Kemesraan Pasangan Tidak Sedar Kantoi ‘Projek’ Di Gurney Plaza.. Dirakam

Pasangan Kantoi 'Projek' Di Gurney Plaza
Dikatakan, gambar ini dirakamkan CCTV di sekitar pasaraya Gurney Plaza, Pulau Pinang.
Sekiranya benar, ini adalah satu pengajaran buat pasangan di luar sana yang tidak menjaga batas pergaulan agar beringat.
Mungkin masa melakukan pekara tidak bermoral anda sangka tiada siapa melihat, tapi hakikatnya Allah SWT Maha Mengetahui.
Kalau dah kantoi macam ini siapa yang malu?
Fikir-fikirkan dan bawa bertaubat… - REM RAMZI
Sumber: Utaranews.com

JOM TENGOK CARA PELAJAR JEPUN HABISKAN MASA DI SEKOLAH.. LAWAK !!!

jepun2

Siapa yang cakap pergi sekolah merupakan perkara yang paling membosankan dalam dunia?

Bermacam-macam cara yang dilakukan pelajar di sebuah sekolah di Jepun dalam menghabiskan masa rehat mereka ketika hari persekolahan.
Antaranya mereka bermain di loker simpanan buku seperti memasukkan kepala, memanjat loker, mengeringkan seluar dalam dengan menggunakan ‘hair dryer’ dan pelbagai lagi aksi pelik yang dilakukan.
Hai, macam-macam pe’el, asalkan perbuatan mereka tidak mendatangkan bahaya dan mengancam keselamatan sudahlah ya.
jepun
jepun1
jepun2
jepun3
jepun4
Oleh: AUDREY LEE

Segera ! Aishah Mengaku Dirinya Tak Rapat Dengan Ibu Bapa Mereka..

Aishah Mengaku Tak Rapat Dengan Ibu Bapa

STOCKHOLM: Anak perempuan pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana didakwa memukul anak-anak mereka mengaku berasa terasing daripada ibu bapanya dan sering memikirkan ibu saudaranya sebagai ibu kandungnya yang sebenar.

“Saya rapat dengan adik-beradik perempuan ibu saya, saya rasa mereka seperti ibu saya yang sebenar. Saya tidak berasa dekat dengan ibu sebenar saya,” kata Aishah.
Ketika mendengarnya, ibunya, Shalwati Nurshal membetulkan tempat duduknya, manakala bapanya, Azizul Raheem Awalluddin memandang ke bawah dan menyapu bahagian dahinya dengan ibu jari.
Ibu bapa Aishah telah ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas anak sulung mereka, Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia telah dipukul.
Apabila ditanya jika dia menyukai ayahnya, Aishah berkata dia juga tidak rapat dengan bapanya dan lebih suka bersendirian di dalam bilik.
Dalam rakaman temubual yang dijalankan sebelum ini dan ditunjukkan di mahkamah daerah Solna pada Selasa, Aishah mengimbas kembali pergaduhan dengan ibunya disebabkan pakaian yang dibelikan ibu saudaranya untuk Aishah.
“Pada suatu masa, makcik saya membelikan saya seluar jeans, dan ibu berkata sepatutnya harganya perlulah di bawah RM50.
“Tetapi saya mendapat dua pasang seluar jeans dengan harga sekitar RM100, jadi ibu memarahi saya dengan mengatakan ia terlalu mahal,” kata Aishah.
Ditanya bagaimana perasannya, Aishah berkata dia berasa ‘marah dan sedih’, sambil mengoyak kertas tisu yang diletakkan di atas meja temubual.
Dalam satu temu bual sebelum ini, Aishah berkata kesemua adik-beradiknya mahu tinggal dengan ibu saudara mereka di Malaysia, selepas dihantar ke rumah keluarga angkat di Sweden.
Aishah dan adik-beradiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, telah diletakkan dalam jagaan ibu saudara mereka, Shalena Hisham Makhzan dan suaminya Nik Farid Nik Abdullah sebaik sahaja mereka kembali ke Malaysia pada 1 Februari.
Fullscreen capture 2272014 10014 PM
Mereka kini telah bersekolah dan tinggal di Kota Bharu, Kelantan. – MSTAR

Segera ! Gadis 16 Tahun Jual Diri Dengan Harga RM5 Je Untuk Aksi-Aksi Ringan..



