Terkini : Penunggang motosikal juga bakal dikenakan TOL

Putrajaya sedang mempertimbangkan bayaran tol untuk penunggang motosikal di seluruh negara dan mengkaji kemungkinan membina lorong motorsikal di semua lebuh raya. Nanyang Siang Pau memetik Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof sebagai berkata bahawa satu jawatankuasa khas akan meneliti cadangan itu.

Beliau berkata, hanya beberapa lebuh raya di seluruh negara mempunyai lorong motorsikal.
“Kami juga akan mengkaji kemungkinan menyekat jenis motosikal yang boleh menggunakan lebuh raya berdasarkan kapasiti enjin mereka . “Kami juga akan mengkaji lebar lorong yang berdedikasi untuk memastikan mereka menampung motosikal pelbagai saiz. “
Beliau berkata kementerian itu hanya akan membuat keputusan selepas jawatankuasa selesai buat kajian. Fadillah juga berkata pada masa ini bayaran tol tidak ditetapkan mengikut kapasiti enjin tetapi berdasarkan kepada kelas atau jenis kenderaan. “
Motosikal berkuasa tinggi adalah dikecualikan daripada bayaran tol kerana mereka adalah termasuk di dalam kategori kenderaan beroda dua ,” kata beliau sambil menambah bahawa penunggang motosikal terpaksa membayar tol di Malaysia-Singapura Kedua Link Expressway (Tanjung Kupang Plaza ), dan juga di Jambatan Pulau Pinang.

(6 Gambar) Aksi Tentera Dalam Penyamaran Yang Sukar Dilihat

Penyamaran merupakan perkara yang sangat penting dalam ketenteraan. seragam celoreng tentera merupakan penyamaran yang paling berkesan dipakai supaya dalam medan pertempuran supaya musuh tidak boleh melihat kehadiran pasukan lawan.

Berikut ini adalah penyamaran yang amat luar biasa. Hebatnya




Fitnah Khalwat Dengan VVIP Tidak Masuk Akal – Neelofa

Neelofa dikatakan ditangkap khalwat bersama seorang VVIP malam kelmarin. khabar angin seperti ini boleh menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Neelofa selaku seorang artis popular. Tambah pelik khabar angin ini disebarkan sebelum terbangnya Neelofa ke Amerika Syarikat untuk menyambung pelajaran.


Menerusi Kosmo hari ini, Neelofa menerangkan yang dia tidak tahu menahu mengenai perkara ini sehingga ia tersebar. Kata Neelofa:-

Sekiranya perkara tersebut benar, pastinya saya masih berada di Malaysia untuk menyelesaikan kes yang didakwa itu. Kalau benar ia berlaku, dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan surat Jabatan Agama Islam serta saksi-saksi. Saya harap orang yang berkenaan bertanggungjawab ke atas fitnah yang disebarkan.


