Pelik ! Lelaki Jual Janggut Dengan Harga RM2.9 Juta

Jual Janggut RM2.9 Juta
SYDNEY – Seorang lelaki Australia menyokong kempen kesedaran kanser kulit dengan cara yang tersendiri menjual janggutnya dengan harga A$1 juta (RM2.94 juta).
Scott Maggs atau lebih dikenali sebagai Jimmy Niggles, mula menyimpan janggut ‘luar biasanya’ selepas rakan karibnya, Wes Bonny meninggal dunia akibat melanoma (sejenis kanser kulit) di lehernya yang merebak ke otak ketika baru berusia 26 tahun.
“Kami selalu melakukan aktiviti bersama, pergi ke pantai, bermain bola sepak dan tenis bersama.
“Apabila dia mengetahui dia menghidap melanoma di lehernya, dia mencukur janggutnya dan menyangka dia akan merasa lebih baik untuk seketika. Semuanya berlaku begitu pantas,” kata Jimmy.
Walaupun kisah mengenai Wes digunakan dalam iklan kempen kesedaran kanser kulit di televisyen Australia, Jimmy mahu melakukan sesuatu yang lebih lagi untuk menyedarkan orang ramai mengenai penyakit berkenaan.
“Selepas Wes meninggal dunia, saya mengambil keputusan melakukan sesuatu bagi menyampaikan mesej mengenai kanser kulit yang boleh menyerang sesiapapun. “Sebelum ini, tidak ada sesiapa yang menyimpan janggut. Saya dan beberapa rakan membuat keputusan melakukannya dan apabila ada yang bertanya mengenainya, kami akan menceritakan kisah Wes,” kata Jimmy.
Inisiatif “This Is Beard”, mendorong Jimmy berkempen, termasuk di kawasan pantai, mengajak mereka berjanji melakukan pemeriksaan kulit sebelum bergambar bersama mereka.
Di samping itu, orang ramai di seluruh dunia menghantar gambar mereka menyimpan janggut dalam usaha menyokong kempen berkenaan.
Jimmy menyifatkan janggut sebagai ‘aset paling berharga buat lelaki.’ “Bukan sahaja sebagai lambang maskulin dan karya seni yang berada pada kelasnya yang tersendiri, janggut ini sudah dan akan terus menyelamatkan banyak nyawa,” kata Jimmy ketika dalam satu temu bual. – AFP

Gempar ! Peserta Rancangan Realiti Bunuh Diri Dengan Mengantung Dirinya..

gambar hiasan
Seoul – Penonton di Korea Selatan dikejutkan dengan tindakan seorang peserta rancangan realiti `Jjak’ yang menggantung dirinya kerana dia merasakan rancangan itu membuatkan dia tidak popular.
Wanita berusia 29 tahun itu, yang dikenali sebagai Chun mengambil bahagian dalam rancangan untuk mencari jodoh dan ditemui mati pada Rabu lalu.
Dia meninggal dunia ketika lokasi penggambaran diadakan di Pulau Jeju.
Mayat Chun ditemui bersama sekeping nota yang menyatakan bahawa dia enggan hidup lagi.
Menurut ibunya, Chun memberitahu bahawa dia lebih rela meninggalkan Korea Selatan daripada membiarkan rancangan itu keudara.
Dia juga mengadu kepada rakan-rakannya bahawa dalam rancangan itu dia digambarkan sebagai wanita tragik dengan banyak adegan yang menunjukkan dia keseorangan.
Susulan kematian Chun, program berkenaan yang sepatutnya disiarkan malam tadi dibatalkan dan meskipun mereka memohon maaf kepada keluarga Chun, ia enggan bertanggungjawab terhadap kematian wanita itu.
Rancangan Jjak merupakan rancangan paling popular di Korea Selatan dan ia meletakkan 10 lelaki dan wanita di dalam satu rumah selama seminggu.
Aktiviti mereka difilemkan dan formatnya ialah setiap peserta perlu melakukan cabaran yang diberikan dengan harapan mereka akan mendapat pasangan pada penghujung rancangan.
* Gambar Hiasan

Ainan Tasneem, Kini Kemalangan Kali Ketiga !

Ainan Tasneem Kemalangan Kali Ketiga?