KUANTAN - Hanya bermodalkan satu tin gam berharga tidak sampai RM5, mana-mana lelaki boleh menikmati tubuh seorang gadis berusia 16 tahun yang sering berkeliaran di bandar ini dengan tujuan mahu mencari sesiapa yang boleh membekalkan bahan mengkhayalkan itu kepadanya.

Bukan setakat ringan-ringan, malah gadis yang sering dilihat mundar-mandir di Jalan Pasar dan Medan Warisan di sini, mudah dibawa ke mana saja termasuk ke ranjang asalkan ketagihannya terhadap gam dapat dihilangkan.
Berikutan ‘populariti’ gadis itu yang digelar ‘Minah Gam Ringan-Ringan’ oleh orang ramai yang mengenalinya..

Agak mengejutkan apabila mendapati dia bukanlah selekeh seperti digambarkan, malah mempunyai wajah agak menawan serta pandai bergaya, sekali gus langsung tidak menggambarkan dirinya penagih gam tegar.

Dalam perbualan dengan gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Alia, dia mengaku tidak kisah dibawa ke mana saja asal diberi satu tin gam untuk melepaskan ketagihan manakala bayaran sekadar RM50 memadai jika ingin menidurinya.

“Kebiasaannya lelaki mengajak saya ke pusat karaoke di sekitar bandar ini kerana di situ agak selamat serta lebih terlindung daripada pandangan orang ramai.

“Tapi kalau di karaoke cuma boleh ringan-ringan sajalah, nak lebih daripada itu kenalah bayar tip sikit dan carilah tempat lebih sesuai,” katanya selamba.

Apabila ditanya mengenai latar belakang termasuk keluarga serta persekolahannya, Alia enggan menjawab dan mula menunjukkan rasa kurang senang, namun Harian Metro difahamkan dia sudah berhenti sekolah sejak ibu bapanya bercerai.

Ditanya sejak bila dia mula menagih gam, Alia cuma menggeleng-gelengkan kepala, namun memberitahu dia melakukan perkara itu hanya sekadar suka-suka.

Sementara itu, Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuantan, Mohd Aluwi Din mengakui pihaknya ada menerima maklumat mengenai beberapa kes membabitkan gadis seperti Alia. “Ada antara mereka sudah berjaya kami pujuk dan rujuk ke Bahagian Kaunseling untuk mengikuti proses pemulihan.

Kita perlu membantu golongan yang ketagihan gam ini, bukannya menghukum mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, kebanyakan remaja yang terbabit dengan kegiatan menghidu gam yang dirujuk ke AADK dibawa keluarga sendiri namun ada juga ditangkap ketika operasi dijalankan agensi berkenaan.

“Mereka diberi kaunseling selain menyediakan aktiviti berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan supaya pulih daripada kesan menghidu gam yang boleh menjejaskan otak dan melemahkan ingatan.
“Ibu bapa yang menyedari anak mereka terjebak kegiatan menghidu gam tidak perlu malu untuk membawa remaja berkenaan kepada AADK supaya mereka dapat menjalani program pemulihan,” katanya.

Aluwi berkata, jika terlalu ketagih, penghidu gam akan hilang pertimbangan malah sehingga menjejaskan otak seterusnya menjadi gila, justeru tidak hairan sekiranya remaja perempuan yang menghidu gam boleh bertindak melampaui batas seperti menyerahkan kehormatan diri dan sebagainya.

Pemakaian penjawat awam semakin terdedah dan menampakkan tubuh badan walaupun mengenakan jubah pada hari jumaat. Hari Mulia Bagi Umat Islam !!!

Pakaian penjawat awam mencolok mata? itulah yang menjadi isu dalam keluaran akhbar hari ini dalam ruangan Forum Bharian daripada kiriman pembaca bernama Shab Yaa berasal daripada Seremban.
Beliau mendakwa pemakaian penjawat awam semakin terdedah dan menampakkan tubuh badan walaupun mengenakan jubah pada hari jumaat. Beliau turut menyarankan Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) mengkaji semula pemakaian yang dikenakan ramai penjawat awam ketika ini.
Apa kata penjawat awam dan masyarakat umum? adakah dakwaan ini berasas? Sudah tentu penjawat awam yang membaca artikel ini ada jawapannya!

