Terkini ~ 'Sultan Melaka' direman 4 hari ?

Lelaki yang mangaku dirinya 'Sultan Melaka' Noor Jan Tuah, 56 ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rendah, V.Kanasan pada pukul 9.45 pagi di Mahkamah Ayer Keroh di sini.



Selepas perintah tahanan itu dikeluarkan Noor Jan yang berbaju lokap polis berwarna jingga kemudian dibawa anggota polis memasuki van untuk dibawa semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.
Dalam pada itu, kawasan pintu masuk mahkamah juga turut dikawal oleh beberapa anggota polis bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.Namun pengikut-pengikut Noor Jan tidak kelihatan di kawasan mahkamah. - Lapor KOSMO!

GEMPAR ~ PELAJAR UNIMAS HILANG DITEMUI MATI DEKAT KOLEJ KEDIAMAN


Mayat seorang wanita dipercayai penuntut UNIMAS yang dilaporkan hilang ditemui terapung dalam anak sungai berdekatan sebuah kolej kediaman jam 5.20 petang tadi. 

Mayat Siti Najwa Atikah Azhar ditemui penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat selepas kehilangannya diketahui Ahad lalu. 

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, mangsa mungkin meninggal dunia beberapa hari lalu. 

Susulan itu, mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya. - utusan.com.my


Luar Biasa ~ Sungai Berwarna Biru Di Costa Rica (10 Gambar)

Sebuah sungai yang dikenali sebagai 'The Celeste' yang terletak di Taman Negara Tenorio di Guatuso, Alajuela mempunyai air sungai yang berwarna biru.

Hal ini disebabkan oleh tindak balas kimia semulajadi antara sulfur dan kalsium karbonat yang bertindak memberi warna air sungai yang unik ini..Fenomena ini juga mempunyai kaitan dengan aktiviti gunung berapi di negara itu. Jom kita tengok gambar kat bawah..



























Sumber : Drysheet

Awek Cun Di Rogol 2 Pemuda Dan Dibunuh Dipanggang Dengan Kentang

Seorang remaja dibunuh dan dimakan oleh dua orang pemuda. Sebelum dibunuh, Karina ada kemungkinan dirinya diperkosa dulu. Karina Barduchyan, 16 tahun, dikatakan hilang setelah pulang dari sekolah di St. Petersburg. Polis percaya dia dibunuh dan dicincang malam itu juga. Bahagian-bahagian tubuh milik gadis ditemukan di dalam beberapa beg plastik yang dibuang di sekitar kota. Dua beg plastik telah dijumpai di dua tempat yang berbeza. Dua pemuda berumur 19 tahun telah ditangkap kerana kejadian ini.



Karina dikenali oleh dua orang pembunuh itu. Yuri Mozhnov penjual bunga dan Maxim Golovatskikh penjual daging di pasar. Karina dipujuk untuk ke apartment mereka dimana dia kemudian di benamkan ke dalam tub mandi.

Kedua mereka mengatakan memakan daging mangsa kerana kelaparan. Kedua pemuda itu membunuh Karina, kemudian memotong-motong bahagian untuk dipilih yang mana yang akan dimakan. Kemudian, tubuh Karina yang telah di pilih itu dipanggang dengan kentang dan dimakan oleh keduanya tanpa perasaan bersalah. Keduanya sekarang telah ditahan dengan tuduhan membunuh.

Penyiasat mengatakan mereka memutuskan untutk membunuh Karina setelah gadis bertengkar dengan Golovatskikh. Tompokan darah ditemukan di paip air dan lantai apartment. Golovatskikh sendiri mempunyai sejarah sakit jiwa dan pernah dirawat di hospital sakit jiwa.

Serius ~ Gambar Penyiksaan Paling Kejam Dalam Sejarah (5 Gambar)

Gambar penyiksaan ini sangat kejam dan tidak ada perikemanusiaan langsung !! kalau tak kuat jangan lihat..
enam gambar penyiksaan sebenar adalah dibawah...



mula-mula diikat pada tong sampah dan diberi minum minyak tanah

kaki dan tangan diikat pada kayu.

Perutnya ditebuk hidup hidup dengan pencucuk elektrik bervoltan tinggi

Kemudian dia dibiarkan mati...
. Sila Share Kat Facebook,TQ

Manusia makin kejam !! KEJAM !!!

