Info: Cara Mandi Wajid Dengan Betul


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala."
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.

Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Sumber dari : JAKIM

Terkini: Naib juara Masterchef musim ketiga bunuh diri






Mungkin anda yang mengikuti program realiti Masterchef Amerika Syarikat (AS) musim ketiga terkejut jika kami katakan naib juaranya, Joshua Marks, 26, dijumpai mati akibat membunuh diri minggu lalu.
Mendiang yang menghidap gangguan mental sejak beberapa tahun lalu bertindak nekad menembak kepalanya dengan sepucuk pistol.
Sebelum ini, keluarga Joshua dikatakan telah berusaha membantunya dalam mengubati penyakitnya itu, namun masih tidak berjaya.
Sumber terdekat keluarganya berkata, mendiang kelihatan tertekan sejak kebelakangan ini, namun punca tekanan itu tidak diketahui.
Kematian Joshua mengundang simpati dan ucapan takziah daripada peserta program tersebut dan juri tetapnya, Chef Gordon Ramsay.
Sayang sekali, dengan umur yang masih muda dan bakat yang ada, kami yakin mendiang sebenarnya boleh melangkah lebih jauh dalam kariernya.

Diharap dengan kematian Joshua dapat meningkatkan kesedaran bahawa penyakit mental bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng dan semua pihak harus bersama-sama membantu pesakit.



Cara Mengesan Kedai Makan Yang Guna PELARIS ( JIN )

Mungkin ramai antara kita menganggap zaman serba moden dan canggih ni takde yang guna unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian. Jangan terkejut jika ada kedai yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan.

Jadi bagaimana cara untuk mengesan jin-jin tersebut? 





Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

Amaran! Bahaya Kutu Kelamin Yang Hidup Di Rambut Kemaluan


Kutu Kemaluan - Kutu tak hanya hinggap di rambut kepala. Makhluk kecil menjengkelkan itu juga suka hinggap di bagian tubuh lainnya yang ditumbuhi rambut seperti ketiak, janggut, dada termasuk rambut kemaluan. Kutu kelamin paling doyan hinggap di kemaluan remaja.

Kutu kelamin (Pediculosis pubis) atau sering disebut dengan kutu kepiting (crabs) adalah serangga parasit yang ditemukan terutama di daerah kemaluan atau alat kelamin manusia. Istilah kepiting diberikan karena tampilan mikroskopiknya yang menyerupai kepiting. Sahabat anehdidunia.com admin yakin anda semua menjaga kebersihan semua badan kita. jangan sampai binatang ini ada di tubuh anda. Berikut penjelasan tentang kutu yang menyebalkan serta menjijikkan ini.



Berikut penyebab dan penularan kutu kelamin:
  • Sumber infeksi kutu kelamin adalah kontak intim dengan orang yang terinfeksi
  • Karena penularan terjadi selama hubungan intim, hubungan seksual yang sebenarnya tidak diperlukan untuk penyebaran kutu kelamin
  • Kutu kelamin juga dapat ditularkan melalui kontak dengan barang-barang yang terkontaminasi seperti handuk, seprai atau pakaian.
  • Kutu tidak melompat atau terbang, maka kontak sebenarnya diperlukan untuk transmisi. Seorang individu mungkin memperoleh infeksi karena tidur bersama atau dari handuk
  • Kucing, anjing dan hewan peliharaan lainnya tidak terlibat dalam penyebaran kutu manusia
Gejala infeksi kutu kelamin:
  • Gatal dan terbakar di daerah kemaluan
  • Gatal dapat menyebar karena kutu kelamin bergerak ke daerah basah lain dari tubuh seperti ketiak
  • Gatal akan memburuk pada malam hari
  • Menggaruk intens dan lama dapat mengakibatkan kulit terluka dan dapat menjadi terinfeksi oleh bakteri
  • Demam, terbakar ketika buang air keci atau keluarnya cairan kelamin.
Tindakan perawatan untuk mengatasi infeksi kutu kelamin:
  • Mengeramasi rambut kemaluan dan wilayah sekitarnya sedikitnya selama 5 menit
  • Bilas dengan baik
  • Menyisir rambut kemaluan dengan sisir bergigi halus untuk menghilangkan telur
  • Beberapa dokter menyarankan menggunting rambut kemaluan dengan pisau cukur listrik nonsharp untuk mengurangi jumlah kutu dan telur.
Kutu kelamin dapat mempengaruhi semua orang, namun tingkat tertinggi ditemukan pada remaja, biasanya pada remaja yang sudah aktif secara seksual, baik pria maupun wanita. Hal ini mungkin terjadi karena remaja kurang peduli dengan kebersihan kelamin.


