Wanpa Nafi Reka ‘Jumpsuit’ Neelofa…Kami Hanya Tolong Pakaikan!

Wanpa Nafi Reka 'Jumpsuit' Merah Jambu Neelofa
PEREKA duo yang kini sedang mengukir nama di persada fesyen Malaysia, Wanpa menafikan bahawa pakaian rona merah jambu yang digayakan oleh Neelofa ketika mengacarakan Anugerah Meletop Era (AME) direka oleh mereka.
Ketika di awal pembukaan AME, Neelofa menggayakan sebuah ‘jumpsuit’ berwarna merah jambu terang. Busana tersebut mendapat kritikan di laman sosial dan ramai beranggapan busana itu melekap di susuk tubuh dan menampakkan bentuk badan Neelofa, malahan ada juga pihak yang ‘nakal’ menyamakan baju tersebut dengan kostum karakter ‘Power Rangers’.
“Busana tersebut bukan kami yang reka dan buat. Umum tahu, Neelofa baru sahaja pulang dari Los Angeles, Amerika Syarikat. Saya pula baru pulang dari Jepun. Kami diberitahu oleh Neelofa mengenai busana tersebut pada Khamis yang lalu, jadi kami menolak untuk membuat pakaian tersebut kerana kesuntukan masa.

Irfan Bekas Pemain JDT GAGAL Hadir Sumpah AL-Quran Pasukan T-Team

Irfan Bekas Pemain JDT GAGAL Hadir Sumpah AL-Quran
KETIKA penolong jurulatih, Azlan Johar dan pemain tengah T-Team, Khairan Ezuan Razali melafazkan sumpah di depan al-Quran, di Kuala Terengganu, ketiadaan tonggak simpanan, Muhammad Irfan Abdul Ghani, menjadi tanda tanya.
Malam tadi, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengotakan janjinya apabila menyaksikan pemain dan pegawai T-Team bersumpah di depan al-Quran di sebuah hotel, di sini.
Bagaimanapun, Irfan yang menjadi tumpuan berikutan kenyataan mengejutnya dengan mendakwa kejadian itu tidak berlaku, gagal hadir dalam majlis berkenaan walaupun diminta berbuat sedemikian.
Majlis angkat sumpah yang didahului Azlan turut disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat; Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, pemain dan pegawai T-Team dan Terengganu.
Dalam sumpahnya itu, Azlan menyatakan insiden pemain import, Evaldo Rodrigues ditumbuk dalam terowong Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada malam 1 Februari lalu, adalah benar dan dia tidak berbohong.
Begitu juga dengan Khairan yang turut menyatakan insiden terbabit memang berlaku.
Sementara itu, Ahmad berkata, majlis angkat sumpah bertujuan membuktikan kenyataan pemain dan pegawai T-Team adalah benar.
“Sumpah ini penting bagi membuktikan keterangan daripada pemain dan pegawai T-Team adalah benar kerana implikasi daripada sumpah ini sungguh besar.
“Sumpah ini juga dibuat kerana sudah timbul dua pendapat berbeza daripada T-Team dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT).
“Apatah lagi dakwaan juga dibuat pertahanan T-Team iaitu Irfan. Terpulang kepada Johor DT sama ada akan turut bersumpah atau sebaliknya, yang penting kita buat.
“Bagi membuktikan siapa yang benar dan siapa yang bersalah, dengan cara bersumpah ini dapat membuktikan kebenaran berkaitan insiden terowong di Larkin itu,” katanya pada Majlis Menteri Besar bersama pemain dan pegawai T-Team dan Terengganu
.
Mengenai Irfan, beliau harap pemain itu datang bersumpah membuktikan kenyataan yang dikeluarkan adalah benar sebagaimana yang dinyatakan dalam siding media sebelum ini.

“Jika pemain dan pegawai T-Team sanggup bersumpah, saya mengharapkan pemain itu melakukan sumpah untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia dia tidak berbohong,” katanya.