Penyanyi Ainan Tasneem dikhabarkan sekali lagi mengalami kemalangan jalan raya baru-baru ini.
Ainan Tasneem Kemalangan Jalan Raya (Lagi?)
Kejadian dikatakan berlaku di jalan menuju kolej kediaman Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Wang Ulu, Sungai Batu Pahat, Perlis.
Susulan itu gambar beberapa kenderaan termasuk kereta perodua MyVi terbalik yang dikatakan milik Ainan Tasneem mula beredar di laman siber.

Panas ! Guru Wanita Buat Gigitan Cinta Pada Murid 13 Tahun!

Guru Wanita Buat Gigitan Cinta Pada Murid 13 Tahun
Harapkan cikgu, cikgu makan murid.
Di Singapura seorang guru wanita sekolah rendah berusia 42 tahun didapati bersalah melakukan aksi berahi membabitkan muridnya yang baru berusia 13 tahun.
Guru terbabit didakwa beberapa kali mencium bibir murid terbabit selain meninggalkan ‘gigitan cinta’ pada tengkuk dan bahu mangsa.
Akhbar New Strait Times melaporkan, guru yang dirahsiakan identitinya kerana dibimbangi boleh terkait dengan identiti mangsa telah beberapa kali keluar janji temu dengan murid tersebut sejak awal 2012, ketika mangsa berusia 12 tahun lagi.
Dia mula mengenali mangsa kerana anak lelakinya turut bermain bola sepak dalam pasukan sama, selain mengajar tarian Melayu kepada dua kakak mangsa.
Pada penghujung 2012, mangsa dikatakan sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk sarapan pagi bersama guru tersebut di McDonald Nanyang Technological University.
Setelah itu, mereka sama-sama menaiki bas ke taman berhampiran. Di sinilah mangsa dicium dan diberikan gigitan cinta sebelum dibawa pergi menonton wayang di Clementi Mall.
Pada Oktober 2013, guru terbabit didakwa mengulangi perbuatannya di Botanical Garden diikuti keesokan harinya di Sentosa, begitu juga pada tarikh 13 November 2013.
Perbuatan keji itu hanya terbongkar selepas ibu mangsa yang tujuh tahun lebih muda daripada guru terbabit  terlihat gigitan cinta di leher anaknya pada 14 November. Setelah didesak anaknya menceritakan apa telah berlaku.
Sebaik mengetahuinya, ibu mangsa membuat laporan di sekolah dan balai polis.
Ketika perbicaraan suami guru tersebut dan ahli keluarganya yang lain turut hadir dan menenangkannya yang kelihatan bersedih.
Keputusan akan diumumkan 19 Februari ini. Sabit kesalahan, guru terbabit boleh didenda SD10,000 dan lima tahun penjara. - REM RAMZI
Sumber: STOMP SG

Kantoi ! Murid Tahun Tiga Hisap Ganja

ganja

SONORA – Polis di bandar di tengah California ini melancarkan siasatan bagi mengenal pasti bagaimana tiga murid tahun tiga yang ditangkap menghisap ganja memperoleh dadah itu.
Ketua polis Sonora, Mark Stinson berkata, murid berusia lapan dan sembilan tahun itu ditangkap menghisap ganja oleh seorang murid lain di Sekolah Rendah Sonora minggu lalu.
Superintenden Leigh Shampain memberitahu KPIX-TV, murid itu menghisap dadah itu dalam tandas sekolah.
Murid yang melihat perbuatan mereka memberitahu kakitangan sekolah yang kemudiannya menghubungi polis.
Mereka diikat jamin oleh ibu bapa masing-masing.
Mark berkata, pihaknya kini berusaha untuk mengenal pasti kemungkinan ada orang yang membekal dadah itu kepada murid terbabit. – AP

ZALIM ! Seorang Bapa Tergamak Cucuh Anu Anak Dengan Bara Rokok

Dera

Ampang – Dua kanak-kanak cedera teruk di beberapa anggota badan termasuk seorang daripadanya dicucuh bara rokok pada kemaluan akibat deraan bapa kandung dalam dua kejadian berasingan yang dikesan polis di Tasik Permai dan Tasik Tambahan, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian di Tasik Permai, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun didera bapanya dipercayai sejak lebih setahun lalu dan ibunya turut merahsiakan perkara itu kerana bimbang dicederakan jika membuat aduan kepada pihak berkuasa.
Sumber polis berkata, kejadian itu hanya terbongkar selepas seorang jiran yang simpati nekad membawa mangsa ke Hospital Ampang (HA) jam 5 petang kelmarin.
Menurutnya, wanita berusia 40-an itu memberanikan diri membawa mangsa ke HA biarpun pada mulanya usaha itu dihalang ibu kanak-kanak terbabit kerana bimbang menimbulkan kemarahan suaminya.
“Jiran itu bertindak demikian selepas kasihan melihat penderitaan mangsa yang cedera teruk kerana sering didera bapanya dipercayai sejak setahun lalu. – myMetro Online

Apa Hak Kamu Untuk Pakai Fesyen Celoreng? : Orang Awam Dilarang Pakai Seluar Fesyen Celoreng ATM..


