Dah Nak Pilihan Raya, Azmin Masih SERANG Khalid Ibrahim!

MB Selangor KANTOI Lagi, PKNS Nafi Gugur Azmin Ali!
PETALING JAYA – Konflik terbuka dua pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor makin berpanjangan apabila Mohamed Azmin Ali menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertindak melanggari undang-undang dalam isu penamatan kontrak 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB).
Lebih mengeruhkan keadaan apabila Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR mendakwa Abdul Khalid menggunakan PKNS sebagai ‘senjata politik’ terhadap musuh politiknya.
“Pemecatan secara tiba-tiba kakitangan PHSB di bawah perintah Menteri Besar bukan sahaja melanggar undang-undang pekerjaan tetapi terlalu tidak berperikemanusiaan.
“Demi kepentingan keadilan dan tadbir urus yang baik, Tan Sri Abdul Khalid mesti berhenti menggunakan PKNS sebagai senjata peribadi terhadap pesaing politiknya,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Selasa lalu PHSB memecat 22 kakitangannya, tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa Isnin.
Kesemua kakitangan PHSB, yang juga anak syarikat PKNS, menerima surat penamatan kontrak itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan selepas hadir bekerja seperti biasa.
Sebelum ini wujud dakwaan bahawa Mohamed Azmin terlibat dalam pelantikan kakitangan PHSB yang dibuat tanpa mengikut prosedur dan menerima gaji yang tinggi.
Selain itu Mohamed Azmin yang sebelum ini turut digugurkan daripada ahli lembaga pengarah PKNS menggesa Abdul Khalid selaku pengerusi perbadanan itu membatalkan pemecatan 22 kakitangan PHSB itu.
“Ia benar-benar bercanggah dengan prinsip yang didukung oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bahawa semua pekerja perlu dilayan dengan bermaruah.
“Saya menyeru pihak berkenaan membatalkan dengan segera surat pemecatan dan meminta maaf kepada rakyat Selangor berhubung tindakan yang tidak bertimbang rasa ini,” katanya. - mStar Online

Perompak Stesen Minyak Mati Dipukul Orang Awam Di Jinjang

Perompak Stesen Minyak Mati Dipukul
Kuala Lumpur – Seorang penjenayah yang merompak sebuah stesen minyak ditemui mati dibunuh di sebuah jalan masuk Kampung Delima, Jinjang di sini, malam tadi.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam, suspek yang belum dikenal pasti dan bersenjatakan parang memasuki premis itu dan melarikan sejumlah wang tunai dan puluhan kotak rokok.
Orang awam yang menyedari kejadian itu dikatakan bertindak mengejar dan memukul suspek sehingga mati.
Suspek meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan teruk di muka dipercayai akibat dipukul dengan batu.
Siasatan lanjut masih dijalankan di lokasi kejadian. -Harian Metro

SOAL SELIDIK: Murid Sekolah Rendah Di Nilai Ditanya Pernah Onani, Seks Luar Tabie?

SOAL SELIDIK: Murid Sekolah Rendah Di Nilai Ditanya Pernah Onani, Seks Luar Tabie?
Kementerian Pelajaran menunggu maklumat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPN) berhubung dakwaan tinjauan kecenderungan seks yang dilakukan ke atas murid sekolah rendah kebangsaan di Nilai.
Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata setakat ini pihak kementerian juga belum dapat memastikan jika insiden yang didakwa itu benar-benar berlaku.
“Kita belum dapat maklumat lagi daripada pihak negeri berkenaan perkara ini. Kita kena lihat apa yang sebenarnya berlaku.
“Sistem dan cara kita ada (untuk menangani perkara ini) termasuklah prosedur dia,” katanya pada sidang media merasmikan pelancaran buku teks digital Kementerian Pendidikan yang meliputi 313 jenis buku teks di Petaling Jaya pagi ini.
Semalam dua wakil rakyat DAP memfailkan rungutan mereka dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan berhubung satu tinjauan berkaitan kecenderungan seks yang didakwa berlaku di satu sekolah rendah di Nilai.
ADUN Nilai J Arulkumar dan ADUN Senawang P Gunasekaran berkata mereka dimaklumkan perkara itu oleh seorang ibu bapa pelajar berusia 10 tahun minggu lepas.
Antara soalan yang ditanya adalah sama ada pelajar pernah melakukan onani atau menonton bahan lucah dan sama ada mereka mempunyai kawan istimewa atau kekasih.
Pelajar juga didakwa turut ditanya jika mereka mempunyai minat terhadap sesama jantina atau berhasrat untuk menukar jantina mereka.
Selain itu mereka juga didakwa ditanya jika mereka ada bertukar-tukar pasangan, melakukan seks sejenis, melakukan seks di luar tabie atau mengamalkan perancangan keluarga. – Malaysiakini.com

