dr Rafie Mohd Shafie
membantah permohonan itu, dengan menyatakan ia tidak adil untuk mereka
dan menambah bahawa aset Mahmud adalah berdasarkan laporan kewangan
syarikat-syarikat beliau.
Mahkamah kemudian menanguhkan perbicaraan kepada 14 dan 30 April bagi pembelaan untuk pemeriksaan balas Shahnaz. – Mstar.com.my
KUALA TERENGGANU – Susulan insiden ketika pertemuan pasukan JDT dan T Team Sabtu lalu.
Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya
sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu berikutan laporan
polis yang dibuat oleh kedua dua pihak.
Sehubungan itu,beliau meminta orang ramai terutamanya penyokong
supaya menyerahkan perkara itu kepada pihak polis serta tidak membuat
sebarang spekulasi dan provokasi.
Menurutnya,beberapa individu sudah dipanggil dan siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi menyelesaikan kes berkenaan.
“Kita telah pun mula merakam percakapan, tidak kita telah
merakam tidak kurang daripada 15 percakapan. Jadi jangan membuat apa apa
spekulasi. Biarkan pihak kita buat siasatan dan apa yang saya seru di
sini adalah penyokong-penyokong bersabar dan tidak mengambil apa apa
tindakan yang melanggar undang undang.”
Beliau berkata demikian selepas menandatangani MOU antara PDRM dan Universiti Malaysia Terengganu.
Susulan insiden Sabtu itu, penyerang import Evaldo Rodrigues dan
jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impagliazzo tampil membuat laporan
polis di ibupejabat polis daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 11.30
malam pada Ahad.
Pemain kelahiran Brazil berusia 33 tahun dan jurulatih kecergasan
T-Team itu mendakwa dikasari pengurusan Johor Darul Takzim (JDT) pada
perlawanan pusingan kedua piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos,
Larkin, Sabtu malam.
JDT kemudiaannya membuat laporan pada Selasa melalui peguam pasukan itu.
Jawatankuasa pertandingan tempatan (JKPT) yang bakal bermesyuarat
Khamis akan membincangkan laporan daripada komisioner , pengadil, serta
koordinator perlawanan kedua-dua pasukan untuk tindakan lanjut.
JIKA pelakon dan pengacara Qi Razali meluahkan
rasa terkilan dengan perbuatan Sharnaaz Ahmad yang kerap memuatnaik
gambar mesra bersama kekasihnya, Nelydia Senrose di Instagram, Sharnaaz
pula mengambil keputusan untuk berdiam diri.
Jelasnya kepada mStar Online, dia mengambil pendekatan itu kerana tidak mahu isu tersebut terus berpanjangan.
SALAH seorang juri tetap MLM 2013, Sheikh
Haikel juga artis dari Singapura mengakui terpaksa mengupah seorang
pengawal beribadi selepas menerima ugutan bunuh angkara komennya yang
tidak disenangi sesetengah peminat fanatik MLM 2013.
Jelas selebriti berusia 38 tahun ini, ekoran kritikan yang membina
yang diberikan olehnya kepada para peserta di gelanggang MLM 2013, dia
menerima ancaman bunuh menerusi laman media sosial dan semakin
berhati-hati jika mahu bergerak kemana-mana mahupun berhadapan dengan
peminat fanatik MLM menurut astrogempak.
“Baru-baru ini saya dan isteri telah menerima ugutan bunuh
daripada peminat fanatik peserta dari MLM. Lebih mengejutkan, ugutan
tersebut turut meilbatkan anak-anak saya. Peminat tersebut mengancam
mahu langgar anak-anak saya jika kami sekeluarga berada di Malaysia.
Saya amat terkejut juga dengan ancaman tersebut.
“Saya pun tidak berapa pasti komen yang mana saya berikan
kepada peserta MLM sehingga mengguris hati individu tersebut sebagai
salah seorang peminat fanatik. Secara jujurnya komen yang saya beri
berdasarkan apa yang saya lihat dan bukan pedas atau hentam
semata-mata,” jelas Sheikh Haikel.
Akibat daripada ancaman tersebut, Sheikh Haikel telah mengupah
seorang pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan diri, keluarga dan
dua anaknya.
“Saya telah mengupah seorang pengawal peribadi ketika berada di
Malaysia semasa menjadi juri MLM malah di Singapura juga saya buat
perkara demikian bagi menjaga keselamatan keluarga,” ujar Sheikh Haikel
pendek.
DATUK Shah Rukh Khan dan artis Bollywood yang
lain akan menjayakan konsert Temptation Reloaded pada 15 Februari ini di
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Harga tiket untuk konsert yang di beri nama ‘Temptation
Reloaded bersama Datuk Shah Rukh Khan’ itu akan dijual pada harga
RM2,000 untuk tempat duduk jenis Diamond.
