MH370: Pengarah Filem Lord Of The Rings Hantar Jetnya Bantu Misi SAR

“Peter tidak mahu mencari publisiti berkenaan perkara ini. Banyak lagi pesawat persendirian serta milik tentera turut serta dalam operasi ini.  Ia agak menyedihkan kerana disebabkan jet ini milik
KUALA LUMPUR – Jet persendirian milik pengarah filem Lord of The Rings, Peter Jackson turut digunakan dalam operasi mencari pesawat MH370 yang dilaporkan ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi, menurut laporan portal berita antarabangsa.
Pesawat Gulfstream G650 milik Jackson itu digunakan bagi tujuan komunikasi untuk menghantar mesej di antara pesawat-pesawat yang terlibat dalam misi mencari itu.
Menurut laman web Gulfstream, jet milik Jackson itu mempunyai kelajuan tinggi dan berupaya untuk terbang pada jarak jauh berbanding pesawat biasa dimana ia membolehkan Jackson membuat perjalanan tanpa henti dari Welllington, New Zealand ke Los Angeles, California, dimana kebanyakkan penggambaran filemnya dijalankan.
“G650 boleh membawa lapan penumpang dan empat anak kapal untuk perjalanan tanpa henti sejauh 7,000 batu nautika (12,964 km),” menurut laman web tersebut.
Bernilai puluhan juta dolar, kelajuan jet mewah itu mampu mencecah 708 batu sejam (1139.42 km sejam) dan menerusi operasi ini, ia digunakan secara bergilir dengan beberapa pesawat persendirian lain yang turut dihantar bagi tujuan sama.
Jurucakap Jackson turut mengesahkan penglibatan jet mewah milik Jackson yang dibeli pada Mac 2013 itu namun enggan menjawab soalan sama ada Jackson sendiri menawarkan pesawatnya atau diminta oleh mana-mana pihak.
“Peter tidak mahu mencari publisiti berkenaan perkara ini. Banyak lagi pesawat persendirian serta milik tentera turut serta dalam operasi ini.
Ia agak menyedihkan kerana disebabkan jet ini milik seorang selebriti, kini ia menjadi tumpuan ramai, sedangkan lebih 200 orang hilang (dalam pesawat MH370),” jurucakap Jackson, Matt Dravitzki berkata.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Sejak tragedi ini berlaku, puluhan negara seluruh dunia turut menghantar bantuan dalam usaha mencari dan menjejasi pesawat malang itu.
Terkini, kapal selam Tentera Laut Diraja Britain, HMS Tireless tiba di selatan Lautan Hindi untuk menyertai operasi mengesan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) itu.
Selain bantuan pesawat dan kapal bagi mengesan MH370, negara-neagra tersebut turut menawarkan bantuan risikan bagi membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan mengenai kemungkinan wujudnya elemen keganasan, sabotaj dan sebagainya . – Astroawani.com

MH370: Saya Tak Pernah Mengaku Ibu Kandung – Rosila

Saya Tak Pernah Mengaku Ibu Kandung - Rosila
BERA – “Saya hanya ibu tirinya dan tidak pernah mendakwa sebagai ibu kandungnya,” luah Rosila Abu Samah yang sering dikaitkan media sebagai ibu kepada Mohd Khairul Amri Selamat, seorang daripada penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370.
Menurut Rosila, 50, setiap kali ditemubual oleh media baik dari dalam mahupun luar negara, beliau tidak pernah memperkenalkan diri sebagai ibu kandung kepada Mohd Khairul Amri, 29, seperti didakwa.
“Apabila ditemubual, saya selalu nyatakan saya ibu tiri kepada Mohd Khairul Amri, namun ada media melaporkan beliau sebagai ibu kandungnya.
BACA: MH370: Rumah Bapa Penumpang MH370 Dipecah Masuk
“Saya tak nak orang salah faham dan biarlah saya jelaskan sekali lagi yang saya ini hanya ibu tiri kepada beliau,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di FELDA Bukit Mendi di sini hari ini.
Katanya, beliau sedar ada pihak yang kurang senang dan menuduhnya mengambil kesempatan daripada tragedi yang menimpa anak tirinya itu.
“Saya tidak ada kepentingan dalam situasi ini dan saya berada di sana (Putrajaya) hanyalah sebagai tanggungjawab saya menemani suami saya, Selamat Omar, iaitu bapa kandung Mohd Khairul Amri.
“Jika ada orang tuduh saya dapat wang saguhati yang diberikan MAS, itu tidak benar kerana semua wang itu diserahkan kepada isterinya,” kata Rosila yang kesal dengan tohmahan itu.
Katanya, beliau mendirikan rumah tangga dengan Selamat, 60, sejak 10 tahun lalu dan rapat dengan anak tirinya itu sejak beliau belajar di sebuah kolej di Seremban sehingga mendirikan rumah tangga bersama Erny Marsyila Mustafa.
Sehubungan itu, beliau berharap perkara itu tidak berpanjangan kerana ia hanyalah salah faham.
“Saya mohon maaf kepada ibu kandung Mohd Khairul Amri, Normah Jaafar dan keluarga berhubung perkara itu, saya memang tidak pernah mendakwa sedemikian,” katanya.
Normah, 56, seorang guru Tadika Kemas pernah menyatakan kurang senang berhubung perkara itu kepada media. – BERNAMA

