16 Jasad Ditemui Dalam Keadaan Sempurna

Segamat: “Ketika hayatnya, arwah bapa saudara tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa berjemaah di surau atau masjid walaupun dalam keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

“Pernah sekali dia diusung ke masjid untuk solat berjemaah walaupun dinasihatkan supaya hanya untuk bersolat di rumah,” kata Azli Lisot, 49.




Azli waris kepada Allahyarham Rahmat Raub, 65, yang jasadnya antara 16 jasad didapati masih berkeadaan sempurna ketika kerja menggali dan memindahkan 150 kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini, dilakukan.

Azli yang berada di tanah perkuburan sejak 6 November lalu untuk melihat proses penggalian dan pengebumian semula dilakukan berkata arwah bapa saudaranya itu meninggal dunia pada 2006 akibat sakit tua.

“Saya terkejut apabila mendapati jasad arwah masih dalam keadaan baik. Arwah adalah imam surau di kampung ini dan sentiasa berjemaah di surau atau masjid.

Lagi Kisah Sadis ~ Mayat bayi di tandas masjid

KANGAR: Jemaah di Masjid Alwi di sini gempar selepas salah seorang daripada mereka menjumpai mayat bayi perempuan cukup sifat dibuang di tepi lubang tandas lelaki di masjid berkenaan kira-kira jam 7 pagi tadi.
Mayat bayi yang dijumpai di dalam tandas lelaki di masjid Alwi. FOTO Ihsan PDRM
Dalam kejadian itu, Harian Metro difahamkan jemaah lelaki berkenaan baru selesai mengerjakan solat subuh berjemaah di situ dan pergi ke tandas berkenaan sebelum ternampak mayat bayi tersebut diletakkan bersebelahan lubang tandas di situ.
Dia kemudian memaklumkannya kepada pihak pengurusan masjid yang selepas itu memeriksa keadaan bayi yang sudah tidak bernyawa ketika ditemui.

Mereka kemudian memaklumkannya kepada pihak polis sebelum polis daripada bahagian forensik memeriksa lokasi kejadian termasuk bayi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, bayi masih basah bertali pusat dipercayai baru sahaja diletakkan di situ dan dilahirkan beberapa jam sebelum itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.
Lapaoran Asal hmetro

FENOMENA SALJI DI INDONESIA DAN FILIPINA KEJUTKAN SAINTIS


Kehadiran salji di Mesir dan beberapa negara arab lain mendapat perhatian seluruh dunia. Vietnam juga turut dilanda salji.ringan di sebahagian negaranya.  

Sebenarnya Indonesia juga pernah dilanda salji pada 10 Ogos tahun lalu (2013). Ia berlaku lebih awal daripada apa yang berlaku di Mesir, dan Vietnam.

Adakah ini petanda yang bakal membenarkan kajian yang menyatakan daratan akan berpindah arah.

Ramai menduga perkara aneh ini adalah petanda kiamat. Imam Masjidil haram tidak ketinggalan tetapi hujah yang dikeluarkan oleh imam masjidil haram itu disangkal Dr Asri. Dr Asri menyatakan negara arab yang dimaksudkan dalam hadis rasul ialah negara-negara di Semenanjung Arab.

Kanada pula dilanda salji tebal di bahagian utara negara tersebut. Sekeping gambar menunjukkan salji yang berketebalan sekurang-kurangnya 30 kaki di kiri dan kanan sebuah jalanraya.

Amerika pada masa yang sama mengalami cuaca sejuk melampau dengan suhu negatif 50darjah Celcius di beberapa tempat. Niagara Fall membeku. Tasik Michigan menjadi lautan ais.

Ramai mendakwa perkara aneh ini adalah petanda kiamat. Imam Masjidil haram tidak ketinggalan tetapi hujah yang dikeluarkan oleh imam masjidil haram itu disangkal Dr Asri. Dr Asri menyatakan negara arab yang dimaksudkan dalam hadis rasul ialah negara-negara di Semenanjung Arab.





Susulan Kes bunuh kanak-kanak di Dungun, ibu mangsa turut ditahan

KUALA LUMPUR: Polis yakin dapat menyelesaikan kes penemuan mayat kanak-kanak berusia dua tahun di Paka, Dungun, dalam tempoh terdekat berikutan penahanan tiga suspek selain ibu mangsa, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek utama yang juga teman lelaki ibu mangsa berusia 25 tahun, ditahan di Kuala Paka jam 3.30 petang semalam.

IBU mangsa diiringi anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk memberi keterangan.

“Polis mencari lelaki ini sejak 18 Januari lalu iaitu sejurus laporan polis dibuat oleh ibu mangsa yang berusia 27 tahun mengenai kehilangan anaknya.
“Susulan penahanan ibu mangsa juga, kita mendapat tahu laporan dibuat sebelum ini adalah palsu dan wanita itu mendakwa dia dipaksa berbohong oleh suspek utama,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, sebentar tadi.
Manoharan berkata, ketika ditahan, semua suspek dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah.
“Kita percaya semua suspek termasuk ibu mangsa terbabit dengan dadah dan turut menjadi pengedar secara kecil-kecilan,” katanya.

10 STATUS DI FACEBOOK YANG SANGAT MENJENGKELKAN

Pernahkan anda terbaca status yang menjengkelkan di Facebook? Kadang-kala status yang ditulis oleh sesetengah rakan kita di Facebook agak menjengkelkan sehingga kita hide atauunfriend individu tersebut. Perkara ini selalu terjadi pada penulis dan bila sudah menyampah, apa lagi terus unfriend. Senang, habis cerita.