Jom ikuti artikel yang dihantar oleh Shab Yaa yang mempertikaikan pemakaian penjawat awam yang beliau dakwa mencolok mata dibawah:

Klik Pada Gambar Untuk Text Lebih Jelas Di Baca


Sumber: suarainsan

Pelajar Perempuan Tingkatan 3 Dibelasah Teruk.. Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun diserang lima pelajar perempuan tingkatan lima di hadapan sekolah !!!



Hanya kerana didakwa tidak menghormati pelajar lebih senior, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun diserang lima pelajar perempuan tingkatan lima di hadapan sebuah sekolah, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari itu, mangsa yang sedang menunggu ibunya menjemput untuk pulang ke rumah terkejut apabila tiba-tiba didatangi lima remaja terbabit yang terus bertindak memarahi dan memaki hamunnya.

Menurut sumber, remaja itu kemudian mula mengepung mangsa sebelum memukulnya dan mangsa dipercayai melawan untuk mempertahankan diri.

“Bagaimanapun tindakan mangsa itu gagal kerana jumlah mereka yang ramai menyebabkan dia ditendang di kaki, perut, disepak dan ditumbuk bertubi-tubi.

“Pelajar lain di lokasi kejadian hanya memerhati dan tidak berani membantu mangsa,” katanya.
Sumber berkata, selepas membelasah mangsa, remaja terbabit memberi amaran dan mengugut supaya dia tidak menceritakan perbuatan mereka kepada guru dan ahli keluarganya.

“Jika mangsa berdegil mereka akan menyerangnya dengan lebih teruk sebelum beredar.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam di beberapa bahagian badan, lapor Hmetro.

PANAS-PANAS ! Amboi, Geram Tengok Artis Veteran Malaya Sosial Sakan.. Makin Tua Makin Menjadi-jadi ?

 
Inilah artis kita Azizah Mahzan dan Zaefrul Nordin. Mereka nih dah boleh dikatakan orang lama dalam Industri Hiburan Tanah Air Malaysia. Orang lama tapi masih seksi, mengancam dan menawan.  Jika kita melihat gambar diatas nih, seolah-olah "payudara" digenggam jeeee.....Kamera Trick kot..

Admin tak nak banyak cakap, Anda nilai sendiri melalui gambar-gambar di bawah..


































Ketahui Punca Sebenar Kematian “Luka Yang Kelar Di Leher” Oleh Pembantu Rumah !!!

Hospital Sahkan Punca Kematian "Incised Wound To The Neck"
KUALA LUMPUR – Kematian pembantu rumah warga Indonesia dan dua kanak-kanak di Taman Sri Putra, Sungai Buloh di sini malam semalam adalah akibat “luka kelaran di leher”.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang berkata perkara itu dimaklumkan kepada polis setelah proses bedah siasat selesai dijalankan pihak Hospital Sungai Buloh pukul 8 malam tadi.
“Pihak hospital juga mengesahkan pembantu rumah berumur 30 tahun itu membunuh diri kerana terdapat tanda-tanda awal cubaan membunuh diri seperti kesan-kesan tikaman pada bahagian badan hadapan si mati.
“Terdapat juga tiga kesan luka pada bahagian tepi leher kanan wanita itu sebelum dia membunuh diri dengan mengelar leher sendiri,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.
Dalam kejadian sekitar pukul 8 pagi hingga 6 petang semalam, dua kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan dan lima tahun maut dipercayai dikelar pembantu rumah mereka sebelum dia membunuh diri.
BACA: Dua Kanak-Kanak Lelaki Mati Dikelar, Pembantu Rumah Bunuh Diri
Kejadian itu diketahui kira-kira pukul 6 petang selepas nenek mangsa pulang ke rumah.
Dia menjumpai mayat cucunya yang berusia setahun enam bulan dan pembantu rumah warga Indonesia di bilik pembantu rumah, manakala seorang lagi dijumpai di tingkat atas.
Junaidi berkata tiada sebarang kesan pecah masuk dan empat anjing peliharaan keluarga berkenaan tidak menyalak ketika kejadian berlaku. – BERNAMA

PANAS ! MAS Dikritik Lagi Oleh Che Zam Pula Dah !!! .. Digelar ‘Makanan Hospital’ lagi

