Menggemparkan! Kubur Wanita Dibongkar Dan Dicuri Kepalanya


Cilacap - Dalam seminggu terakhir ini , tiga kuburan di Cilacap , Jawa Tengah , dibongkar dan bahagian tubuh mayat dicuri . Polis masih menyiasat kes yang menggemparkan ini . " Motif belum diketahui , kami masih mengembangkan kes , " kata Ketua Polis Sektor Cilacap Utara , Ajun Komisasris Gatot Sumbodo , Jumaat , 13 Disember 2013 . Kecurian terakhir kali terjadi pada Khamis malam , 12 Disember 2013 .

Dia menduga , sebelum membongkar kuburan , pencuri mengadakan ritual . Di depan makam , terdapat kurungan ayam yang mengandungi otak dan potongan rangka kepala . Tak jauh dari kurungan , ada kandang burung segi empat berisi makanan burung dan jagung . Di sebelahnya , ada lilin berbentuk angka empat . Di antara jarak keduanya , ada bekas kecil yang di dalamnya mengandungi lilin berbentuk angka dua .
 
Endah Setyowati , 24 tahun meninggal pada malam Jumaat Kliwon , 8 Ogos 2013 . Dia dikebumikan di Makam Lingkaran Janur , Kelurahan Kebonmanis , Kecamatan Cilacap Utara . Menurut Daroso , paramedik Puskesmas Cilacap Utara , bahagian tubuh Endah  yang hilang mulai dari leher hingga tengkorak . " Nampaknya dipotong , " katanya .

Pembongkaran makam ini diketahui pertama kali oleh sepupu Endah , Supriyanto , 37 tahun . " Saya terkejut melihat keadaan makam sudah berantakan , " katanya .

Kejadian ini merupakan kes kedua setelah sebelumnya pada Ahad , 8 Disember 2013 , kejadian sama berlaku di Kuburan Cikento , Kelurahan Gunung Simping , Cilacap . Satu jasad bayi kembar perempuan dari pasangan Aji Septian , 24 tahun , dan Lusi Purwanesti , 23 tahun , warga Jalan Katamso RT 1 RW 5 , Kelurahan Sidanegara , ghaib . Sedangkan satu jasad lain , yang pada malam sebelumnya juga dibongkar , pencuri hanya mengambil pengikat tali kafan .

Kes kecurian mayat di Cilacap ini mengingatkan pada kes sama di Purbalingga beberapa tahun lalu . Saat itu , pelakunya Sumanto . Dia kemudian dijuluki Sang Kanibal dari Purbalingga kerana membongkar , mencuri , dan memakan mayat nenek berusia 81 tahun yang belum sampai 24 jam dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Mojotengah , Kemangkon , Purbalingga .

Sumber: tempo.co

Gempar!!! Nenek mengandung bayi 'batu' berusia 32 minggu selama 40 tahun

Seorang nenek yang berusia 84 tahun telah dimasukkan ke dalam hospital kerana sakit perut mendapati bahawa dia sebenarnya telah mengandungkan bayi ‘batu’ yang berusia 32 minggu di dalam badannya selama 40 tahun.
Wanita warga Colombia itu disyaki menghidap gastroenteritis tetapi ujian x-ray menunjukkan fetus yang beku di dalam abdomennya.
Ujian selanjutnya yang dijalankan di pusat kecemasan di ibu kota Bogota mendedahkan 18 inci fetus dengan berat 14lb, yang disyaki telah berada di dalam badan wanita itu sekurang-kurangnya 4 dekad. Kes itu disyaki disebabkan oleh fenomena perubatan yang jarang berlaku iaitu lithopedion. Ini berlaku apabila tanpa pengetahuan ibu, ada bayi yang terbentuk di luar uterus kemudian mati.
Disebabkan fetus tidak boleh dibuang, badan menghasilkan kalsium melitupi fetus hingga menukarkan bayi itu kepada batu untuk melindungi ibu dari jangkitan.

Dr Kemer Ramirez dari Hospital Bogota Tunjuelito mengatakan: “ini berlaku apabila fetus berubah tempat dari rahim ke tempat yang lain.”

“Dalam kes ini, bayi telah terbentuk di abdomen dan disebabkan badan menghasilkan mekanisma ketahanan, ia telah dikalsified.”

Doktor-doktor menasihatkan bahawa ia amat berisiko untuk membiarkan fetus itu dan ia harus dikeluarkan kerana umur wanita itu yang telah lanjut.

Nenek itu, yang juga menghidap penyakit Alzheimer kemudiannya telah dipindahkan ke hospital lain akan menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan bayi itu.

(6 Gambar) Majlis Persandingan 'Wedding of the Year' Rozita Che Wan dan Zain Saidin

Majlis resepsi persandingan pasangan selebriti Zain Saidin, 29, dan Rozita Che Wan, 40, berlangsung penuh meriah dengan tema "taman Inggeris" yang diadakan di Setia City Convention Centre, di sini, Jumaat malam.


Sekilas:
  • Kedua-dua pasangan itu melangkah masuk ke dalam dewan kira-kira pukul 9 malam diiringi dengan lagu Cinta Sesungguhnya nyanyian Sabhi Sadh.
  • Acara dimulakan dengan bacaan doa daripada Imam Muda Asyraf Redzuan dan tayangan video majlis merisik, berinai dan akad nikah.
  • Rozita yang anggun mengayakan busana daripada pereka fesyen terkenal Qudyn Kuala Lumpur dan Rizalman turut memperagakan barang kemas bernilai RM11.2 juta. Seramai 500 tetamu termasuklah keluarga terdekat, rakan-rakan artis dan media menghadiri majlis tersebut.
  • Zain dan Rozita selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang turut diadakan di sini pada malam Khamis lalu.
  • Aktres tersebut turut menerima sembilan dulang hantaran yang diisi di dalam peti termasuk mas kahwin berjumlah RM9,300, sebentuk cincin bernilai RM93,000 dan wang hantaran sebanyak RM23,000.







sumber: mstar

YA ALLAH!!! Sombong Dan Angkuhnya Mangsa Banjir Ini!!!




Orang Berbudi, Kita Berbahasa
orang Memberi, Kita Merasa

Inilah mentaliti penyokong PKR yang tidak dapat diubah. Sombong dan bongkak walaupun Allah menguji mereka dengan dugaan banjir. 

Dalam masyarakat Malaysia bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir, pengikut PKR ini masih sombong memilih bentuk bantuan yang mereka mahukan. 

Tergamak tuan rumah ini meletakkan "white board" di hadapan rumahnya yang berbunyi, 

"To the onlookers, strangers and invited guests. We do not need your sympathy, money & stupid Q. For now, we need 1. Food 2. Man power to clean up our house. If U cannot do that, please leave. TQ." 

Kalau beginilah sombongnya penyokong PKR, biar MP Kuantan, Fuziah Salleh sajalah yang melayan kerenahnya. Tak kuasa kita hendak bantu. Sumber