Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Lelaki Mengamuk "Rabak" Bikini Kekasih, Habis Semua Yang Tersembunyi Tersembonjol Nampak





Sekeping gambar menunjukkan seorang lelaki yang sedang marah bertindak mengoyakkan bikini seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya, ketika sesi pengambaran peserta ratu cantik sedang dijalankan telah hangat diperdebatkan di forum-forum online di China.


Seorang lelaki yang tidak dikenali itu dengan tidak semena-mena meluru masuk ke dalam studio ketika rakaman sedang berlangsung.


Dia kemudiannya mula mengherdik dan memarahi kepada salah seorang wanita, 'Apa yang kamu sedang buat ini?'


'Siapa yang izin kan kamu datang ke sini? Bukankah kamu sepatutnya sedang berada di tempat kerja sekarang?'

Balasan - Peliwat Terima Balasan Diliwat 20 Banduan

Peliwat Terima Balasan Diliwat 20 Banduan
SEORANG  jurulatih seni mempertahankan diri di Brazil menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya memukul, meliwat dan membunuh anak tirinya apabila dia pula yang diliwat dan dibelasah oleh 20 banduan lain di penjara.
Daryell Dickson Meneses Xavier mengalami kecederaan parah di seluruh tubuhnya terutama di bahagian dubur akibat perbuatan ganas para banduan itu.
Lebih sadis, selepas dia pulih dari kecederaannya, dia sekali lagi ‘dikerjakan’ oleh banduan tersebut yang bertindak mengoyakkan jahitan pada bahagian duburnya dan meliwatnya buat kali kedua.
“Tompokan darah pada seluar yang dipakai Daryell membuktikan betapa dia menderita dengan keganasan para banduan itu,” menurut sumber.
Peliwat Terima Balasan Diliwat 20 Banduan
Kejadian itu kini menjadi buah mulut ramai sehingga mecetuskan perdebatan sama ada ia setimpal dengan jenayah yang pernah dilakukannya sebelum ini.
Namun, ramai yang bersetuju dengan menyifatkan Daryell bernasib baik kerana sekurang-kurangnya dia tidak dibunuh seperti anak tirinya.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
(Sumber: Black Media Scoop)

Dua Wanita Didapati Bersalah MENGOYAK Al-Quran

QURAN
Birmingham – Dua penyokong pasukan bola sepak Middlesbrough FC, Julie Phillips, 50, dan Gemma Parkin, 18, didapati bersalah di mahkamah selepas bertindak kurang ajar dengan mengoyak helaian al-Quran dan kemudiannya membaling ke udara ketika perlawanan antara Middlesbrough FC dengan Birmingham City pada bulan Disember tahun lepas.
Mereka telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan penghinaan serta mengancam agama pada perbicaraan sehari yang diadakan di sini, semalam.
Pada perbicaraan itu, majistret mendengar bagaimana Philips telah mengoyak al-Quran yang diambil daripada beg tangannya dan mula mengoyaknya.
Dia kemudiannya menghulurkan helaian al-Quran itu kepada penyokong-penyokong pasukan itu, sebelum mereka membaling ke udara.
Philips dan Parkin juga melaungkan anti Islam dan menjerit untuk membunuh umat Islam dengan bayonet selain berpura-pura mahu membakar al-Quran.
“Ketika kejadian terdapat 13,454 penonton dengan 655 adalah penyokong kelab Middlesbrough yang berdiri di belakang tiang gol.
“Aksi mereka mengoyak al-Quran itu disaksikan ramai orang dan ia turut dirakamkan dalam kamera CCTV, ‘’ kata pendakwaraya.

Terlalu Gilakan - Wanita Tempatan Menangis, Maki Polis Bila ‘Awang Hitamnya’ Ditangkap!

Wanita Tempatan Menangis, Maki Polis Bila 'Awang Hitamnya' Ditangkap!

Kuala Lumpur – Cinta membuta tuli terhadap kekasih ‘awang hitam’ membuatkan dua wanita tempatan sanggup menangis dan memaki anggota polis ketika kekasih mereka ditahan dalam Ops Tiong Bersepadu di sekitar kawasan kondominium, di Taman Connaught, Cheras, di sini awal pagi semalam.
Seorang daripada wanita tempatan itu dipercayai janda serta menguruskan perniagaan restoran yang biasa dikunjungi warga Afrika manakala seorang lagi wanita pula menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki Nigeria. Masing-masing berusia 20 dan 40 tahun.
Dalam Ops Tiong Bersepadu yang dijalankan bermula jam 12.30 tengah malam hingga 7 pagi itu, 26 lelaki dan empat wanita warga Afrika ditahan manakala seorang wanita tempatan pula dibebaskan selepas disoal siasat kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan cinta Internet atau Love Scam selain pelbagai kesalahan Imigresen.
Timbalan Pengarah Operasi dan Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, wanita tempatan biasanya dipercayai dipergunakan kekasih awang hitam untuk menjalankan penipuan mereka sebelum ditawarkan kehidupan mewah menyebabkan mereka terjebak.
Katanya, operasi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). – Harian Metro

Gempak - Pelajar 12 tahun di rogol penjual sate



Pelajar 12 tahun di rogol penjual sate:-KUCHING: Seorang penjual sate ditahan malam kelmarin untuk siasatan selepas dipercayai merogol saudara perempuannya yang baharu berusia 12 tahun.




Suspek berusia 21 tahun itu dikatakan telah melakukan perbuatan terkutuk itu di rumahnya di Taman Malihah, Matang ketika mangsa menunggu dijemput oleh ibunya yang bekerja sebagai pensyarah di sebuah intitusi pengajian tinggi di sini.


Menurut sumber, mangsa yang trauma dengan insiden tersebut telah mengadu kepada ibunya yang segera membuat laporan polis berhubung kejadian.




Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan sementara suspek masih ditahan untuk siasatan lanjut pihak polis.

NASIB - DERITA GADIS 13 TAHUN DIROGOL ABANG IPAR SEJAK BERUSIA 6 TAHUN







KEMAMAN – Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun melalui detik hitam kerana bukan sahaja dipercayai dirogol abang ipar berulang kali sejak berusia enam tahun, malah dia turut diugut bunuh jika membocorkan perkara itu.
Abang ipar mangsa juga mengambil kesempatan memperkosa mangsa dalam perjalanan menghantarnya ke rumah selepas mengambil mangsa dari sekolah.
Mangsa yang tinggal di sebuah kampung di Kemasik menjadi pemuas nafsu serakah abang iparnya sehingga berusia 11 tahun dan kali terakhir diperkosa pada Mac 2009.
Dia membuat laporan polis di Balai Polis Air Jernih pada jam 2.36 petang semalam.
Difahamkan, mangsa hanya memaklumkan kepada kakaknya pada 2009, menyebabkan dia terkejut. Namun kerana tidak mahu memanjangkan cerita, perkara itu tidak dilaporkan kepada polis.
Kakaknya yang kini dalam proses penceraian bertindak membuat laporan polis semalam agar tindakan dapat diambil terhadap suspek.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bertindak daripada laporan itu polis telah meninjau dan menyiasat lokasi yang menjadi tempat mangsa dipercayai dirogol di kawasan Bukit Kijang.
“Siasatan mendapati lokasi kejadian ialah dalam sebuah kebun pisang yang dikelilingi semak samun dan kebun getah milik orang. Lokasi kejadian jauh masuk ke dalam dengan jarak satu kilometer dari jalan utama Kampung Bukit Kijang.
“Lokasi kejadian juga bersifat tersorok dan sukar dilihat orang ramai tetapi lokasinya terang pada siang hari.  Selain itu, siasatan juga mendapati tiada rumah orang berdekatan dengan tempat kejadian,” katanya hari ini.
Sehubungan itu, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan polis kini memburu suspek, yang juga seorang bekas pekerja kilang.