2602MasKritik01


SUDAHLAH mengalami kerugian kira-kira RM1 Bilion baru-baru ini, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) terus dirundung malang apabila menerima lagi kritikan daripada chef terkenal dari Malaysia.
Kali ini kritikan diterima dari Chef Zam di laman Instagramnya dengan melabelkan makanan yang disajikan di dalam pesawat MAS itu sebagai ‘makanan hospital’.
Menu yang jadi mangsa kritikan kali ini ialah masakan Asam Pedas yang dikutuk Chef Zam tanpa kewujudan ikan.
Chef Zam turut mengkritik ketiadaan makanan pencuci mulut seperti coklat atau sebagainya dan keadaan nasinya yang dikatakan lembik.
Recently Updated75
“Ada sesuatu yang tidak kena dengan makanan yang dihidangkan MAS dalam pesawat mereka. Ia adalah amat memalukan bukan sahaja kepada penumpang penerbangan domestik tetapi juga penerbangan antarabangsa. Bagaimana anda boleh mempromosikan Malaysia sebagai syurga makanan apabila hidangan pertama yang disaksikan mereka seteruk ini?
“Adalah amat memalukan apabila melihat usaha kerajaan contohnya Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Tourism Malaysia yang membelanjakan berjuta-juta ringgit wang pembayar cukai untuk mempromosikan makanan Malaysia kepada dunia,” katanya di laman Instagramnya chef_zam.
Kritikan terbaru ini menjadikan makanan sajian dalam pesawat MAS telah dikritik tiga kali dalam tempoh beberapa bulan oleh dua chef iaitu Chef Wan dan Chef Zam. Satu lagi kritikan hadir daripada seorang Aktivis Sosial iaitu Josh Hong mengenai Nasi Lemak.
Sebelum itu, Chef Wan turut mengkritik menu Nasi Lemak sajian MAS dalam penerbangan ke Bangkok dan mengatakan ia seperti ‘telanjang’.
Pihak pengurusan MAS sepatutnya mula mengambil serius kritikan-kritikan seperti ini yang dilihat semakin kerap muncul dilakukan secara terbuka di laman sosial.
Penulis teruja nak menunggu apa pula iklan balasan dari Air Asia tentang isu Asam Pedas ini.  – MYNEWSHUB.MY
Oleh : IBNU K

Gempak ! Jiran Yang Mempunyai Nafsu Sonsang, Budak Jadi Mangsa !!!

DSC043371-300x225


KEPALA BATAS – Tidak tahan menjadi pemuas nafsu jirannya, seorang kanak-kanak mengadu perkara itu kepada ibunya yang kemudian membawa kepada pembongkaran ‘hobi songsang’ lelaki terbabit yang meliwat mangsa dalam beberapa kejadian sejak setahun lalu.
Berang dengan perkara itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Tasek Gelugor di sini, berhubung aduan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu sebelum suspek ditahan di tempat kerjanya di Prai, kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.
Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 47 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu tinggal di Kulim, Kedah, bagaimanapun suspek akan mengambil peluang meliwat mangsa ketika pulang ke rumah ibunya di Padang Menora.
“Mangsa tinggal bersebelahan rumah ibu suspek dan berikutan itu, lelaki terbabit menggunakan peluang itu melepaskan giannya tanpa dicurigai keluarga kanak-kanak itu,” katanya. – Harian Metro

Game Punya Pasal ! Teman Wanita Yang Menawan Tengah Goda Pun Tidak Dilayanya, Sayang Nak Tinggal Game ?

Ini memang benar kerana di dunia ini memang adalah manusia macam ini. Langsung tidak menghargai apa yang ada di sekeliling mereka. hahaha






PANAS-PANAS ! Pembaca Berita Astro Awani Kantoi Tak Pakai Bra??



Agak kelakar juga bunyi tajuk di atas kan. Apatah lagi ia berlaku ke atas pembaca berita Astro Awani. Takkanlah pembaca berita tak pakai bra kut. hmmm… apa apa pun, anda lihat gambar-gambar berikut dan nilaikan sendiri.







Pandangan kami, kami rasa ia adalah disebabkan lipatan atau design baju tersebut pada bahagian dada pembaca berita tersebut. Mungkin kerana lipatan itu begitu menonjol di tempat yang tidak sepatutnya hingga menimbulkan kontroversi. Mungkin lepas ni mereka perlu lebih sensitif dalam pemilihan jenis baju.