Kes Cerai Liza Abdullah Ditangguh

Kes Cerai Liza Abdullah Ditangguh
MAHKAMAH Rendah Syariah Gombak Timur telah menangguhkan sebutan kes cerai pelakon terkenal, Liza Abdullah, 52, dengan suaminya, Zolkifli Abd Rahman, sehingga 24 Februari depan.
Permohonan penangguhan ini dibuat oleh Peguam Syarie, Saadiah Din yang mewakili pelakon itu. Pun begitu, kedua-duanya tidak hadir ke mahkamah.
Untuk rekod, Liza telah memfailkan penceraian pada 8 Januari lalu selepas 26 tahun hidup bersama dan dikurniakan empat orang anak iaitu Zulhaffiz Zarriq, 25, Nur Naffiz Syahiddah, 21, Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10. – Media Hiburan

Selena Gomez Daftar Masuk Pusat Pemulihan

Selena Gomez Daftar Masuk Pusat Pemulihan
KISAH selebriti Hollywood yang keluar masuk ke pusat pemulihan bukanlah sesuatu yang luar biasa.
Pendek kata, ia sudah cukup sinonim terutama di kalangan artis remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, alkohol dan pelbagai lagi masalah lain.
Terbaru, pelakon dan penyanyi Selena Gomez secara sukarela mendaftar di sebuah pusat pemulihan di Arizona.
Namun, ia bukanlah atas faktor dadah atau alkohol, sebaliknya lebih kepada mencari ketenangan.
Selena dikatakan mengalami tekanan kerana terlalu kuat bekerja selain hubungan dengan bekas kekasihnya, Justin Bieber.
Sebelum ini, dia telah membatalkan beberapa siri konsert jelajah yang dijadualkan pada awal tahun ini kerana dikatakan terlalu penat.
Baguslah jika Selena mengambil keputusan ini. Pendek kata, lebih baik bertindak awal sebelum tekanan tersebut memudaratkan dirinya suatu hari nanti.
Oleh: ELZA
(Sumber: Hollywood Life)

Isu Aib Luna, Nabil Tak Berhasrat Minta Maaf

Wajarkah Nabil SINDIR Luna Maya Mengenai 'Kisah Silamnya'?

Pelawak dan pelakon, Nabil Ahmad menyatakan dia tidak akan meminta maaf kepada Luna Maya berkenaan lawaknya di pentas separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013), Jumaat lalu.
Nabil turut meluahkan perasaan kecewanya dengan pemikiran sempit penonton program tersebut.
Memetik portal Astro Gempak, Nabil mengatakan, “saya tidak berhasrat untuk meminta maaf kerana saya tidak melakukan sebarang kesalahan atau mempunyai isu peribadi dengan Luna Maya. Saya tidak sangka pula lawak saya itu dilihat sebagai satu unsur penghinaan atau cuba mengaibkan Luna Maya”.
“Saya rasa kesal dengan segelintir peminat atau penonton yang berfikiran sempit sehingga cuba mahu perbesarkan hal-hal seperti ini. Sedangkan ianya sebuah lawak semata-mata dan tidak langsung cuba mahu menjatuhkan maruah individu yang terbabit,” ulasnya pelawak berusia 31 tahun ini.
Pada minggu separuh akhir MLM2013, Nabil menyelitkan lawak yang seakan menyindir Luna dan seperti yang diketahui ramai, nama Luna sebelum ini hangat dikaitkan dengan kontroversi video ‘panasnya’ dengan bekas kekasih, Ariel Noah.
Selepas insiden itu, nama Nabil teruk dikecam peminat setia program lawak nombor satu negara itu.
Diharapkan Nabil dapat mengambil iktibar daripada isu ini dengan lebih berhati-hati membuat lawak tanpa mengaibkan mahupun menjatuhkan maruah orang lain di masa hadapan.