SEDIH - REMAJA 18 TAHUN DIPERKOSA BAKAL ABANG IPAR

gambar hiasan
          

KUCHING: Seorang remaja bukan saja dipaksa meneguk minuman keras hingga mabuk, malah turut dirogol bakal abang iparnya dalam kejadian di rumah sewa di Jalan Sultan Tengah, di sini.
Mangsa berusia 18 tahun mendakwa kejadian itu berlaku tiga minggu lalu, namun hanya membuat laporan polis malam kelmarin. Menurut sumber, mangsa mendakwa, kejadian itu berlaku apabila bakal abang ipar berusia 20-an itu turut mengugut memukul mangsa menggunakan botol jika enggan melayan nafsu serakahnya.
“Mangsa yang kini mendirikan rumah tangga membuat laporan polis kerana bimbang suspek mengganggu kehidupannya.
“Dalam laporan dibuat pada jam 9 malam semalam (kelmarin), mangsa mendakwa kejadian itu berlaku di rumah sewa lelaki berkenaan yang bakal menjadi suami kepada kakaknya. Mangsa tidak berani membuat laporan polis lebih awal kerana takut diugut suspek. “Suspek mengugut mengupah rakan untuk membelasah mangsa jika mendedahkan perbuatan itu kepada ahli keluarga menyebabkan terpaksa merahsiakan kejadian yang berlaku,” katanya.
Sumber itu berkata, selepas tidak tahan penderitaan ditanggung, mangsa akhirnya memberanikan diri membuat laporan di Balai Polis Santubong.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.

Panas - Warga Emas Bernafsu Liar Sanggup Cabul Budak Bawah Umur


Manila: Seorang lelaki Britain berusia 73 tahun ditahan selepas didakwa mencabul kehormatan tiga kanak-kanak bawah umur.
Stanley James Lamb ditahan polis Carcar kerana disyaki meraba bahagian sulit kanak-kanak itu di kediamannya di Barangay Perrelos, Cebu kelmarin.
Ketua Polis Wilyah Visayas, Superintendan Danilo Constantino berkata, Stanley didakwa di bawah akta pencabulan Filipina.
Katanya, identiti ketiga-tiga mangsa yang dirahsiakan atas faktor keselamatan.
Danilo berkata, Stanley menjemput mangsa ke rumahnya sebelum mengambil kesempatan dengan meraba bahagian sulit mereka.
Tertuduh ditahan di balai polis Carcar sementara menunggu pertuduhan difailkan ke atasnya.
Sabtu lalu, seorang diplomat Itali berusia 46 tahun ditahan di pusat peranginan Laguna selepas dituduh menyeludup dan mendera tiga kanak-kanak lelaki.
Menurut saksi, duta Itali di Turkmenistan, Daniele Bosio dilihat “meraba dan membelai” kanak-kanak itu di kolam renang.
Bosio ditahan di balai polis Biñan sementara kanak-kanak itu yang didakwanya gelandangan dari Manila, diletakkan di Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan.

