Ulat Hidup Dalam Telinga Seorang Wanita

Ulat Hidup Dalam Telinga Seorang Wanita
TAIPEI – Masalah sakit telinga teruk yang dialami seorang wanita berjaya diatasi selepas doktor mengeluarkan ulat dari telinganya.
Wanita berusia 48 tahun yang dirahsiakan identitinya itu membuat pemeriksaan di hospital selepas 24 jam mengalami kesakitan yang teruk.
Doktor di Hospital Tri-Service, Taipei mengeluarkan alat bantuan pendengaran di telinga kiri wanita berkenaan dan mendapati saluran telinga wanita itu dipenuhi lapisan darah beku.
Selepas pemeriksaan lanjut dijalankan, mereka menemui kepompong ulat di sekitar saluran telinganya dan doktor percaya ia sudah berada di situ sekurang-kurangnya satu hari.
Dr Cheng-Ping Shih memberitahu media, telinga wanita berkenaan kurang peka setelah lama menggunakan alat bantuan pendengaran.
Katanya, alat itu juga menjadikan saluran telinganya panas dan ia menjadi tempat pembiakan sesuai untuk ulat berkenaan.
Laporan yang diambil daripada New England Journal of Medicine sebagai rujukan kes itu menyatakan ulat itu menghakis kulit pada pangkal saluran telinga berdekatan gegendang.
Doktor berjaya mengeluarkan ulat itu dan mengelakkan ia bergerak lebih dalam.
Kesakitan yang dialami wanita itu hilang serta merta selepas ulat itu dikeluarkan dan dua minggu selepas rawatan, luka di dalam telinganya pulih sepenuhnya.
Doktor percaya ulat itu berpunca daripada lalat di persekitaran rumah wanita berkenaan.
“Kebanyakan kes serangga memasuki saluran telinga datang dari serangga yang terbang dan lipas,” kata Doktor Cheng ketika ditemui.
Kes ini bukanlah yang pertama seumpamanya.
Sebelum ini, seorang wanita warga Britain, Rochelle Harris yang mengalami sakit telinga yang teruk terkejut apabila doktor mengesan lapan ulat besar membiak di dalam telinganya. – Agensi

Khalid Sampai Sudah Enggan Tandatangan Surat Letak Jawatan MB!

Khalid Enggan Tandatangan Surat Letak Jawatan
PETALING JAYA – Cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor menerusi pelan hebatnya mungkin tidak akan kesampaian.
Ia berikutan penyandang jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan meletak jawatan.
Berdasarkan sumber peringkat tertinggi, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat perletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bagaimanapun difahamkan Abdul Khalid enggan berbuat demikian.
Surat perletakawan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor.
Surat itu dipercayai bertarikh 23 Mac iaitu tarikh hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Surat bertarikh tersebut dibuat dengan jangkaan Anwar akan memenangi PRK Kajang dan menyertai DUN Selangor.
Sumber kerajaan negeri turut memaklumkan The Star bahawa Abdul Khalid menasihatkan Istana Selangor bahawa beliau tidak akan meletak jawatan.
“Beliau rasa seperti dipermain-mainkan oleh Anwar,” katanya sumber berkenaan.
Abdul Khalid juga dikatakan sudah menerangkan kepada Sultan Selangor mengenai situasi politik di Selangor dalam pertemuan mingguannya pada Rabu lalu.
Difahamkan Sultan Selangor yang mahir mengenai Perlembagaan Negeri, dijangka tidak mengganggu hal politik namun akan mematuhi sepenuhnya semua undang-undang negeri.
Sejak Abdul Khalid menghadap sultan, beliau diperhatikan kini sentiasa berada dalam keadaan ‘angin baik’ dan selalu tersenyum.
Pemerhati berkata keadaan rambutnya sering dilihat sebagai ‘pengukur angin’ – kini dilihat sentiada kemas dan rapi serta kelihatan ceria.
Walau bagaimanapun, Abdul Khalid perlu menghadapi ‘pertempuran sengit’ dalam usaha mengekalkan kedudukannya.
Difahamkan DAP menggesa supaya diadakan mesyuarat khas Pakatan Rakyat pada minggu depan.
Seorang pemimpin senior DAP dikatakan memaklumkan kepada PKR bahawa jika parti itu gagal menguruskan Abdul Khalid, parti itu akan mula memberikan tekanan kepadanya.
Abdul Khalid dilaporkan kehilangan sokongan DAP Selangor berikutan isu rampas Bible.
Bagaimanapun tidak semua Adun DAP akan memberi tekanan terhadap Abdul Khalid kerana sekumpulan Adun parti itu yang diketuai oleh pemimpin kuat mereka akan terus memberi sokongan kepadanya.
Menurut sumber, Abdul Khalid kecewa dengan kenyataan daripada pemimpin partinya selepas Anwar dinamakan sebagai calon PRK Kadang.
Antaranya kenyataan oleh Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli iaitu individu yang dikatakan menjadi tulang belakang kepada PRK Kajang pernah dilaporkan berkata bahawa beiau yakin Anwar mampu melakukan sesuatu yang lebih baik di Selangor.
Mohd Rafizi berkata Abdul Khalid ada seorang teknokrat dan tidak mempunyai pengalaman untuk menguruskan isu perkauman dan agama. – The Star
Malah kenyataan Anwar sendiri mengenai pelannya di Selangor turut tidak menyenangkan Abdul Khalid sebagai penyandang kerusi Menteri Besar.
Baru-baru ini orang di sekeliling Abdul Khalid mengkritik cadangan Anwar untuk melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dalam program pembangunan luar bandar Selangor.
Anwar menyatakan cadangan itu ketika berceramah di Kajang pada Rabu lalu.
Ia dilihat sebagai keputusan yang bertentangan dengan pendirian parti dan Pakatan Rakyat memandangkan kontroversi yang dikaitkan dengan Mat Taib, sebagai bekas pemimpin Umno.
Anwar dan Mat Taib pernah berada dalam pasukan yang sama pada 1996 ketika pemilihan Umno.

Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Digelek Datuk Sendiri Dengan Proton Exora

Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Digelek Datuk Sendiri Dengan Proton Exora
Hulu Selangor – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas digilis kereta PROTON Exora dipandu datuknya yang sedang mengundur dalam kejadian di Taman Lembah Damai, Kerling.
Difahamkan, dalam kejadian jam 9.40 malam kelmarin itu, mangsa, M Sharvina berada di pekarangan rumah datuknya itu bersama ahli keluarga lain dan tanpa disedari mangsa berlari keluar rumah untuk mengikuti datuknya yang hendak mengundurkan kereta.
Ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Priya, 28, berkata, dia masih tidak dapat melupakan detik menemui anaknya itu yang juga anak perempuan tunggal daripada empat beradik terperosok bawah tayar hadapan sebelah kiri kereta PROTON Exora yang dipandu bapanya.
Beliau berkata, bapanya mengundurkan kereta yang diletakkan di hadapan rumah untuk menghantar mereka sekeluarga balik ke rumah yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah bapanya itu.
“Ketika itu, saya berada di dalam rumah bersama anak yang lain, manakala bapa saya pula keluar untuk mengeluarkan kereta dan tanpa diduga Sharvina turut keluar mengikut datuknya itu tanpa disedari.
“Saya terkejut mendengar jeritan bapa yang menyatakan anak saya berada di bawah tayar dan saya seperti berada di awangan selepas menemui anak saya itu dalam keadaan begitu,” katanya.
Beliau berkata, dia bersama kakak yang tinggal di rumah bersebelahan rumah ibunya membawa mangsa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menerima rawatan kecemasan bagaimanapun, anaknya sudah tidak bernyawa lagi.
“Anak saya seorang yang manja, malah sangat rapat dengan semua keluarga termasuk datuknya. Kami sekeluarga tidak sangka dia meninggalkan kami dalam keadaan begini,” katanya.
Difahamkan, ketika kejadian bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori tiada di rumah kerana bekerja di Ipoh dan anak-anak mereka diasuh datuk dan nenek mereka di rumah itu.
“Bapa saya juga masih panik dengan kejadian ini,” katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Tanah Perkuburan Hindu Kerling, Lembah Beringin dengan menggunakan kereta PROTON Exora yang sama kira-kira jam 2 petang semalam.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. – Harian Metro

GAMBAR: Satu Lagi Aduan Nasi Lemak ‘TELANJANG’ Terhadap MAS

GAMBAR: Satu Lagi Aduan Nasi Lemak 'TELANJANG' Terhadap MAS
SEJAK MAS menjelaskan bahawa “nasi lemak telanjang” adalah satu kesilapan teknikal, maka bolehkah penumpang kini mengharapkan set lengkap hidangan popular itu dalam penerbangan syarikat penerbangan nasional itu?
Nampaknya tidak begitu, berdasarkan pengalaman aktivis sosial Josh Hong, yang menaiki pesawat MAS dari Jakarta ke Kuala Lumpur pagi ini dan mendapati tiada kacang tanah dan ikan bilis dalam hidangan nasi lemak.
“Sejuk di udara kerana masih telanjang!” bunyi foto kapsyen hidangan yang disiarkan di laman sosial Facebook beliau.
Hidangan ini mempunyai nasi lemak, separuh telur rebus, dan ada sambal bercampur dengan udang, tetapi gambar itu sukar untuk menentukan apa lagi yang telah dihidangkan bersamanya. – Malaysiakini.com

5 GAMBAR LUNA MAYA TAK PAKAI BRA YANG TIDAK DIDEDAH DI MLM 2013

5 GAMBAR LUNA MAYA TAK PAKAI BRA YANG TIDAK DIDEDAH DI MLM 2013-Sebelum ini gambar luna maya di akhir MLM 2013 terlalu seksi sehinggakan dianggap tidak memakai bra telah tersebar luas namun gambar itu hanya suram-suram dan kurang jelas.
5 GAMBAR LUNA MAYA TAK PAKAI BRA YANG TIDAK DIDEDAH DI MLM 2013
Dan hari ini blog
hiburan beautifulnara.com telah mendedahkan gambar-gambar luna maya seksi tanpa bra yang begitu jelas.admin pun kurang pasti sama ada ini satu kesilapan atau ekslusif pendedahan sebenar luna maya tanpa bra.

Lihat foto-foto luna maya seksi tanpa bra di akhir MLM 2013 di bawah ini.apa pula tanggapan anda terhadap pemakaian luna maya ini?.

Gambar Yang Boleh Buat Anda Rasa Nak Menangis

Foto karya Kevin Carter pada 1993 ini memperlihatkan bagaimana seorang kanak-kanak kelaparan sedang diekori seekor burung nazar (burung pemakan bangkai) di sebelah selatan Sudan. Foto ini membuat dirinya menjadi perhatian dunia menyebabkan beliau mendapat kritikan.

Carter mengatakan kanak-kanak itu berada behampiran pusat makanan, setelah dia mengusir burung nasar itu. Tapi sikapnya dipersoalkan ramai orang lantaran kenapa dia tidak membawa sendiri kanak-kanak itu ke tempat pusat makanan.

Tiga bulan selepas memenangi Anugerah Pulitzer atas fotonya itu, Carter telah membunuh diri.

Jurugambar dari Afrika Selatan itu dikhabarkan mengalami kemurungan selepas menghadapi kematian teman terdekatnya, Ken Oosterbroek.