MH370: Macam-Macam Kita Terangkan Pada China, Kalau Tak Puas Hati Juga Tak Tahulah…

MH370: Dah Macam-Macam Kita Jelaskan Pada China, Kalau Tak Puas Hati Juga Tak Tahulah...

UNTUK makluman, Malaysia sudah menyatakan komitmen kita untu bekerjasama rapat dengan Kerajaan China dan berkongsi sepenuhnya semua maklumat berkaitan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Naib Menteri Hal Ehwal Luar China yang juga wakil khas kerajaan China, Zhang Yesui semalam telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Zhang dan Hishammuddin juga diberi taklimat komprehensif teknikal oleh Kumpulan Kerja Antarabangsa diketuai AAIB dan penemuan satelit Inmarsat mengenai kedudukan pesawat yang penerbangannya berakhir di Lautan Hindi selatan.
Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) dan Jabatan Penyiasatan Kemalangan Pesawat (AAID) juga hadir dalam talimat teknikal itu. CAAC dan AAID sudah pun menganggotai dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Kerja Antarabangsa itu.
Persoalannya, sejauh mana Zhang dan anggota rombongannya itu akan pulang ke negara mereka dan menjelaskan semua ini kepada pemimpin tertinggi dan rakyatnya mengenai betapa bersungguhnya kerajaan kita dalam menangani isu ini.
Diharapkan selepas ini, Zhang kena pergi berjumpa rakyatnya yang tengah terpekik-pekik di depan kedutaan kita untuk menceritakan apa yang sedang dan kita tengah lakukan untuk menjejaki MH370.
Dengan terperincinya maklumat yang kerajaan kita bagi ini, harap pemimpin China tahulah apa yang patut mereka lakukan.
Kalau lepas ini masih nak tuduh Malaysia sembunyi maklumat, orang pertama yang perlu humbankan ke Lautan Hindi adalah Zhang dan pegawai-pegawainya itu.
Habis cerita!

Canggih - Ikan Lumba-Lumba Jadi Perisik Tentera

dolphin
Kiev – Ukraine mempunyai kaedah tersendiri dalam misi intipannya iaitu menggunakan ikan lumba-lumba. Bagaimanapun ikan tersebut akan dipindahkan ke bawah kawalan tentera laut Rusia.
Ikan lumba-lumba sebagai pengintip digunakan Ukraine sejak era 70-an, selepas kejatuhan Soviet Union.
Ikan berkenaan dilatih untuk mengesan bom, kapal yang dijadikan tebusan dan musuh yang menyelam dalam laut dengan membawa pisau khas dan pistol.
Ia menjadi aset tentera laut Crimea dan kini akan dipindahkan di bawah pemerintahan Rusia.
Saintis percaya Rusia akan mengeluarkan dana untuk membiayai program baru untuk ikan lumba-lumba berkenaan.
Meskipun ikan lumba-lumba ini menunjukkan kepintaran luar biasa, namun ada kalanya ia tidak mengikut perintah yang dikeluarkan komander tentera.
Tahun lepas, tiga daripada lima ikan lumba-lumba perisik ini tidak kelihatan di Laut Hitam.
Ikan lumba jantan itu dipercayai menghilangkan diri selepas menemui ikan lumba betina, dan hanya pulang ke kemnya tidak lama selepas itu.

Jenayah - Lelaki Bawa Bom Babi Diberkas

Bomoh China
Sandakan – Seorang lelaki diberkas polis selepas menemui dua butir bom babi dan beberapa senjata tajam yang disembunyikan di dalam beg pinggang suspek di Bandar Indah, di sini, kira-kira jam 11.30 malam tadi.
Suspek berusia 27 tahun ditahan polis peronda ketika sedang menunggang basikal seorang diri dalam keadaan mencurigakan.
Difahamkan, bahan letupan itu digunakan untuk membunuh babi dan bom berkenaan juga boleh meletup jika dipijak atau dipecahkan. – myMetro Online