Lagi Kes Remaja Perempuan TOREH Lengan Bukti Sayang Pada Pakwe…

Sedap Toreh Lengan Walau Tahu Kerja Bodoh
SEBELUM ini kami pernah kongsikan tindakan remaja mengelar lengan sendiri guna pisau sebab mahukan perhatian teman lelaki.
Ini pula, tindakan lebih kurang serupa seorang lagi remaja yang hanyut di alam percintaan.
BACA: Kelar Lengan Kemudian Tag Pakwe Di Facebook
Walaupun tahu ia satu tindakan bodoh, remaja ini tetap gigih menahan sakit mencacah lengan sendiri kerana baginya tangan itu hak dia.
Amboi, pandai-pandai je dakwa tangan itu milik diri sendiri kan?
Untuk pengetahuan adik tangan itu amanah Tuhan jadi jawablah sendiri bila ditanya di akhirat nanti apa dah dibuat pada amanah itu.
Bawalah banyak-banyak istighfar dan ingat sama ibu bapa yang telah membesar dan melahirkan anda selama ni.
Penat-penat bela sampai dah besar, senang-senang je nak korbankan diri untuk manusia yang baru dikenali setahun dua?
Kasihanlah pada mak ayah anda oi. - REM RAMZI

GAMBAR: Sting Tumpaskan Sindiket Dadah, Rampas Dadah Bernilai RM3 Juta

GAMBAR: Sting Tumpaskan Sindiket Dadah, Rampas Dadah Bernilai RM3 Juta
KUALA LUMPUR – Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman berjaya menumpaskan dua sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah yang didalangi warga tempatan dan warga asing, Februari tahun ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dengan tertumpasnya dua sindiket tersebut polis menganggarkan nilai keseluruhan dadah yang berjaya dirampas bernilai RM3 juta.
“Polis turut berjaya menahan seramai 11 orang ahli sindiket pengedaran dadah yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan tempatan serta enam lelaki dan seorang warganegara Iran dalam serbuan yang dijalankan oleh Sting.
“Turut dibongkar adalah dua buah makmal memproses dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, Selasa.
Beliau berkata, antara jenis dadah yang dirampas merupakan 11.7 kg kristal syabu, 11.6 kg cecair syabu, 3.5 kg heroin, 1,100 biji pil ekstasi, 4.6 kg serbuk ephedrine dan 7.9 kg serbuk bahan kimia secara keseluruhannya.

Lelaki HINA Thaipusam Ditangkap – Ketua Polis Negara

PETALING JAYA - Lelaki yang didakwa memuat naik kenyataan berunsur hasutan di Facebook berhubung sambutan Thaipusam baru-baru ini ditahan pada Isnin.  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi twitnya mengesahkan mengenai tangkapan berkenaan.  "Akhirnya ‘MAN NANBLAST’ yang muat kata-kata berunsur hasutan semasa upacara Thaipusam tempoh hari berjaya ditangkap tadi @PDRMsia," tulis beliau di Twitter.  Bagimanapun maklumat lanjut mengenai tangkapan itu masih belum diperolehi.  Sebelum ini, pengguna Facebook yang menggunakan nama samaran 'Man Namblast' menulis di statusnya ketika sambutan Thaipusan pada 17 Januari lalu berbunyi: "Berpuluh ribu syaitan sedang berarak menaiki tangga Batu Cave."  Sekurang-kurangnya 178 laporan polis dibuat pada hari hari berikutnya.  Khalid sebelum ini dilaporkan berkata bahawa pihak polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti pemilik akaun Facebook berkenaan.
PETALING JAYA – Lelaki yang didakwa memuat naik kenyataan berunsur hasutan di Facebook berhubung sambutan Thaipusam baru-baru ini ditahan pada Isnin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi twitnya mengesahkan mengenai tangkapan berkenaan.
“Akhirnya ‘MAN NANBLAST’ yang muat kata-kata berunsur hasutan semasa upacara Thaipusam tempoh hari berjaya ditangkap tadi @PDRMsia,” tulis beliau di Twitter.
KPN_Nanblast (1)
Bagimanapun maklumat lanjut mengenai tangkapan itu masih belum diperolehi.
Sebelum ini, pengguna Facebook yang menggunakan nama samaran ‘Man Namblast’ menulis di statusnya ketika sambutan Thaipusan pada 17 Januari lalu berbunyi: “Berpuluh ribu syaitan sedang berarak menaiki tangga Batu Cave.”
Sekurang-kurangnya 178 laporan polis dibuat pada hari hari berikutnya.
Khalid sebelum ini dilaporkan berkata bahawa pihak polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti pemilik akaun Facebook berkenaan.