Apa Hak Kamu Untuk Pakai Fesyen Celoreng? : Orang Awam Dilarang Pakai

Artikel ni kami share daripada Page The Real Black Daggers, apa pandangan korang?

Disclaimer : Artikel ini tidak mewakili pendapat peribadi terbakor.com Ia adalah perkongsian sepenuhnya daripada link sumber yang disebutkan. Terima kasih. Bukan kami yang tulis ye. Kami hanya inginkan pendapat dari pembaca semua tentang isu ini. Dari segi pandangan kami, rasanya penjualan fesyen macam ni dah banyak sangat kat pasaran. Dan kami sebenarnya tak setuju pun dengan penulis artikel yang emo ni.

BERPESEN TAK KENA GAYA..

pasukan Tentera Darat Malaysia, sebagai tunjang utama kekuatan pertahanan negara kini sudah mencapai usia 81 tahun.kalau orang..dah nampak kedut dan bongkoknya..naumn kaya dengan pengalamannya. namun sebagai satu pasukan..usia 81 tahun makin mematang dan memantapkan TD sebagai satu pasukan yg mengalami evolusi penuh wibawa. dari satu nukleus pasukan kecil anak muda yg hanya bersenjatakan SLR, ia kini satu ketumbukan dengan kekuatan hampir 100,000 org dgn 18 kor dan pelbagai aset strategik.kehebatannya..meski ditidakkan oleh warga sendiri..teraku oleh pasukan2 asing yg jauh dilabel lebih hebat..nak pula pasukan gerakhas yg menimpa nama sebagai satu pasukan strategik penting yg mengharumkan nama negara di pelbagai pelosok dunia.namun kecemerlangan itu tidak datang dengan harga yg murah.utk menyarung uniform penuh kebanggaan itu bukanlah sesuatu yg mudah.uniform yg hanya dibuat dr kain berharga sekitar RM20 semeter..namun nilainya tak tergambar dengan kata2. tanyalah mana2 anggota sekalipun..walau sekadar di mulut mereka mengutuk..dalam hati mereka telah terdidik dengan rasa hormat terhadap uniform tersebut..terutamanya uniform loreng. rasa bangga..rasa meremang bulu roma..semuanya termaktub dek kehormatan yg datang bersama2 uniform tersebut.kenapa?kerana di uniform itu tersimpan kpd rahsia yg takkan difahami oleh orang awam. kod disiplin yg membentuk jati diri dan tunjang kekuatan sebenar..kod persaudaraan yg tidak terbentuk dari hubungan darah..sebaliknya hubungan akrab sesama pasukan..takkan mungkin dapat difahami oleh mereka yg tiada pendedahan.

Seluar Fesyen Celoreng ATM
sayangnya.dalam kita menyambut ulangtahun yg menyaksikan kemantapan pasukan ini menginjak ke dimensi baru..ada makhluk2 tidak bertanggungjawab dengan sengaja melacurkan warna ini dengan pelbagai alasan.antaranya adalah fesyen. pelbagai corak pakaian baru direkabentuk menggunakan warna kebanggan kita ini..menjadi pakaiaan2 yg langsung tidak mencerminkan semangat jati diri yg terkandung dalam warna tersebut. kita diajar memakai pakaian ini dengan cara yg sangat tertib..dan ketertiban itu membentuk disiplin diri kita.nak pakai uniform..mata MP dan RSM tajam memerhatikan setiap inci..samada ianya dipakai betul atau tak..dan yg pakai..adalah mereka yg telahpun sain mati atau dlm erti kata lain..sain demi perkhidmatan kpd negara.uniform itu dipakai bukan utk suka2..ia membawa bersamanya tanggungjawab yg amat besar. klu ikut konvensyen geneva..yg pakai loreng ni..dalam perang..ada hak utk ditembak tanpa soal atas andaian dia adalah anggota tentera.itu belum kira keperitan yg kita lalui demi pakaian itu..segala latihan..operasi..semuanya diikat pd warna loreng tersebut.

