Gadis ini melipat kakinya dan menyalakan rokok dalam trend ini. Sepanjang perjalanannya, gadis ini merokok tanpa menghiraukan orang lain.
LAGAK - Gadis Berlagak Gangster Dan Merokok Dalam Trend
Gadis ini melipat kakinya dan menyalakan rokok dalam trend ini. Sepanjang perjalanannya, gadis ini merokok tanpa menghiraukan orang lain.
Gambar-Gambar Artis Indonesia Yang Kelihatan Seluar Dalamnya !!!
Setelah artis Aura Kasih yang hebat diberitakan akibat keteledorannya
yang bergambar dan terlihat seluar dalamnya, ternyata tak hanya Aura
kasih saja yang tak sengaja terlihat seluar dalamannya. Beberapa artis
ini pun juga mengalami hal yang sama.
Selebriti ini boleh dikatakan para selebriti terkenal. Dengan cara duduk yang salah perkara besar boleh saja terjadi, seperti ini contohnya.
Panas - BeginiLah Sebahagian Kehidupan Remaja Zaman Sekarang
Masa remaja adalah masa yang paling hebat dan syok dalam hidup seseorang. Di masa remaja itu juga proses pencarian jati diri bermula..di situlah juga kia mengenal bermacam² jenis manusia. Dan, disanalah para remaja banyak yang terperangkap dalam pergaulan bebas.pergaulan bebas di kalangan remaja telah mencapai tahap membimbangkan terutamanya dalam soal pergaulan bebas atau seks..
Mereka begitu mudah memasuki tempat-tempat khusus orang dewasa, apalagi bila malam minggu. Pelakunya bukan hanya kalangansekolah menengah, bahkan sudah merebak di pelajar kolej dan universiti... Banyak kes remaja wanita yang hamil kerana hubungan seks dengan teman lelaki padahal mereka tidak mengerti dan tidak tahu apa risiko yang akan dihadapinya,'' Ini adalah contoh dari pergaulan bebas. Sebagai orang tua, harus lah pintar mendidik dan mengawasi perkembangan kanak-kanak, yang sering terjadi pada masyakarat kita adalah kurangnya perhatian dan pendidikan terhadap anak, akibatnya anak akan bertindak di luar batasnorma norma kehidupan yang ada.
Dan inilah sebahagian contoh kehidupan remaja sekarang..
JENAYAH - Wanita Dicekup Kerana Bernafsu Binatang
Gambar Hiasan
BEIJING - CHINA. Seorang wanita Cina ditahan atas dakwaan
membunuh dua kanak-kanak dan menyebabkan 30 yang lain jatuh sakit akibat
keracunan makanan di sebuah tadika.
Pegawai polis daerah Qiubei memberitahu media, suspek Zhao Jianzhi, 44,
seorang pengawal keselamatan di premis tersebut dipercayai berang kerana
dipaksa meninggalkan kuarters yang didudukinya sejak tiga tahun lalu.
"Suspek didakwa meletakkan racun ke dalam makanan ringan dan
meninggalkannya di dalam kelas.
"Dua budak perempuan berusia empat dan lima tahun meninggal dunia dan
lima yang kini berada dalam keadaan kritikal," katanya dipetik dari
laporan Channel News Asia.
Sebanyak 25 lagi mangsa kini sedang mendapatkan rawatan dan ada di antara mereka telah keluar dari hospital.
NASIB - DERITA GADIS 13 TAHUN DIROGOL ABANG IPAR SEJAK BERUSIA 6 TAHUN
KEMAMAN – Seorang pelajar perempuan
berusia 13 tahun melalui detik hitam kerana bukan sahaja dipercayai
dirogol abang ipar berulang kali sejak berusia enam tahun, malah dia
turut diugut bunuh jika membocorkan perkara itu.
Abang ipar mangsa juga mengambil kesempatan memperkosa mangsa dalam
perjalanan menghantarnya ke rumah selepas mengambil mangsa dari sekolah.Mangsa yang tinggal di sebuah kampung di Kemasik menjadi pemuas nafsu serakah abang iparnya sehingga berusia 11 tahun dan kali terakhir diperkosa pada Mac 2009.
Dia membuat laporan polis di Balai Polis Air Jernih pada jam 2.36 petang semalam.
Difahamkan, mangsa hanya memaklumkan kepada kakaknya pada 2009, menyebabkan dia terkejut. Namun kerana tidak mahu memanjangkan cerita, perkara itu tidak dilaporkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bertindak daripada laporan itu polis telah meninjau dan menyiasat lokasi yang menjadi tempat mangsa dipercayai dirogol di kawasan Bukit Kijang.