Terkini ~ Syamsul, Puteri Sarah nikah Mac ini

PENYEBARAN dua keping gambar yang menunjukkan ibu kepada pengarah filem, Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail menyarungkan cincin ke jari Puteri Sarah Liyana, akhirnya menjawab segala persoalan mengenai hubungan kedua pelakon ini.

Datuk Yusof Haslam menerusi temu bual bersama Zass mengakui beliau dan isterinya telah merisik Puteri Sarah pada Ahad lalu, di kediaman keluarga Puteri Sarah selepas Zohor.
Katanya, jika tiada aral melintang, Syamsul memilih untuk disatukan dengan gadis pilihannya itu pada Mac ini.

"Syamsul beritahu ibunya dia mahu mengahwini Puteri Sarah dan meminta kami masuk merisik. Setelah perbincangan dilakukan, Insya-ALLAH bulan Februari atau Mac ini mereka akan disatukan.

"Kemungkinan akan diadakan pada Mac. Ini juga merupakan permintaan Syamsul yang mahu menyegerakan majlisnya," ujarnya.

Yusof berkata, beliau tidak kisah siapa pun yang menjadi pilihan anaknya itu dan mendoakan yang terbaik buat mereka.

"Sebagai bapa, saya doakan yang terbaik untuk kehidupan dan perkahwinannya. Kami juga tidak pernah menghalang siapa pun yang menjadi pilihannya waima wanita itu orang putih sekali pun (ketawa). Semoga segala perancangan ini akan berjalan dengan lancar," akhirinya.

Ammar dedah rahsia

Hubungan kedua selebriti ini didedahkan sendiri oleh bekas kekasih Puteri Sarah, Ammar Alfian Aziz yang juga seorang pelakon dan model, kira-kira empat bulan selepas mereka disahkan berpisah.

Ammar mendakwa hubungan Syamsul dan Puteri Sarah mulai rapat sekitar Oktober 2012, biarpun hubungannya dengan Puteri Sarah hanya berakhir pada Disember tahun yang sama.

Ammar dan Puteri Sarah sebelum itu, bercinta selama lima tahun.

Manakala Syamsul dalam temu bual bersama sebuah akhbar juga turut menafikan dia bercinta dengan Puteri Sarah dan mengklasifikasikan hubungan mereka sekadar kawan biasa.

Sementara itu, menerusi sebuah laporan akhbar mingguan pada Mei tahun lalu, Syamsul dan Ammar dilaporkan hampir bertumbuk ketika menyelesaikan masalah yang melanda mereka berdua berkaitan Puteri Sarah.

Namun, dalam segala cerita pahit berkaitan mereka bertiga, Puteri Sarah mengejutkan peminat apabila membuat keputusan untuk bertudung dan meninggalkan industri lakonan bagi mengelakkan dia bersentuhan dengan bukan muhrim.

Bagaimanapun Puteri Sarah dilaporkan tidak keberatan untuk menerima tawaran dalam bidang pengacaraan, asalkan sesuai dengan imej baharunya itu.

Laporan Asal Koongsi

Gempar: Mayat Dipercayai Pelajar UNIMAS Di Temui Berhampiran Kolej Kediaman


Mayat seorang wanita yang ditemui terapung dalam anak sungai berhampiran kolej kediaman dipercayai merupakan penuntut UNIMAS yang telah dilaporkan hilang.

Mayat tersebut dijumpai oleh penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat selepas berita kehilangan pelajar tersebut diketahui Ahad lalu.

Mayat yang dijumpai kira-kira jam 5.20 petang tadi dipercayai mayat Siti Najwa Atikah Bt. Azhar yang hilang dua hari yang lalu.

Anak sungai tempat di mana mayat dikatakan pelajar UNIMAS ditemui

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superitendan Lee Chong Chern berkata mangsa tersebut berkemungkinan telah meninggal dunia beberapa hari lepas.

Susulan daripada penemuan tersebut, mayat dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca utama kematiannya.

Laporan Asal Penselpetik

Gambar Inilah Yang Mencetuskan Kemarahan Ibu Fasha Sandha Terhadap Nora Danish


Baru-baru ini kecoh tentang isu ibu Fasha Sandha mengamuk dengan Nora Danish. Kisahnya bermula apabila Nora Danish memuat naik gambar doa memohon dari Ilahi tentang permohonan perlindungan dari ilmu sihir. Peminat Nora Danish pula mengatakan doa itu ditujukan kepada siapa lagi kalau bukan Fasha Sandha.