PMO Sahkan P.Waytha Moorthy LETAK JAWATAN

PMO Sahkan P.Waytha Moorthy LETAK JAWATAN
PUTRAJAYA – Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin mengesahkan Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sumber daripada PMO berkata, surat perletakan jawatan itu diterima pada pukul 5 petang Isnin.
Hindraf, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausahanya, P. Ramesh pada Sabtu bahawa kegagalan Kerajaan untuk menepati janji di bawah memorandum persefahaman yang ditandatangani sebelum pilihan raya umum 5 Mei lalu, sebagai punca perletakan Waytha Moorthy. – The Star

Cara Isteri Timbalan Menteri Berjimat…Tanam Sendiri, Makan Di Rumah

Cara Isteri Timbalan Menteri Berjimat...Tanam Sendiri, Makan Di Rumah
KUALA LUMPUR – Dalam kebanyakan keluarga, wanita selaku isteri dan ibu bertanggungjawab mengatur perbelanjaan dapur dan peranan itu semakin dituntut ketika masyarakat menghadapi peningkatan kos sara hidup sekarang.
Percaya atau tidak, bebanan itu dirasai oleh semua peringkat termasuk isteri-isteri pemimpin dalam kerajaan dan mereka berkongsi tip dengan Bernama bagi membantu golongan suri berbelanja secara berhemat.
Bagi Datin Rohkiah Abdul Samat, isteri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman, kawasan sekitar rumah dimanfaatkannya dengan menanam cili padi, kunyit, serai, daun pandan dan pokok limau purut.

Saya Disuruh Buka Coli Sebelum Majikan Letakkan Seterika Panas

Saya Disuruh Buka Coli Sebelum Majikan Letakkan Seterika Panas
KUALA LUMPUR –  Pembantu rumah warga Indonesia, Nirmala Bonat pada Isnin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia tidak dapat menyusukan anaknya akibat kecederaan pada payudara selepas didera majikannya, sepuluh tahun lepas.
Nirmala, 29, dalam pernyataan saksinya berkata dia tidak dapat menyusukan kedua-dua anak lelakinya, masing-masing berumur empat tahun dan setahun ketika mereka masih bayi akibat kecederaan yang dilakukan Yim Pek Ha selaku defendan pertama, pada kedua-dua belah payudaranya.
Nirmala berkata, kejadian itu berlaku sekitar Mac atau April 2004 selepas diadiminta Yim supaya membuka coli dan baju sebelum meletakkan seterika panas padapayudara di sebelah kiri dan kanannya apabila baju yang digosoknya menggunakan seterika kurang licin.
“Saya mengalami parut akibat daripada kecederaan itu dan disebabkan kejadiantersebut saya mengalami tekanan emosi serta takut untuk bekerja,” katanya dalam perbicaraan hari pertama kes saman yang difailkan terhadap Yim dan suaminya, HiiIk Tiing kerana mendera dan mencederakannya dengan seterika dan air panas.