Tiket lain boleh didapati dari harga RM1000 sehingga RM100 mengikut barisan tempat duduk yang disediakan.
Lebih menarik, Shah Rukh Khan akan turut membuat persembahan bersama
nama besar lain seperti Madhuri Dixit, Rani Mukerji, Jacqueline
Fernandes, Arijit Singh dan Mr Meiyang Chang.
Konsert ini dibawakan oleh We love Asia dan Hitman Solutions serta
disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Visit
Malaysia 2014.
Turut sama menaja adalah Astro dan Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS).
Untuk maklumat lanjut mengenai konsert dan pembelian tiket boleh layari laman web rasmi Temptation Reloaded.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) mempersoalkan
tindakan pantas Suruhanjaya Komunikasi Media Multimedia (SKMM) menutup
laman Facebook yang dikatakan menghina agama Kristian tetapi lambat
bertindak apabila ia berkaitan agama Islam.
Menurut Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali , agak
menghairankan apabila SKMM tidak bertindak biarpun laporan polis dibuat
terhadap beberapa laman sesawang dan Facebook yang menghina umat Islam
di negara ini.
“Perkasa ingin bertanya kepada SKMM, mengapa begitu cepat
bertindak terhadap akaun Facebook menghina Kristian tetapi tiada satu
pun tindakan diambil terhadap Facebook yang menghina kesucian Islam
walau sudah banyak aduan dibuat,” kata Syed Hassan dalam satu kenyataan
lewat petang tadi di Kuala Lumpur.
Perkasa turut menuntut SKMM agar tidak bersikap memilih dalam
mengambil tindakan terhadap aduan yang dibuat kerana agak mengecewakan
apabila melihat begitu banyak penghinaan terhadap kesucian Islam
sedangkan pihak bertanggungjawab seperti SKMM hanya memandang ringan
mengenai isu tersebut.
“Perkasa menunggu pula reaksi daripada pertubuhan yang memperjuangkan
hak kebebasan bersuara mengapa tidak menyelar SKMM kerana menyekat
kebebasan bersuara apabila laman Facebook tersebut ditutup.
“Adakah mereka juga memilih untuk membuat kritikan? Apabila Islam
dihina dan kita menggesa tindakan diambil maka ia dilihat sebagai
melanggar kebebasan bersuara?” katanya.
Menurut Syed Hassan, Perkasa tetap dengan pendirian menghina agama bukanlah kebebasan bersuara.
“Perbuatan menghina sesuatu agama bukanlah kebebasan bersuara.
Penghina terhadap sesuatu agama wajar dihukum dengan hukuman yang
keras,” katanya.
Hari ini SKMM dilaporkan mengambil tindakan menutup beberapa laman sesawang dan Facebook anti Kristian.
Menurut Pengerusi SKMM Mohamed Sharil Tarmizi, penutupan itu termasuk laman “Semenajung Malaysia Anti Sabah and Sarawak”.
“Kami menghubungi Facebook (pentadbir) dan beberapa laman berkenaan ditutup,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Katanya, siasatan SKMM terhadap laman Facebook berkenaan masih berterusan.
PAS Sabah membuat laporan polis terhadap laman Facebook yang
didaftarkan atas nama “Semenanjung Malaysia Anti Sabah and Sarawak” yang
menghina penganut Kristian dan Malaysia Timur.
Gambar menghina penganut Kristian termasuk seekor katak dipaku ke salib menimbulkan kemarahan warga Sabah dan Sarawak.
Dua ahli politik Sarawak mengeluarkan kenyataan bagi meredakan
kemarahan penduduk Borneo terhadap sentimen anti Kristian dan anti
Malaysia Timur di Semenanjung sambil memberi amaran terhadap cadangan
berpisah daripada Malaysia yang disifatkannya sebagai pengkhianat.
Menteri Kabinet Sarawak Tan Sri Dr James Masing berkata tidak perlu
perbincangan untuk berpisah daripada Malaysia sebagaimana yang pernah
dibangkitkan dalam laman Facebook oleh warga Sabah dan Sarawak.
BAYANGKAN anda seorang wartawan yang sedang membuat liputan mengenai isu yang sedang hangat berlaku di sebuah negara lain.
Secara tiba-tiba, anda pula yang menjadi ‘isu’ di negara tersebut
sehingga setiap gerak langkah anda menjadi perhatian orang sekeliling.
Itulah yang berlaku terhadap wartawan, Daijiro Enami dari Fuji
Television Network, Jepun yang datang ke Thailand untuk membuat liputan
mengenai pergolakan politik di negara itu.
