Berita CNN-Penggunaan Pasport Curi Dalam Insiden MH307 Lebih Kepada Kearah Pemerdagangan Orang...

www.mynewshub.my

Penggunaan pasport curi oleh dua lelaki misteri yang menaiki penerbangan MH370 Sabtu lalu lebih berarah kepada aktiviti pemerdagangan orang dan bukannya pengganas.

Saluran berita CNN melaporkan, sorang pakar perisikan dari Amerika Syarikat memberitahu bahawa kejadian berkaitan penggunaan pasport curi itu menepati corak rangkaian penyeludupan manusia dan kemungkinan besar tidak berkait dengan kehilangan kapal MH370.
Malah, jika mengikut siasatan yang dibuat, kedua individu misteri berkenaan merancang untuk meneruskan penerbangan ke Eropah selepas mendarat di Beijing.
Laluan ke barat melalui Beijing adalah antara laluan udara yang murah.
Penggunaan pasport itu walaupun merupakan antara fokus utama siasatan, tetapi pihak berkuasa telah memberi peringatan masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan bahawa kehilangan pesawat itu berkait dengan serangan pengganas di udara.
Secara umumnya, banyak kes dilaporkan dan dikesan di mana pendatang tanap izin menggunkan pasport palsu atau curi untuk memasuki negara barat dan rantau Asia Tenggara memang dikenali sebagai sebuah ‘pasaran yang mewah’ untuk pasport curi.
Teori serangan pengganas bagaimanapun masih tidak ditolak malah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA)sendiri masih terbuka kepada kemungkinan itu.
“Wujud juga persoalan kapal tersebut dirampas, yea, kita tidak menolak kemungkinan (rampasan) kerana kita sedang melihat kepada semua kemungkinan,” kata Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam Jumaat dan sepatutnya dijadual tiba di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu.
Daripada jumlah itu, 150 penumpang merupakan warga negara China

VIDEO: Penilik Nasib Nigeria Mendakwa Sudah Tahu Insiden MH370 Akan Berlaku, Pulak?

Penilik Nasib Nigeria Dakwa Tahu Lebih Awal Insiden MH370


Sebagai orang Islam, menilik nasib hukumnya haram.
Apabila sesuatu perkara yang ditilik benar atau hampir benar, ia bukan menandakan penilik nasi berkenaan memang mengetahui sesuatu berkaitan masa hadapan.
Ia sebenarnya berlaku dengan pertolongan jin setelah diizinkan Allah SWT.
Justeru, bukan sesuatu yang pelik apabila penilik nasib Nigeria, TB Joshua pernah meramalkan sesuatu berkenaan insiden MH370 ini.
Setelah kejadian berlaku, YouTube dibawah mendapat tontonan kembali yang tinggi.
Dalam ramalannya dalam video di bawah bertarikh 28 Julai 2013, TB Joshua menyatakan akan berlaku suatu kemalangan melibatkan ‘belon besar’ di sebuah negara Asia di mana di dalamnya, terdapat lebih 200 penumpang.
Kononnya, dia akan menghantar surat atau sesuatu bagi memberi amaran kepada negara Asia terlibat tetapi nyata, dia tidak berbuat demikian.
Mengapa?
Kemungkinan besar, penjelasannya adalah tidak semua rahsia Allah Taala akan dibuka untuk pengetahuan makhlukNya. Jadi sudah tentu, siapa pun makhluk yang membantu TB Joshua ini mengetahui sesuatu berkaitan masa depan, pengetahuan yang dibisikkan padanya tetap terbatas.