Filem Komedi Seram Tak Rugi Ditonton!

kami
Melihat kepada rekod syarikat produksi Red Films yang banyak menerbitkan filem bercorak urban dan segar antaranya Istanbul Aku Datang, Pisau Cukur dan Gol & Gincu, rasanya filem terbaru keluaran mereka iaitu Kami Histeria bakal memberikan satu lagi hiburan maksima buat penggemar filem tempatan.
Bagi penulis, Kami Histeria yang diarahkan oleh pengarah muda, Shamyl Othman ini cukup rempah dan ramuan bagi sebuah filem komedi seram yang lari daripada kebiasaan filem yang dihidangkan oleh syarikat penerbitan yang lain sebelum ini.
Filemnya tidak ‘cliche’ malah berjaya membawa mood seram kelakar tanpa sedikit pun mencacatkan sesuatu babak tersebut.
Malah, penglibatan pelakon kegemaran Red Films iaitu Nur Fazura Sharifuddin dalam filem ini juga memberikan dimensi watak yang baru buat dirinya selain pelakon utamanya, Diana Danielle yang perlu menonjolkan bakat nyanyiannya yang diasah oleh penerbit muzik Kami Histeria, Monoloque.
kami1

Twitter Catat Kerugian RM2.14 Bilion Tahun Lalu

Twitter Catat Kerugian RM2.14 Bilion Tahun Lalu
NEW YORK – Laman sosial Twitter mencatat kerugian sebanyak USD 645 juta atau RM2.14 bilion tahun lalu.
Kerugian itu dicatatkan tiga bulan selepas sahamnya diapungkan di Bursa Saham New York (NYSE) kira-kira tiga bulan lalu.
Penganalisis telah menjangkakan kerugian berdasarkan laporan yang menunjukkan pertambahan jumlah pengguna yang perlahan sejak tahun lalu yang menimbulkan kegusaran pelabur sejak sekian lama.
Purata pengguna laman blog mikro itu direkodkan 241 juta sebulan pada suku akhir tahun lalu, peningkatan sebanyak 3.8 peratus berbanding 10 peratus pada suku tahun pertama 2013.
Kajian mendapati, terdapat penurunan sebanyak 7 peratus dalam laman Twitter yang dikemas kini pengguna sekali gus mempersoal kedudukannya sebagai laman sosial arus perdana.
Saham Twitter jatuh 12 peratus selepas didagangkan pada Rabu. – Astro Awani

Wanita Perancis Dituduh Tanam Ganja

GANJA
KOTA KINABALU – Dua individu termasuk seorang wanita warga Perancis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan menanam tumbuhan jenis kanabis atau ganja di sebuah rumah di bandar raya ini.
Warga Perancis itu, Melissa Marie Commins, 31, dan seorang rakyat tempatan Jon Stephen Mosundu, 24, didakwa menanam pokok ganja di No. 302, Signal Hill Tower, Jalan Bukit Bendera, di sini pukul 11.30 pagi, pada Rabu, 29 Januari lepas.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 6B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 6B (3) akta sama dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.
Hakim Dean Wayne Daly menetapkan 27 Februari ini untuk sebutan kes.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dominic Chew dan Nartiah F. Michelle Sambathan manakala peguam Nelson Angang dan Bartholomew Jingulam mewakili kedua-dua tertuduh.
Terdahulu, rakan mereka, seorang lelaki warga tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini terhadap dua pertuduhan iaitu mengedar 572 gram ganja dan menanam pokok ganja di unit lain kondominium itu pada hari yang sama.
Ashley Ng Han, 26, didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori dan Seksyen 6B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Timbalan Pendaftar Ryan Sagiran Rayner JR menetapkan 18 Februari untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Pelajar 14 Tahun Tertelan Jarum Peniti