CULIK: Abu Sayyaf Dijangka Meminta Wang Tebusan Hingga RM11.5 Juta

CULIK: Abu Sayyaf Dijangka Meminta Wang Tebusan Hingga RM11.5 Juta
PETALING JAYA – Kumpulan Abu Sayyaf yang dipercayai bertanggungjawab menculik seorang warga china dan seorang pekerja resort warga Filipina di Semporna Sabah akan meminta wang tebusan sehingga AS$3.5 juta (RM11.5 juta) untuk membebaskan mangsa bukan warganegara Filipina, kata seorang penganalisis keselamatan.
Prof Dr Aruna Gopinath yang pakar dalam keselamatan maritim berkata, kumpulan pemisah yang berpangkalan di Basilan, selatan Filipina itu akan mengenakan kadar yang lebih rendah sekitar tiga juta pesos (RM219,000) untuk membebaskan tebusan warga Filipina.
“Kumpulan Abu Sayyaf hanya berminat untuk mendapatkan wang dan wang tebusan akan dibayar sebelum mereka membebaskan tebusan,” katanya.
Aruna berkata, seorang wartawan Filipina yang dikenalinya diculik oleh kumpulan itu pada 2011 dan dijadikan tebusan selama 90 hari.
“Dia bertemu dengan ketua kumpulan Abu Sayyaf di Basilan untuk temu bual tetapi sebaliknya diculik oleh mereka. Dia dikurung di dalam sebuah rumah dan hanya diberikan air dan dua biji pisang tiga kali sehari.
Aruna berkata, seorang ahli kongres Filipina akhirnya bersetuju untuk membayar wang tebusan tiga juta pesos sebelum mangsa dibebaskan.
Sebuah lagi kumpulan iaitu Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF) yang pakar dalam kegiatan penculikan perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa Malaysia, kata Aruna.
Dalam perkembangan lain, Associated Press memetik seorang pegawai risikan Filipina pada Khamis sebagai berkata mengesahkan penculikan itu dilakukan oleh kumpulan Abu Sayyaf.
Menurut pegawai tersebut, ketua kumpulan Abu Sayyaf itu berang kerana tidak dibawa bersama dalam perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). – The

Suami Lacurkan Isteri Beli Dadah, Jadi Penonton Isteri ‘Dijamah’

Jenayah
Kuala Lipis – Tempoh lima hari tinggal di dalam ‘neraka buatan suami’ cukup menyeksakan bagi seorang suri rumah apabila dia disuruh menghisap syabu sebelum dipaksa melayan nafsu lima lelaki dengan bayaran RM100 hingga RM120 setiap seorang.
Dalam kejadian pada 26 Mac lalu, wanita berusia 25 tahun berkenaan dibawa suaminya berusia 30 tahun ke sebuah rumah sewa di Benta, dekat sini, sebelum bertemu dengan lima lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang menunggu untuk menjamah tubuh mangsa.
Difahamkan, mangsa dipercayai dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub bagi menyara kehidupan termasuk menggunakan hasil pendapatan haram itu untuk membeli syabu.
Bagaimanapun, suaminya terpaksa beralih lokasi di daerah ini untuk meneruskan kegiatan haram itu berikutan lelaki berkenaan masih tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara keluarga.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, selama lima hari berada di rumah berkenaan, mangsa terpaksa melayan nafsu lima lelaki terbabit selepas mereka semua membuat pembayaran.
Menurutnya, pada masa sama, ketika mangsa ‘disajikan’ kepada lima lelaki terbabit suaminya menjadi penonton tanpa menghiraukan rayuan dan belas kasihan wanita itu yang meminta dilepaskan.
Katanya, bagaimanapun, pada 30 Mac lalu, mangsa akhirnya nekad melarikan diri, namun cubaannya gagal kerana seorang daripada suspek terbabit dikatakan menyedari tindakan wanita berkenaan.
“Mangsa merayu kepada suspek terbabit yang dikenali sebagai Gemuk supaya melepaskannya, namun lelaki itu bersetuju untuk berbuat demikian, tetapi dengan satu syarat iaitu melayani nafsunya.
“Mangsa yang sudah buntu mencari jalan untuk menyelamatkan diri terpaksa mengikut arahan suspek sebelum lelaki itu menidurinya secara percuma tanpa pengetahuan suami mangsa,” katanya.
Menurutnya, selepas melayani nafsu lelaki itu, wanita berkenaan kemudian dibawa keluar dari rumah terbabit tanpa disedari suspek lain termasuk suami mangsa sebelum dia dihantar ke Stesen Bas Bandar Katanya, selepas ditinggalkan seorang diri, mangsa kemudian menghubungi Balai Polis Kuala Lipis, di sini, untuk meminta bantuan sebelum dia membuat laporan berhubung kejadian itu, petang kelmarin.
Abdul Razak berkata, susulan laporan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis menahan empat lelaki terbabit termasuk suami mangsa di sebuah rumah seorang daripada suspek di Benta, petang kelmarin.
“Siasatan awal mendapati mangsa mendakwa dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub dan wang yang diperoleh secara haram itu digunakan untuk menyara kehidupan termasuk membeli syabu,” katanya.
Katanya, siasatan turut mendapati sebelum ini wanita itu pernah merayu tidak lagi dilacurkan, namun suaminya berang sebelum memukul dan menerajang mangsa tanpa belas kasihan.
Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL), di sini, untuk mendapatkan rawatan, manakala anak perempuannya yang berusia lima tahun kini dijaga ibu mentuanya.
Abdul Razak berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan akan bertemu dengan keluarga mangsa serta mentuanya. – myMetro Online