MH370: Ulasan Transkrip Perbualan Juruterbang Oleh Kapten Huzlan

MH370: Cara Pesawat Ini Dipandu Menunjukkan Ia 'Perbuatan Disengajakan' - Kapt. Huzlan

KUALA LUMPUR – “Tiada yang pelik di dalam transkrip penuh komunikasi di antara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan pusat kawalan udara.”
Demikian menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain ketika dijemput Astro AWANI untuk mengulas transkrip penuh yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan pada 1 April.
Nik Huzlan berkata berkemungkinan transkrip berkenaan lambat disiarkan kerana ia perlu ‘dibersihkan’ terlebih dahulu.
“Biasanya pusat kawalan udara sangat sibuk, pelbagai pesawat akan menggunakan radio seperti China Airline atau Japan Airline.
“Jadi sebelum ianya disiarkan, ia perlu dikenalpasti dan dibersihkan agar hanya perbualan MH370 sahaja yang diambil, yang tidak relevan tidak perlu disiarkan” katanya.
Secara terperinci, Nik Huzlan menerangkan makna perbualan juruterbang dan pusat kawalan udara bermula di ATC Delivery dan Lumpur Ground.
“Biasanya sebelum pesawat terbang, pembantu juruterbang akan mengawal radio dan juruterbang akan mengemudikan stereng pesawat.
“Jadi suara di sini adalah suara pembantu juruterbang” katanya lagi.
Dalam pada itu, Nik Huzlan kurang pasti siapa yang bercakap di radio pada waktu pesawat MH370 memulakan penerbangan.
“Selepas take off, kita tidak dapat pastikan siapa yang bercakap kerana kadangkala juruterbang dan pembantu akan bergilir tugas.
“Ini adalah perkara biasa kerana mungkin ingin memberi peluang kepada pembantu menimba pengalaman menjadi kapten atau mungkin bergilir kerana banyak penerbangan yang telah dilakukan dalam sehari oleh juruterbang” jelasnya.
Nik Huzlan turut menerangkan mengenai perkataan “err” pada jam 12:42:48 yang merupakan suatu lumrah jika tersalah cakap.
“Biasalah jika banyak menerbangkan banyak pesawat, nombor pun boleh tersasul, saya tidak nampak ada masalah di sini” katanya lagi.
Namun begitu, Nik Huzlan mengakui dihujani pelbagai persoalan dari orang ramai mengapa pada jam 12:50:09 sehingga 01:07:55, transkrip menunjukkan pesawat MH370 mengulangi kata-kata yang sama.
“Mengikut pengalaman saya sebagai juruterbang, kadangkala kita terlupa adakah kita sudah menghubungi pusat kawalan udara atau tidak pada sesuatu ketinggian.
“Sebagai juruterbang, kita takkan buang masa berfikir biasanya kita akan hubungi sahaja kawalan udara semula” terang Nik Huzlan yang sudah mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan.
Di akhir ulasan,Nik Huzlan turut menyelar pelbagai tuduhan dan publisiti yang tidak baik mengenai Kapten Zaharie Ahmad Shah.
“Ya, siasatan perlu dilakukan secara menyeluruh, namun berita mengenai pergolakan rumah tangga sama ada ia benar atau pun tidak, adalah sangat peribadi dan tidak wajar disebarkan.
Jika benar pesawat terhempas dan beliau tidak selamat, ini merupakan suara terakhir dari beliau” katanya mengakhiri perbincangan. – Astroawani.com
1505420_10152288071293050_1322743037_n

Suami Lacurkan Isteri Beli Dadah, Jadi Penonton Isteri ‘Dijamah’

