Ngeri ~ Sepasang couple kemalangan hancur berkecai selepas mencabar TUHAN

WAHAI hamba Allah, janganlah kamu mencabar TUHANmu!!
Berita : Sep 18 Wed 11:31 **
SANI MOHD NOOH: *Ini suatu kisah benar~ (kejadian di tmpt saya- johor. Tmpt & nama2 terlibat x perlulah ditulis di sini..)
Penangan mencabar Allah !


Sepasang couple, dinasihat oleh kluarga & kwn2 agar jgn suka buat maksiat.. Semua nasihat hanya dibalas dgn kata2 perli oleh mrk berdua..
Nak jd cerita smlm.. Terluncur kata2 dari mrk brdua, “Kalau Tuhan berani , meh kita jumpa.. Tgk sapa lg kuat ! ” Sambil ketawa. Kedua2nya gelak..
Kira2 jam 11.30 mlm (tanggal 16 sept 2013), mrk brdua berkenderaankn motosikal memecut laju di highway tepi kg kami. Tiba2 brdentum bunyi accident. Kedua2 pasangn itu terpelusok didpti terpelosok ke bwh lori 16 tayar.
Menurut saksi, mrk cuba memotong tp ada kereta brgerak perlahan d dpn, lalu terbabas ke lori semula, x dpt dielak lg..
Apa yg trjd kpd mrk?
Kedua2nya digelek hancur oleh lori yg sarat dgn muatannya itu..
Menurut saksi , tidak ada satu bhgn dari bdn kedua2 yg tidak hancur. Yg dpt dicam hanya 4 batang tulang (kaki) yg dagingnya telah tiada lgsung, bagai dikikis habis..
Bomba yg mengutip mayat2 itu hanya dpt mengutip sisa2 itu dgn penyodok shj. Oleh krn mayat2, mati berasingn, maka dpt la diasingkn jgk antara keduanya..
Di hospital, kedua2 mayat dimandikan dlm tapis, bagai membasuh daging cincang ( daging tetel ?), tiada jln lain.
Mayat itu kmdian dikafan bagai mengulung ‘kueh popia’ & dikerandakn. Kpd keluarga msg2 dipesan spya jgn dibuka lg keranda itu..
Maka siang td (17 sept 2013), telah ditanam hamba2 Allah yg sombong itu.. Hamba2 yg begitu berani mencabar Allah !
Apakah nasib mrk mlm ini wahai kawan2 ku !?
*Wahai saudara2 ku, wahai hamba2 Allah, ambillah pengajaran dari kejadian ini..(!)
Na’uzubbillah! Inilah balasanNYA ..cash di dunia..

Ini Rupa Impian Pilihan Ramai Gadis/Lelaki Untuk Pembedahan Plastik 2012 (2 Gambar)

Ini Rupa Impian Pilihan Ramai Gadis/Lelaki Untuk Pembedahan Plastik 2012.
Ini adalah Dream Faces of 2012 bagi mereka yang membuat pembedahan plastik pada muka untuk sepanjang tahun 2012.

Rozita Che Wan & Zain Saidin “Honeymoon” Kali Kedua Di Bali (20 Gambar)

Seronoknya pengantin baru Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini. Masih di dalam fasa bulan madu dan mengenali diri masing-masing, mereka berdua telah terbang ke Bali, Indonesia untuk “honeymoon” kedua dengan ditemani oleh rakan-rakan rapat. Antara yang turut sama ialah Man Kajang dan AnnasEaskey yang merupakan tunjang utama majlis perkahwinan mereka tahun lalu.
rozita dan zain
rozita dan zain
rozita dan zain
rozita dan zain
rozita dan zain
rozita dan zain
rozita dan zain
rozita dan zain
rozita dan zain
rozita dan zain
rozita dan zain
rozita dan zain
rozita dan zain
rozita dan zain
rozita dan zain
rozita dan zain
rozita dan zain
rozita dan zain
rozita dan zain
rozita dan zain
Sumber: beautifulnara

Mesej menyedihkan terakhir ayah kepada seorang anak di Facebook

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.