Jarum Peniti
BESUT – Seorang pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong, Hulu Besut tertelan jarum peniti ketika sedang mencungkil makanan di celah-celah gigi di kantin sekolahnya, pada Rabu.
Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Alif Aiman Zulkifli tertelan jarum itu selepas makan di kantin sekolahnya kira-kira 1 tengah hari.
Ketika ditemui di Hospital Besut pada Khamis, ibunya Zawahir Mustafa, 40, berkata dalam kejadian itu anaknya menggunakan jarum peniti yang dijumpai di sekolah untuk mencungkil sisa makanan selepas makan di kantin.
Katanya, ketika dia sedang leka mencungkil giginya tiba-tiba datang seorang rakannya berbual-bual dengannya apabila dengan tiba-tiba jarum peniti yang dipegangnya itu terlepas dan masuk ke dalam tekaknya.
“Anak saya berasa sakit dan suaranya mula hilang hingga menyebabkan rakannya memberitahu kepada gurunya yang kemudiannya membawanya ke hospital,” katanya.
Menurut Zawahir selepas dirawat selama sejam keadaan anaknya mula stabil dan boleh bercakap tetapi jarum peniti itu masih belum dapat dikeluarkan.
Menurut doktor sekiranya jarum peniti itu masih tidak dapat dikeluarkan sehingga Sabtu ini, anaknya akan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Dua minggu lepas, pelajar Tingkatan Satu SMK Bukit Payong tertelan jarum peniti tetapi pulih apabila jarum itu dapat dikeluarkan selepas dua hari beliau menerima rawatan di Hospital Besut. – BERNAMA

PANAS!!!… Tangan Guru Ditetak Putus Hanya Kerana Pulas Telinga Anak Murid?

tangan 1
Gambar di atas dan di bawah diberikan oleh salah seorang pembaca Mynewshub melalui Whatsapp di nombor 013 2329971.
Kesahihan kisah ini belum dapat disahkan sepenuhnya tetapi menurut maklumat yang diberikan, ia melibatkan satu kejadian melibatkan seorang yang ditetak tangan sehingga putus semata-mata kerana memulas telinga anak muridnya.
Jika benar, maka amatlah malang nasib guru berkenaan kerana terpaksa membayar harga yang tinggi hanya kerana mendidik anak muridnya.
Apa pun, sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat tambahan, diharap dapat menyalurkan kepada kami melalui nombor di atas sekiranya tidak keberatan…

Hero Cilik Terima Penghargaan Bomba

Hero
KUALA TERENGGANU – Keberanian kanak-kanak berusia lima tahun menyelamatkan adiknya dalam kebakaran tahun lalu mendapat penghargaan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu hari ini.
Mohd Syawal Mohd Shukri yang kini berumur enam tahun menerima sijil penghargaan dan pakaian seragam bomba daripada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Md Salleh Sarbini sempena perbarisan tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu di sini.
Md Salleh Sarbini berkata, pihaknya kagum dengan keberanian Mohd Syawal untuk menyelamat nyawa adiknya walaupun ketika itu kediaman mereka marak dijilat api.
“Keberaniannya boleh menjadi contoh kepada masyarakat sekiranya turut ditimpa insiden seumpama itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Md Salleh Sarbini (Dua kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada adik, Mohd Syawal Mohd Syukri, 5 di temani bapanya, Shukri Mohd Nor, 47 (Kiri).
Katanya, walaupun ketika kejadian umurnya baru mencecah lima tahun namun hero cilik itu mampu berfikir dan bertindak bijak dengan menarik adiknya keluar selepas menyedari kebakaran itu.
Dalam kejadian 3 Ogos lalu Mohd Syawal berjaya menyelamatkan adiknya yang berusia empat tahun ketika mereka sedang bermain di dalam rumah sebelum ternampak api muncul dari bilik dan dapur kira-kira jam 11.30 pagi.

Anak sulung dari tiga beradik itu memberanikan diri mengeluarkan Mohd Syakir dan membawanya ke rumah nenek mereka yang terletak berhampiran rumah mereka.
Md Salleh berkata, JBPM juga sentiasa memberi penekanan terhadap aspek keselamatan menerusi penubuhan Kelab Keselamatan Kanak-Kanak (3K) dari peringkat tadika sejak 10 tahun lepas.
Sementara itu bapa kanak-kanak itu, Mohd Shukri Mohd Nor, 37, turut melahirkan rasa bangga terhadap anak sulungnya itu yang menurutnya bercita-cita menjadi pegawai bomba.
Beliau yang bekerja sebagai buruh berkata, sebelum kejadian itu dia tidak pernah meninggalkan anaknya bersendirian di rumah namun pada hari berkenaan dia dan isterinya Huslina Abd Rahman, 26, ingin membeli keperluan untuk menyambut hari raya. – BERNAMA

Parkir Punya Hal Sofi Jikan Amuk Sampai Buka Baju?