Terbaru menerusi Facebook miliknya, TB Joshua meramalkan MH370 sudah terhempas ke dalam Laut China Selatan dan serpihannya akan ditemui bila-bila masa dari sekarang.
Sekali lagi, kalau pun semua ini benar sekalipun orang Islam pasti maklum bahawa ia adalah dengan bantuan jin.
Dari ‘Aisyah, dia berkata; “Aku pernah bercerita kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa para tukang tenung berkata begini dan begitu dan kadang kami lihat kenyataannya memang benar.” Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: ” Kata-kata yang benar itu ditangkap oleh bangsa jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambahkan ke dalamnya dengan seratus kedustaan .” [ Hadis Muslim].
Bagi orang Islam, marilah kita tetap dengan cara terbaik bagi menangani semua musibah ini iaitu berdoa dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT kerana hanya Dia maha mengetahui segala kejadian di langit dan bumi. – REM RAMZI

KHIDMAT BOMOH: Nak Tolong Bantu Kesan Pesawat Boleh, Jangan Langgar Akidah ? – Jamil Khir

BOMOH: Nak Tolong Bantu Kesan Pesawat Boleh, Jangan Langgar Akidah - Jamil Khir


SHAH ALAM – Kerajaan amat mengalu-alukan usaha semua pihak untuk membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang, dalam apa jua cara selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata keterbukaan itu tidak menghalang mana-mana pihak menggunakan kaedah masing-masing namun dari segi perbomohan, ia tidak boleh dilakukan sehingga melanggar batas agama.
“Kita alu-alukan semua untuk bantu, sekarang tidak timbul soal mistik kerana yang penting pencarian kita dan kalau hendak mencari mestilah bertepatan dengan landasan agama.
“Saya minta mana-mana pihak jangan buat perlakuan yang bertentangan dengan syariat…dalam kaedah perbomohan, saya minta ia dilakukan tidak bercanggah dengan agama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, malam ini.
Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Perasmian Program Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-35 di sini yang disempurnakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Jamil Khir berkata biarpun tidak semua rakyat dapat menghulurkan bantuan secara fizikal, namun doa yang berterusan supaya pesawat tersebut dijumpai adalah amat diperlukan.
Tambahnya, orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang komen negatif ataupun kutukan berhubung insiden itu sehingga mampu mengguris hati keluarga penumpang pesawat malang tersebut.
Pada Sabtu lepas, pesawat MAS penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu hilang dari imbasan radar pada 1.30 pagi, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.
Pesawat itu membawa penumpang terdiri daripada warga 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia.
Sehingga kini, pesawat itu masih belum dikesan.– Bernama

TERKINI ! Khidmat ‘Bomoh’ Bukan Pertama Dalam Nahas Udara Di Malaysia…

Khidmat 'Bomoh' Bukan Pertama Dalam Nahas Udara Di Malaysia...
KEHILANGAN pesawat MH370 sejak Sabtu lepas turut mendapat perhatian “Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP” Ibrahim Mat Zin.
Beliau yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, mendakwa dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.
1939401_10152090615593751_704413403_n
“Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat agar dapat dijumpai secepat mungkin,” katanya.
Sebenarnya ini bukanlah pertama kali ‘pakar’ yang bukan dalam bidang saintifik penerbangan menawarkan ‘khidmat’ mereka dalam misteri atau kehilangan pesawat udara di Malaysia.
Peristiwa kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sarawak pada Julai tahun ini (2004) pernah menjadi satu misteri yang menggemparkan banyak pihak.
mh_01_big
Setelah hampir 20 hari pencarian dilakukan oleh hampir 2,000 tenaga manusia dan alat teknologi tercanggih, barulah helikopter itu ditemui.
scanbario4
Dalam peristiwa itu, antara yang turut ‘menyumbangkan’ kepakaran mereka adalah Ahmad Azahari,  Tabib Abdul Rahim Manaf dan Tabib Hassan Mohd Zain.
tabibpics
Namun sejauh mana ‘sumbangan’ mereka membawa kepada penemuan bangkai helikopter dan mayat dalam nahas itu, tidaklah dapat dipastikan.
Namun ia memberi ‘warna’ dalam misi pencarian, seperti mana yang dilakukan oleh pak nujum Datuk Ibrahim di KLIA semalam…Wallahualam. – Mynewshub.my

VIDEO: Demonstrasi "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin .Guna Bubu, Teropong Untuk Kesan MH370