Jenayah
Kuala Lipis – Tempoh lima hari tinggal di dalam ‘neraka buatan suami’ cukup menyeksakan bagi seorang suri rumah apabila dia disuruh menghisap syabu sebelum dipaksa melayan nafsu lima lelaki dengan bayaran RM100 hingga RM120 setiap seorang.
Dalam kejadian pada 26 Mac lalu, wanita berusia 25 tahun berkenaan dibawa suaminya berusia 30 tahun ke sebuah rumah sewa di Benta, dekat sini, sebelum bertemu dengan lima lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang menunggu untuk menjamah tubuh mangsa.
Difahamkan, mangsa dipercayai dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub bagi menyara kehidupan termasuk menggunakan hasil pendapatan haram itu untuk membeli syabu.
Bagaimanapun, suaminya terpaksa beralih lokasi di daerah ini untuk meneruskan kegiatan haram itu berikutan lelaki berkenaan masih tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara keluarga.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, selama lima hari berada di rumah berkenaan, mangsa terpaksa melayan nafsu lima lelaki terbabit selepas mereka semua membuat pembayaran.
Menurutnya, pada masa sama, ketika mangsa ‘disajikan’ kepada lima lelaki terbabit suaminya menjadi penonton tanpa menghiraukan rayuan dan belas kasihan wanita itu yang meminta dilepaskan.
Katanya, bagaimanapun, pada 30 Mac lalu, mangsa akhirnya nekad melarikan diri, namun cubaannya gagal kerana seorang daripada suspek terbabit dikatakan menyedari tindakan wanita berkenaan.
“Mangsa merayu kepada suspek terbabit yang dikenali sebagai Gemuk supaya melepaskannya, namun lelaki itu bersetuju untuk berbuat demikian, tetapi dengan satu syarat iaitu melayani nafsunya.
“Mangsa yang sudah buntu mencari jalan untuk menyelamatkan diri terpaksa mengikut arahan suspek sebelum lelaki itu menidurinya secara percuma tanpa pengetahuan suami mangsa,” katanya.
Menurutnya, selepas melayani nafsu lelaki itu, wanita berkenaan kemudian dibawa keluar dari rumah terbabit tanpa disedari suspek lain termasuk suami mangsa sebelum dia dihantar ke Stesen Bas Bandar Katanya, selepas ditinggalkan seorang diri, mangsa kemudian menghubungi Balai Polis Kuala Lipis, di sini, untuk meminta bantuan sebelum dia membuat laporan berhubung kejadian itu, petang kelmarin.
Abdul Razak berkata, susulan laporan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis menahan empat lelaki terbabit termasuk suami mangsa di sebuah rumah seorang daripada suspek di Benta, petang kelmarin.
“Siasatan awal mendapati mangsa mendakwa dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub dan wang yang diperoleh secara haram itu digunakan untuk menyara kehidupan termasuk membeli syabu,” katanya.
Katanya, siasatan turut mendapati sebelum ini wanita itu pernah merayu tidak lagi dilacurkan, namun suaminya berang sebelum memukul dan menerajang mangsa tanpa belas kasihan.
Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL), di sini, untuk mendapatkan rawatan, manakala anak perempuannya yang berusia lima tahun kini dijaga ibu mentuanya.
Abdul Razak berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan akan bertemu dengan keluarga mangsa serta mentuanya. – myMetro Online

Kerana Percayakan Bomoh, Lelaki Biar Kemaluan Dimakan Dubuk

Zulu
Lusaka, Zambia – Seorang lelaki kini tiada kemaluan dan tiga jari kakinya selepas dimakan dubuk apabila seorang bomoh memberitahu dia boleh kaya jika kehilangan anggota badan.
Chamangeni Zulu dari Malawi dimasukkan ke Hospital Besar Chipata di Zambia yang terletak berhampiran sempadan Malawi selepas dia membiarkan dubuk itu memakan kemaluannya.
Katanya, seorang bomoh menjanjikan kekayaan jika dia ‘mengorbankan’ anggota badannya.
“Saya juga menemui beberapa orang yang giat dalam perniagaan yang juga memberitahu perkara sama,” katanya kepada akhbar Times of Zambia.
Sehubungan itu, katanya, dia memasuki kawasan semak sekitar jam 4 pagi Isnin lalu.
“Saya diarahkan berbogel. Seekor dubuk datang dan mula makan jari kaki saya sebelum turut memakan kemaluan saya,” katanya.
Horizontal_1396272247
Menurutnya, bomoh itu tidak memberikan arahan jelas, malah dia juga tidak sangka akan kehilangan anggota badan berkenaan sepenuhnya jika bersetuju melakukannya.
Namun Zulu tidak putus harapan dan masih mengimpi untuk jadi kaya.
“Walaupun kehilangan anggota badan yang penting, saya tetap ingin kaya,” katanya yang bekerja di Zambia sejak empat bulan lalu.
Menurut jurucakap Hospital Chipata, keadaannya stabil selepas dibawa untuk rawatan oleh anggota polis.
Sebelum ini pada 2012, hanya 80 kilometer dari tempat kejadian, seorang lelaki turut diserang dubuk ketika keluar membuang air di tandas yang terletak di luar rumahnya. – Agensi

Kedudukan Shila Jatuh Merudum Kerana MH370?

Kedudukan Shila Jatuh Merudum Kerana MH370?

LANTARAN isu boikot rakyat negara China terhadap Malaysia berikutan insiden pesawat MH370, penyanyi Shila Amzah yang sedang mencipta nama di sana turut terkena tempiasnya.
Ia jelas dilihat menerusi program realiti ‘I Am A Singer’ yang sebelum ini menyaksikan Shila berada di tangga pertama pada minggu ke-10 tiba-tiba menjunam jatuh ke tangga keenam pada minggu seterusnya.
Keputusan itu nyata mengejutkan peminat dan juri profesional kerana persembahannya jarang sekali mengecewakan.
Memetik laporan Harian Metro, ibu Shila, Fauziah Sarman berkata keputusan itu diterima Shila dengan hati terbuka.
“Kami tidak mahu membuat sebarang andaian berhubung perubahan kedudukan yang sangat drastik itu disebabkan ada kaitan dengan isu MH370.
“Shila bersikap terbuka dengan keputusan itu. Baginya, perkara ini biasa apatah lagi sudah sampai ke peringkat separuh akhir, strategi undian penonton juga berubah kerana masing-masing mahu menyelamat­kan peserta tertentu.
“Kalau nak kata Shila diboikot, ketika insiden MH370 hangat diperkatakan di China, Shila tetap dilayan ­dengan baik dan peminat yang terserempak dengan Shila begitu teruja nak bergambar.
“Bagi Shila apabila dia berada dalam satu pertandingan dan memperoleh peluang, tiada alasan untuk patah semangat atau sambil lewa ketika membuat persembahan,” katanya.
Sabarlah Shila. Kalau insiden pesawat ini menjadi pengukur para peminat program tersebut untuk mengundi Shila, ternyata merekalah yang tidak bersikap profesional dalam hal ini.
Apa pun, kami yakin peminat sejati Shila akan terus menyokong dan mendoakan kejayaan Shila di persada antarabangsa.

Semua 227 Penumpang Bersih 4 Elemen – KPN

MH370_01
POLIS mendapati semua penumpang pesawat Malaysia yang hilang “bersih” daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi, tetapi masih menjalankan siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang, kata Ketua Polis Negara  Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata siasatan terhadap 227 penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 itu mendapati mereka “bebas” daripada empat elemen itu.
“Mereka didapati bersih daripada empat (elemen) itu. Ia (adalah) menurut prosedur (siasatan) kami sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemantapan kualiti pasukan polis di ibu negara, hari ini memetik laporan Astro Awani.
Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan berdasarkan empat elemen itu terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.
Khalid berkata setakat ini polis telah merekodkan kenyataan daripada lebih  170 individu berhubung kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu dan menurutnya polis akan merekodkan lebih banyak kenyataan.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.
Khalid berkata polis tidak akan mendedahkan sebarang maklumat hasil siasatan insiden itu kerana ia akan menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.
“Maafkan saya, terdapat perkara yang kami tidak boleh dedahkan kepada anda; bukan saya tidak mahu dedahkannya kepada anda tetapi kami tidak boleh berbuat demikian. Kerana ia adalah penyiasatan jenayah, sedang berjalan; kami belum memuktamadkan segalanya dan kami masih menunggu laporan daripada pakar di luar negara dan dalam negara.
“Anda perlu faham. Saya fikir kami amat konsisten (tentang siasatan). Siapa tahu, mungkin akan ada pendakwaan kemudiannya. Jadi, ini akan menjejaskan kes pendakwa raya sekiranya kami mula mendedahkan hasil penyiasatan kami,” katanya