TERKINI: Pendakwa Sweden Dakwa Pasangan Pukul, Dera Anak Mereka Sejak 2010

TERKINI: Pendakwa Sweden Dakwa Pasangan Pukul, Dera Anak Mereka Sejak 2010 KUALA LUMPUR – Pasangan Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal didakwa di mahkamah di Sweden hari ini, atas tuduhan memukul dan mendera keempat-empat anak mereka dalam beberapa insiden sepanjang tiga tahun sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu.
Pendakwaraya mengemukakan kertas pertuduhan setebal 11 muka surat itu yang bagaimanapun tidak menyebut punca atau sebab kenapa keempat-empat kanak-kanak itu, Aisyah Azizul Raheem, 14, Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7) dipukul dan didera.
Perbicaraan kes berkenaan mungkin ditetapkan pada 18 Februari dan dijangka berlangsung selama 14 hari.
Pertuduhan antara lain mendakwa Azizul dan Shalwati memukul sehingga meninggalkan kesan fizikal dan mengakibatkan kesakitan dengan mengunakan objek seperti rotan, tali pinggang dan tangan serta turut dicubit dan dipulas telinga.
Dokumen tersebut turut menyenaraikan beberapa individu yang terlibat dalam soal siasat bagi kes tersebut termasuk kaunselor dan guru-guru sekolah kanak-kanak terbabit dan petugas kebajikan.
Undang-undang Sweden menetapkan tindakan memukul anak adalah salah disisi undang-undang.
Laporan terdahulu memetik peguam pasangan itu Kristopher Stahre memaklumkan, Azizul dan Shalwati akan mencabar pertuduhan tersebut.
Sebelum ini pihak pendakwaan menghantar permohonan bertulis kepada mahkamah untuk mendakwa pasangan berkenaan sekitar 6 petang waktu Malaysia pada Isnin. – Astroawani.com

Terima Jemputan Semula Ke Jepun 26 Februari Ini

Datuk Seri Anwar Ibrahim
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menerima jemputan semula untuk ke Jepun pada 26 Februari ini.
Menurut Anwar, beliau turut diberi jaminan bahawa insiden dihalang daripada memasuki Jepun tidak akan berulang.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa, Jiro Hanyu yang datang ke Malaysia untuk memohon maaf di atas insiden sebelum ini di sini, Isnin.
“Saya menghargai kedatangan Jiro ke Malaysia. Selepas mendengar penjelasan beliau, saya terima permohonan maaf itu.
“Saya juga menerima undangan beliau untuk ke Jepun semula pada 26 Februari ini selepas diberi jaminan bahawa insiden saya dihalau tidak akan berlaku lagi,” katanya.
Menurut Anwar, beliau dijelaskan bahawa insiden itu berpunca daripada ‘masalah teknikal kecil’.
“Saya tidak mahu memikirkan insiden (dihalang) itu lagi. Jemputan kali ini sudah diuruskan dengan baik,” katanya.
Pada 19 Januari lalu, Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada pukul 6.45 pagi.
Beliau sebelum ini mendakwa tindakan itu didalangi oleh Wisma Putra.
Namun ketika ditanya bagaimana dengan kenyataannya sebelum ini yang mengaitkan pihak tertentu, beliau sekadar berkata: “Itu perkara lepas, saya mahu lupakan.”
Anwar sebelum ini menerima jemputan peribadi oleh Yoyei Sasakawa yang merupakan Pengerusi Yayasan Nippon bagi membentangkan kertas kerja mengenai Demokrat Islam. – mStar

Penunggang Motosikal Maut Rempuh Pembahagi Jalan

kemalangan
KUANTAN – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh pembahagi jalan di Km67 Lebuh Raya Pantai Timur, Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata mangsa yang dikenali sebagai Sulaiman Nordin, 56, mati di tempat kejadian dalam kemalangan pada jam 7.40 pagi.
“Mangsa yang berasal dari Kerinchi Pantai Dalam, Kuala Lumpur sebelum itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kuantan.
“(Di tempat kajian) motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pembahagi jalan di sebelah kanan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata akibat rempuhan itu mangsa tercampak di tengah jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Daerah Bentong untuk dibedah siasat. – BERNAMA

Kredit foto: Harimaumalaya Bikersclub

Suspek Pengedar Dadah Ditahan Di Muadzam Shah

Edar Dadah
KUANTAN – Seorang suspek pengedar dadah dan tujuh penagih ditahan dalam Ops Tapis di sekitar bandar Muadzam Shah di Rompin yang diadakan dari 10 malam tadi sehingga 9 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata hasil pemeriksaan, polis menemui syabu seberat 6.4 gram anggaran bernilai RM1,200 di dalam kenderaan milik suspek, 34, yang diletakkan di perkarangan rumahnya.
Polis juga menemui ganja seberat 2.27 gram dianggar bernilai RM50 di dalam rumah seorang penagih, katanya ketika dihubungi kepada Bernama hari ini.
Ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka yang berusia lingkungan 18 hingga 34 tahun positif dadah, katanya.
Johari berkata kesemua mereka kini ditahan di lokap IPD Rompin untuk siasatan. – BERNAMA