VIDEO: Demonstrasi Nujum VIP Guna Bubu, Teropong



Di sebalik kesediaan banyak pihak yang mahu membantu membongkar misteri kehilangan MH370, salah satunya adalah “Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP” Ibrahim Mat Zin.
Menggunakan ‘bubu mata pancing’ dan ‘teropong kuning mati beragan’, aksi Ibrahim mendapat perhatian ramai apabila dia melakukan demonstrasi menggunakan dua objek tersebut untuk mencari kedudukan pesawat di KLIA.
Dakwa Ibrahim, dua alatan tersebut sudah digunakan untuk membongkar lima misteri negara sebelum ini termasuk mencari mayat tragedi Highland Towers, melemahkan ilmu hitam Mona Fandey ketika perbicaraan kes pembunuhan seorang ahli politik dan mengesan mangsa banjir di Kuala Dipang, Kampar Perak.
Wallahu’alam. – REM RAMZI

SERPIHAN DI VIETNAM YANG DIJUMPAI SEBENARNYA BUKAN MILIK PESAWAT #MAS #MH370 #PRAYFORMH370


Bahan serpihan yang dikesan pasukan mencari Singapura kira-kira 100km di barat daya pulau Tho Chu, Vietnam, tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, kata ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam (JPA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata walaupun tompokan minyak juga dijumpai, tetapi belum ada pengesahan mengenainya.

"Ada tompokan minyak dijumpai, tapi kami masih dalam proses mendapatkan pengesahan sama ada ia berasal daripada pesawat yang hilang itu. Kami belum menerima laporan mengenainya," kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.

Awal hari ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menemukan satu tompokan besar minyak kira-kira 100 batu nautika dari Tok Bali, Kelantan.

Pesawat MAS MH370, yang membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing lebih kurang sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabansga KL (KLIA) pada pukul 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi.

Azharuddin berkata ketika ini pasukan penyelamat, yang menggunakan 40 kapal dan 34 pesawat terbang dari sembilan negara, tidak menemukan sebarang petanda konkrit yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370, walaupun operasi mencari dan menyelamat memasuki hari kedua. - Bernama

Pesawat MAS MH370: Telefon Mangsa Berdering, Tapi Tiada Jawapan Yang Diterima..

Pesawat MAS - MH370
Telefon Berdering, Tapi Tiada Jawapan

Pesawat MAS MH370: Telefon Mangsa Berdering, Tapi Tiada Jawapan. Itulah antara kenyataan yang dibuat oleh beberapa keluarga di China. Mengikut laporan ada diantara mereka yang telah berjaya menghubungi ahli keluarga mereka yang berada di dalam Pesawat MH370.Nada dering kedengaran namun tiada jawapan yang diterima oleh pemanggil.
Kita tak tau sejauhmana kebenaran kenyataan ni namun yang pasti ada dua kemungkinan:

1. Telepon mungkin telah di "ON" kan oleh mereka-mereka yang berkaitan kerana dalam pesawat kita kena "OFF" handphone. Jadi kalau ada nada dering, berkemungkinan besar telephone tersebut telah di ON kan. Tapi dimana mereka? Mengapa tiada respon?

2. Telepon tidak di "OFF" kan semasa menaiki pesawat. Ini yang kita risaukan. Sebab ianya banyak kali berlaku. Dan kita pernah "bergaduh" dengan seorang rakan yang enggan mematikan telepon semasa di pesawat. Katanya ianya tidak merbahaya sebab dah banyak kali dia buat, ok aje. Hmm..

Teori Kehilangan Pesawat MAS MH370

Salah satu dari teori kehilangan pesawat MAS MH370 adalah kemungkinan pesawat berdepan dengan gangguan telekomunikasi. Ianya berlaku apabila penumpang menggunakan gajet-gajet elektronik seperti telepon yang dibawa bersama semasa penerbangan. Semua gangguan ini boleh mengundang malapetaka.

P/s: So kepada rakan-rakan diluar sana, tolong patuhi peraturan. Tak kena OK, tapi bila dah kena sure tak OK. Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk semua penumpang yang terlibat.

Gempar!!! Nelayan Lihat Satu Pesawat Di Pantai Kuala Besar, Kota Bharu Hari Berlakunya Kehilangan MH370



Seorang nelayan di Kota Bharu mendakwa terlihat sebuah pesawat terbang lebih rendah daripada biasa di Laut China Selatan kira-kira lapan batu nautika dari Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan awal pagi kelmarin.

Azid Ibrahim, 66, berkata dia yang membawa lima kaki pancing ke kawasan itu, melihat pesawat tersebut terbang rendah menghala keluar dari negara ini menuju ke tengah laut kira-kira jam 1.30 pagi, lapor Sinar Harian hari ini.

"Ketika itu hanya saya dan Pak Da (kawannya) sahaja yang melihat kapal terbang itu. Yang lain tidur. Biasalah kami nampak kapal terbang di kawasan ini kerana ia laluan utama, tapi kali ini ia terbang lebih rendah daripada biasa.

"Saya tidak pasti berapa tinggi kapal terbang itu dari muka laut, cuma nampak lampu besar buah kelapa dan dibawah awan. itu saya hairan," kata seperti dilapor akhbar harian itu.

Dia yang sudah 10 tahun membawa kaki pancing ke laut berkata, selepas mengetahui kehilangan pesawat MH370 semalam, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, petang semalam.

"Saya ingin beritahu apa yang saya nampak malam itu. Mana tahu ia boleh bantu (pasukan mencari dan menyelamat)," katanya.

Sementara itu, Berita Harian hari ini melaporkan tiada sebarang perubahan cucaa ketara berhampiran perairan Malaysia yang dilihat boleh mengancam pesawat MH370 pada waktu dilaporkan.

Pegawai Meterologi Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meterologi Malaysia, Khairul Najib Ibrahim memaklumkan keadaan cuaca dari jam 12 tengah malam hingga 3 pagi, berdasarkan imej satelit diperoleh daripada Agensi Meterologi Jepun tidak memberikan ancaman kepada pesawat.

"Walaupun Jabatan Meteorologi sudah mengeluarkan amaran keadaan angin kencang dan laut bergelora semalam (kelmarin), ia hanya bagi kawasan perairan Sabah dan Sarawak tanpa membabitkan kawasan disyaki," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Gempar ! Seorang wanita terkejut besar apabila mendapati seekor ular mematuk payudaranya ketika..

California kingsnake


Fife (Scotland) – Seorang wanita terkejut besar apabila mendapati seekor ular mematuk payudaranya ketika baru bangun tidur.
Caroline Griffin, 49 berkata dia dipatuk ketika cuba menghalau reptilia berkenaan dari katilnya
“Saya bimbang ular itu berbisa dan saya mungkin mati,” katanya.
Ibu empat anak itu mendapati ular sepanjang 1.2 meter dari jenis California kingsnake berada di dadanya sebaik menurunkan selimut.
“Pada mulanya saya menyangka anak saya mahu mengenakan saya, tetapi saya mula ketakutan apabila melihat reptilia itu bergerak.
“Saya menjerit sekuat hati dan ular itu terus mematuk payudara saya,” katanya. – AFP

#MH370: Inilah Dia Orang Paling Sakit Otak Dalam Kes MH370 Yang Ditemui..

TweetMenyamar


PENULIS berasa begitu sedih kerana di Malaysia ada remaja dengan serendah-rendah tahap pemikiran sehingga tergamak melakukan perkara ‘menyamar’ sebagai anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 demi untuk menarik perhatian orang ramai.
Individu itu menggunakan akaun media sosial Twitter palsu @JasmineJohari dan menggunakan foto palsu sebagai di laman berkenaan.
Dia turut mencipta akaun aplikasi Whatsapp palsu konon-kononnya semacam satu perbualan dia merintih mahukan ibunya yang dikatakan berada di dalam pesawat itu untuk pulang.
1003Menyamar01
Penipuannya disedari selepas seorang wanita membuat kenyataan bahawa individu itu menggunakan gambarnya untuk menyamar dan menipu orang ramai.

