Lihat Gambar Akbar Shaari, bekas suami pertama Rita Rudaini




Gambar Akbar Shaari, bekas suami pertama Rita Rudaini - Rasanya tak ramai tahu pelakon Rita Rudaini pernah berkahwin dengan pengulas sukan TV3 dikenali Akbar Shaari pada 23 Mei 1999 sebelum mereka berpisah dua tahun kemudian.
Admin ingatkan Aidil Zafuan ialah suami pertama Rita Rudaini. Fakta menarik tentang Akbar Shaari dan Aidil Zafuan, kedua-dua mereka mempunyai pasangan kembar masing-masing dan sama-sama berasal dari Negeri Sembilan.

Biodata Dan Gambar Nelydia Senrose Yang Sedang 'HOT'




Drama lakonan Nelydia Senrose telah ditayangkan di kaca telivision dalam drama bertajuk Setia Hujung Nyawa. Sesiapa yang mengikuti drama ini pasti mengenali Nelydia Senrose bukan?...

Jadi mari kenali Nelydia Senrose dengan lebih mendalam lagi.

Biodata Nelydia Senrose

Nama: Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen

Nama komersial: Nelydia Senrose

Tarikh lahir: 30 Julai 1994

Keluarga: Anak ketiga daripada tujuh beradik

Kacukan: Gadis kacukan Kelantan-Siam

Kerjaya: Pelakon

Akademik: Sekolah Menengah USJ 13, Subang Jaya

PELIK!! ADA SESUATU YANG TAK KENA DENGAN PASANGAN INI.. CUBA PERHATIKAN!!!


Mari berkenalan dengan Arin Andrews, 17 dan Katie Hill, 19. Mereka kelihatan normal namun ada rahsia disebalik senyuman mereka itu.

Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak

Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak | Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.


Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.


Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.

[Video] Lawak, Suami Kena Tampar ‘KOW-KOW’





Apalah masalah lelaki ini hingga ditampar berkali-kali oleh si wanita.
Menurut banyak laman blog, kononnya lelaki tersebut adalah suami wanita berkenaan.

Ada yang kata, suami itu ditampar sehingga 42 kali gara-gara pulang lewat ke rumah, wah betulke?
Mungkin pembaca Tionghua di luar sana boleh kongsi sikit apa yang berlaku.
Gila ‘ganas’ isteri itu kalau memang betul kejadian itu berlaku seperti yang didakwa.
Mau luruh gigi apek ni, hehehehehe….

VIDEO: Emran Sebak, Erra Tenang Di Luar Mahkamah Setelah...

Emran Sebak, Erra Tenang Dan Tidak Tuntut Sebarang Nafkah


Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, kelihatan tenang manakala Engku Emran, 39, sebak ketika melakukan lafaz tersebut.
Pasangan itu terdahulu tiba di mahkamah secara berasingan kira-kira pukul 11.45 pagi.
erra03400
Erra ditemani pelakon Erma Fatima dan Datin Umie Aida dan suami Umie iaitu Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan.
Kemunculan Erra agak mengejutkan apabila dia memakai topeng menutup mukanya.
Pelakon filem Hingga Hujung Nyawa itu memfailkan permohonan cerai dan hak penjagaan anak mereka menerusi peguam syarie, Ahmad Nazib Johari selaku plaintif pada Isnin (semalam).
Manakala Engku Emran diwakili peguam syarie Roslan Sujak Rafiee.

'PaNas' Laman FB Hina Nabi Telah Tukar Nama.. Awas!!!

FacebookMurtads

KELAB Anak Muda Indera Mahkota (KAMI) Rabu membuat laporan polis mengenai sebuah akaun Facebook (FB) yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.
Pengerusi KAMI Muhammad Faiz Hashim berkata, pengendali akaun FB yang dikenali sebagai ‘Murtads in Pantai Timur’ (MPT) terbabit yang mendakwa dirinya telah murtad, turut biadab apabila mengeji Rasulullah.
“Akaun ini disedari pada 17 Feb lepas dan kandungan yang diterbitkan mempunyai unsur-unsur menghina agama Islam selain turut menghina cara pemakaian Islam serta mengutuk mereka yang menutup aurat.
“KAMI sebagai anti pengkhianat Islam berasa tercabar, marah, geram dengan kewujudan akaun FB ini kerana jelas menghina Islam selain bertujuan menghasut masyarakat untuk turut serta murtad,” katanya menurut laporan Bernama.
Muhammad Faiz yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Indera Mahkota di Kuantan hari ini.
Beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap pemilik akaun FB berkenaan yang kini sudah mengumpul lebih 2,000 ‘likes’.
Pemeriksaan lanjut mendapati laman Facebook berkenaan sudah tidak wujud tetapi yang ada ialah Murtads In Kelantan.
Fullscreen capture 1922014 42411 PM
Daripada satu status terkini (Gambar atas) pengendali laman berkenaan, laman sebelum itu telah pun ditutup oleh Facebook dan mereka membuka laman baru dengan mendapat Likes kira-kira 199. - KUMBANG WIRA/Mynewshub.my