Maya Karin, Remy Ishak Bersanding 14 Februari Ini?

maya
Menerusi sebuah forum gosip popular, pasangan pelakon yang sering kali dikaitkan bercinta, Maya Karin dan Remy Ishak dikhabarkan bakal melakukan majlis persandingan mereka di sebuah pusat membeli belah terkenal di Mutiara Damansara, Jumaat ini bersempena dengan sambutan Hari Valentine.
Mungkin ramai yang terkejut dengan berita ini kan, yela takde angin takde apa, tiba-tiba mereka bakal disandingkan pada tarikh romantis tu pula kan.
Tapi ini semua hanyalah sebagai satu gimik bagi memeriahkan serta mempromosikan filem terbaru lakonan mereka iaitu Sejoli: Misi Mencantas Cinta yang bakal ditayangkan pada 20 Februari ini.
Selain Maya dan Remy, filem arahan Osman Ali ini turut dibintangi oleh Bront Palarae, Izara Aishah, Dira Abu Zahar dan Azad Jasmin.

‘Menonjol’ Bahagian Punggung, Tasha Shilla Nafi Pakai ‘Padding’!

'Menonjol' Bahagian Punggung, Tasha Shilla Nafi Pakai 'Padding'!
RUPA-rupanya bukan nama Neelofa saja yang berjaya mencuri tumpuan ramai ketika berlangsungnya Anugerah Meletop Era, Sabtu lalu.
Pelakon cantik manis, Tasha Shilla turut dikritik sesetengah pihak di luar sana berhubung tubuh badannya yang dikatakan tak ‘original’.
Tubuhnya yang kelihatan sangat menonjol lebih-lebih di bahagian punggung telah membuatkan peminatnya mengatakan dia menggenakan padding untuk menunjukkan tubuhnya yang cantik itu.
tash1

Gara-Gara Takut Hilang, Pemuda Bawa Motosikal Naik Lif Ke Tingkat 14!

'Kantoi' Bawa Balik Motosikal Ke Flat Tingkat 14
KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki yang sering membawa naik motosikal miliknya ke tingkat 14, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai, Sungai Besi, di sini terbongkar apabila dia terserempak dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang melakukan lawatan mengejut di kediaman itu.
Dalam insiden jam 11 malam Jumaat lalu, lelaki berusia lewat 20-an sedang menunggu lif untuk membawa turun motosikalnya sebelum ke tempat kerja.
Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Wan Mohammad Ghazali Nor berkata, hasrat lelaki berkenaan bagaimanapun terbantut kerana lif sama digunakan rombongan lawatannya bersama persatuan penduduk ke blok berkenaan.

GAMBAR: Pengalaman SEBENAR Pendakwah.. Wujudkah BATU TERGANTUNG Di Al-Aqsa?

GAMBAR: Wujudkan Batu Tergantung Di Masjidil Aqsa?
PADA ketika menjejakkan kaki ke al-Quds ini, barang pertama yang saya ingin lihat ialah masjid al-Aqsa. Masjid yang digalakkan oleh Nabi saw untuk berusaha datang dan beribadah di dalamnya.
Selepas itu, yang ingin saya saksikan ialah batu tergantung seperti yang selalu diceramahkan oleh para ustaz di Malaysia. Saya nak saksikan sendiri keadaan batu tergantung ini.
Ketika saya menjejakkan kaki di dalam Kubbah as-Sakhra’ Dome of Rock, mata saya terus mencari di manakan batu tergantung ini.
Sekeliling batu ini ditutup dengan kanvas untuk urusan baik pulih. Saya menyelak kanvas penutup dan saya saksikan batu bewarna putih, coklat dan kekuningan, tempat di mana Rasulullah saw diangkat ke langit untuk Mikraj.
Saya rasa terharu melihat batu ini kerana mempercayai peristiwa isra dan mikraj merupakan sebahagaian dari iman. Ia termasuk beriman kepada kitab iaitu mempercayai apa yang disampaikan oleh kitab (al-Quran)
Saya berjalan-jalan di keliling masjid as-Sakhra ini. Jaraknya antara al-Aqsa lebih kurang 400 meter.