tapi..dapat kpd makhluk2 ni?warna kebanggan itu kini dah jadi legging ketat yg menampakkan lurah punggung..atau baju ketat yg menampakkan lurah dada..atau segala macam fesyen yg kadangkala tak masuk dek akal.kalau diperhatikan..macam nak tercabut jantung membayangkan..warna itu digunakan sbg sebahagian drpd uniform ciptaan baru.anggota kita pakai legging masuk operasi?atau pakai skirt dugong masuk pejabat?aduhh..
ianya satu trend yg dimulakan oleh golongan berpengaruh besar..terutamanya artis.tanpa pemahaman..mereka menggunakan uniform tersebut dengan cara yg cukup janggal..loreng dikenakan dengan kasut tumit tinggi misalnya.semuanya dihalalkan atas alasan mereka adalah artis yg berpengaruh besar.ia kemudian dikembangkan pula dengan pak2 pondan yg menggunakan uniform tentera dan pasukan keselamatan lain sebagai asas ciptaan fesyen mereka yg semakin lama semakin hilang akal bentuknya…dan digayakan dengan galaknya pula oleh makin ramai artis.ia berkembang dan sekarang..tanpa soal..ramai yg mengikut.mungkin pakaian ala tentera menjadi trend sekian lama..tetapi kenapa dalam nak mencipta fesyen2 tak tentu arah sebegini..warna pasukan negara yg dipilih? terbaru..warna loreng tiger woodlands camo 2000 dan digital loreng baru.anggota sendiri belum dapat edaran pakaian..uniform digital baru tersebut serta fabriknya boleh didapati dengan selamba di pasaran terbuka.yang menjual..jual tanpa 2 3 kali kira..yg design..suka2 hati taruk rekabentuk ikut suka.apakah begitu murahnya harga uniform kita?

dimana ketirisannya?apa yg sedang berlaku sebenarnya?salah seorg rakan admin memberitahu..dia telah terjumpa lubuk fabrik uniform di sebuah kedai..semua warna ada.dari pasukan TD hinggalah pasukan keselamatan lain..malah yg belum dipublish pun sudah ada stoknya?amboi..mudahnya?dan ia boleh dibeli dengan senang..dan bawalah pergi ke designer2 pondan yg tak tau tanggungjawab..nak fesyen apa cakap saja.perbuatan ini sudah semakin berleluasa.bila tidak dibendung..natijahnya mungkin kita tak terfikir. ada di kalangan yg membuat rekaan sebegini..tidak langsung rasa bersalah.malah bermacam alasan diberikan demi menghalalkan tindakan mereka yg terang2 menghina pasukan keselamatan negara.alasan utama?mereka golongan berpengauh..banyak duit..ada kedudukan.maka mereka bebas melakukan apa saja..walaupun meletakan maruah pasukan keselamatan di bawah tapak kaki mereka.sedihnya..tindakan sebegini disokong pula oleh sesetengah golongan.

UMUM ! SURAT MURTAD SITI KASSIM PERLU DIDEDAHKAN



Penafian Siti Kassim bahawa dirinya murtad telah memaksa orang ramai berfikir adakah benar dia sudah memeluk agama Kristian tanpa menukar identiti Melayu di dalam kad pengenalan sepertimana kes Lina Joy ?

Hari ini, ketika Mahkamah Persekutuan sedang mendengar permohonan gereja Katolik mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan, ‘The Herald’ dalam versi bahasa Malaysia, Siti Kassim muncul dengan memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekelian alam.’

“Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim.

“Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini.

“Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan kita, manusia,” kata Siti Kassim dilaporkan Agendadaily.


Siti Kassim (bertanda bulat) atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim adalah anggota LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) ‘Seksualiti Merdeka’ yang bernaung di bawah Comango (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR).

Turut kelihatan bersamanya adalah salah seorang lagi aktivis LGBT (bertanda bulat), salah seorang daripada 5 aktivis LGBT yang pernah memohon semakan kehakiman pada tahun 2012 berkenaan larangan pihaknya mengadakan program tahunan Seksualiti Merdeka di negara ini.

Portal Malaysiakini, menamakan 5 aktivis itu adalah Pang Khee Teik, Angela Marianne Kuga Thas, S Thilaga Socky Pillai, Siti Zabedah Kasim dan Md Nor Ismat Selamat (juga dikenali sebagai Michelle Nor Ismat) yang diwakili oleh peguam Honey Tan Lay Ean yang juga merupakan jurucakap Comango.



