Subhanallah! Sesuatu Terjadi Di Atas Pusara Ammar Selepas Pemergiannya


Siapa masih ingat lagi tentang kisah seorang lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Ammar. Pemergiannya cukup dirasai kerana jasa almarhum dalam memperjuangkan Islam. Ahmad Ahmad antara insan yang sering menyertai misi-misi kemanusian di luar negara. Pada kali ini, ibu bapa Ahmad Ammar telah menziarahi pusaranya di Turki. Subhanallah! Bunga-bunga di atas pusaranya kembang segar mekar. Boleh lihat gambar di bawah ini.


HARI ini melalui akaun seorang pengguna Twitter, dia berkongsi gambar ibu bapa pemuda Ahmad Ammar Ahmad Azam menziarahi pusara anaknya itu yang meninggal dunia 36 hari yang lepas.

Ahmad Ammar meninggal dunia dilanggar ambulans pada 2 November lepas ketika melintas jalan.

Allahyarham juga menjadi orang Malaysia pertama dikebumikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn.

Tanah perkuburan itu juga menjadi saksi tempat bersemadinya lebih 60 jasad para sahabat Nabi Muhammad S.A.W, para auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Jasad sahabat Rasulullah Saidina Abu Ayub Al-Ansari turut disemadikan di situ.

Dalam gambar di Twitter itu, kelihatan ayah Ammar Ahmad Azam Abdul Rahman yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama ibu Ammar Nur Azlina Abdul Aziz berdiri di sebelah pusara anaknya itu yang dihiasi bungaan mekar.


Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Ahmad Ammar dan semoga beliau ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang soleh dan dijanjikan syurga olehNya kelak

Doa Untuk Wanita Supaya Dijauhkan Dari Dirogol Dan Diperkosa

Doa Untuk Wanita Supaya Dijauhkan Dari Dirogol Dan Diperkosa | Saban hari kita disajikan dengan berita-berita ngeri dimana banyak kes rogol yang berlaku di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Walaupun perkara ini diluar jangkaan kita, selaku umat Islam kita seharusnya berusaha supaya dapat mengelakkan perkara ini berlaku kepada kaum wanita. Jadi Disini Dr Fuh kongsikan doa kepada kaum hawa supaya dijauhkan dan dihindari diri dari dirogol.

Terdapat beberapa persoalan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah, iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Dalam ejaan rumi :
” BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM ”
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM EJAAN RUMI :
” ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM ”
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri. Fikirkanlah.

Cara Syaitan Bogelkan Perempuan

Syaitan sangat tidak suka kalau ada manusia yang taat kepada Allah. Kerana itulah syaitan selalu berusaha menggoda manusia agar tergelincir dari jalan Allah. Dalam menggoda manusia, syaitan memiliki berbagai cara dan strategi. Dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su '). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah.


Salah satu sebab kehancuran umat manusia adalah kerana hubungan lawan jenis yang tidak sah. Dan sebelum terjadinya hubungan ini, biasanya didahului dengan saling memandang, saling tertarik, lalu saling bertemu, dan selanjutnya saling bermaksiat. Untuk menjayakan terjadinya proses kemaksiatan inilah syaitan berusaha melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Lepasnya hijab muslimah merupakan jalan licin yang mudah menggelincirkan manusia dari ketaatan kepada Allah.

Ini adalah tahap-tahap yang digunakan oleh syaitan dalam melepas pakaian muslimah:

1. Menghilangkan Definasi Hijab 
Pada tahap ini, syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apa pun termasuklah hijab, tiada kaitannya dgn agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'ie. Pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya, tetap juga dikira pakaian.

Akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah utk pakaian ikut berganti juga. Demikianlah pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yg lain, maka harus baginya untuk menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, walau apa pun yang mereka pakai.

Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan bahawa hijab adalah pakaian syar'ie (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah, bukan sekadar gaya (fashion). Bagi mereka ini, biar hidup dalam zaman dan negeri mana sekalipun, hijab syar'ie akan tetap dipertahankan.

Pertama: Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak mengapa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang?" Begitu bisikan syaitan. Dan benar, si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, "Lihat ... tiada apa-apa, kan?"

Kedua: Membuka Leher dan Dada 
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu. Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka. "

Ketiga: Berpakaian Tapi Telanjang 
Seterusnya syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya biasa-biasa saja .. bagaimana kalau kamu cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus?". Si wanita berfikir sejenak. Pakaian yang macam mana ya? "Banyak fashion dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih sedap dan cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita. Dicarinya model pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparant. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan model nya saja yg agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menambah. Dan hasilnya pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparant, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang!).

Keempat: Agak dibuka Sedikit 
Setelah para wanita muslimah memakai pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasa, dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisikkan kepada wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat anda susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya dibelah hingga lutut atau mendekati paha? Dengan itu kamu akan
lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik. " Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar, dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha, ternyata membuat lebih selesa dan selesa, terutama ketika mahu duduk atau naik kenderaan. "Ya .... tersingkap sedikit tak mengapa lah, yg penting enjoy," katanya.

2. Terbuka Sedikit Demi Sedikit. 
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama: Membuka Telapak Kaki dan Tumit 
Syaitan berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak praktikal, kalau hanya dgn membelah sedikit bahagiannya masih kurang selesa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki, barulah agak longgar ... Oh ya, ada yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, skrg kamu carilah tudung yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, asal orang tetap menamakannya dengan tudung. "

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fashion pakaian yang dimaksudkan. Tidak ketinggalan sandal tumit tinggi, apabila berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua: Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis 
Terbuka telapak kaki telah biasa dia lakukan, dan ternyata org yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yg anda lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fashion lain yg lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terbuka, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja. Nanti kalau sudah biasa, barulah kamu cari fashion baru yang terbuka hingga separuh betis. "

Ketiga: Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Kadang-kadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya. "

"Tetapi apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" . "Fitnah? Ah, itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak duduk di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, mereka malah senang dan mengatakan 'ooh' atau 'wow'. Bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat saja fashion pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang di jual di butik, membeli-belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita moden di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman. "

Ketiga: Serba Mini 
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-hari dan dirasakan biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yg lain.

"Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini model skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya, dan pelbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tidak ketinggalan pakaian pendek separuh paha pun dia ada. Model dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, iaitu kemaluan dan buah dada. Mereka semua memakai pakaian yg sering disebut "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya "Membogelkan Kaum Wanita" tercapai.

"Seterusnya terserah kamu wahai wanita, kamu semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat awam. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kamu sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggunglah sendiri semua dosamu" kata syaitan, tidak mahu mengambil risiko.

Demikianlah halusnya cara yg digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.