Ditatap isinya,
“Salam.
Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.
Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.
Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?
Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.
Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.
Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.
Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?
Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.
Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.
Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.
Abah tak minta banyak…
Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.
Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini.
Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.
Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.
Maafkan abah atas segalanya.”
Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

Sumber

Lelaki Kejam Tanam Tunangnya Hidup-hidup

Leeds – Seorang lelaki yang melakukan perbuatan kejam dengan menanam hidup-hidup tunangnya kerana bosan dengan wanita tersebut, telah menerima balasannya apabila dia dihukum penjara selama 20 tahun.



Wanita berkenaan, Michelina Lewandowska telah dimasukkan ke dalam kotak sebelum ditanam di bawah semak samun sedalam enam incin, namun dia berjaya melepaskan diri dengan memotong kotak berkenaan menggunakan cincin berlian sempena pertunangan mereka.
Hakim Peter Collier ketika menjatuhkan hukuman ke atas Marcin Kasprzak berkata, tertuduh berniat untuk membunuh mangsa dengan kematian yang dipilihnya adalah melalui penyiksaan agar mangsa akan menderita sebelum meninggal dunia.

“Awak membayangkan dia mati dalam keadaan yang menyakitkan,” katanya.

Menurut kertas pertuduhan di mahkamah, Kasprzak dan rakannya, Patryk Borys telah menyerangLewandowska menggunakan SENJATA taser di kediaman mereka, Mei tahun lalu. Mereka kemudiannya memasukkan wanita itu ke dalam kotak dan menanam kotak itu di dalam semak samun sedalam enam inci.

Borys, 18, kini menjalani hukuman penjara selama 4 tahun selepas mengaku salah menculik Lewandowska.

Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak berusia tiga tahun.

Sepanjang perbicaraan itu, Lewandowska memaklumkan kepada mahkamah, dia berjaya mendapatkan kekuatan untuk keluar dari kotak tersebut selepas membayangkan anaknya yang masih kecil itu.

Penjara dan Denda RM148 000...Guru Besar Salah Guna Kuasa

Seorang guru besar di Alor Setar, Kedah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM148,500 atas lima tuduhan salah guna kuasa membabitkan bekalan pakaian seragam kokurikulum sekolah pada 2008 dan 2009 bernilai RM32,400.
    
Hakim Mohd Rosli Osman menjatuhkan hukuman itu terhadap Zakaria Md Lazim, 56, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Tandop Besar (SKTB), Kuala Nerang dekat sini.
    
Dia didakwa menggunakan jawatannya untuk memilih ZNR Kuala Nerang Enterprise (ZNR), sebagai pembekal set pakaian Puteri Islam bernilai RM3,300 yang dia mempunyai kepentingan kerana pemilik ZNR merupakan adiknya sendiri, Ros Adimas Md Lazim.

Penjara dan Denda RM148 000 : Guru Besar Salah Guna Kuasa

Bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat, Zakaria juga dituduh menggunakan jawatannya untuk memilih ZNR sebagai pembekal set pakaian Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) bernilai RM6,300, set pakaian Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) bernilai RM8,200 dan set pakaian Pengakap bernilai RM8,700 pada November 2008.
    
Zakaria juga didakwa bagi pertuduhan kelima, menggunakan jawatannya untuk memilih ZNR sebagai pembekal set pakaian seragam PBSM, Pengakap, Puteri Islam dan TKRS bernilai RM5,900 di SKTB pada September 2009.
 
Zakaria didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi kesemua pertuduhan.
    
Hakim menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh hukuman dijatuhkan (hari ini), manakala tertuduh akan dipenjara 15 bulan lagi jika gagal membayar jumlah denda yang ditetapkan. Dia tidak membayar denda itu.
    