Fasal Pun Sofi Jikan Mengamuk Sampai Buka Baju?
Sofi Jikan sememangnya dikenali sebagai pelakon yang mempunyai karisma tersendiri.
Sering diberikan watak seseorang yang berlagak pailang dalam filem-filem lakonannya, Sofi nyata berjaya menjiwai karektor hingga mendapat pujian ramai penonton.
Tapi yang tak sedapnya, sikap Sofi dalam lakonan dikatakan terbawa-bawa ke dunia luar.
Menerusi satu status yang dikongsikan di Facebook, Sofi dikatakan sombong, berlagak dan mengamuk sampai membuka baju semata-mata kerana isu parkir. Sofi turut didakwa berkata kepada penjaga parkir bahawa dia merupakan pelakon terkenal (superstar).
Benarkah begitu? Maklumlah, status ini cuma cerita sebelah pihak sahaja.
Setelah menghubungi Sofi Jikan bagi mendapatkan kepastian, barulah diketahui cerita sebenar.
Tidak menafikan berlaku pertelingkahan antara dirinya dengan penjaga parkir, Sofi bagaimanapun menyifatkan insiden itu berlaku kerana dia tidak dapat menerima hakikat pelakon sepertinya mendapat layanan buruk.
Ceritanya, pada hari kejadian Sofi ke sana sebagai tetamu di sebuah syarikat penerbitan namun disebabkan penjaga parkir berbangsa asing tidak mengenali dirinya, dia tidak dibenarkan meletakkan kenderaan.

Tawaran RM1,200 Untuk TAMPAR Teresa Kok! – NGO

Tawaran RM1,200 Untuk TAMPAR Teresa Kok!  - NGO
Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata, tawaran bagi menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kini dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.
Menurut Seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkfli Sharif, tawaran dibuat itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia agar penghinaan yang seringkali dibuat Kok menerima pembalasan.
“Tawaran ini terbuka kepada semua. Maksudnya, siapa sahaja yang dapat menampar Teresa Kok dengan disertakan gambar sebagai bukti, kita akan beri ganjaran sebanyak RM1,200,” kata Zulkifli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi di Kuala Lumpur.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan jumlah ganjaran tersebut akan meningkat sekiranya ada lagi individu menampilkan diri memberi sumbangan. – The Malaysian Insider.

Kisah Sedih Kedi Kanak-Kanak 12 Tahun MATI Terkena Bola Golf Di Sabah…

Kisah Sedih Kedi Kanak-Kanak 12 Tahun MATI Terkena Bola Golf Di Sabah...
KENINGAU – Seorang kanak-kanak perempuan warga Filipina yang bekerja sebagai kedi di sebuah padang golf di sini maut apabila terkena bola golf yang terpesong ke arahnya sewaktu menjalankan tugas.
Ketua Polis Daerah Deputi Superintenden Robert Salisip @David berkata, mangsa yang berumur 12 tahun dikenali sebagai Alminda Jalimin itu tidak memiliki dokumen dan beralamat di rumah kongsi berhampiran Taman MDK di sini.
Mengesahkan kejadian itu, beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira sehari selepas kejadian itu.
“Kejadian itu berlaku pada 31 Januari kira-kira jam 2.40 petang di padang golf itu sewaktu mangsa sedang bertugas menarik beg salah seorang pemain golf pada lubang ke-12.
“Dalam kejadian itu, salah seorang daripada pemain golf yang bermain pada hari itu memukul bola dalam jarak lima hingga enam meter dari kawasan di mana mangsa berdiri.
“Tanpa disangka-sangka, bola yang dipukul tadi melencong lalu terkena pada mangsa di tengkuk kanan, mengakibatkan mangsa rebah serta merta dan tidak sedarkan diri,” katanya.
Robert berkata, mangsa kemudiannya dikejarkan ke unit Kecemasan Hospital Keningau oleh orang awam dan doktor memberikannya rawatan sebagai pesakit luar, di mana kira-kira jam 11.30 malam, mangsa dibawa balik ke rumah oleh bapa dan ibunya.
Menurutnya, pada masa itu mangsa dilaporkan sebagai tidak mampu berjalan sendiri, dan bapanya terpaksa mendukungnya untuk dibawa balik ke rumah kongsi di mana mereka tinggal.
“Pada awalnya, mangsa dikatakan boleh bercakap dan menceritakan pengalamannya itu, namun selepas itu dia mengadu sakit kepala dan muntah-muntah. Keadaannya bertambah serius dan mangsa meninggal pada 1 Februari pada jam 5 pagi,” katanya.
Robert berkata, mangsa yang tidak pernah menghidap sebarang penyakit lain, bekerja sebagai seorang kedi di Kelab Golf Keningau sejak umurnya 10 tahun lagi bagi membantu mendapatkan sumber rezeki bagi diri dan keluarganya. - www.theborneopost.com