'Terlebih Khusyuk Tengok Pengantin' Kereta Rempuk Pokok Pun Tak Perasan!!!

Punya Khusyuk Tengok Pengantin Sampai Kereta Rempuh Pokok!

“Pengantin berada di tempat kemalangan . Eksiden berlaku kerana semua penumpang termasuk pemandu khusyuk memandang pengantin yg sdg keluar dari masjid …” Dikatakan pemandu Viva tersebut adalah girlfriend kepada adik pengantin lelaki
Lokasi : Kemaman, Terengganu
Mereka yang kemalangan baru sahaja balik dari kenduri . Tak sempat nampk pengantin . Bila dah nampak, jadi excited pulak, sampi terlanggar pokok.
Penumpang di sebelah pemandu tersepit dan berjaya dikeluarkan. Semuanya selamat .
Sumber dari rakan WhatsApp Oh! Media.


Punya Khusyuk Tengok Pengantin Sampai Kereta Rempuh Pokok!

1012028_654592977932439_2045698440_n

PELIK TP BENAR!!! Gadis Hamil 6 Bulan Tapi Masih Dara

Seorang gadis disahkan hamil 6 bulan selepas menjalani pemeriksaan, peliknya gadis tersebut mendakwa dia masih belum pernah disentuh dan kedaraannya masih terjaga. Misteri tersebut berlaku di Serdang Bedagai, Sumatera Utara, Indonesia.

Malasari yang ketika itu baru berusia 16 tahun menyatakan tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki. Malasari merupakan anak kedua pasangan Iswanto dan Riyanti.

Ada yang membuat andaian bahawa Malasari hamil akibat pergaulan bebas, namun Malasari menafikannya.”Kami membawanya untuk pemeriksaan di hospital dan mendapati janin terbentuk sudah berusia 25 minggu tetapi selaput daranya masih kekal seperti asal,” kata ibunya.


Kerana masih belum berpuas hati dengan pemeriksaan sebelum ini, Malasari dibawa kembali untuk pemeriksaan kali kedua. Keputusan yang diterima tetap sama.

“Kami menghantarnya untuk membuat pemeriksaan semula dan keputusan yang diterima tetap sama. Tetapi untuk memeriksa selaput daranya kami memerlukan surat dari pihak polis. Namun pihak polis tidak mengeluarkan surat tersebut kerana tiada unsur jenayah,” tambah ibunya.

Malasari menceritakan ketika awal kejadian, dia bermimpi didatangi seorang tua yang memberikannya sebuah kotak sekitar enam bulan sebelum perutnya mula membesar.

Erra Fazira Bongkar Kisah Silam Identiti Bapanya

Buat kali pertama, pelakon, penyanyi dan bekas Ratu Cantik Malaysia, Erra Fazira atau nama sebenar, Fazira Wan Chek mendedahkan siapa bapanya dan apa yang berlaku dalam hubungan mereka. Ia sekali gus menjawab teka-teki ramai yang ingin mengetahui identiti bapanya selama ini.





Erra menyerahkan kepada Astro untuk berkongsi cerita itu dalam komersial raya bertemakan ‘Jalinan Kasih di Aidilfitri’ yang akan ke udara secara eksklusif pada minggu terakhir Ramadan.

Wanita Ditemui Dibunuh Kejam Mayat Digantung Bercoli Dan Seluar Dalam


Penemuan mayat wanita yang tergantung ini, dengan hanya memakai baju dalam dan seluar dalam, benar-benar menggemparkan penduduk sekitar Sungai Choh, Hulu Selangor pagi tadi.

