Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku
melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki
seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru
berusia 14 tahun.
Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’
dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan
terlarang itu.
Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan
seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering
melakukannya apabila ada kesempatan.
“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.
“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah
nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di
rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,” katanya ketika ditemui
Metro Ahad.
Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.
Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.
“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.
“Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat
teman baru,” katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru
ini.
Baca juga: Pengalaman 'semua dalam satu'...ganas dan seksi!
Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat
lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali
pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang
tinggal berjiran.
“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom
atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil
kerana hanya tahu seronok melakukannya,” katanya.
Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia
terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.
Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan
dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.
“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa… kawan menjadi penyelamat.
“Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa
kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana
bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan
yang dibuli pelajar lain,” katanya.
Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas
neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.
“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di
rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.
“Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.
Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng
dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui
sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.
“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai
perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.
“Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain
mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain
kerap bertukar video lucah,” katanya.
Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil
selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.
Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman
lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.
Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa
jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa
memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.
“Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman
lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan
sebelum memotong tali pusat bayi.
“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung
tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut
kelahiran.