Student UM ajak semua rakyat Malaysia turun himpunan malam ini

Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menggesa seluruh rakyat tanpa mengira agama dan bangsa agar turun menyertai Himpunan Bantah Kos Sara Hidup pada malam tahun baru malam ini, samnil menegaskan ia bukan untuk mengguling kerajaan sebagaimana didakwa.
Presiden PMUM, Muhammad Kamarul Setapa (gambar) dalam kenyataan medianya berkata, himpunan ini adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap kenaikan barang keperluan rakyat atas alasan ‘memperkukuhkan ekonomi’.
Bagi beliau, respon pihak kerajaan berkenaan isu kenaikan harga barang cukup mengecewakan dan dilihat seperti memperbodoh-bodohkan rakyat yang dalam kesusahan.
“Oleh itu, sekali lagi saya menyeru mahasiswa, anak muda, dan rakyat Malaysia supaya turun bersama-sama rakyat ke Himpunan Bantah Kos Sara Hidup pada hari ini,” katanya.
Ini adalah kenyataan terbuka yang kedua dari persatuan pelajar universiti tempatan, selepas kenyataan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SRC-UIAM).
Sebelum ini, pemimpin pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga Presiden Gabungan Pelajar Islam Malaysia (Gamis), Nor Azan Safar, ditahan polis kerana didakwa mendalangi perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan.
Fenomena ini dilihat oleh aktivis pelajar 1970an, Hishamudin Rais, sebagai tanda kebangkitan pelajar.
“Pemikiran generasi muda telah berubah sejak pilihan raya umum lalu. Tentangan dilakukan secara terbuka meskipun diancam akan ditangkap, mereka tetap berkeras untuk hadir.
“Saya lihat semangat 74 telah kembali. Kita menunggu selama 40 tahun dan ia kembali sekarang,” katanya kepada The Malaysian Insider sebelum ini.
Kalau kebangkitan rakyat tahun 1970an dulu kerana kemiskinan rakyat di Baling, kali ini, isu kenaikan harga barang. Ketika itu pelajar Universiti Malaya adalah juara kegiatan pelajar.
Kali ini, nama Univerti Malaya bergema lagi.
“Sesungguhnya kenaikan harga barang yang begitu mendadak dikala rakyat terhimpit dengan hutang isi rumah yang tinggi terutama hutang pinjaman perumahan dan pinjaman kereta hasil dari polisi yang tempang menjerut leher rakyat,” kata Kamarul dalam kenyataannya.

Laporan Asal Suarainsan

INFO : Asal usul plat kenderaan di Malaysia


Korang tau tak kenapa plat kereta negeri Perak mula dari A, Selangor B, Pahang C dan lain - lain, kalo korang nak tahu semua tu ada sejarahnya sendiri...tapi korang kena bacalah artikel ni..

Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.



Kenapa Perak bermula dengan A ?
Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.

Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.
Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.
Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).
Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri. Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.

Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :

A = Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan
E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an
EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan
F = -tiada-
G = -G1M--GAGASAN 1 MALAYSIA
H = Teksi
I = -tiada-
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
O = -tiada-
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu

QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah, dulu E
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
T = Terengganu
U = -tiada-
V = -tiada-
W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-
Z = Tentera
Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor

Nombor plat khas


  1. Putrajaya
  2. Proton
  3. WAJA
  4. Persona
  5. Tiara
  6. Perdana
  7. Satria
  8. Chancellor
  9. Perodua
  10. NAZA
  11. LOTUS
  12. KRISS
  13. Jaguh
  14. BAMBee
  15. SUKOM
  16. X OIC
  17. XIII NAM
  18. XI ASEAN
  19. XXX IDB
  20. G1M
  21. 1M4U

COOL : PANGGUNG WAYANG PALING HEBAT DI LONDON (12 GAMBAR)

Best jika Malaysia ada Panggung Wayang macam ni.. Ni kalau tonton wayang tempat macam ni..silap-silap skrin wayang tonton kita..hahahaha apa tidaknya terlena kat sofa wayang..

Pecah Rekod Dunia Main Game "Call Of Duty" Selama 135 Jam (4 Gambar)




















Seorang peminat fanatik computer games telah memecahkan rekod dunia bermain game Call of Duty : Black Ops 2 selama 5 hari setengah tanpa henti. Okan Kaya, 28 tahun bermain selama 135 jam dan 50 minit dan memecahkan rekod dunia sebelum ini iaitu selama 120 jam, 7 minit. Semua ni aku tidak kisah, yang aku kisah apahal awek dia cun sangat? argggggggggg...











Sumber : Here

MUIZUM TSUNAMI ACHEH YANG PENUH KONTROVERSI (21 GAMBAR)