Seorang lelaki yang melalui kawasan ini kira-kira jam 7-50 pagi tadi, pada mulanya menyangkakan ia adalah anak patung dan digantung untuk tujuan gurauan.

Lelaki terbabit pada mulanya melalui kawasan ini sebagai jalan pintas untuk ke stesen Petronas yang terletak kira-kira 100 meter, untuk membeli rokok.

Kawasan ini terletak di atas bukit dan berhampiran rumah penduduk, manakala untuk melalui jalan pintas ini, terpaksa melalui belukar kecil.

13 Foto Luna Maya yang tidak disiarkan pada malam MLM 2013



Secara eksklusif, blog hiburan telah memuatnaik foto juri pasca Maharajalawak Mega 2013 Akhir, Luna Maya dan Nora Danish. Terdapat beberapa keping gambar yang lebih close up Luna Maya yang jelas menampakkan keseksian beliau pada malam itu.


Nora Danish juga tidak kurang hebat dengan menggayakan dressing yang ketat! Namun, apa yang menarik perhatian kami, gaun seksi Luna Maya sebenarnya hadir dengan sehelai selendang merah yang cantik menutup bahagian dadanya. Tapi mengapakah ketika rancangan tersebut berlangsung, selendang tersebut hilang ya? Sengaja mencari publisitikah?

 










Namun, apa yang menarik perhatian kami, gaun seksi Luna Maya sebenarnya hadir dengan sehelai selendang merah yang cantik menutup bahagian dadanya.

Tapi mengapakah ketika rancangan tersebut berlangsung, selendang tersebut hilang ya? Sengaja mencari publisitikah?

Lawak Gila!!! Zoo China Menipu Singa Bertukar Anjing Yang Dijadikan...

Zoo Kantoi Tipu Pengunjung, Ganti Singa Dengan Anjing

Sebuah zoo di Luohe, Henan, China mendapat kecaman hebat selepas disyaki cuba menipu pengunjung dengan menggantikan singa kepada anjing.

Perkara ini kantoi selepas seorang pengunjung yang dikenali sebagai Liu, datang ke zoo berkenaan untuk mengajar anaknya perbezaan bunyi antara binatang.
Liu bagaimanapun terperanjat selepas haiwan di dalam kandang ‘Singa Afrika’ tiba-tiba menyalak.
Selepas dilihat dengan teliti, ternyata ‘singa’ itu sebenarnya anjing baka Tibetan Mastiff yang bersaiz besar dan berbulu panjang.
Hal ini dianggap satu penipuan oleh pihak zoo yang mengenakan bayaran sebanyak 15 Yuan (RM8) ke atas setiap pengunjung yang mahu memasuki zoo tersebut.
- REM RAMZI
Sumber: Euronews.com

Demi Membuktikan Cinta Sejati ' Remaja Sanggup Cium Kaki Awek!!! Apa Dah Jadi Gan Remaja Sekarang ?

Remaja Sanggup Cium Kaki Awek Lambang Cinta

GELENG kepala kami tatkala melihat perlakuan seorang remaja lelaki yang sanggup mencium kaki teman wanitanya sebagai tanda cinta melalui gambar yang tersebar di laman Facebook.

Fuh, habis segala bau masam kaki dihidunya!
remaja
Agak-agaklah kalau hendak tunjuk kemanisan bercinta di laman sosial.
Kalau bertahan sampai kahwin tak mengapalah, tapi kalau putus di tengah jalan macam mana?
Sampai bila-bilalah gambar awak mencium kaki itu tersebar di laman maya ya…
Oleh: ELZA

Kasih Seorang Ibu, Sanggup Lantik Peguam Untuk Membela Yang Membelasahnya Sendiri!!! Anak Yang Tidak Kenang Budi???

Kasih Seorang Ibu, Sanggup Lantik Peguam Untuk Anak Yang Memukulnya...

KOTA BHARU – Balasan buat seorang remaja berusia 19 tahun apabila dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah majistret di sini, semalam, akibat perlakuan jijik menunjukkan aksi lucah pada ibu sendiri, tahun lalu.