Thailand dilanda kekacauan sejak November lalu apabila penunjuk
perasaan anti kerajaan menuntut Perdana Menterinya, Yingluck Shinawatra
berundur.
Dek kerana kekacakan wajah dan tubuh sasa yang dimilikinya, Daijiro
menjadi tumpuan orang ramai sehingga gambarnya tersebar di laman sosial
Facebook, Twitter dan Instagram.
ORANG ramai menikmati hidangan menu Rakyat 1Malaysia di Restoran Rakyat 1Malaysia di Taman Seri Empangan, Presint 5.
Dengan bayaran serendah RM5, pengunjung restoran itu boleh menikmati
makan tengah hari dengan satu lauk pilihan dan sayur serta minuman yang
disediakan, antara pukul 12 tengah hari hingga 2 petang, bermula hari
ini.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr Aseh Che Mat berkata
inisiatif yang digerakkan oleh PPj dengan kerjasama pengusaha restoran
itu bertujuan membantu orang ramai khususnya penjawat awam yang bekerja
di sini menikmati makan tengah hari yang amat memuaskan pada kadar
bayaran yang cukup berpatutan.
Beliau berkata selain itu enam buah bas disediakan untuk berulang
alik antara Dataran Putrajaya Presint 3 ke restoran berkenaan di Presint
5 untuk perkhidmatan pengangkutan percuma antara pukul 11 pagi dan 3
petang bagi kemudahan orang ramai berkunjung ke restoran itu.
Menurutnya setakat ini hanya restoran di Taman Seri Empangan itu
sahaja yang menawarkan Menu 1Malaysia untuk makan tengah hari di sekitar
Putrajaya, dan pihaknya amat mengalakkan lebih banyak restoran lain di
sini mengambil bahagian dalam menawarkan menu berkenaan kepada orang
ramai.
Di Jepun, Hari Valentine adalah masa di mana para gadis
menghadiahkan cokelat kepada lelaki yang mereka sukai, dikenali sebagai
“honmei choco” atau “cokelat luahan perasaan”.
Biasanya cokelat ini dibuat sendiri oleh si gadis dengan penuh cermat dan rasa cinta.
Bagaimanapun kini, tersebar cara untuk menjadikan lelaki yang disukai
pasti membalas cinta mereka menggunakan cokelat yang dihasilkan itu.
Cara itu pula melibatkan perkara kotor iaitu mencampurkan
darah haid, air ludah atau rambut ke dalam cokelat yang dimasak lalu
diberikan sebagai hadiah.
Ajaran sesat yang mula-mula dikongsikan di laman portal
terkenal Naver Matome ini nyata mendapat perhatian hangat apabila
diulang Tweet lebih 15,000 kali selain disebarkan di portal-portal
internet.
Ramai menganggap perkara ini cuma satu pembohongan tapi bagi
masyarakat Melayu yang mengetahui tentang ‘nasi kangkang’ yang
dihasilkan bagi menjinakkan suami, berita ini mungkin ada asasnya.
Apa pun, para lelaki Jepun sewajarnya berfikir dua kali jika menerima cokelat daripada gadis pada 14 Februari ini. - REM RAMZI
KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis ditahan bagi membantu
siasatan kes anggota cawangan khas yang maut ditembak di Bukit
Persekutuan semalam.
Anggota berkenaan yang juga merupakan rakan setugas mangsa ditahan pada jam 7 malam semalam di Balai Polis Cawangan Travers.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, rakan
setugas mangsa itu akan direman hari ini untuk membantu siasatan
berhubung kejadian terbabit.
“Positif atau negatif dia (rakan) terlibat akan diberitahu
kemudian, motif pembunuhan masih belum dikenal pasti. Suspek kini akan
direman selama tujuh hari bermula hari ini,
“Pistol dan beberapa dokumen lain milik anggota berkenaan
turut dirampas,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan
papan kenyataan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Putrajaya di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati
hari ini.
Dalam kejadian semalam, anggota Cawangan Khas terbabit ditemui mati
dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring
di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan.
Difahamkan, kejadian itu disedari oleh orang awam yang melalui jalan
berkenaan yang kemudian melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan
lanjut kira-kira jam 4.30 petang.
HAI, apalah yang dilakukan oleh seorang guru di Kangar sampai pelakon Ezany Nizariff mengugut mahu membunuhnya?
Azahar Hassan, 43, menerusi Harian Metro berkata, pelakon tersebut mengugutnya melalui status dan gambar yang dimuatnaik di laman Facebook yang berbunyi: ‘WANTED: hidup atau mati, tempang, OKU atau cacat ada imbuhan’.