Ibu Fasha Sandha

Tuduhan peminat itu membuatkan ibu Fasha Sandha, Hatijah Teh Man berang dan mengamuk di Facebook. Nak tau gambar apa yang mencetuskan kemarahan ibu Fasha Sandha terhadap Nora Danish?



http://my.sharings.cc/p/6hL4z

Komen Ibu Fasha Sandha:




Laporan Asal tidakkalah


KEJAM: Gadis Kilang Campak Bayi Perempuan Dari Tingkat 3




‎’Astaghfirullah Hal Azim’

Gadis kilang campak bayi direman

Seorang ibu muda yang dipercayai tergamak mencampak bayinya hidup-hidup dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari di sini sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan direman bagi membantu siasatan kes perbuatan kejam itu.


tak nak anak..boleh bagi pada rumah anak-anak yatim lg elok...

Gambar HOT Shafnie Zainuddin, bekas isteri AC Mizal, menang kes nafkah



Gambar HOT Shafnie Zainuddin, bekas isteri AC Mizal - Bekas model dan pengacara, Shafnie Zainuddin berjaya dalam tuntutan di Mahkamah Rendah Syariah semalam bagi mengubah perintah nafkah dua anak hasil perkahwinannya dengan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal daripada RM300 kepada RM1,400 sebulan.

Selain itu, Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah juga membenarkan permohonan Shafnie selaku plaintif berhubung tuntutan nafkah tahunan meliputi pakaian, rawatan dan pendidikan termasuk persediaan hari raya sebanyak RM3,000 setahun serta mengekalkan tuntutan nafkah untuk bulan Disember sebanyak RM1,000.

Menurut Abdul Halim, kesemua perintah itu diarah berkuatkuasa mulai bulan ini sehingga kedua-dua remaja tersebut, Muhammad Shafiq Iman, 18, dan adiknya, Muhammad Shabil Iman, 15, mencapai usia 18 tahun atau sampai habis pengajian atau mana yang kemudian.

Dalam prosiding semalam, Shafnie, 38, hadir diwakili peguam syarie Azmi Rais, manakala AC Mizal, 44, gagal hadir dan peguam syarie Aishah Din memaklumkan anak guamnya sedang menjalani penggambaran sehingga Februari. - Kosmo






LAGI PANAS: FASHA SANDHA BALAS DENDAM KERANA IBU DIHINA?

Jika sebelum ini ibu Fasha Sandha, Hatijah Teh Man naik berang gara-gara segelintir peminat Nora Danish yang dikatakan menghentam anaknya berkaitan isu ilmu sihir. Namun kini Fasha pula berang? Kesabaran Fasha seolah-olah dicabar apabila seorang individu tidak bertanggungjawab dipercayai telah menghina ibu Fasha di laman sosial.
fashasandhagemok1
Menerusi komen tersebut, individu berkenaan dilihat membandingkan keperibadian ibu Fasha dengan ibu Nora Danish sambil melibatkan ibu mertua pelakon itu sendiri.
FS
Menerusi komen tersebut, individu berkenaan dilihat membandingkan keperibadian ibu Fasha dengan ibu Nora Danish sambil melibatkan ibu mertua pelakon itu sendiri.
Individu terbabit mula menyampaikan kata-kata negatif berkenaan Fasha dan keluarganya sejak 7 bulan lalu sehinggalah Fasha bertindak membela ibunya sendiri. Mungkin kerana terlampau berang, Fasha kemudiannya mendedahkan nama pemilik akaun laman sosial tersebut berserta gambarnya bersama suami dan anak-anak.

FS2
Akibatnya, wanita pertengahan umur terbabit dipercayai telah memadamkan akaun Instagram miliknya secara serta-merta. Ramai yang menyokong tindakan selebriti ini, namun ada juga yang mempertikaikan perbuatannya kerana menganggap Fasha sengaja membalas dendam dengan memalukan wanita berkenaan. Namun Fasha kembali menjelaskan niatnya berbuat demikian hanya untuk memberi pengajaran sambil mendoakan kesejahteraan wanita berkenaan.
FS1
Dalam pada itu, suami kepada Fasha iaitu Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai turut mempertahankan isterinya kerana menganggap gangguan tersebut sudah melampaui batas hingga dikhuatiri mampu mengganggu keharmonian keluarganya.

Laporan Asal arenasensasi