Hukuman diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad ke atas tertuduh, Mohammed Nor Alief Abdul Maleq Ab Manan, selepas dia mengaku bersalah.
Tertuduh didakwa pada tuduhan dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan ibunya itu dengan perkataan dan beraksi lucah di hadapan mangsa di bilik tidur sebuah rumah di Taman Intan, Lorong LPP, Lundang di sini, pada jam 8 malam, 20 Disember.
Dia juga dihukum penjara dua tahun selepas mengaku menyebabkan cedera ke atas ibunya yang juga seorang guru berusia 55 tahun itu dengan menggunakan batang kayu penyapu pada jam 6.30 petang, 21 Disember.
Hukuman diarah berkuat kuasa serentak daripada tarikh dia ditahan. Nik Habri dalam keputusannya turut memberi amaran kepada tertuduh bahawa dia akan dikenakan sebat jika perkara sama berulang.
“Perbuatan kamu sangat teruk. Seperti kata pendakwa, tidak tahu apa yang kamu fikirkan sampai sanggup menunjukkan perbuatan yang pelik (lucah) kepada ibu sendiri.
“Kamu wajib meminta maaf dengan ibu kamu. Walaupun dia yang mahukan hukuman penjara ini tetapi dia masih melantik peguam bagi mewakili kamu dan itu bermakna dia masih sayang kamu,” katanya.
Tertuduh diwakili peguam bela, Latifah Ariffin yang memohon hukuman penjara minimum dikenakan berikutan tertuduh sudah menunjukkan rasa insaf dan kesal terhadap kesalahan itu dengan mengaku bersalah.
Mohammed Nor Alief Abdul Maleq ditahan pada 21 Disember 2013 dan kali pertama dihadapkan ke mahkamah pada 24 Disember serta berada dalam tahanan sepanjang tempoh tersebut. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.
Sinar Harian sebelum ini, melaporkan seorang guru menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila menjadi mangsa pukul dan gangguan seksual oleh anak sendiri. Akibatnya, dia mengalami lebam bahagian kiri paha, lengan dan belakang badan. -SINAR HARIAN

SEGERA!!! Sarawak Berhadapan Ancaman Tentera Misuari – Panglima ATM

SEGERA: Sarawak Berhadapan Ancaman Tentera Misuari - Panglima ATM
KUALA LUMPUR – Sarawak berkemungkinan berdepan ancaman gerakan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) pimpinan Nur Misuari yang baru saja mengumumkan akan mewujudkan Republik Bangsamoro.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Zulkefli Mohd Zin berkata, ekoran perkembangan tersebut, Kawasan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dijangka dikembangkan ke negeri Sarawak.
Jelas beliau, walaupun tahap ancaman itu masih rendah namun ATM tetap waspada dalam memastikan kedaulatan negara terjamin.
“Republik Mindanao (Bangsamoro) itu termasuk Pulau Pahlawan termasuk pulau di Sabah dan Sarawak, sebab itu kemungkinan Sarawak akan diancam keselamatannya, maka kita akan perluaskan ESSCOM ke Sarawak sebab kita tidak mahu apa yang berlaku di Sabah Febuari lalu berlaku kepada Sarawak.
“Kita sebagai anggota tentera tidak mahu dipersalahkan pada masa akan datang kerana tidak melihat kemungkinan ancaman itu akan berlaku dan kita melihatnya dengan begitu serius,” kata Zulkefli.
Bagaimanapun Zulkefli berkata, ESSCOM Sarawak dijangka tidak akan melibatkan penggunaan aset utama milik angkatan tentera namun ia akan bergantung kepada keadaan kewangan kerajaan.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media mengenai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2014 yang akan berlangsung 14 hingga 17 April di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Kelmarin Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bagi memperkuatkan lagi kawalan keselamatan di perairan Sarawak, kerajaan sedang menimbangkan cadangan untuk memperkenalkan kawasan keselamatan khas menyamai Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM), di bumi Kenyalang itu.
Katanya, kawasan keselamatan khas di Sarawak itu akan meningkatkan kawalan keselamatan terhadap operasi minyak dan gas di perairan Sarawak itu yang amat penting kepada ekonomi negara.
Sarawak merupakan diantara pengeluar terbesar minyak dan gas Malaysia.
“Ia akan melibatkan kerjasama dengan syarikat-syarikat minyak dan gas yang beroperasi di perairan Sarawak. Petronas, Shell dan Esso memiliki pelantar-pelantar minyak yang beroperasi di tengah-tengah lautan.
“Mereka membelanjakan berbillion ringgit untuk memastikan keselamatan kakitangan mereka,” katanya.