Anggota Comango
Selain Honey Tan, bertanda bulat, duduk di barisan hadapan (lihat gambar di atas) sekurang-kurang tiga lagi aktivis LGBT (bertanda bulat) yang berada dalam Comango.

Gempar ! Panti Asuhan Diserbu – Kes Dera, Seksa Anak Yatim

0603PantiAsuhan01

HANYA kerana seorang penghuni di sebuah rumah anak yatim atau digelar Panti Asuhan Samuel di Indonesia, barulah orang ramai dan pihak berkuasa mengetahui bahawa penghuni di dalamnya hidup terseksa.
Rumah berkenaan yang terletak di Banten Indonesia diserbu pihak berkuasa Indonesia minggu lepas apabila menerima laporan wujud perbuatan mendera anak-anak yatim serta penyelewengan berlaku di rumah itu.
Premis itu sudah pun beroperasi sejak tahun 2001 dan ia diusahakan oleh Pastor Samuel dan isterinya.
Di dalam Blog Serius, dipaparkan beberapa keping gambar keadaan rumah anak yatim berkenaan yang begitu menyedihkan, kotor, daif dan pakaian kotor dilihat bersepah di merata-rata tempat.
0603PantiAsuhan02
Selain di blog, di laman Youtube juga terdapat video pendedahan oleh penghuni rumah berkenaan yang memakai topeng kerana melindungi identiti mereka di dalam sebuah rancangan televisyen di Indonesia mendedahkan apa sebenar berlaku di dalam rumah berkenaan.
Menurut kanak-kanak itu, mereka sering dipukul kerana cuba melarikan diri dari rumah itu yang jika dilihat lebih mirip kepada penjara daripada berupa rumah perlindungan untuk anak yatim.
Kanak-kanak yang mendiami rumah itu sering dihidangkan dengan makanan yang sudah basi dan rosak dan akan dihukum tidur di dalam sangkar anjing sekiranya didapati gagal mengikut arahan.
Kesemua 17 orang anak yatim, penghuni malang di dalam rumah itu kini sudah pun diselamatkan pihak berkuasa Indonesia. – MYNEWSHUB.MY

Pelik ! Ibu Askar Terima Cek Satu Sen

Cek


Montreal – Menteri Pertahanan Kanada semalam memohon maaf kepada ibu seorang askar yang menerima cek bernilai satu sen sebagai ‘bayaran pelepasan’ tiga tahun selepas anaknya membunuh diri.
Rob Nicholson menyalahkan kesilapan birokratik yang tidak sensitif mengakibatkan bayaran tidak munasabah itu dibuat kepada keluarga Justin Stark, 22.
Stark membunuh diri pada 2011 selepas pulang daripada tugasan selama tujuh bulan di Afghanistan.
“Saya akan mengambil langkah segera untuk memastikan perkara seumpama ini tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Perkara itu turut dikutuk ahli parlimen pembangkang, Wayne Marston.
“Cukuplah apa dilalui ibu Stark, memang kejadian ini tidak masuk akal langsung,” katanya. – AFP

Komen Chef Wan Kes Pelakon Hanez Suraya Sangat Pedas ! ‘ Jantan Jahat Akan Bertemu Betina Yang Tak Senonoh Juga’ – Chef Wan

Chef Wan Komen 'Pedas' Kes Hanez Suraya
HA, jangan ingat Chef Wan hanya tahu komen mengenai makanan sahaja ya!
Ternyata dia juga mengikuti perkembangan kes pelakon Hanez Suraya.
Kami kongsikan komennya menerusi akaun Instagramnya hari ini:
Chef Wan Komen 'Pedas' Kes Hanez Suraya
“Wow sedeh baca cerita pergolakan Rumah tangga mereka ini. Ramai these days yg bermain api diakhirnya terjerat diri sendiri. Kesian isteri yg menjadi mangsa dgn anak2..bukan sekali buat hal dah banyak kali and i loved the honesty of his wive. Mana yg suka berfoya foya lagi tu tak usah la berumah Tangga lagi.
Jangan hancur kan hati seorang Wanita dan Anak2. Yang si Betina pun gatal dah tahu laki orang masih mau bermain api. Berdolak dalik macam main Drama minggu ini jugak for what? These is the sad world today where there is no respect for others..
Many times i come across so many of my close friends going to the same shit over and over again.Tambahan Anak2 muda sekarang pantang ada duit sikit laki orang pun mereka nak sapu kerana gila nak hidup senang.I am always a shoulder for them to cry on and share their problems. My advice is always the same…Cerai kan and Move on as no one deserved to live unhappy and worst to be treated mcm sampah and worst physically abused.
I also have noticed that what goes around will come back in this world.Jantan2 yg jahat juga kebanyakan akan nanti bertemu dgn betina2 yg tak senonoh juga.Kawin la 10 kali pun jika perangai kita tu macam musibat juga as i have adviced both my children too in the end will all end up to a unhappy marriage. Yang menjadi Mangsa anak2 la yg have to suffer.”
Fuh, memang pedas kata-kata Chef Wan umpama masak lemak cili api!
Apa pun, mungkin ramai para pembaca di luar sana mengakui kebenaran di sebalik kata-katanya itu, betul tak?
Oleh: ELZA
(Kredit: Instagram Chef Wan)