Wanita itu dengan tweethandle @mialuna menyedari gambarnya digunakan apabila menonton berita yang menyiarkan tweet-tweet palsu itu yang dianggap umpama luahan kesedihan dari ahli keluarga penumpang MH370.
1003Menyamar02Lebih keji, selepas ‘kantoi’ individu yang menyamar itu membuat satu lagi akaun Twitter selepas akaun asal digantung oleh Twitter dan tanpa rasa bersalah mengaku bahawa segala yang dilakukanya adalah palsu.
“I’m fake haha.. (Saya sebenarnya palsu..),” menurut tweet daripada akaun @jasminejohari1 yang dibuat semula.
1003Menyamar03Dia turut cuba memohon maaf namun sehingga kini hebat dikecam dan dikutuk di Twitter kerana perbuatan kejinya yang tidak mempedulikan perasaan ahli keluarga penumpang MH370 yang masih menanti khabar bahawa pesawat yang hilang itu akhirnya ditemui.
Individu itu sempat bergurau dalam tweetnya mengatakan adakah kes penipuan sebegini akan diterima jika dia menyerah diri ke balai polis.
“Wait? Kalau serah diri, kes ini diterima ke?” kata tweet gurauannya.
1003Menyamar04- MYNEWSHUB.MY
Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

MH370# Ejen Tiket Dari Thailand Mendakwa Dua Penumpang Misteri Itu Pada Mulanya Mahu Ke Eropah…

Ejen Tiket Di Thailand Dakwa Dua Penumpang Misteri Itu Pada Mulanya Mahu Ke Eropah...


KUALA LUMPUR –  Urusan perjalanan dua individu yang menaiki pesawat MH370 berlepas ke Beijing menggunakan identiti palsu dilakukan di pusat peranginan Pattaya dan dibayar secara tunai, menurut sebuah laporan.
Akhbar British, Financial Times memetik ejen pelancongan Thai yang menempah tiket untuk kedua-dua lelaki itu berkata dia diminta untuk menguruskan perjalanan oleh seorang kenalan warga Iran.
Benjaporn Krutnait, pemilik agensi pelancongan Grand Horizon di Pattaya dipetik sebagai berkata, warga Iran yang juga kenalan perniagaannya yang hanya dikenali sebagai ‘Mr Ali’ memintanya untuk menempah tiket pada harga murah ke Eropah untuk dua lelaki itu pada 1 Mac.
Benjaporn pada mulanya menempah tiket untuk salah seorang lelaki itu menggunakan penerbangan Qatar Airways dan seorang lagi dengan penerbangan Etihad.
Namun, tiket tersebut tamat tempoh apabila Benjaporn tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Ali.
Ketika lelaki tersebut menghubunginya semula pada Selasa, Benjaporn menempah semula tiket menggunakan pesawat Malaysia Airlines menghala ke Beijing kerana ia tiket yang murah ketika itu.
Seorang rakan Ali membayar wang tunai kepada Benjaporn sebagai bayaran tiket tersebut.
Akhbar tersebut turut melaporkan tiada bukti sama ada Ali mengetahui dua lelaki tersebut menggunakan pasport curi.
Benjaporn berkata dia tidak percaya Ali ada kaitan dengan keganasan kerana dia tidak menyatakan penerbangan khusus Kuala Lumpur-Beijing tetapi meminta penerbangan murah ke Eropah, lapor akhbar itu.
Benjaporn dipetik sebagai berkata beliau mendedahkan perkara itu kerana prihatin mengenai spekulasi serangan pengganas dan mahu ia diketahui umum. – The Star

SEMASA ! Pasukan Khas Dari China Telah Tiba Di KLIA Malam Tadi.. MH370

Pasukan Khas China Tiba Di KLIA Malam ini


SEPANG –  Pasukan khas terdiri 10 pegawai kerajaan China tiba di sini malam ini bagi membantu Malaysia menjalankan siasatan berhubung pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak awal pagi Sabtu.
Pasukan itu diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Konsular Republik Rakyat China Guo Shao Chun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 8 malam tadi.
Anggota pasukan itu terdiri pegawai polis, Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Luar.
Guo berkata kedatangan pasukan mereka antara lain juga bertujuan menguruskan keperluan dan keselesaan waris penumpang pesawat MH370 dari negaranya.
“Kami juga datang ke sini untuk mencari jalan penyelesaian yang sesuai bagi kes ini, dan pada masa sama mempertingkat platform komunikasi antara kedua-dua negara,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, malam ini.
Pasukan khas itu akan berpangkalan di Kedutaan Republik Rakyat China, Jalan Ampang di sini dan memulakan tugas mereka malam ini.
“Kita menggesa Malaysia agar mempercepat siasatan bagi menyelesaikan kes ini,” kata Guo.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu hilang daripada radar pada 1.30 pagi Sabtu, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.

Pesawat itu membawa penumpang terdiri warganegara 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia. – BERNAMA

GAMBAR-GAMBAR WANITA HOT TIDAK MEMAKAI BRA.



























Ketahui Siapakah Sebenarnya Luna Maya??


Ramai yang menonton Maharaja Lawak Mega 2013 berminat untuk mengetahui siapa sebenarnya Luna Maya, pelakon sinetron dan penyanyi yang terkenal dari Indonesia.

Dilahirkan di Denpasar, Bali, Indonesia pada 26 Ogos 1983, Luna Maya memulakan karier dengan menjadi model pelbagai produk seperti Lux, TL Toshiba sebelum berlakon dalam filem "30 hari Mencari Cinta" pada tahun 2004.





Pada tahun 2010, Luna Maya menggegarkan dunia seni hiburan apabila video seks bersama Ariel Peterpan tersebar luas di mana Luna menafikannya. Ariel didapati bersalah dan dihukum penjara.




Dikatakan menyesal dengan apa yang berlaku sebelum ini, kini Luna Maya lebih menumpukan pada karier termasuk drama terbaru Putri Duyung dan menjadi juri jemputan di MLM13.



Abang Kepoh suka juga tengok gelagat Luna apabila memberikan komen di Mlm 13 yang kadangkala agak lucu dan selamba. Lepas ni harap Luna boleh tingkatkan lagi prestasi dan kurangkan kontroversi yang sudah-sudah ya.

Panas ! Macam Mana Pasport Mat Salleh Digunakan Mat Black?

Luigi-Maraldi-565x376


Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media sebentar tadi memberitahu, wajah salah seorang pemegang pasport curi dalam penerbangan MH370 dari KLIA ke Beijing menyerupai pemain bola sepak Itali, Mario Balotelli.
Beliau tersasul atau memang itu wajahnya?
Andai tersilap bagi contoh atau tersasul, oklah… tetapi kalau memang benar… sangat la pelik.
Ini kerana dua lelaki pemilik asal pasport adalah lelaki Eropah berkulit putih.
Manakala Mario Balotelli gelap… kontrast sangat tu…
Apakah pasport Itali berkenaan telah diubah suai dan dipalsukan sebahagaiannya?
Rasanya itu sahaja penjelasan yang masuk akal…
Namun, yang pasti, sudah tentu ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan (memalsukan) kerana kalau dilihat kepada contoh pasport Itali yang dipegang salah seorang mangsa dalam kejadian di bawah… ia memiliki dua gambar yang dicetak terus ke helaian kertas pasport berkenaan.
0
Kalau pasport Itali macam pasport zaman dulu-dulu di mana gambar betul akan dilekatkan dengan gam, mungkinlah ia mudah dipalsukan, ini dicetak terus.
Sudah tentu sindiket yang buat tu memang betul-betul profesional.
Kalau pasport itu telah diubah dengan penuh teliti dan cermat, muka lelaki Eropah kepada lelaki Afrika, maka kalau mereka terlepas pemeriksaan di KLIA, adalah maaf sikit.
Tetapi, kalau ia kekal dengan gambar mat salleh tetapi yang hulur pasport tu mat black… dan boleh terlepas… maka para pegawai Imigresen KLIA harus dihantar untuk menjalani pemeriksaan buta warna secara beramai-ramai bermula tengah malam ini juga!
Daripada insiden yang sedih, jangan ia berubah menjadi bahan lawak antarabangsa pulak.
Selepas berkata semua ini, penulis meraskan dua perkara sahaja, mungkin Azharuddin silap bagi contoh atau pasport berkenaan telah diubah dengan begitu mahir sekali.
Sekarang ini pun kenyataan beliau sudah mula jadi trending dan jenaka di media sosial.
why twitter


KONGSIKAN : Hanya Ada DUA CARA Untuk Menemui Pesawat MH370 ? Kapten Norudin

KONGSIKAN : Hanya Ada DUA CARA Untuk Menemui Pesawat MH370 - Kapten Norudin

KITA ketika ini dihujani pelbagai penjelasan dan ulasan daripada mereka yang pakar dalam dunia penerbangan pasca kehilangan pesawat MH370.
Semuanya menyentuh soal teknikal pesawat, operasi CARI DAN MENYELAMAT (SAR) dan sebagainya.
Namun bagi juruterbang pesawat 777-200 MAS, Kapten Norudin Abd. Majid, disebalik semua itu sebenarnya hanya ada DUA CARA untuk menemui pesawat tersebut.
Pertama, doa orang yang soleh dan kedua, doa dari ahli keluarga, Allahu Akbar.
Percayalah, anda tidak akan temui ulasan sebegini dari mana-mana pakar penerbangan Barat!
Saksikanlah…

TERKINI …. China Ubah Kedudukan Dan Peranan 10 Satelit Miliknya Untuk Kesan MH307 Yang Dilaporkan Hilang.

www.mynewshub.my

Dengan nasib MH307 diselebungi misteri dan belum ada sebarang serpihan pun ditemui selepas puluhan jam ia dilaporkan hilang, kerajaan China hari ini meningkatkan kemampuan mencari dan menyelamat dengan mengubah kedudukan 10 satelit mengeliling orbit milik mereka.

Perkara itu didedahkan laman web milik pasukan tentera China, People’s Liberation Army (chinamil.com.cn).
Chinamil memetik Pusat Kawalan Dan Pengawasan Satelit Xi’an yang melancarkan respon kecemasan bagi proses mencari berkenaan bermula lewat hari ini (Isnin).
Bagi tujuan pengesanan itu, laman web berkenaan memberitahu, pusat kawalan telah mengubah sepenuhnya arahan (commands) asal satelit berkenaan yang sebelum ini digunakan bagi tujuan pengawasan, komunikasi dan aspek lain kepada arahan khas yakni mengesan lokasi MH370.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam Jumaat dan sepatutnya dijadual tiba di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu.
Daripada jumlah itu, 150 penumpang merupakan warga negara China

KINI ! Kenapa Kehilangan Pesawat MH370 Dianggap Sangat 'MISTERI' Terbesar Dalam Sejarah Penerbangan Dunia?