Remaja dengan kutu kelamin sebaiknya juga harus memeriksakan diri untuk infeksi seksual lainnya, karena berdasarkan etiologi penyakit, infeksi kutu kelamin diklasifikasikan sebagai infeksi menular seksual (IMS).

Penularan biasanya terjadi selama aktivitas seksual. Namun, hal itu juga dapat terjadi melalui kontak fisik dengan objek yang terkontaminasi seperti toilet kursi, seprai dan selimut. Bahkan, beberapa wanita mendapatkan kutu kelamin ketika mencoba pakaian renang.

CARA MENDAPATKAN BAYI KEMBAR ?

Faktor-faktor kebarangkalian mendapat anak kembar:
GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga korang terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar korang juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat korang. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.
UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan keatas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.



BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.
BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.
DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

Inilah 6 fakta tentang KFC yang anda tidak ketahui

Tidak dinafikan bahawa bisnes makanan segera KFC adalah antara restoran franchais paling terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. KFC memang terkenal, tapi tahukah anda apa cerita di sebalik kejayaan KFC? Selama ini kita main baham jer ayam goreng KFC tu tanpa mengetahui asal usulnya. Yang kita tahu ialah pengasasnya ialah seorang lelaki berambut putih, bermisai putih, berjanggut putih ala-ala kambing, berkacamata, dan memakai bowtie hitam serta berpakaian sut putih.


Dalam entri ini, saya nak berkongsi beberapa fakta sejarah KFC yang jarang diketahui oleh rakyat Malaysia.

1. Pengasas KFC bernama Colonel Harland D. Sanders lahir pada 9 September 1890.

2. Pada
 tahun 1986, ketika berumur 6 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan Colonel mengambil alih tugas memasak untuk keluarganya manakala ibunya keluar bekerja.

3. Pada sekitar tahun 1930an, Colonel telah melakukan banyak jenis pekerjaan sebelum dia mula memasak untuk para pengembara yang kelaparan di pusat servisnya di Corbin, Kentucky, ketika berusia 40 tahun. Ayam gorengnya sangat bagus. Dia kemudiannya membuka satu restoran di sepanjang jalan Corbin.


4. Ketika berusia 50 tahun, Colonel menyempurnakan ayam Resipi Originalnya dengan menggunakan kombinasi 11 herba dan rempah ratus dan kemudian memasaknya dengan teknik pressure-cooked. Dia kemudiannya menerima pengiktirafan "Kentuck Colonel".

5. Pada sekitar tahun 1950an, Colonel Sanders mengembara ke seluruh Amerika dan Canada dengan menggunakan kereta. Dia bergerak dari restoran ke restoran untuk franchaising bisnes ayam gorengnya.

6. Di Malaysia, restoran KFC pertama dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1973. Kini terdapat lebih 500 cawangan KFC di selurh negara dan berpuluh ribu lagi di seluruh dunia.

Pelik! Mengapa Kasut Ini Paling Ditakuti Banduan Penjara (5 Foto)

Dari luar fizikal, kasut ini tampak biasa-biasa sahaja. Tidak ada yang menarik, cuba ia mirip seperti kasut orang pergi bekerja. Namun begitu, kami difahamkan kasut ini amat ditakuti sekali oleh banduan-banduan penjara. Mengapa ya? Oh rupa-rupanya kasut ini telah diletakkan dengan pemberat. Ia bertujuan untuk menyukar banduan tersebut melarikan diri. Menarik, jom lihat gambar di bawah ini.









Kasut ini dihasilkan oleh Warden, J.c Gardner pada tahun 1866, kasut ini juga dipanggil the Oregon Bootatau man-killer. Kasut ini mempunyai berat di antara 5 hingga 28 paun. Kasut ini telah dipakai oleh banduanuntuk mengelakkan mereka dari larikan diri. Selain itu, ramai banduan yang memakai kasut ini satu masa yang panjang akan menyebabkan masalah fizikal yang parah.