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Fieza Fazlin Fandi manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Nizan Azdahari. - Bernama


Sumber

Gempar!!! Lelaki Ini Hadir Ke Majlis Pengebumian Dirinya Sendiri

Ketika sanak saudara sedang meratapi kesedihan pemergian seorang lelaki yang dikenali sebagai Gilberto Araujo, lelaki yang dianggap sudah mati ini tiba-tiba hadir di majlis pengebumiannya.
Menerima khabar kematian dari kenalan rapat mahupun ahli keluarga sendiri sudah tentunya mendatangkan 1001 perasaan sedih yang sukar digambarkan. Dari awal proses mengkafankan jenazah sehinggalah ke tanah perkuburan, sanak saudara berwajah sugul kelihatan sedih. Namun apakah reaksi kita apabila tiba-tiba orang yang sepatutnya berada dalam kain kafan berbalut datang menghampiri kita. Malah ia sempat menegur kita. Adakah kita harus lari ketakutan?
Itu yang terjadi apabila satu perhimpunan keluarga meratapi kematian saudara telah terkejut dan hampir pengsan apabila simati dalam majlis pengkebumian itu tiba-tiba muncul dan berjalan kearah mereka. Dalam kes yang pelik, kerana kesilapan identiti, berita pembunuhan Gilberto Araujo di tempat pencuci kereta, telah disampaikan kepada keluarga oleh polis tempatan di Sao Paulo, Brazil pada Ahad. Tidak lama selepas itu, seluruh keluarga ‘simati’ telah dipanggil ke bilik mayat untuk membuat sesi kenal pasti mayat. ‘Si mati telah dikenali sebagai Gilberto Araujo, dan dia dibawa pulang untuk disemadikan.
Rupa-rupanya mayat itu bukanlah Gilberto Araujo. Abang Gilberto Araujo, Jose Marcos Araujo begitu tertipu oleh kesamaan mereka. Si mati dikenali sebagai Genivaldo Santos Gama, yang nampaknya memiliki rupa dan fizikal yang agak menyerupai adiknya.
P/s: Kesilapan identiti kebiasaannya berlaku apabila kita hanya sekadar membuat pengecaman wajah tanpa sebarang proses ujian DNA. Jadi sudah tentu kesilapan ini berlaku. Namun jika ia berlaku di hadapan mata kita, sudah tentu semua orang akan berlari lintang pukang menyelamatkan diri kerana ketakutan
Sumber: Melayukini

Dia Mahu Semula Buah Pinggang Yang Diderma Kepada Suami Setelah Ditinggalkan (3 Gambar)

Seorang wanita yang menderma sebelah buah pinggang pada suami yang sakit kini mahukan kembali buah pinggangnya.
Andy Lamb, hampir menemui ajal kerana kegagalan buah pinggang dan hanya terus hidup kerana tiga sesi dialisis seminggu di hospital sehinggalah isterinya, Samantha, memujuk beliau untuk mengambil salah satu buah pinggangnya.
Ibu berusia 41 tahun itu memberitahu Sunday People:
Dia perlukan buah pinggang baru atau dia akan mati. Dia menjalani tiga sesi dialisis seminggu. Saya beritahu Andy dia patut ambil buah pinggang saya kerana dia ada tiga anak dari perkahwinan sebelum ini dan dia mahu terus berada di sisi mereka.


