Mesej Rahsia Seorang Suami Kepada Isteri Yang Telah Meninggal Dunia (7 GAMBAR)

Apabila anda benar-benar menyintai seseorang, sudah pasti anda ingin membuktikannya pada orang yang anda cintai. Setiap orang mempunyai cara berbeza untuk menyampaikan rasa cinta, tetapi seorang petani dari United Kingdom telah melakukan sesuatu yang sukar kita lupai.


 photo Rahsial01.jpg

Isteri Winston Howes meninggal dunia 17 tahun yang lalu, dan dia amat terkesan dengan pemergian isterinya. Dia fikir dia mahu lakukan sesuatu untuk memperingati isterinya itu. Jadi…dia mula menanam pokok. Setelah tahun demi tahun, pokok-pokok yang ditanam telah menjadi sesuatu yang mungkin juga benda paling romantik pernah kita lihat.
Dan semua ini ialah satu rahsia sehinggalah seorang pengembara belon udara panas mengambil gambar dari udara.

Setelah kematian isterinya, Winston merasa ‘kosong’.
 photo Rahsial02.jpg

Lagi lima gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Untuk memperingati isterinya, Winston telah menanam beribu pohon Sapling di sebuah tanah seluas enam ekar.
 photo Rahsial03.jpg


Apa yang istimewa, ada bahagian yang tidak ditanam apa-apa. Dan inilah mesej Winston untuk isterinya.
 photo Rahsial04.jpg
 photo Rahsial05.jpg


Ia ialah sebuah padang rumput berbentuk hati, dan hati ini menunjuk kepada rumah yang didiami isterinya sewaktu kanak-kanak.
 photo Rahsial06.jpg
 photo Rahsial07.jpg

Pasangan ini berkahwin selama 33 tahun sehinggalah isterinya yang bernama Janet meninggal dunia kerana kegagalan hati. Tetapi Winston tidak melupai isterinya dan waktunya juga banyak dihabiskan di padang rumput untuk mengingati isterinya.
Mungkin ini yang boleh dinamakan ‘cinta sejati’.

Sumber

Keji : Cara Keji Mengelak Membayar Tol Di Malaysia (Video)

Teknik elak membayar tol di Malaysia? Adakah ini selamat? Yang kami tahu pemilik konsesi Penchala Link sudahpun membuat laporan polis terhadap pemandu kereta ini kerana berjaya menipu sensor lorong SmartTag yang sedia ada. Jika didapati bersalah beliau boleh didenda sehingga RM5000. Apa pendapat anda?

Koleksi : Musim Tersepit Celah Kerusi Awal Tahun 2014

Sesi sekolah tahun ini juga menarik dengan isu tersepit celah kerusi. Gambar beberapa orang pelajar sekolah rendah yang tersepit di celah kerusi ternyata telah menjadi viral dan mencetuskan satu fenomena baru di laman sosial. Yang melucukan, gambar-gambar tersepit tersebut bukan saja berlaku pada budak sekolah, malah juga kepada golongan artis, tentera, orang awam dan juga haiwan. Ha3.. Memang tersepit betul. Jom tengok gambar diorang sebagai hiburan hujung minggu..

Musim Tersepit Celah Kerusi

Musim Tersepit Celah Kerusi

Tersepit Celah Kerusi

Tersepit Celah Kerusi

Tersepit Celah Kerusi

Tersepit Celah Kerusi

Tersepit Celah Kerusi

Tersepit Celah Kerusi
  
Tersepit Celah Kerusi

Tersepit Celah Kerusi


Tersepit Celah Kerusi

Al Fatihah... Status Terakhir Blogger Remaja


Penulis terlihat namanya itu di dalam salah satu blog…mungkin ia gadis berdarah campuran..
Terus penulis membuat carian di Google. Rupanya ada kisah tragis yang berlaku di sebalik gadis berusia 17 tahun ini.
Apabila pertama kali membaca kisah mengenainya, hati berdebar-debar dan mata mula bergenang. Kesian sungguh!
Berdarah kacukan Inggeris dan Melayu, Yasmin Hunwik atau nama sebenarnya Yasmin Johan Eusoffe telah kembali ke Rahmatullah sejak 3 Jun lalu dan kebetulan pada hari ini genaplah pemergiaannya yang ke 100 hari.

