SAH bercerai talak satu! Itulah jawapan untuk spekulasi yang melanda pasangan Adam AF dan Fiza Elite sejak beberapa minggu lalu.
Lafaz talak
itu diucapkan oleh Adam di hadapan Hakim Syarie Moh Nazri Basrawi di
Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada jam 1.05 tengah hari tadi,
memetik Harian Metro.
Bagaimanapun, punca masalah sehingga menyebabkan perceraian itu tidak
diketahui kerana semua wartawan diminta untuk keluar atas permintaan Fiza.
Alasannya, dia seorang artis dan tidak mahu masalah rumahtangga mereka diketahui umum.
Turut hadir sewaktu prosiding, rakan baik Fiza iaitu Azza Elite.
Kami yakin dengan berita ini, ramai peminat yang turut bersedih atas
kehancuran rumahtangga yang dibina tidak sampai setahun itu.
Apa pun, jika inilah penyelesaian yang terbaik, doakan saja kedua-dua terus tabah menghadapi dugaan besar ini.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
MENDAPAT peluang untuk membuat persembahan di hadapan Presiden
Amerika Syarikat, Barack Obama pastinya akan menjadi kenangan paling
indah dalam hidup empat insan seni iaitu Zainal Abidin, Syafinaz
Selamat, Jaclyn Victor dan Rosnan Rahman.
Keempat-empat mereka dijemput untuk menghiburkan Obama sewaktu majlis
Jamuan Negara di Istana Negara Jalan Duta, Kuala Lumpur, malam
kelmarin, memetik Harian Metro.
Rosnan yang merupakan pejuang makyung negara menyifatkan ia sebagai penghormatan buat dirinya dan seni makyung itu sendiri.
Zainal yang menyampaikan lagu ‘Hijau’ dan Kau Di Hatiku’ pula
memberitahu dia berasa bangga kerana terpilih untuk menghiburkan Obama.
“Lebih membanggakan lagi apabila selesai majlis, Obama
terus berjalan ke arah saya dan mengucapkan tahniah dan terima kasih
sebanyak tiga kali kerana membuat dia gembira dan berpuas hati dengan
persembahan saya pada malam itu,” katanya.
Mengakhiri persembahan, keempat-empat mereka menyanyikan lagu ‘We Are The World’ bersama-sama.
Beruntung sungguh mereka. Sebabnya, penyanyi Hollywood sendiri pun
bukan mudah mendapat peluang membuat persembahan di hadapan pemimpin
terkenal itu.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Dunia hiburan Indonesia kehilangan pemuzik legenda, Idris
Sardi, 76, yang meninggal dunia hari ini, selepas menderita penyakit
paru-paru.
‘Maestro biola Indonesia’ itu yang sebahagian besar usianya menggesek
biola menghembuskan nafas terakhir di Hospital Meilia Cibubur, di sini
pada 7.25 pagi.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Menteng Pulo, di sini, petang ini.
Rakan Allahyarham menyifatkan pemergian seniman legenda itu sebagai
satu kehilangan besar kepada bangsa Indonesia kerana kecintaannya
terhadap seni tiada tolok bandingnya.
Pemuzik dan penyanyi terkenal, Katon Bagaskara berkata Allahyarham
bukan sahaja mahir menggesek biola, malah memiliki bakat luar biasa
membuat susunan muzik sehinggakan sesiapa yang mendengarnya dapat
merasai alunan muzik tersebut.
Katon berkata seniman tersohor itu memiliki kelebihan
tersendiri ketika menggesek biola sehingga tidak mampu ditandingi oleh
pemuzik lain.
Penyanyi terkenal, Bob Tutopoli berkata Allahyarham yang dikenalinya
merupakan seorang anak seni yang sentiasa mementingkan kesempurnaan
dalam karyanya.
“Jika ada hal tidak sesuai dengan keinginannya, beliau (Idris) boleh
menjadi marah. Idris mahu segalanya sempurna, tambahan pula kalau
membawa nama Indonesia, beliau boleh menjadi seorang yang sangat
sensitif,” kata Bob.
Dilahirkan di Jakarta pada 7 Jun 1938, Idris mula berjinak bermain
biola pada usia enam tahun dan ketika berumur 10 tahun, seniman itu
mengadakan persembahan solo pertama di Yogyakarta sehingga mendapat
perhatian ramai.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham meraih pelbagai penghargaan di atas sumbangan besarnya kepada industri muzik Indonesia.
Bapa kepada pelakon terkenal, Lukman Sardi itu, juga mempunyai
hubungan akrab dengan karyawan seni Malaysia dan pernah menerbitkan
album susunan baru lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
– BERNAMA
Anda mungkin juga meminati: