Ini
adalah wajah terbaru keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Nawawi. Wan
Aishah masih nampak cantik walaupun mengenakan solekan tipis dan dia
kini jua bertudung.
Dia
berkahwin dengan jejaka pilihannya, Alee Tongyon kira-kira dua tahun
lepas. Alee adalah seorang usahawan muda industri pelancongan. Alee
merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak kecil.
Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan.
Wan
Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan
Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja
hotel.
Genealogi :
Mahsuri
Wan Agim
Wan Hakay
Wan Hussein
Wan Hasheen / Chern Yayee
Wan Nawawi / Suwan Yayee
Wan Aishah / Sirintra Yayee
Ibunya Wan Sumaini binti Karim / Sunee Doomlak juga keturunan Mahsuri.
Wan
Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila
kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang
kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada
1998.
Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai
penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di
Thailand dan Malaysia.
Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah
Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur
sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam.
Ekoran penemuan itu,
Utusan Melayu (M) Berhad mengambil daya usaha menjadikan Wan Aishah
sebagai anak angkat dan mengatur beberapa program berkaitan sejarah
moyangnya Mahsuri di Malaysia.
Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan Mahsuri di Pulau
Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar negara.
Wan
Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung
pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.