Terkini - JK Siasat Penemuan Di Teluk Bengal

Datuk Seri Hishammuddin Hussein
PEMANGKU  Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata jawatankuasa teknikal untuk pencarian MH370 akan meneliti laporan bahawa satu firma carigali menemui bahan yang konsisten dengan Boeing 777 di dasar Teluk Bengal.
“Saya tidak akan mengulas sehingga terdapat pengesahan… Sebelum ini terdapat tompokan minyak, imej satelit dan imej serpihan di Laut Cina Selatan, namun dibuktikan tidak benar.
“Saya akan bertemu dengan jawatankuasa teknikal tidak lama lagi… Jika mereka putuskan teruskan pencarian, maka kita teruskan,” kata Hishammuddin seperti dipetik dalam laporan The Malay Mail.
Semalam, laporan 7News Australia menyebut usaha carigali firma GeoResonance menyebut mereka menemui bahan yang konsisten dengan kapal terbang di Teluk Bengal.
Semakan dengan data firma itu menunjukkan bahan tersebut tidak berada di situ sebelum kejadian kehilangan pesawat tersebut pada 8 Mac. – MalaysiaKini

Kesian…Bayi Tiga Bulan Kena 14 Jahitan Akibat Dicakar Kera !!!

Bayi 3 Bulan Kena 14 Jahitan Dicakar Kera
SEORANG bayi lelaki tiga bulan menerima 14 jahitan di dahi dicakar kera di rumahnya di Kampung Gelugor, Kertih.
Kejadian jam 1 tengah hari itu, Nor Iman Adriana Zuhairi sedang tidur di dalam buaian di bahagian dapur rumahnya manakala ibunya, Siti Najwa Muhammad, 21, sedang bersiap di dalam bilik untuk menghadiri majlis perkahwinan.
Ibu mangsa yang terdengar anaknya menangis bergegas ke dapur dan mendapati tiga kera berada di dalam buaian menyebabkannya menjerit sekuat hati sebelum haiwan itu bertindak melarikan diri.
Siti Najwa terkejut apabila mendapati muka anaknya bermandi darah dengan dua kesan calar.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kertih sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.- Harian Metro

Gambar Diana Dan Farid Dianggap ‘Terlalu Mesra’?

farid diana
SEBENARNYA, kami sendiri tidak pasti apakah yang perlu dikecohkan dengan gambar pasangan suami-isteri, Farid Kamil dan Diana Danielle ini.
Gambar yang dimuatnaik di Instagram itu disertakan dengan ‘caption’:
“Tadi bermanja dgn dakcik.. Sekarang saya kacau daksar pula :p”
Biarpun ramai yang menganggap ia sebagai gambar romantik, ada juga yang menyifatkan ia sebagai kurang sesuai ditayang kepada umum.
Alasan mereka termasuklah terlalu mesra, mungkin kerana Farid yang dilihat tidak berbaju.
Tapi, secara logiknya, adalah normal melihat gambar lelaki tidak berbaju.
Lainlah kalau Diana yang buat begitu, betul tak? Kalau ya, mungkin kita boleh menganggap ia sebagai kurang sopan.
Diana bagaimanapun tidak membiarkan pihak tertentu membuat andaian yang bukan-bukan dengan menjawab komen salah seorang pengikut akaunnya yang dikenali sebagai @lizamohdismail:
“Dear liza, i was sitting next to my husband while he was chilling on the sofa and i took a picture. Nothing wrong with that. Kids under 12 should be supervised while on the net anyway since there are many things they shouldnt be exposed to but this is not one of them.”
Apa pun, terpulanglah kepada pandangan masing-masing. Zaman sekarang ini, mungkin gambar mesra pasangan kekasih lebih dipandang ‘mulia’ berbanding yang sudah berkahwin…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

VIDEO: Kesian Brader Ni Disangka Mesin ATM

VIDEO: Keliru Orang Dengan Mesin ATM

HAI, pandanglah kiri-kanan dulu kalau hendak keluarkan duit dari mesin ATM…
Boleh pula mamat ini terkeliru antara cik abang ini dengan mesin ATM yang sebenar.
Siap hendak masukkan kad lagi ke perut abang tu.
Kesilapannya sekaligus mengundang ketawa wanita yang turut melakukan transaksi di situ.
Nasib baik abang ni ‘sporting’ dan buat tak tahu saja. Haha…

VIDEO: Histeria Gara-Gara Permainan Video

VIDEO: Histeria Gara-Gara Permainan Video

BENAR kata orang, apabila sudah terlalu ‘menjiwai’ permainan video, kita akan menjadi leka sehingga merasakan kita sememangnya sedang berada di dalam dunia maya itu.
Video yang kami kongsikan kepada anda ini merupakan antara kesan akibat terlalu asyik menggunakan gajet permainan video, Oculus Rift.
Ia merupakan set kepala yang berfungsi sebagai ‘helmet’ yang menayangkan visual permainan video, seolah-olah kita sedang bergerak melaluinya.
Kebanyakan mereka yang menggunakannya akan mempamerkan pelbagai emosi termasuklah berasa gayat, takut dan cemas walaupun sebenarnya mereka hanya berada di hadapan komputer atau televisyen.
Saksikan reaksi lelaki ini yang hampir histeria tatkala diusik oleh rakannya sehingga terpaksa ditenangkan oleh para pekerja dan orang ramai. Aduhai…

Semasa - Pontianak Jalan Sungai Ular Makin Mengganas?

ponts
SUNGAI ULAR (KULIM) – Gangguan makhluk halus atau mistik wujud dalam kalangan masyarakat kita hari ini bagaimanapun ada di antara mereka beranggapan ia satu kepercayaan tahyul.