Semakin Panas Kes Dari Sweeden !!! Shalwati Mendakwa Anak-Anaknya Berbohong Secara Terang-Terangan

Dari Mahkamah Sweden: Anak- Anak Saya Bohong Terang-Terangan, Dakwa Shalwati

STOCKHOLM – Ibu kepada kanak-kanak Malaysia yang dibicarakan di Sweden kerana memukul anak-anaknya, membuka aib keluarga di mahkamah kerana anak-anaknya bukan sahaja mempunyai kapasiti untuk berbohong tetapi memang berniat untuk berbuat demikian.
Shalwati Nurshal menafikan semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dengan berkata semua insiden yang dibangkitkan oleh anak-anaknya semasa temu bual bersama polis adalah disebabkan kekeliruan, sikap keterlaluan dalam beberapa kes dan pembohongan secara terang-terangan.
Ketika ditanya peguam Johan Kallus, yang mewakili kanak-kanak tersebut, sekiranya semua insiden tersebut adalah bohong, Shalwati mengakui hujah-hujah itu adalah berdasarkan kisah benar tetapi anak-anaknya memperbesarkan cerita dengan menggunakan perkataan keganasan.
Sweden telah mengharamkan hukuman pukul terhadap kanak-kanak sejak 1979 dan ini bermakna Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin berdepan sehingga enam tahun penjara jika didapati bersalah memukul anak-anak mereka.
Shalwati mendedahkan anak keduanya, Ammar, merupakan seorang yang sukakan perhatian dan kecewa kerana rakan-rakannya disekolah cenderung untuk meminggirkannya.
“Ammar tidak matang, dia fikir boleh jadi popular, terkenal, jika dia memberitahu rakan-rakannya dia dipukul di rumah.
“Apa lagi yang anda perlukan,” kata Shalwati, sambil menitiskan air matanya.
Ibu kepada empat orang anak itu turut mengulas bagaimana anak bongsunya, Ariff, tidak menyebut perkataan dipukul ketika sesi temu bual pertama dengan polis tetapi mengubah ceritanya dalam satu temu bual beberapa minggu kemudian.
“Dia mengagumi Ammar dan dipengaruhi oleh abang-abangnya. Lakaran rotan yang dilukisnya untuk polis adalah sesuatu yang sempurna, yang digunakan untuk memukul belakang Ammar ketika di Afrika Selatan,” kata Shalwati.
Peguam Shalwati, Kristofer Stahre bertanya jika anak sulungnya, Aishah mempunyai kapasiti untuk berbohong, memperlihatkan keluhan panjang daripada wanita itu.
Shalwati berkata Aishah mempunyai kecenderungan untuk berbohong bagi menutup perkara yang memalukannya sama seperti bagaimana Aishah berbohong mengenai tindakan dia mencuri coklat ketika dia cuba berdiet, dua tahun lalu.
Mengenai anak ketiganya, Adam, Shalwati berkata, dia mempunyai kecenderungan untuk menjadi keliru apabila disoal kerana dia mempunyai masalah pemahaman.
“Dalam temu bual itu, dia kelihatan keliru, dia tidak boleh mengingat tarikh dan menyebabkan pegawai-pegawai itu salah faham. Ia amat menyedihkan sebenarnya,” kata Shalwati.
Pada 10 Februari lalu, Shalwati dan Azizul didakwa diatas kesalahan pelanggaran hak integriti kanak-kanak dengan memukul dan mendera mereka.
Kesalahan-kesalahan tersebut didakwa berlaku di rumah keluarganya di Spånga, pinggir bandar Stockholm, antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.
Perbicaraan disambung pada 10 Mac ini.