MH370
KINI sudah masuk hari ketiga operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam usaha untuk menemukan pesawat MAS MH370 model Boeing 777 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Misteri kehilangan pesawat malang itu sehingga kini masih lagi belum terjawab sejak MH370 hilang dari radar pada jam 1.30 pagi, Sabtu lalu.
Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi dan sepatutnya mendarat di Beijing, China pada hari yang sama.
Nasib 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 anak kapal kini menjadi tanda tanya di kalangan masyarakat seluruh dunia.
Yang menjadi persoalannya di sini kenapa tiada sebarang distress call atau isyarat kecemasan yang dihantar kapten mahupun juruterbang sekiranya berlaku sebarang kecemasan pada waktu itu?
Sebaliknya, MH370 secara tiba-tiba tidak dapat dikesan oleh radar penerbangan selepas 40 minit berlepas.
Ketika itu, kapal berkenaan sudah pun mencapai terbang pada peringkat ‘steady altitude ‘. Perlepasan dan pendaratan adalah aspek paling merbahaya dalam dunia penerbangan dan kemalangan jarang berlaku bila ia mencapai tahap steady altitude melainkan ada serangan pengganas.
Turut menimbulkan persoalan ialah mengapa sudah masuk hari ketiga, sebuah besi atau objek berkaitan kapal itu gagal ditemui walaupun puluhan kapal laut dan ratusan anggota mencari dan menyelamat mengeledah setiap inci laluan MH370.
Situasi pelik itu menyebabkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman sendiri pada sidang media pagi tadi memberitahu apa yang berlaku kini adalah misteri industri penerbangan dunia.
Beliau sehingga terpaksa mengatakan bahawa ada kemungkinan pesawat itu telah dirampas pengganas.
Pesawat yang dikemudi oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah itu dibantu oleh juruterbang Fariq Abdul Hamid menerbangkan 227 penumpang dan 12 anak kapal.
0903KruMH370
Dari 227 penumpang termasuk dua bayi itu terdiri daripada 14 kerakyatan berbeza antaranya China, Malaysia, Indonesia, India, Amerika Syarikat, Australia, Rusia, Perancis, Ukraine, Itali, Austria, Kanada, Taiwan dan Belanda.
Serentak dengan kehilangan pesawat itu, pasukan gerakan mencari dan menyelamat telah dikerahkan ke kawasan terakhir pesawat itu dikesan radar, iaitu di kepulauan Laut China Selatan berhampiran Vietnam.
Menurut kenyataan rasmi MAS, kedudukan terakhir pesawat MH370 sebelum hilang dari radar ialah pada 065515 Utara (longitud) dan 1033443 Timur (latitud).
Sehingga ke hari ini tiada sebarang klue positif yang ditemui walaupun mengenai kehilangan ‘misteri’ ini.
1003ObjekMH370
Selain itu, sama ada sisa tompokan minyak yang dikesan di kepulauan Vietnam itu adalah milik MH370, pula sedang dikaji oleh APMM di makmalnya yang terletak di Petaling Jaya dan keputusan ujian tersebut khabarnya akan diumumkan selewat-lewatnya pada petang ini.  (BACA – SEGERA: Ia Minyak Tongkang, Bukan Minyak Pesawat – APMM)
MINYAK1
Jika kita melihat kembali insiden malang yang berlaku kepada penerbangan Air France pada 2009, yang terhempas di kepulauan Atlantik, hanya selepas enam hari nahas berlaku, pencarian pihak mencari dan menyelamat berjaya menjumpai dua mayat penumpang lelaki pesawat AF447 itu.
air france
air france1
Kemalangan tragik itu telah mengorbankan 228 nyawa termasuk 12 krew kapal namun hanya 50 mayat sahaja yang berjaya dijejaki pihak penyelamat.
Kes itu sahaja mengambil masa selama dua tahun untuk diselesaikan termasuk membawa keluar bangkai pesawat AF447 itu.
Daripada hasil laporan penuh penyiasatan, nahas itu berlaku disebabkan masalah teknikal dan kecuaian juruterbangnya sehingga mengorbankan ratusan nyawa penumpang dari Rio De Janeiro ke Paris itu.
Namun, apabila bercakap mengenai pesawat MH370 sehingga ke hari ini kita tidak mendapat sebarang petunjuk mengenai misteri kehilangan pesawat tersebut.
Tidak ada sebarang serpihan pesawat yang ditemui di sepanjang kawasan terakhir pengangkutan udara itu dikesan oleh radar penerbangan.
Kalau mengikut logik, Boeing 777 itu hanya diisi dengan muatan minyak selama tujuh jam perjalanan dan kini sudah hampir 72 jam masa berlalu.
Di manakah kapal terbang itu berada sekarang?
Persoalan itu bukan sahaja bermain di minda 30 juta rakyat Malaysia sebaliknya turut sama dirasakan oleh penduduk seluruh dunia yang mengikuti insident tersebut yang mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa.
Bercakap secara umumnya, kehilangan sesebuah pesawat daripada paparan radar semasa penerbangan tanpa dapat dikesan juga boleh berlaku sekiranya pesawat terbabit meletup di udara sehingga menyebabkan juruterbangnya tidak sempat menghantar apa-apa isyarat kecemasan.
Menurut kata pakar lagi, perkara itu amatlah mustahil bagi juruterbang mahupun krew penerbangan untuk menghantar isyarat kecemasan kerana letupan akibat dibom berlaku terlalu pantas dalam masa beberapa saat sahaja.
Apa-apa pun marilah kita terus berdoa agar pesawat MH370 ditemui.
Ya Allah Ya Tuhanku, jika di laut timbulkanlah, jika di langit turunkanlah dan jika di darat tunjukkanlah.
Oleh: AUDREY LEE MYNEWSHUB