Al-Fatihah buat Yasmin.
Beberapa minggu sebelum meninggal dunia, arwah Yasmin seolah-olah sudah mendapat tahu yang dia akan kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya.
Kebiasaanya kita sebagai orang yang berada di sekeliling tidak akan perasan mengenai apa yang berlaku, selepas seseorang itu tiada di muka Bumi ini, barulah kita tersedar. Itulah kuasa Allah.
Antaranya perkara yang berlaku adalah, arwah Yasmin telah memuat naik gambar buku bertajuk ‘Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur’ melalui Instagram.
http://i.imgur.com/8pcRF.jpg
Selain itu, melalui Twitternya pula dia menulis takut untuk tidur kerana sering bermimpi buruk.
http://i.imgur.com/LGWFR.jpg
Dia adalah pemilik dan penulis blog www.misschronicz.blogspot.com, berlinangan air mata admin setelah membaca blog beliau.
Walaupun namanya tidaklah sepopular Hanis Zalikha namun dia pernah menjadi ‘trending’ topik di Twitter.
Melihat daripada keadaan itu, ibu Yasmin melalui laman web Facebook telah menyampaikan pesanan ini:
“Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan (bapa kepada Yasmin) tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012.
Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain.
Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi.
We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember her childhood, school days and as a daughter she made us proud.
Semoga roh beliau berada disisi orang yg beriman.”
Mengimbas kembali kejadiaan yang telah menimpa Yasmin, ia berlaku sekitar 12 tengah malam di mana dia bersama dua lagi rakannya maut di tempat kejadian semasa hendak membuat pusingan ‘U’ di Padang Gaung, Langkawi.
Mereka telah dirempuh oleh van pelancong yang datang dari arah Ulu Melaka. Ketika itu, mereka tidak memakai topi keledar malah menunggang motosikal tiga orang sekali gus.
Hari ini, ibunya telah menulis di blog yang arwah telah mendapat markah tertinggi dalam ujian piano gred 4. Ibunya turut memberitahu yang mereka sekeluarga amat merinduinya.
Malah, arwah Yasmin sangat berbakat dan comel. Dia disenangi oleh semua guru dan rakan-rakan.
Oleh kerana itu, sehingga saat ini tidak hairanlah masih ada guru dan rakannya yang sering bermimpi mengenai arwah.
Bagi yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Yasmin, anda boleh ke blog miliknya itu.
Takziah penulis ucapakan kepada keluarga arwah Yasmin. Semoga roh Yasmin dan rakannya berada disisi orang yang beriman. Insya’Allah..

(VIDEO) Mati Kerana Tidur Sambil Berjalan Terus Jatuh Dari Apartment



Play Vido Di Bawah :

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu Ke-8 Tonton Online Streaming



Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu Ke-8 Tonton Online Streaming

Minggu kelapan MLM 2013 bakal menyaksikan setiap kumpulan berentap dengan tema ‘Rancangan TV’. Adakah mereka mampu membawakan tema ini dengan baik sekali? Siapakah kumpulan yang bakal tersingkir kali ini?
Tugasan: Rancangan TV

SERIUS : Cara Memancing Ikan Gergasi Arapaima Yang Unik Di Brazil (12 Gambar)

Arapaima adalah sejenis ikan gergasi yang sering ditemui di dalam sungai Amazon Brazil. Ikan ini juga adalah ikan terbesar dalam sungai seluruh Amerika Selatan. Mari lihat cara mereka menangkap ikan tersebut dengan cara yang unik. Pancing dan jorang langsung tidak diperlukan. 



Ajal Ketika Bacaan Khutbah

Alor Setar: Jemaah solat Jumaat Masjid Rafeah Taman Uda, di sini, gempar apabila seorang warga emas berusia 66 tahun tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika khatib membaca khutbah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, jemaah itu, Arshad Harun dari Kampung Padang, Hutan Kampung, di sini, dikatakan menghidap penyakit darah tinggi.

Jemaah lain yang melihat mangsa tiba-tiba rebah segera mengangkat mangsa dan meletakkannya di tepi dinding sambil memberi rawatan kecemasan.

Seorang jemaah, Yusof Abdul Majid, 80, dari Taman Muhibah, di sini, berkata dia bersama beberapa jemaah lain mengangkat Allahyarham ke tepi dinding sambil mengurut belakangnya bagi memberi bantuan.

“Ketika itu, saya dapat rasa arwah masih bernafas dan kami cuba memulihkannya sementara menunggu ambulans tiba. Saya difahamkan dia meninggal dunia tidak lama kemudian.

“Arwah tinggal di Kampung Padang, Hutan Kampung dan selalu menunaikan solat Jumaat di masjid ini,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

Imam Masjid Rafeah Taman Uda, Zakaria Long, 74, berkata, ini kali pertama jemaah meninggal dunia di dalam masjid berkenaan sejak masjid ini beroperasi 30 tahun lalu.

“Ini kes pertama jemaah meninggal dunia di masjid ketika khatib membaca khutbah Jumaat. Bagi saya, arwah antara individu yang diberi keistimewaan Allah kerana meninggal di dalam masjid, pada hari Jumaat yang mulia,” katanya.

Anak mangsa, Mohd Azhari Arshad, 22, berkata, arwah bapanya sudah mengidap penyakit darah tinggi sejak dua tahun lalu.

