SELEPAS kecoh dengan video ‘gila-gila’nya, terbaru nama Sharifah Sakinah sekali lagi dikecam akibat gemar berkongsi gambarnya di Instagram melakukan senaman dengan menggenakan pakaian yang seksi untuk tontonan umum.
Mengulas mengenai perkara itu, Sakinah mengakui kadang kala dia sengaja memuat naik gambar-gambar ‘panas’ untuk melihat reaksi segelintir manusia yang gemar bergaduh antara satu sama lain hanya atas sebab tersendiri.
Menurutnya yang dipetik dalam Metro Ahad, “kadangkala saya sengaja memuat naik foto tertentu untuk melihat ‘lagak’ segelintir manusa yang bergaduh antara satu sama lain hanya atas sebab tersendiri”.
“Saya juga tidak pernah memadam atau menghalang mana-mana akaun peminat yang mengutuk kerana menganggap itu hak peribadi mereka,” jelas adik Sharifah Norhaslinda dan Sharifah Shahirah ini lagi.
Baguslah kalau Sakinah sentiasa berfikiran positif dalam hidupnya, tapi mana komen yang baik itu perlulah juga diambil berat untuk kebaikan dirinya sendiri juga kan.
Oleh: AUDREY LEE