Jangan Biarkan Diri Saya Dipengaruhi Campur Tangan Politik! – Peguam Negara

Jangan Biarkan Diri Saya Dipengaruhi Politik! - Peguam Negara
PUTRAJAYA – Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menegaskan tiada sebarang campur tangan politik berhubung kes dua bekas pegawai menteri yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kedua-dua mereka yang belum didakwa masih dalam siasatan SPRM, untuk mendapatkan bukti yang kukuh, katanya.
“Ramai yang mendesak saya termasuk orang kenamaan serta wakil rakyat dari parti pembangkang berhubung kes tersebut, ada yang mendesak supaya tuduh ada juga yang minta supaya kes itu tidak perlu dituduh.
“Jika saya biarkan diri saya dipengaruhi campur tangan politik, saya tidak boleh menyalahkan sesiapa kecuali diri saya kerana itu salah saya,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Pengerusi Panel Penasihat Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM Datuk Johan Jaaffar bagi membincangkan perkara itu di pejabatnya di sini hari ini.

VIDEO: Nabil Akhirnya Minta Maaf SECARA TERBUKA Aibkan Luna Maya

VIDEO: Nabil Akhirnya Minta Maaf SECARA TERBUKA Aibkan Luna Maya
SUNGGUHPUN pun akhbar melaporkan beliau tidak akan meminta maaf namun akhirnya, peserta Maharaja Lawak Mega 2013, Nabil Ahmad, memohon secara terbuka kepada Luna Maya dan peminat MLM 2013.
Sebelum ini Nabil Ahmad dikritik hebat oleh peminat MLM 2013 kerana lawak beliau bersama Harith Iskandar minggu lalu dilihat mengaibkan salah seorang juri, dengan menyindir isu skandal lama Luna Maya.b
Sungguhpun kebanyakan juri, termasuk Luna, dan penonton sangat sporting namun tindakan Nabil menyelitkan lawak menyindir masalah lampau Luna secara live dan berdepan bukan sahaja mengaibkan Luna tetapi juga menimbulkan perasaan kurang senang penonton.

SEGERA: Lagi Percubaan Kumpulan Bersenjata Ke Sabah DIGAGALKAN – KPN

SEGERA: Lagi Percubaan Kumpulan Bersenjata Ke Sabah DIGAGALKAN - KPN
SEMPORNA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pasukan keselamatan Malaysia berjaya menggagalkan percubaan kedua kumpulan bersenjata untuk memasuki Sabah dalam tempoh dua bulan.
Khalid yang mendedahkan perkara itu pada Khamis berkata, kumpulan-kumpulan itu merancang untuk memasuki timur Sabah atas sebab-sebab jenayah.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan secara lanjut dengan menjelaskan bahawa ia disebabkan oleh faktor keselamatan.
Khalid berkata, percubaan kedua berlaku pada akhir Januari tahun ini.
Pada 10 Januari lalu, Khalid memberitahu para pemberita bahawa terdapat satu pencerobohan lain ke Sabah yang dilakukan oleh pihak asing namun digagalkan oleh pasukan keselamatan Malaysia.
Beliau berkata, cubaan yang dilakukan adalah kira-kira dua minggu sebelum itu (merujuk pada minggu terakhir Disember 2013).
“Terdapat satu percubaan oleh pihak luar untuk memasuki Sabah tetapi kami berjaya menggagalkannya menerusi kerjasama dengan agensi-agensi lain, termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ” katanya kepada media ketika itu.
Kedua-dua cubaan menceroboh yang digagalkan itu berlaku kira-kira setahun selepas serangan kumpulan bersenjata Sulu yang menawan Kampung Tandou di Felda Sahabat di Lahad Datu yang bermula pada 11 Februari 2013.