AL-KISAH ! GADIS DI KAMPUNG INI HANYA AKAN BERKAHWIN DENGAN 'PILOT' SAHAJA



Perkahwinan yang didasarkan pada mencari jodoh oleh ibu bapa ala kisah Siti Nurbaya ternyata bukan sekadar legenda atau dongeng. Hal tersebut masih boleh ditemui di Dusun Kalukue, Desa Tamangapa, Daerah Ma'rang, Bahagian Pangkep, Sulawesi Selatan.
Gilanya, gadis-gadis belia ini dinikahkan oleh ibu bapa dalam keadaan masih di bawah umur. Mereka harus menurut pada calon suami pilihan ibu bapa.

Kalau mereka tidak mahu biasanya ditakut-takuti, "nanti kamu tidak laku-laku, atau akan jadi perawan tua".

Salah satu ibu rumah tangga tempatan yang berusia 19 tahun dan berkahwin semasa masih berusia 15 tahun, Halimah, ketika ditanya sama ada dia saat itu memang tidak suka kepada lelaki pilihan ibu bapa, Halima langsung mengangguk-angguk. "Ya, enggak berani melawan ibu bapa," tuturnya.

Halima yang kini sudah mempunyai satu anak itu bertutur, gadis-gadis seusianya saat itu hanya boleh berkahwin dengan "pilot" alias pilihan ibu bapa. Jirannya, Farida, menambah bahawa dirinya malah sudah dinikahkan ketika baru lulus SD. farida kini mempunyai 5 orang anak.

Perkahwinan ala Siti Nurbaya rupanya juga berlaku di dusun jirannya, yakni Dusun Kasuarang, masih di Desa Tamangapa.



Desa Tamangapa sebenarnya terkenal dengan sebutan "Desa organik". Ini kerana ibu-ibu di kampung ini gemar dan amat bersemangat melaksanakan sesuai tanam dengan cara organik alias tidak memakai baja kimia atau pembasmi perosak racun perosak.

"Cewek-cewek di sini juga sering dibilang 'lelaki organik'. Ini kerana mereka asli, enggak dandan menor kayak orang bandar. Cantik asli, enggak pakai gincu, bedak," kelakar Nurhaidah, seorang ibu rumah tangga.

Keadaan ini boleh dilawan apabila pendidikan bagi kaum perempuan disana boleh ditingkatkan sehingga mereka mempunyai kepakaran sehingga mengukuhkan kedudukan tawar mereka terhadap kaum lelaki. - LainDariYangLain

PANAS ! APA NAK JADI DENGAN PELAJAR ZAMAN SEKARANG!!! DAH TAK TAHU MALU.. BUDAK SEKOLAH LAYAN S*KSS TEPI JALAN


Macam - macam perangai budak-budak sekolah sekarang. Ada budak sekolah bertudung yang berani melakukan seks di tempat terbuka. Diorang ni nak jadi pornstar ke ape? Keruntuhan moral budak-budak sekolah sekarang dilihat semakin ketara, nampaknya sistem pendidikan di Malaysia tidak berkesan untuk mendidik akhlak sesetengah pelajar di Malaysia ini sehingga ada yang bertindak melampaui batas.


GEMPAR ! Jenazah Lengkap Dikafan Ditinggal Di Tepi Jalan

Jenazah Lengkap Dikafan Ditinggal Di Tepi Jalan

BUKIT MERTAJAM – Kekecohan telah tercetus bilamana satu jenazah yang telah lengkap dikafankan telah ditemui ditepi jalan di Bukit Minyak, Bukit Mertajam pagi ini.
22
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah berkata ia ditemui oleh seorang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 8.45 pagi dengan kepala dan kaki mayat diikat dan ianya dipercayai mayat seorang lelaki warga asing.

“Keadaan mayat seperti sudah dikafan. Ia masih dalam keadaan sempurna, tidak berpakaian dan mulutnya berbuih. Kita percaya mungkin lelaki itu baru mati,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati ditempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ.
Tiada sebarang dokumen ditemui bersama mayat yang kemudiannya dihantar ke hospital untuk mengenal pasti punca kematian mangsa, katanya.
“Tiada sebarang kesan kecederaan di badan mayat dan tiada unsur jenayah. Kes disiasat sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan lanjut  masih dijalankan,” katanya. – BERNAMA