Pejam celik pejam celik Tsunami gergasi yang melanda Acheh menyambut ulang tahunnya yang ke 9 26 Disember yang lalu. Menurut pihak pemerintah Indonesia sekurang-kurangnya 220 000 rakyat Acheh terkorban manakala500 000 kehilangan tempat tinggal akibat pukulan tsunami yang paling hebat pernah melanda dunia. Bagi memperingati persitiwa bersejarah ini, Muzium Tsunami Acheh dibuka pada tahun 2009. Rekaan muzium ini mengambil bentuk ombak yang memukul pantai. Ianya direka oleh jurubina Ridhwan Kamil dan mempunyai keluasan 2500 meter persegi. Ia menempatkan artifak peninggalan hari bersejarah ini serta pameran interaktif yang memberikan anda merasai suasa seperti dilanda tsunami. Pada bahagian dalam muzium ini juga diletakkan nama mangsa-mangsa yang terkorban. Selain menjadi sebuah muzium, bangunan ini juga berfungsi sebagai kawasan selamat sekiranya tsunami besar sekali lagi melanda Acheh. Pembinaan muzium ini dilanda kontroversi kerana dikatakan membazir oleh mangsa-mangsa yang terselamat. Pada hemat mereka yang masih tinggal di dalam khemah sementara wang pembinaan muzium yang bernilai jutaan ringgit ini lebih baik digunakan bagi membina semula rumah mereka yang musnah.



Laporan asal World Architech

INFO : 10 Cara Mudah Menjimatkan Bateri Telefon Pintar


Kebelakangan ini, ramai yang telah menggunakan telefon pintar atau smartphone. Tapi ramai yang mengeluh kerana dikatakan bateri telefon ini cepat berkurangan. Kini, semakin baru/terkini sesebuah telefon pintar tersebut, makin tinggi kapasiti kuasa bateri yang ditawarkan. Ini kerana, saiz skrin telefon pintar hari ini semakin hari semakin besar, jadi ianya memerlukan kuasa bateri yang tinggi. Jadi bagaimana untuk mengekalkan kuasa bateri untuk lebih lama? Dibawah adalah 10 cara yang mampu membantu anda memanjangkan kuasa bateri telefon pintar anda.



1. Paparan Skrin

Tetapkan (Set) kadar keterangan skrin ke aras yang rendah. Ini akan membantu melanjutkan kuasa bateri kerana skrin menggunakan kuasa yang rendah. Janganlah korang tetapkan kadar keterangan tue ke tahap paling minimum. Nanti tak nampak apa-apa selain muka sendiri.


2. 2. Memahami Jenis Skrin Yang Digunakan (LCD atau OLED)

LCD : Skrin jenis ini bergantung pada cahaya dari latar belakang (back lighting), cahaya latar (back light) dihidupkan sepanjang masa tetapi bergantung pada kandungan di skrin samaada hitam atau putih. Walaupun skrin tidak memaparkan apa-apa kandungan, cahaya latar tetap dihidupkan dan ini mungkin tidak membantu korang menjimatkan penggunaan bateri. Harap langkah berikutnya membantu korang mengatasi masalah ini.

OLED : Semakin cerah warna yang korang gunakan pada skrin, makin cepat kuasa bateri berkurangan. Perkara yang mungkin dapat membantu adalah dengan menggunakan latar belakang yang gelap. Untuk Nokia Lumia, sila gunakan tiles yang gelap. Warna putih menggunakan kuasa di skrin OLED.


3. Skrin Ke Paparan Standby

Bila korang tak menggunakan skrin, sila aktifkan paparan standby iaitu dengan mematikan paparan pada skrin. Dicadangkan masa untuk skrin automatik ke paparan standby tidak lah terlalu lama.


4. Sambungan (Connectivity)

Kalau korang tak guna Bluetooth, tutup sahaja. Ini adalah perkara asas yang mungkin semua orang tahu. Mematikan Bluetooth bukan sahaja menjimatkan kuasa bateri, tetapi melindungi dari ancaman luar. Begitu juga dengan sambungan WiFi, sila matikan jika tidak mahu menggunakannya. Ini kerana, ia akan terus mengimbas sambungan WiFi yang berada dikawasan berdekatan.


5. Aplikasi

Mesti didalam telefon korang mempunyai aplikasi email/sosial media seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Sila ubahkan kekerapan untuk aplikasi itu mendapatan kemaskini terbaru. Dicadangkan korang menetapkan 30 minit atau lebih untuk kekerapan kemaskini tersebut. Cuba bayangkan jika setiap 5 minit telefon korang melakukan kemaskini pada Facebook/Twitter. Memang takkan bertahan punya kuasa bateri tu.