Misteri gangguan lembaga menyerupai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular ke Simpang Tiga Terap bukanlah satu perkara baru, di mana ada dalam kalangan penduduk tidak berani menggunakan jalan itu waktu tengah malam.

Penduduk tempatan mendakwa turut berjumpa lembaga bertenggek di atas paip air di tepi jalan seawal jam 11 malam.

Gangguan makhluk halus itu juga dikatakan mengakibatkan ada dalam kalangan penunggang motosikal dan kenderaan lain terbabas.

Penulis sempat menemu bual mangsa yang pernah ternampak makhluk halus berkenaan.

Dia berkata, ia mempunyai ketinggian sekitar 5 kaki 11 inci hingga 6 kaki tinggi, berambut panjang sehingga ke paras siku dan menutup muka.

Menurutnya, lembaga dipercayai pontianak itu selalunya berdiri di tepi jalan atau dilihat berjalan di tepi jalan berseorangan dalam keadaan kepala tertunduk.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di Taman Tunku Putra berkata, pontianak ini merupakan iblis dan jin yang mampu menyerupai pelbagai bentuk dan rupa.

“Gangguan iblis dan jin ini boleh mengakibatkan seseorang itu dirasuk. Semua ini berlaku apabila mangsa berada dalam keadaan lemah. Selain itu, pontianak ini sering berada di kawasan di mana kerap berlakunya kemalangan maut,” katanya.

Menurutnya, sekira iblis dan jin sudah berada di dalam badan terlalu lama, ia akan menjadi lebih selesa dan sukar untuk mereka meninggalkan jasad ditumpang.

Enjin motosikal tiba-tiba terhenti

Terkini, seorang kakitangan awam, Mohd Aziz Osman yang menunggang motosikal jenis Kawasaki RR150 dari arah Terap ke Kulim terkejut apabila enjin motosikal ditunggangnya tiba-tiba terhenti kira-kira 50 meter dari Jambatan Sungai Anak Kulim kira-kira jam  12.30 pagi.

Dalam keadaan gelap dia menolak motosikalnya ke tepi jalan. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya enjin motosikalnya itu berjaya dihidupkan semula.

Dia kemudiannya menghidupkan lampu motosikal bagaimanapun ternampak lembaga putih berambut panjang berada di hadapannya.

“Saya beristighfar panjang apabila ternampak lembaga putih itu berada kira-kira 10 meter di hadapan motosikal saya.

“Saya membaca beberapa surah Yasin dan meminta dia jangan mengekori saya,” katanya.

Menurutnya, pengalaman tidak dilupakan apabila lembaga itu memusingkan kepalanya sehingga ke belakang tanpa memusingkan badan.

Aziz berkata,  Jalan Sungai Ular ke Terap sering melibatkan kemalangan maut dan sehingga kini, lebih 10 kemalangan maut dilaporkan berlaku di mana ia melibatkan penunggang motosikal dan pemandu kereta.

Bonceng perempuan waktu malam

Sementara itu, penduduk tempatan, Safaruddin Ahmad berkata, kewujudan lembaga putih dipercayai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular menghala ke Terap bukanlah satu perkara baru, kerana ramai dalam kalangan penduduk di kawasan itu sudah mengalaminya.

Dia yang mempunyai kebun di Terap pernah ternampak lembaga itu bertenggek di atas paip air yang terletak di tepi jalan.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam ketika dalam perjalanan balik ke rumah.

“Saya ketika itu menunggang motosikal dan tidak dapat menunggang dengan laju kerana membawa muatan durian. Jalan dari Terap ke Kulim sememangnya gelap pada waktu malam, kerana ia merupakan kawasan hutan.

“Apabila tiba di tempat kejadian saya merasakan muatan yang saya bawa semakin berat. Beberapa minit kemudian badan saya berasa sejuk dan dalam masa sama, lampu motosikal saya menyuluh lembaga perempuan berdiri di kanan jalan,” katanya.

Sebelum ini, lima anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) mengejar seorang suspek yang melarikan diri dengan menunggang motosikal di jalan berkenaan.

Mereka terkejut kerana di belakang motosikal salah seorang anggota ditumpang oleh seorang perempuan.

Anggota PBT itu mengalami kerasukan bagaimanapun dipulihkan dengan bantuan penduduk tempatan sebaik sahaja sampai ke pondok rondaan.
Kejadian ini masih berlaku sehingga hari ini dan terus menjadi tanda tanya kepada penduduk tempatan. – SINAR HARIAN

VIDEO: Bila Mat Bangla Dan Minah Filipina Bersuka-Ria Di Singapura…

singapore

MENERUSI video yang dikongsikan di Facebook The Real Singapore, satu aktiviti tidak senonoh telah dirakamkan di sebuah taman di Singapura.
Ia dipercayai dilakukan oleh pendatang asing warga Filipina dan Bangladesh dengan tujuan untuk berhibur.
Namun, ternyata aktiviti ‘memakan pisang’ ini sangat tidak manis dan kurang sopan untuk ditayangkan di tempat awam.
Rasanya, anda sendiri boleh memahami apa yang kami maksudkan kerana ia seolah-olah menggambarkan perbuatan seksual.
Hai, inilah akibatnya kalau tidak tahu menghormati budaya di tempat orang…