‘Nilai’ Gelaran DATUK … Deejay Wanita India Umur 20-an Pun Dapat!

'Nilai' Gelaran Datuk Di Malaysia...DJ Wanita India Umur 20-an Pun Dapat!
SEKIRANYA sebutir batu dicampak di khalayak ramai, ia pasti terkena kepala seorang Datuk, atau mungkin dua. Saya bukan mengesyorkan keganasan, tetapi saya memberi gambaran bahawa Datuk berada di mana-mana.
Bagi yang tidak tahu, gelaran tersebut seumpama anugerah British yang membawa gelaran “Sir”. Malangnya anugerah berprestij itu sudah hilang serinya. Rakan saya berkata gelaran tersebut seperti boleh didapati di kerusi belakang basikal, atau dibeli di pasar malam. Berapa ramai Datuk yang benar-benar layak diberi gelaran itu?
Baru-baru ini, polis menahan seorang pemuda berusia 26 tahun, dengan gelaran Datuk yang menculik serta memukul tiga lelaki, termasuk seorang warga asing di ibukota. Lelaki itu mendakwa beliau mempunyai kenalan polis berpangkat tinggi. Pada kadnya tertera gelaran “Datuk”.
Jelas, pemuda itu gemarkan kemewahan dan menggunakan gelaran tersebut di jalan yang salah. Lagipun, hari ini ramai Datuk palsu. Ada yang mendapatnya daripada pembesar Naning serta Sultan Sulu. Mereka membayar wang dengan harapan gelaran tersebut memberi mereka peluang mendapatkan kontrak. Selalunya rancangan mereka gagal.
Selain itu, berapa ramaikan Datuk yang layak digelar begitu? Saya kenal peniaga barangan lusuh yang dianugerahkan gelaran Datuk. Beliau mengaku membelinya daripada seorang Sultan di pantai timur.

Tentera Indonesia LANYAK Pemandu Keturunan Cina Di Negara Mereka

Kereta Dirosakkan Tentera Indonesia Sebab Halang Laluan
SEORANG pemandu di negara jiran menyebarkan di rangkaian sosial miliknya, Path dan Twitter tentang insiden keretanya dirosakkan oleh Tentera Indonesia, 22 Januari lalu.
Menurutnya, kira-kira 10 tentera telah merosakkan kereta Toyota Avanza miliknya dengan sengaja kerana didakwa menghalang laluan ketika mereka dalam perjalanan mahu membantu mangsa banjir.
2 3

Tak Mengaku Sebabkan Kematian Isteri

Warga Myanmar Tak Mengaku Sebabkan Kematian Isteri
ALOR SETAR – Seorang buruh warga Myanmar hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menyebabkan kematian isterinya, seorang rakyat Indonesia hujung bulan lepas.
Masali Abdul Sukor, 39, didakwa menyebabkan kematian Elna Reti Anfal, 30 pada jam 1.30 pagi, 26 Januari lepas di sebuah rumah di Kampung Imam, Jitra.
Pertuduhan terhadapnya adalah di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.
Timbalan Pendakwa Raya Azlina Hashim tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh.
Bagaimanapun Masali yang tidak diwakili peguam merayu kepada Hakim Azhar Mokhtar supaya dia dibenarkan diikat jamin kerana dia mempunyai tujuh orang anak untuk dijaga menerusi tiga perkahwinan, termasuk empat bersama mangsa.
Di mahkamah yang sama, Masali juga mengaku tidak bersalah atas dakwaan memiliki sebilah pedang samurai tanpa kebenaran, pada jam 11.30 pagi, 24 Julai tahun lepas di rumah kedai Kyaw Myanmar Store, No. 179B, Tingkat Atas, Jalan PJ 2, pekan Jitra.
Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Azhar tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh dan menetapkan 10 Mac untuk sebutan kedua-dua kes. – BERNAMA

Pendaki Wanita Jerman Maut Jatuh Gunung Kinabalu

Pendaki Wanita Jerman Maut Jatuh Gunung Kinabalu
Ranau – Seorang pelancong wanita warga Jerman maut apabila terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu, di sini, jam 6.30 pagi tadi.
Mangsa berusia 22 tahun kini dalam proses dibawa turun ke Timpohon dan dijangka tiba jam 2 petang.
Difahamkan, mangsa bersama beberapa rakannya dikatakan sedang menunggu matahari terbit di puncak Gunung Kinabalu.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim mengesahkan kejadian itu dan usaha membawa mangsa turun sedang dijalankan.