(GAMBAR) Kambing ‘Mangsa’ Rogol Diheret Ke Mahkamah

 
Seekor kambing yang menjadi mangsa kes serangan seksual semalam hadir di mahkamah untuk berdepan penyerangnya seorang pemuda berusia 28 tahun.
Katana Kitsao Gona dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menyetubuhi kambing berkenaan walaupun sudah beristeri.
Dalam keterangannya di depan hakim, Gona berkata isterinya adalah seorang wanita kurang upaya dan hanya bergantung kepada dirinya untuk mencari rezeki.
Justeru, katanya, dia berharap hakim dapat meringankan hukuman atas kesalahannya mendera kambing.
Bagaimanapun majistret Muthoni Nzibe tidak mengendahkan rayuan Gona dan mengarahkan dia dipenjara 10 tahun selepas mengaku salah mengadakan hubungan seks dengan kambing.
Kambing yang menjadi mangsa Gona dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti oleh pegawai pendakwa kes.
Menurut pegawai pendakwa Jimmy Kema, Gona melakukan kesalahan itu Isnin lalu.
Saksi yang juga jiran Gona berkata dia memasuki kawasan semak untuk membuang air kecil dan terkejut apabila melihat sehelai baju disangkut pada pokok.
Apabila dia menyiasat lebih lanjut, saksi terkejut apabila ternampak Gona berbogel dan mengadakan hubungan seks dengan kambing yang ditambat itu.
Dia memaklumkan pemilik kambing itu serta orang kampung sebelum Gona ditahan polis.
Menurut laporan pejabat veterinar, kesan darah ditemui pada vulva kambing berkenaan yang turut membuktikan serangan seksual terjadi.

Samseng Memotong Kemaluan Seorang Dan Buang Kemaluan Ke Dalam Semak - Apakah Tujuanya ?

Samseng Buang Kemaluan Ke Dalam Semak
MIDDLESBROUGH – Seorang lelaki yang kemaluannya dipotong dan dibuang di dalam semak di tepi lebuh raya di sini oleh sekumpulan samseng gipsi kini koma di hospital.
Polis dilapor menanti di sisi katilnya, untuk menemubualnya mengenai kejadian itu.
Mangsa diserang selepas kumpulan samseng itu mengetahui dia meniduri kekasih seorang daripada mereka.
Polis terpaksa menutup lebuh raya yang sibuk di bandar itu untuk mencari kemaluan lelaki berkenaan.
Polis Cleveland mengesahkan lelaki berusia 40 tahun itu ditemui mencari sesuatu di dalam semak di tepi lebuh raya terbabit walaupun dalam kesakitan.
Seorang pekerja pasar raya yang terletak berhampiran tempat kejadian berkata dia mendengar cerita tentang nasib yang menimpa lelaki itu.
Dua anggota polis yang ditemui di tempat kejadian enggan mengulas apabila ditanya sama ada benar kemaluan seorang lelaki dipotong.
Mereka hanya berkata lelaki itu cedera parah di pangkal paha.
Bagaimanapun, berita yang tersebar di kalangan penduduk setempat ialah kemaluan lelaki berkenaan dipotong dan hilang, menyebabkan polis menutup sebahagian laluan di lebuh raya itu untuk mencarinya.
Kira-kira lapan anggota polis dilihat mengepung kawasan berkenaan, dipercayai untuk mencari kemaluan mangsa yang dicampak oleh samseng gipsi itu.
Sehubungan itu, seorang lelaki berusia 22 tahun ditangkap kerana disyaki terbabit dalam serangan itu.- AFP

Gempar - Mayat Dibuang Ditepi Jalan Di P.Pinang, Siapa Punya Angkara ?