“Siasatan mendapati lokasi kejadian ialah dalam sebuah kebun pisang yang dikelilingi semak samun dan kebun getah milik orang. Lokasi kejadian jauh masuk ke dalam dengan jarak satu kilometer dari jalan utama Kampung Bukit Kijang.
“Lokasi kejadian juga bersifat tersorok dan sukar dilihat orang ramai tetapi lokasinya terang pada siang hari. Selain itu, siasatan juga mendapati tiada rumah orang berdekatan dengan tempat kejadian,” katanya hari ini.
Sehubungan itu, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan polis kini memburu suspek, yang juga seorang bekas pekerja kilang.
SEDIH - REMAJA 18 TAHUN DIPERKOSA BAKAL ABANG IPAR
KUCHING: Seorang remaja bukan saja
dipaksa meneguk minuman keras hingga mabuk, malah turut dirogol bakal
abang iparnya dalam kejadian di rumah sewa di Jalan Sultan Tengah, di
sini.
Mangsa berusia 18 tahun mendakwa
kejadian itu berlaku tiga minggu lalu, namun hanya membuat laporan polis
malam kelmarin. Menurut sumber, mangsa mendakwa, kejadian itu berlaku
apabila bakal abang ipar berusia 20-an itu turut mengugut memukul mangsa
menggunakan botol jika enggan melayan nafsu serakahnya.
“Mangsa yang kini mendirikan rumah tangga membuat laporan polis kerana bimbang suspek mengganggu kehidupannya.
“Dalam laporan dibuat pada jam 9 malam semalam (kelmarin), mangsa mendakwa kejadian itu berlaku di rumah sewa lelaki
berkenaan yang bakal menjadi suami kepada kakaknya. Mangsa tidak berani
membuat laporan polis lebih awal kerana takut diugut suspek. “Suspek
mengugut mengupah rakan untuk membelasah mangsa jika mendedahkan
perbuatan itu kepada ahli keluarga menyebabkan terpaksa merahsiakan
kejadian yang berlaku,” katanya.
Sumber itu berkata, selepas tidak tahan
penderitaan ditanggung, mangsa akhirnya memberanikan diri membuat
laporan di Balai Polis Santubong.
Sementara itu, jurucakap polis ketika
dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan siasatan dilakukan
mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.
Panas - Guru Cabul Pelajar Tahun Satu
TUMPAT – Seorang murid perempuan Tahun Satu sebuah sekolah rendah dekat sini mengalami trauma untuk ke sekolah setelah mendakwa dicabul oleh seorang guru lelaki sekolah berkenaan, Isnin lalu.
Dalam kejadian sebelah pagi itu, murid berkenaan mendakwa telah dicabul guru sukan itu ketika berada di stor sukan.
Difahamkan, kejadian itu terbongkar pada sebelah petang hari yang sama apabila murid tersebut memberitahu ibunya bahawa dia enggan lagi pergi ke sekolah kerana trauma atas perbuatan keji guru terbabit.
Bapa mangsa kemudian melaporkan kejadian berkenaan di Balai Polis Wakaf Bharu dekat sini kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan.
“Suspek juga sudah dikenalpasti dan usaha mengesannya kini sedang dilakukan,” katanya, lapor Kosmo.
Kianat - Rogol kekasih yang masih remaja
KOTA BHARU - Dua juvana dalam kes berasingan mengaku tidak bersalah di mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan merogol kekasihnya pada Mac lalu.
Kedua-dua tertuduh masing-masing berusia 17 tahun itu membuat pengakuan tersebut di hadapan majistret Nik Habri Muhamad selepas mengangguk memahami pertuduhan yang dibacakan juru bahasa mahkamah semalam.
Seorang daripada tertuduh dari Kota Bharu itu, didakwa merogol remaja berusia 15 tahun pada 29 Mac 2014 lebih kurang jam 5 pagi di sebuah rumah di Jalan Jaya Setia di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Tertuduh dalam rayuannya meminta mahkamah mengenakan jaminan paling rendah memandangkan bapanya kerja kampung sahaja.
Bagi kesalahan tersebut, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dan kes bersambung pada 19 Mei ini.
Sementara itu, dalam kes lain, seorang tertuduh berusia 17 tahun dihadapkan di mahkamah sama kerana merogol seorang remaja berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kampung Dusun Pinang Salor.
Tertuduh yang merupakan pelajar itu, didakwa melakukan perbuatan tersebut lebih kurang jam 4 pagi di sebuah rumah pada 26 Mac 2014.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Tertuduh dibenarkan dijamin sebanyak RM 2,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan kes bersambung 8 Mei ini.
Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad Lapor sinar harian
Subscribe to:
Posts (Atom)