 photo article-2546241-1AF7BCD100000578-585_634x531.jpg

 photo article-2546241-1AF7BD0800000578-274_634x412.jpg

 photo article-2546241-1AF7E45400000578-383_634x476.jpg

Pasangan itu bertemu sewaktu keduanya bekerja sebagai pemandu untuk satu firma ambulans swasta. Mereka mula keluar bersama pada tahun 2004 dan pernah putus hubungan, bagaimanapun mereka berkahwin pada tahun 2007.
Setelah mendermakan buah pinggangnya, Samantha menyesali keputusannya kerana dia mengesyaki suaminya menjalinkan hubungan dengan kawan Samantha yang bernama Clare. Dia menanyakan kepada Andy tentang perkara tersebut tetapi dinafikan oleh Andy.
Pasangan itu cuba untuk menyelamatkan perkahwinan mereka tetapi Samantha mendakwa selepas itu dia menjumpai bukti yang suaminya berbual online tentang seks dengan wanita lain.
Andy meninggalkan Samantha pada bulan Ogos 2012 dengan memindahkan semua barangnya keluar rumah sewaktu Samantha sedang bekerja di Tesco pada suatu malam. Andy meninggalkan kunci rumahnya dalam peti surat.
Pasangan ini kini sedang dalam proses perceraian.
Sekiranya saya berpeluang buat semula pembedahan itu saya akan lakukan, tetapi saya takkan beri buah pinggang saya pada dia.
Saya bencikan dia.
Kalau boleh saya mahukan buah pinggang saya semula untuk diberikan pada orang lain yang memerlukan.
Andy ketika ditemubual tetap menafikan menjalankan hubungan rahsia dengan rakan Samantha tetapi tidak menafikan dia telah meninggalkan Samantha.
Saya tidak pernah minta dia derma buah pinggangnya kerana ia risiko yang besar. Walaupun telah meninggalkan dia, saya tetap berhutang nyawa dengannya.
Sewaktu dia belum menjalani operasi Andy berkata:
Sam lakukan semua ini untuk saya dan saya takkan lupakan semua ini. Dia seorang yang mengkagumkan dan fantastik. Saya tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata, tetapi jika dia dermakan buah pinggangnya dia memberikan saya hadiah nyawa.
Sumber: amazingnara

Padahnya!!! Akibat Melakukan Hubungan Seks Ketika Haid


Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu
(wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”.


Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)
Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“


Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid

Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan, menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.
Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.
Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.
Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.
Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.
Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.
Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak, “Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?” Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)
Wallahu’alam….



HasnulHadiAhmad

Inilah 4 Gambar Mayat Berusia 2150 Masih Utuh Terjelir Lidah

Mayat wanita berusia 2150 tahun dalam keadaan basah dan utuh dipelihara dengan teknologi tinggi oleh pasukan pakar China dan dipamerkan di muzium Changsha, Provinsi Hunan, China, jadi sasaran kunjungan pelancong.

Mayat 2150 Tahun Masih Utuh dan Segar Dari muzium peninggalan benda bersejarah China di Kota Changsha, mayat tersebut utuh bagai manusia hidup dan diletakan dalam kotak bening berisi cecair pengawet.
Mayat wanita bernama Sinzui tersebut berkulit putih pucat, dengan mata tertutup, lidah terjulur dan berambut hitam dengan tinggi 158 sentimeter.


Berdasarkan atas data di muzium tersebut, mayat itu ditemui pada tahun 1972 dalam peti kayu berukuran panjang lima meter, lebar dua setengah meter dan tinggi dua meter, yang terkubur pada kedalaman 20 meter dari permukaan tanah di kawasan bukit Mantui, Changsha.
Ketika ditemui, tiga peti dengan saiz sama di dalamnya masing-masing terdapat satu mayat, yakni seorang laki-laki berusia 58 tahun dan 30 tahun, namun jasad dua lelaki itu tidak dipamerkan di muzium Changsha.


Penemuan tiga peti besar utuh tersebut berawal dari pemerintah pemimpin China ketika itu agar rakyat di Changsha menggali lubang besar untuk berlindung bila terjadi perang. Ketika rakyat menggali di perbukitan Maantui, pada kedalaman 20 meter ditemukan ketiga peti kayu berukuran besar tersebut dan setelah dibuka berisi masing-masing satu mayat.