Mayat

Bukit Mertajam – Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terbaring dengan hanya berkain pelekat di tepi dusun durian di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi, mayat itu ditemui penjaga dusun berusia 52 tahun yang kemudian melaporkannya kepada polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Superintendan Baharom Abu berkata, mayat lelaki berusia 20-an itu dipercayai mati di tempat lain sebelum dibuang di tepi jalan berkenaan.
“Siasatan kita mendapati tiada kecederaan dialami mangsa, namun dia mungkin mati akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
“Ini berdasarkan empat kes penemuan mayat warga asing sebelum ini yang ditemui di tepi jalan dan hasil bedah siasat mendapati semua mereka mati akibat jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya. – myMetro Online

"TERLALU SEKSI" Tu Yg Berlaku Sanggup Buat maksiat dalam surau spa

IPOH - Seorang pekerja salun kecantikan di Taman Ipoh Jaya Timur, Rapat Setia, di sini, yang dipercayai melakukan maksiat bersama seorang lelaki dicekup majikannya dalam keadaan tidak berpakaian dipremisnya bekerja, awal pagi kelmarin.
Lebih memalukan, pekerja wanita berusia 23 tahun dan baru enam bulan bekerja di spa terbabit terkantoi melakukan perbuatan terkutuk itu bersama pasangannya yang berusia 25 tahun di dalam surau spa itu.
Menurut pemilik spa dikenali sebagai Yaya, 27, dia menangkap pekerjanya itu ketika bersama beberapa pekerja lain mahu menyimpan barang di kedainya jam 5 pagi kerana pembekal terpaksa menghantar barang awal pagi berikutan cuti Krismas.

Gempak ! Seorang wanita menggunting hingga putus kemaluan teman lelakinya

Potong


Hong Kong – Seorang wanita menggunting hingga putus kemaluan teman lelakinya sebelum membunuh manggsa dengan tukul selepas lelaki itu merogolnya.
Yeung Ki, 41, semalam dituduh membunuh guru piano, Zhou Hui, 32, pada 26 Disember tahun lalu.
Dia mengaku tidak bersalah.
Yueng yang berasal dari tanah besar China dan menetap di Hong Kong, didakwa membunuh Zhou selepas setahun menjalinkan hubungan dengan suami orang itu.
Dia juga mendakwa lelaki itu meninggalkannya sewaktu dia mengandung dan banyak berhutang dengannya.
Pada malam kejadian, Zhou dikatakan memukul Yueng, menolaknya ke lantai dan menampar anak perempuan mereka, sebelum mengadakan seks secara paksa dengannya.
Selepas kejadian itu, Yueng mencampurkan ubat tidur ke dalam sup yang dihidangkan kepada lelaki itu, menggunting kemaluan Zhou ketika dia tidak sedarkan diri dan membuangnya ke dalam tandas.
Apabila lelaki itu terjaga akibat kesakitan, wanita itu memukulnya berulang kali dengan tukul sehingga mati, lapor akhbar tempatan yang memetik pertuduhan yang dibacakan.
Mengikut laporan akhbar tempatan, Zhou sebelum itu mengugut menyebarkan gambar lucah Yeung yang dimilikinya di Internet kecuali dia memberinya HK$200,000 (RM 84,477) untuk membeli kereta.
“Perbicaraan kes ini akan diadakan selama 11 hari,” kata jurucakap badan kehakiman Hong Kong. – AFP