Kanak-Kanak Perempuan Mati Lemas Di Kolam Renang Kediaman MB Selangor

Kanak-Kanak Perempuan Mati Lemas Di Kolam Renang Kediaman MB Selangor
SHAH ALAM – Rumah terbuka Tahun Baru Cina di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor bertukar tragis apabila kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mati lemas di kolam renang di sana.
Amanda Dany Shah sedang bersama-sama dengan ibu bapanya yang menyediakan perkhidmatan katering untuk rumah terbuka anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Negeri Selangor (Pekawanis) pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Azisman Alias berkata, siasatan mendapati Amanda telah berjalan-jalan seorang diri manakala ibu bapanya sibuk menyediakan makanan.
“Gadis itu ditemui di kolam renang yang terletak di tingkat atas kediaman,” kata beliau ketika dihubungi.
Menurut sumber, seseorang telah menarik Amanda keluar dari dalam kolam dan cuba menyelamatkannya sebelum ambulans tiba dan digegaskan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di mana dia telah diisytiharkan mati kira-kira pukul 7 malam.
Polis menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.30 petang dan sebuah kereta peronda telah dihantar untuk menyiasat.
Azisman berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Beberapa jam selepas kejadian tragis itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menulis di Twitter mengucapkan takziah kepada ibu Amanda, Rini Sutari.
“Takziah Kepada Puan Rini Sutari & Keluarga, katerer Majlis Tahun Baru Cina PEKAWANIS, atas kehilangan puteri Amanda Dany Shah. Al- Fatihah,” Khalid menulis.
Setiausaha akhbar Khalid Arfa’eza Aziz berkata beliau menghadiri majlis di Kuala Selangor pada masa kejadian itu.
“Terdapat kira-kira 400 tetamu di rumah terbuka yang diadakan di dewan di tingkat bawah kediaman,” katanya ketika dihubungi. – The Star

GAMBAR: Insiden Berdarah Di Bintangor, Sarawak

GAMBAR: Insiden Berdarah Di Bintangor, Sarawak
NGERI… beberapa keping gambar menunjukkan lantai sebuah restoran di Bintangor, Sarawak  yang disimbahi darah selepas seorang lelaki ditetak kini beredar di laman siber.
1

INSIDEN LARKIN: Pemain T-Team Sedia Angkat Sumpah Al-Quran

INSIDEN LARKIN: Pemain T-Team Sedia Angkat Sumpah Al-Quran
KUALA TERENGGANU – Pemain Islam pasukan T-Team bersedia mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran seperti yang diminta oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berhubung insiden di Larkin, Johor Baharu baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Ab Rasid Jusoh berkata kesemua pemain itu bersedia mengangkat sumpah itu pada bila-bila masa.
“Kita masih menunggu tarikh sesuai untuk mengangkat sumpah Al-Quran berkenaan. Kesemua pemain bersedia melakukan perkara itu pada bila-bila masa,” katanya pada Sabtu.
Pada Jumaat, Menteri Besar Terengganu itu meminta para pegawai dan pemain T-Teammengangkat sumpah Al-Quran berhubung insiden pada perlawanan Piala FA ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Baharu pada 1 Feb lepas.
Ab Rasid berkata T-Team juga akan memberi tumpuan kepada saingan Liga Super selepas ini.
“Sudah pasti kita akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam saingan Liga Super.Bahkan kita akan bermain bersungguh-sungguh dalam memastikan dapat menyaingi pasukan lain untuk memperbaiki kedudukan Liga Super,” katanya.-BERNAMA