MYDIN Keluarkan Semua Seluar Dalam Yang Bergambar Masjid!

Gambar Masjid Pada Seluar Dalam Dijual Di Mydin
MASJID adalah tempat bagi umat Islam beribadah. Maka ia dianggap suci malah wanita yangg datang bulan tidak dibenarkan memasuki masjid.
Jadi adalah amat tidak kena apabila tempat semulia masjid dijadikan gambar hiasan pada seluar dalam.
Namun inilah imej yang terpapar pada seluar dalam kanak-kanak lelaki yang dijual di Mydin Jasin, Melaka.
Gambar yang dikongsikan di laman Facebook Saya Anak Melaka ini mendapat perhatian ramai dengan kebanyakannya mengecam tindakan pengeluar seluar dalam ini, begitu juga Mydin yang dianggap tidak peka.
Begitu pun, tahniah diucapkan kepada pasaraya Mydin yang bertindak segera mengeluarkan produk ini daripada rak pasaraya mereka sebaik sahaja dimaklumkan.

1012240_10151802739331883_1778845009_n (1)

Manakala syarikat yang mengeluarkan seluar dalam ini iaitu Thunder Storm Sdn Bhd, dilihat turut meminta maaf kepada umum dan menjelaskan bahawa pihak Mydin telah memaklumkan kepada mereka bahawa barangan ini tidak boleh dijual namun disebabkan kesilapan, ia masih dihantar ke pasaraya Mydin.
Justeru, mereka telah meminta agar Mydin memulangkan semula kesemua produk terbabit. maaf
maaf2

Apa pun, diharapkan pengawasan lebih ketat  dijalankan oleh pihak berkuasa agar tidak timbul lagi kes melibatkan sensitiviti agama seperti ini pada masa akan datang.
- REM RAMZI

SEGERA: Susulan Insiden Larkin, FAM Putuskan Beri Kemenangan Pada JDT

PETALING JAYA - Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan memberi kemenangan kepada Johor Darul Takzim (JDT) sekali gus melayakkan pasukan itu ke peringkat suku akhir Piala FA.
PETALING JAYA – Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan memberi kemenangan kepada Johor Darul Takzim (JDT) sekali gus melayakkan pasukan itu ke peringkat suku akhir Piala FA.
Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media khas di Wisma FAM, di sini, sebentar tadi.
FAM memberi kemenangan percuma 3-0 kepada JDT.
Jawatankuasa itu dalam mesyuaratnya membuat ketetapan itu berdasarkan Perkara 4.12.15b peraturan pertandingan Liga Malaysia 2013-2016.

VIDEO: Shah Rukh Khan ‘Hiburkan’ Peminat Bola Sepak JDT, T-Team

VIDEO: JDT, T-Team Jangan Gaduh...Rileks...Kita Layan Shah Rukh Khan Dulu...
NAMPAKNYA keputusan dah dibuat oleh FAM berhubung insiden Larkin tempoh hari.
Peminat JDT pasti gembira, pun begitu kesedihan pasti dirasai peminat T-Team.
Tak mengapalah, ia cuma bolasepak. Jangan sedih-sedih.
Kita layan dulu video Shah Rukh Khan…katanya ada kena mengena jugak dengan insiden tempoh hari hehehehe

Adik Nursyafiqah Tak Dirogol Tapi Mati Dipijak?

Adik Nursyafiqah Tak Dirogol Tapi Mati Dipijak?
Masih ingat kes adik Nursyafiqah Abdullah yang baru berusia 2 tahun tapi ditemui mati dibunuh dalam keadaan mengerikan di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu pada 21 Januari lalu?
BACA: Empat Suspek Bunuh Budak Ditahan 
Kini, beredar status di Facebook yang didakwa menceritakan sebab sebenar kematian Nursyafiqah.