Terkini ! Blog Misteri Cuba Kaitkan Kehilangan MH307 Dengan Serangan Pemisah Uighurs

glodef banner
Sebentar tadi, Pengarang Mynewshub menerima sebuah sistem pesanan ringkas (SMS) daripada sebuah nombor yang tidak dikenali memberitahu kewujudan sebuah blog yang mendedahkan mengenai siapakah dua lelaki misteri yang menaiki pesawat MH307 menggunakan pasport pihak lain, Sabtu lalu.
Blog yang menamakan dirinya Glodef (Global Defence And Security Research Centre – Klik ) memuat naik entri pertama semalam. Kemungkinan besar ia baru dibuka.
Tidak diketahui sama ada ia blog yang dibuka dari dalam Malaysia atau luar kerana menggunakan domain blogspot sahaja.
Apa pun, blog itu mendakwa, dua lelaki misteri yang menaiki pesawat MH307 menggunakan pasport lelaki Itali dan Austria merupakan masyarakat Uighurs dari wilayah Xinjiang yang berjuang untuk memisahkan diri pemerintahan China dan mereka memang dikenali memiliki rupa paras menyamai masyarakat Eropah.
“Mereka menempah tiket mereka menggunakan China Southern Airlines, mereka sudah pasti dapat melepasi pemeriksaan di lapangan terbang dengan mudah kerana memiliki rupa paras menyerupai lelaki pemegang pasport yang asal,” katanya.
Blog itu mendakwa, kehilangan MH307 mungkin berkaitan dengan serangan pemisah Uighurs yang menyerang stesen keretapi Kunming pada 2 Mac lalu yang menyaksikan 33 orang terbunuh manakala 140 lagi cedera.
Kehilangan penuh misteri MH307 menyebabkan ramai pakar penerbangan dunia melihat serangan pengganas sebagai salah satu aspek penting.
Pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam awal Sabtu lepas dan sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Ia bagaimanapun hilang dan terputus komunikasi dengan menara kawalan udara di Subang pada pukul 2.40 pagi.
Menurut laporan awal, sepanjang penerbangan komunikasi menara kawalan dengan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun berjalan lancar tanpa isyarat kecemasan ataupun masalah diberikan oleh pengendali pesawat kepada menara kawalan.
Perhubungan terputus selepas komunikasi menara kawalan di Subang menyerahkan komunikasi pesawat MH370 kepada menara kawalan udara di Ho Chi Minh City, Vietnam kerana pesawat itu sudah menghampiri ruang udara Vietnam dalam penerbangan ke Beijing, China.

JENAYAH ! Lelaki Dihukum Korek Mata Dan Telinga Dipotong

gambar hiasan
Tehran – Seorang lelaki Iran dijatuhkan hukuman kedua-dua matanya dikorek manakala telinga kanan dan hidungnya dipotong selepas dia didapati bersalah mencurahkan asid ke muka seorang budak perempuan.
Hukuman itu dijatuhkan selepas lelaki berkenaan disahkan melakukan perbuatan berkenaan secara sengaja dalam satu kejadian, pada Oktober lalu.
Budak perempuan itu hilang penglihatan dan telinga kanannya tidak dapat mendengar selepas diserang dengan asid.
Meskipun hukuman itu mendapat tentangan banyak pihak terutama badan asasi kemanusiaan, namun Majlis Kebangsaan Iran memutuskan bahawa hukuman itu merupakan sebahagian daripada sistem perundangan negara berkenaan.
Mahkamah negara berkenaan juga sebelum ini telah mengarahkan tangan dan kaki seorang lelaki dipotong.
Tahun lepas, antara 500 hingga 625 orang termasuk 28 wanita dan dua kanak-kanak telah dihukum di Iran.
* Sekadar Gambar Hiasan

Panas ! Kecil-Kecil Dah Tau Ambil Pil Kuda, Baru Umur Setahun Jagung (13Thn)