“Arwah selalu mengadu penat dan sakit darah tinggi sejak dua tahun lalu, tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik sebelum ini.

“Arwah selalu pergi menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan walaupun ada masjid berhampiran dengan rumah.

Menurutnya, arwah juga sudah berhenti merokok sejak Ramadan lalu kerana bimbang dengan penyakitnya itu.

“Arwah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Padang, Hutan Kampung, semalam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

SERIUS : Awak gemuk tapi comel’ kata pemandu teksi sebelum cabul seorang wanita

KUANTAN – “Awak ni gemuk tapi comel.” Itulah antara ungkapan diucapkan seorang pemandu teksi sebelum bertindak mencabul seorang penumpang wanita yang menaiki teksinya ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat membeli-belah di bandar ini, kelmarin.
Wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Wanda berkata, kebiasaannya dia akan duduk di bahagian belakang setiap kali menaiki kenderaan awam itu, namun disebabkan cuaca panas terik pada hari kejadian, dia memilih untuk duduk bersebelahan pemandu kerana lebih dekat dengan penghawa dingin.
Tambahan pula katanya, dia sendiri tidak sangka pemandu teksi itu akan bertindak sedemikian kerana nampak seperti seorang berpendidikan agama.


“Pada awalnya, kami hanya berbual kosong. Namun selepas itu, topik perbualan menjadi agak pelik kerana dia tiba-tiba mengatakan saya seorang wanita gemuk dan perlu jaga pemakanan.
“Perbuatan pemandu teksi itu mengundang rasa tak selesa untuk berbual lebih lanjut. Malah melalui ekor mata, saya perhatikan dia kerap menjeling pada saya,” katanya.
Wanda berkata, dia hairan apabila pemandu itu berbicara mengenai topik berkenaan kerana pemandu itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan mereka tidak kenal antara satu sama lain.
Katanya, lebih memeranjatkan lagi apabila pemandu itu bertindak memegang tangan dan mencubit pipinya sambil mengatakan ‘awak ni gemuk tapi comel’ sebelum dia keluar daripada teksi tersebut.
“Selepas diperlakukan sedemikian, saya menjerit dan terus keluar daripada teksi itu lalu menelefon suami.
“Dia nampak alim, tapi saya tak sangka dia berani pegang tangan dan cubit pipi saya sambil mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya.
Menurutnya, atas desakan suami, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuantan.
“Saya nasihatkan golongan wanita agar lebih berhati-hati dan sebolehbolehnya elak menaiki teksi seorang diri. Kita juga jangan mudah percaya dengan penampilan seseorang.
“Bersongkok dan nampak baik belum tentu dia seorang yang baik dan menghormati wanita. Ambil pengajaran dengan apa yang terjadi pada diri saya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut.

SERIUS : Tradisi Pelik Hanya Gadis Dara Dan Pay-udara Bersaiz C-Cup Dibenarkan Petik Teh

Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail , setelah dipetik dengan bibir , daun teh dari pergunungan  yang subur di wilayah Gushi , pucuk teh ini dimasukkan ke dalam mulut . Baru kemudian diletakkan di bakul kecil yang terletak di celah dada mereka yang disebut Chaliuqing .

 Proses memetik daun teh ini berdasarkan legenda yang masih dipercayai di China . Legenda menyebut , daun teh harus dipetik pelbagai cara dengan mulut mereka.

 Untuk memelihara legenda ini , syarikat teh di China mengupah gadis - gadis cantik dengan bayaran  £ 50  per hari . Gadis - gadis pemetik teh harus memenuhi beberapa kriteria . Selain mempunyai saiz bra minimum C , mereka harus masih perawan dan tidak ada bekas luka di tubuhnya . Kriteria ini diyakini dapat meningkatkan kesegaran dan kesucian teh .


 Menurut syarikat Lip Tea , pengambilan pemetik teh sangat ketat . Syarikat mencari gadis yang paling bersih , kuat , dan suci sebagai kunci kejayaan pengeluaran teh . Mereka harus membersihkan diri sebelum mula bekerja .

 Mereka juga perlu mendapatkan latihan khusus untuk melatih bibir dan leher . Ini adalah pekerjaan yang jauh lebih sukar daripada yang terlihat ,kata Li Yong , jurucakap pekerbunan Jiuhua , tempat pemetikan teh . 

Syarikat teh mendakwa bahawa teh unik ini mempunyai aroma dan rasa yang menyegarkan , serta dapat menyembuhkan beberapa penyakit termasuk membantu menurunkan berat badan . 

Beberapa abad lalu , para penjual teh China berinovasi dengan menyimpan teh di letak dicelah payudara gadis berusia 16 tahun . Mereka membiarkan teh disimpan di sana selama para gadis tidur . Esok harinya , teh akan mempunyai aroma dara yang berkhasiat untuk kesihatan dan kesejahteraan .