Kami senaraikan antara status di Facebook yang boleh menyampahkan dan menjengkelkan orang ramai



1. Check in kat pusat beli belah dengan status ‘shopping untuk hilangkan stress’ atau ‘ahhh hari-hari shopping, habislah duit’. Pelik individu sebegini, semuanya mahu ditulis. Tidak tahu apa tujuan mereka, tapi yang lebih teruk lagi bila ambil gambar beg plastikshopping dan tayang jenama, malah ada yang tayang tanda harga.

2. Apabila individu tangkap gambar sendiri seperti buat muka comel baru bangun tidur, mulut dimuncungkan dengan caption ‘muka baru bangun tidur, tanpa mekap, mata sembap sebab tak cukup tidur’. Mungkin individu tersebut mahukan perhatian sebab itu sampai tulis status sedemikian malah harapkan orang komen seperti ‘eh u still nampak comel la, nampak muda la dari umur sebenar’. 

3. Apabila individu yang asyik ambil gambar anak dan tulis status seperti ‘alahai anak mama makin nakal, suka sepahkan rumah’, masalahnya setiap hari update status pasal anak, anak dan anak. Anak makan, anak baru lepas mandi, anak sedang tidur, kiranya setiap perbuatan si anak mahu tulis di Facebook.

4. Ada juga individu yang sempat check in di hospital dan tulis status berbunyi ‘ayat sendu suruh doakan anak, suami, saudara mara’, yang peliknya sempat pula update status di Facebook bila keadaan genting berlaku. Tak logik betul!

5. Setiap pagi mesti ada individu yang sempat ambil gambar pegang stereng kereta danupdate status seperti ‘jalan jem lagi hari ni’ atau ‘letihlah hari-hari macam ni’, sebenarnya apa tujuan mereka tulis status sedemikian. Mungkin mereka ini inginkan perhatian.

6. Ada juga individu yang kerap kali update status tetapi masalahnya ialah penggunaan bahasa yang kurang difahami, bahasa pelat. Sebagai contoh ‘sayang jadi syunk’, ‘kita jadi kitew atau itew’, ‘makan jadi mamam’, rupanya jadi upenye’. Rosak bahasa kalau terus begini.

7. Bila individu yang sentiasa update status berkaitan hal kerohanian contohnya seperti‘alhamdullillah hari ni rezeki melimpah ruah, semoga hari esok juga begitu’, ‘setiap hari ada saja dugaannya, kuatkanlah diriku ini’. Kiranya begitulah bunyi status. Masalahnya, bila ada yang komen, individu tersebut tidak mahu beritahu pula apa yang berlaku, sedangkan status punyalah. Hurmmm…

8. Bila ada individu yang update status seperti ambil gambar makanan siap captionberbunyi ‘hari ni masak telur goreng dengan sardin saja, syukur nikmat’, alahai macam ini pun ada juga rupanya. Hurmmm.

9. Ada juga status seperti check in di tempat percutian yang agak mewah seperti luar negara dan update ‘best giler tempat ni, nyaman dan tenteram je’ atau status update check in setiap kali ke sesuatu tempat. Boleh dikatakan agak menjengkelkan pada orang yang membacanya. Bila anda update sebegini, ada orang yang berpendapat anda hanya mahu menunjuk sahaja. Jadi, hentikanlah.

10. Berbalik pada status check in di pusat beli belah, ini pula individu yang suka updatestatus ambil gambar koleksi barang peribadi seperti baju, kasut, aksesori, beg tangan dan tulis ‘terima kasih sang boyfriend sebab habiskan duit kat i’, ‘kesian teman lelaki i keje penat-penat, i tukang habiskan duit dia’. Pernah bukan? Yang jadi menjengkelkan ialah bila anda ambil gambar barang peribadi dan tulis teman lelaki, orang jadi menyampah bila baca.


Mungkin anda boleh kongsikan antara status yang anda rasa agak menjengkelkan dan tidak patut berada di Facebook.

Polis buru orang pertama sebar gambar Nursyafiqah di internet

KUALA LUMPUR: Pihak polis sedang memburu individu pertama yang disyaki menyebarkan gambar mayat kanak-kanak berusia dua tahun yang ditemui mati di dalam sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu semalam.
Nursyafiqah Abdullah
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan ketika dihubungi menafikan gambar datangnya dari sumber polis dan mengutuk keras perbuatan yang dianggap tidak sensitif oleh individu terbabit.
Gambar itu turut mendapat kritikan ramai di laman sosial sejurus ia dimuat-naikkan.
“Kami tidak tahu identiti orang pertama yang menyebarkan foto itu di media sosial. Kemungkinan orang yang mengambil gambar tersebut sampai ke tempat kejadian lebih awal daripada pihak polis. Kami tidak pasti. Kami masih sedang menyiasat,” Manoharan memberitahu Astro AWANI.
Nursyafiqah Abdullah yang dilaporkan hilang sejak 17 Januari lalu, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang.
Ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, sebelum itu dilaporkan meninggalkan kanak-kanak itu didalam keretanya yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka.
Apabila dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang.
Rabiatul Adawiyah yang membuat laporan polis kemudiannya, memberitahu pihak polis yang dia pernah mendapat ugutan bunuh sebelum ini.
Tindakan penyebaran foto kanak-kanak itu di laman media sosial dipersoalkan oleh banyak pihak termasuk mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Musa berkata perbuatan itu menunjukkan orang yang menyebarkannya tiada perasaan dan suka dengan keganasan.
Laporan Asal suarainsan