1


KOTA BHARU – “Saya mula berjinak-jinak dengan pil kuda sejak berusia 13 tahun lagi atas pengaruh rakan,” kata seorang pelajar dikenali Syafiq, 17, yang juga pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di daerah ini.
Syafiq berkata, selepas diperkenalkan dengan pil tersebut yang pada mulanya diambil untuk suka-suka, akhirnya ia menjadi rutin.
“Sebelum ini, ibu dan ayah tidak tahu saya ambil pil tersebut kerana saya selalu menghabiskan masa dengan rakan melepak sehingga lewat malam.
“Ibu tidak pernah syak pada mulanya sehinggalah saya ditahan polis tahun lalu ketika pulang ke rumah pada jam 1 pagi. Polis membuat pemeriksaan berdekatan rumah dan saya tertangkap kerana berada di bawah pengaruh pil tersebut,” katanya kepada pemberita.
Menurutnya, disebabkan pengaruh dadah yang begitu kuat, dia sanggup melakukan kerja sambilan dengan mengambil upah menyelek pintu bagi binaan rumah baharu dan hasil gaji diperoleh digunakan untuk membeli pil kuda.
“Saya mula khayal dengan sebiji pil berharga RM15 dan seronok dalam dunia sendiri serta lupa segala-galanya termasuk mengabaikan pelajaran.
“Namun selepas ditahan polis, saya mula menjauhkan diri daripada bahan terlarang, malah tidak lagi melepak dan menghabiskan masa bersama rakan sehingga lewat malam,” katanya yang mengakui menyesal dengan perbuatan sia-sianya itu dan berharap akan lebih fokus dalam pelajaran, seterusnya mencapai kejayaan.
Syafiq merupakan antara 200 pelajar yang terpilih menyertai Seminar Kecemerlangan Pelajar di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa, di sini.
Pada program itu, pelajar terlibat diberikan taklimat dan kesedaran mengenai bahaya penglibatan dalam kancah dadah termasuk peranan remaja supaya tidak terjebak.
Hadir merasmikan majlis, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Sementara itu, menurut seorang lagi pelajar yang dikenali sebagai Nur, 17, dia mula terlibat dalam gejala ponteng sekolah sejak tahun lalu.
“Perasaan ingin mengikut rakan mencuba sesuatu yang baharu membuatkan saya mula ponteng sekolah dan seronok melakukan aktiviti tersebut.
“Saya keluar dari rumah dengan pakaian sekolah tetapi tidak ke sekolah, sebaliknya duduk di kawasan padang dan menghabiskan masa sehingga tamat waktu sekolah,” katanya.
Namun katanya, selepas menerima kaunseling daripada guru dan mengikuti taklimat berkenaan, dia insaf serta tidak lagi ponteng sekolah.
“Saya menyesal dan tidak akan mengulanginya lagi. Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti,” katanya. – Sinar Harian

Kejam, BAPA SYAITAN ! Sanggup Mengunci Mulut Anaknya Dengan MANGGA Elakkan Dari Menanggis !!!

mangga


Nigeria – Bapa syaitan merupakan gelaran paling sesuai untuk diberikan kepada seorang lelaki, Chris Elvis, 30, yang sanggup memasang mangga di mulut anak lelakinya yang berusia empat tahun kerana budak itu dianggapnya sebagai `anak syaitan’.
Elvis memasang mangga itu kerana mahu menutup mulut anaknya yang menangis ketika dia membelasah si kecil itu.
Dia mendakwa budak itu membawa nasib malang kepadanya dalam beberapa hari ini.
Selepas memukul budak malang itu, dia melekapkan seterika panas di seluruh budak itu sebelum menguncinya dalam tong plastik.
Ibu budak itu menghubungi polis selepas dia menemui mayat anaknya dalam keadaan ngeri ketika pulang dari pasar.
Ketika ditangkap, Elvis berpura-pura bahawa dia sakit mental namun telah disahkan oleh pihak berkuasa bahawa dia normal.
Dia kini ditahan selepas didakwa membunuh.

TERLALU KEJAM !!! Gambar penyiksaan ini sangat kejam dan tidak ada perikemanusiaan langsung !! kalau tak kuat jangan lihat.. enam gambar penyiksaan sebenar adalah dibawah...

Gambar penyiksaan ini sangat kejam dan tidak ada perikemanusiaan langsung !! kalau tak kuat jangan lihat.. enam gambar penyiksaan sebenar adalah dibawah...