6. Kemaskini

Mungkin telefon pintar korang menerima kemaskini terbaru atau aplikasi mempunyai versi terkini. Digalakkan proses kemaskini tersebut dijalankan semasa korang mengecas telefon. Ini kerana, kadang-kadang proses kemaskini boleh mengganggu prestasi telefon jika ianya terganggu.


7. Power Saving Mode

Aktifkan sahaja fungsi ini walaupun kuasa bateri masih banyak. Ini kerana mode tersebut akan menjalankan satu pemantauan ketat terhadap penggunaan telefon dan masih mengekalkan prestasi telefon ketahap maksimum.


8. Pengecas Telefon

Pengecas telefon kini mempunyai fungsi dimana akan akan mengesan apabila telefon mencapai 100% dan berhenti tanpa merosakkan bateri. Jika pengecas yang korang gunakan rosak dan tidak boleh digunakan, belilah pengecas yang dikeluarkan oleh pengilang telefon korang atau dengan kata lain belilah yang original. Jangan beli kat pasar malam yang menggunakan jenama cap ayam. Menggunakan pengecas dari plug lebih pantas berbanding daripada mengecas menggunakan kabel USB dari komputer. Menggunakan plug, ianya lebih pantas dan menjimatkan masa.


9. Vibrate/Getaran

Mengaktifkan getaran tidak diperlukan kecuali telefon korang didalam mod senyap (Silent).


10. Common Sense

Secara umumnya kita tahu berapa lama bateri boleh bertahan untuk satu-satu hari. Sebagai contoh, korang keluar pagi, balik tengah malam dan baru nak cas telefon. Adakah logik bateri korang akan tahan lama bila waktu lunch korang boleh layan Youtube kat phone? Ataupun mendengar radio atau MP3 semasa kerja? Atau bermain game semasa tiada kerja untuk dibuat? Mestila takkan. Jadi korang sendiri tahu bagaimana sebenarnya untuk menjimatkan bateri telefon korang. 9 cara diatas membantu mengurangkan penggunaan kuasa bateri, selebihnya pada korang. Bagaimana korang menggunakan telefon pintar setiap hari.

6 Gambar Yang Mereka tak Sedar Dah kantoi

Kalau nak ambil gambar tengah tido pun tengoklah background dulu..kan dah kantoi..hahahahaha






(Gambar) Ahli Sihir Dibogel Dan Dibakar Hidup-Hidup

Buat jahat dibalas buruk. Itulah yang dilakukan terhadap seorang ahli sihir yang merupakan wanita di Papua New Guinea. Wanita ini telah menggunakan ilmu hitam terhadap seorang budak lelaki sehingga menyebabkan mangsa maut di hospital. Ekoran daripada kejadian itu, beberapa orang penduduk mula mencetuskan kemarahan dengan membogelkan ahli sihir terbabit serta membakarnya dalam keadaan hidup-hidup. Fuh serius ngeri!



Seorang wanita muda, Kepari Leniata dibogelkan sebelum dibakar hidup-hidup di depan sejumlah orang di Papua New Guinea, menurut laporan semalam.

Wanita itu diikat dan didera sebelum tubuhnya dicurahkan minyak serta dibakar bersama timbunan sampah dan tayar pada Rabu lalu.

Menurut akhbar Post-Courier, wanita berkenaan dibakar kerana dia didakwa membunuh seorang budak lelaki berusia enam tahun menerusi ilmu hitam.

Kejadian itu berlaku di bandar Mount Hagen di pulau tersebut.

Sebuah jentera bomba datang ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, beberapa orang mengejar jentera tersebut yang kemudian meninggalkan tempat kejadian.

Wanita itu mati di tempat kejadian.

(27 GAMBAR) Lukisan Hidup Yang Mampu Menipu Otak Dan Mata

Lukisan-lukisan dibawah mampu menipu otak dan mata kita..jom lihat sama-sama..