Bengang Dikata Indon, Wak Doyok Ejek Neelofa

Bengang Dikata Indon, Wak Doyok Ejek Neelofa
TIDAK dinafikan, nama Wak Doyok kini semakin popular di Malaysia meskipun dia bukanlah artis terkenal.
Wak Doyok atau nama sebenarnya, Tengku Muhammad Azwan Shah yang merupakan pemilik jenama The Garment dikenali kerana fesyen berani Mods (modern stylish) yang dikenakannya.
Fullscreen capture 2102014 125332 PM

Sebelum dikenali umum, Wak Doyok yang tampil dengan imej bermisai dan berjanggut tebal ala maskulin era Inggeris 60-an sememangnya sudah lama popuar dalam kalangan pencinta dan pereka fesyen.
Mungkin sebab itulah, Wak Doyok kelihatan ‘sentap’ apabila Neelofa tidak mengenalinya ketika menghadiri Anugerah Meletop Era, kelmarin.
Ternyata dia sakit hati apabila Neelofa secara terang-terangan bertanya kepada Nabil, “Eh dia bukan from Indonesia ke?”
Maka hari ini, Wak Doyok telah memuatnaik satu status mengejek Neelofa yang diketahui umum, teruk kena kritik kerana memakai fesyen ala Power Rangers pada malam anugerah bersama status berbunyi, “Suka mengata orang? Kan dah kena diri sendiri. Aku lahir di Malaysia dan bangga jadi rakyat Malaysia. Suke!!”
wakdoyokneelofa
wakdoyok
Bagaimanapun, tindakan Wak Doyok ini nyata tidak dipersetujui beberapa pengikut Instagramnya sendiri.
Bagi mereka Neelofa tidak bermaksud mahu mengata Wak Doyok tetapi terkeliru dengan pelawak Indonesia yang juga bernama Doyok.
sokongneelofa1 sokongneelofa2  sokongneelofa3  sokongneelofa4
sokongneelofa5

Dalam hal ini, rasanya Neelofa memang silap kerana tidak membuat research hingga mengeluarkan kenyataan yang melukakan hati Wak Doyok.
Wak Doyok Ejek Neelofa
Tapi Wak Doyok pun, tak patutlah mengambil kesempatan ini untuk turut sama mengejek Neelofa secara umum.
Senang cerita dua-dua ada silap masing-masing dan wajar bermaaf-maafan…
- REM RAMZI