Selain itu, aneka barang digunakan sejak 2100 tahun lalu itu juga tersimpan dalam peti dan masih utuh, bahkan warnanya pun tidak pudar. Pemerintah China kemudian menurunkan pasukan pakar membongkar dan menyelamatkan tiga peti kayu dan seluruh isinya, termasuk tiga mayat tersebut.
Pasukan doktor pakar, yang melakukan pembedahan, menyatakan mayat itu utuh dan basah tanpa rosak, meskipun terkubur 2100 tahun. Setelah dibedah, mayat itu diawetkan dengan teknologi tinggi untuk selanjutnya disimpan dalam muzium Changsha, yang dibina untuk menyelamatkan, menyimpan dan mempamerkan penemuan, yang boleh mendedahkan kehidupan warga China pada 2100 lalu itu.Dengan muzium ini bagi pelancong boleh melihat mayat yang telah dipelihara selama 2000 tahun.

Pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kantoi berkhalwat - Gosip

Gosip kes khalwat memang sudah sinonim dengan industri hiburan tempatan.
Saban tahun, ada saja artis yang difitnah berkhalwat seperti Awie, Erra Fazira, Shah Jaszle, Neelofa, Zizan Razak, Emma Maembong, Tasha Shilla dan Lana Nordin.

[Hairul%2520Azreen%2520dan%2520Hanis%2520Zalikha%2520khalwat%255B3%255D.jpg]

Terbaru, pasangan pelakon yang sedang hangat bercinta, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kini menjadi sasaran individu tertentu apabila mereka didakwa telah berkhalwat tahun lalu. Meskipun hanya sekadar gosip liar namun perkara tersebut tetap memburukkan imej mereka sebagai seorang artis.
Tidak mahu membiarkan peminat terus tertanya-tanya dan melemparkan tomahan negatif tanpa penjelasan sebenar, Hairul Azreen segera tampil kepada Metro Online untuk menafikan kebenaran khabar angin yang tersebar.
“Saya betul-betul tak faham dengan sikap segelintir manusia? Apa masalah mereka sebenarnya? Benda (berkhalwat) memang tak ada nak jelaskan macam mana pula?”

“Saya lihat benda ini macam sengaja dicetuskan untuk provokasi dan merosakkan nama dan kerjaya kami berdua.”

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 26, mengakui amat terkilan dan kecewa kerana turut menjadi mangsa fitnah individu tidak bertanggungjawab seperti mana beberapa rakan artis popular lain.

“Sekarang macam-macam benda orang tuduh saya. Dulu orang kata saya bergaduh dengan Dazrin dan bertumbuk dengan orang hanya sebab saya ada seni mempertahankan diri.”

“Ini kes khalwat pula dibangkitkan semula. Apa mereka tak fikir ke tuduhan itu mengaibkan saya dan membabitkan maruah kami dan keluarga?”
“Kalau ikutkan saya memang malas nak layan. Lantaklah apa orang nak tuduh sebab benda tak berlaku tapi bila asyik kena hentam memang sedih dan bengang jadinya.”

Sumber Gosip: Pak-janggut

Kisah Pondan Natasya Jadi Rebutan Jejaka

KANGAR – “Saya berasa amat bersalah dan bimbang selepas teman saya menerima aib disimbah asid. Oleh itu, saya hendak pergi dari sini.”
Demikian luahan seorang pondan yang mahu dikenali sebagai Natasha, 28, yang dikaitkan punca cemburu seorang lelaki sehingga sanggup bertindak menyimbah asid ke atas rakan serumahnya di Taman Seri Bakau di sini pada Sabtu lalu.


Kata Natasha, dia akan membawa diri ke tempat baharu bagi menjalani kehidupan lebih aman bersama teman serumahnya yang juga mangsa kejadian, Mohd. Hafizuddin Johari, 20.
“Sejak kami bersama, ramai pihak tidak senang dengan hubungan kami sehingga sering diugut dan dicaci.
“Kejadian ini amat menakutkan saya dan demi keselamatan dan keselesaan hidup, kami akan pindah,” katanya ketika ditemui di Rumah Kelab Media Perlis