Sumber : Nizarazu

Inilah Rahsia Sebenar Poket Kecil Pada Seluar Jean?

percaya, hampir rata-rata orang lelaki di sini pernah memakai seluar jean. Jika ada yang beranggapan ia merupakan seluar yang kurang sopan, kenyataan tersebut tidak benar. Namun kita bukan mahu bercakap tentang soal pakai ke tidak, tetapi tentang keunikan poket kecil yang terdapat pada bahagian atas poket besar. Bagi kita ia seolah-olah seperti tiada fungsi. Tapi sebenarnya ia mempunyai fungsi dan sejarahsejarah yang tersendiri.

Pernah tidak terlintas difikiran? kenapa seluar jeans selalu ada saku kecil di bahagian sebelah kanannya? Sekali pandang saku kecil ini tak ada fungsinya selain hanya tampalan untuk menambah aksentuasi gaya pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar jeans. Namun, dari saku comel inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss tahun 1880 ini, lapan tahun selepas jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.
Sebagai jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560-an. Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan “bleu de Genes”, yang bererti biru Genoa. Meski tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahunan yang mengadu nasibnya ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.
Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah khemah yang terbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas. Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak. Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan “penemuannya” dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut “Genes”, yang oleh Strauss diubah menjadi “Blue Jeans”.
Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan “menobatkan” seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong. Para pelombong emas itu menyebut seluar Strauss dengan “those pants of Levi` s “atau” Celana Si Levi “. Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang pertama seluar jeans pertama di dunia.
Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha sukses Jakob Davis untuk bekerja sama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama. Dan produk reka bentuk mereka yang pertama adalah “Levi` s 501 “.
Produk reka bentuk pertama memang dikhaskan bagi para pelombong emas. Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan. Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya-ria. Tetapi saku atau poket comel kecik molek ini dirancang untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil.
Meskipun kini jeans dihasilkan dalam pelbagai jenama dan bukan hanya untuk para pelombong, tetapi saku atau poket comel itu tetap ada kerana mungkin mengekalkan fesyen asalnya. Tentu saja hari ini fungsinya bukan lagi sebagai tempat menyimpan butiran emas.

Kisah Warak Salahuddin Al-Ayubbi Yang Ramai Tak Tahu

KISAH WARAK SALAHUDDIN AL AYUBBI YANG RAMAI TAK TAHU... MENITIS AIR MATA ADMIN... Dalam kesejukan malam itu..Aku mendengar..Cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama Salahuddin Al-Ayubbi, pemilik pedang paling tajam di dunia. Rugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti Batman, Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita tentang pahlawan Islam..


Kita ? Kita bagaimana? Secara jujur, kita sendiri lebih kenal siapa spiderman daripada kisah tokoh-tokoh Islam bukan?
Cuba kita tanya pada umat Islam sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke..
Siapa dia Salahuddin Al-Ayubbi?
Siapa dia Syeikh Yusuf Qaradawi ?
Siapa dia As-Syahid Hassan Al-Bana?
Siapa dia Muhammad Al-Fateh?
Siapa dia Syeikh Ahmed Deedat?
Hurm..
Aku dengan teliti mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan anak kecil mendengar cerita sang pelipur lara. Bezanya Sang pelipur lara hanya bercerita kisah dongeng.. Tetapi ini kisah benar-benar berlaku..
Bila??
Suatu Masa Dulu…..
“”"”Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?”"”
kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa..
Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin..tapi.. mengapa salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa?
Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat islam yang berpecah belah .. segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa,dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu dibawah panji islam yang diketuai Salahuddin. Malah.. Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah syiah dan ahli sunnah waljamaah untuk berjuang atas nama Islam..
Hebatnya Kau Salahuddin….
Suatu ketika dulu beliau pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata, “Aku hampir mati kehausan”. beliau kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan..
Penyabarnya kau Salahuddin..
Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.
Kadang-kadang beliau sendiri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya.
Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian..
Tiba-tiba ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the Lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah..
Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing-masing. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah..
Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang Salahuddin.
Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal
akibat dibunuh oleh tangan jahat.
Beliau akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk
mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang
mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya
tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan
semenjak hari Jumaat hingga isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu ..
Asakan Tentera Islam teramat dahsyat
Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
tiada lagi pertempuran berlaku
Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis..
“Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang-orang kamu terdahulu?” Kata Ketua Tentera Kristian
Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu, jalan-jalan di jerusalem ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang Islam beramai-ramai.
” Kami orang Islam tidak seperti kamu” Jawab Salahuddin Al-Ayubi.
Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk Islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi..
Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang Islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan..
Hari itu, Langit begitu Cerah
Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan
Allah” telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..
Pada Jumaat, 27 Rajab 583H bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.
Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dari ulama,
Pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini
Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya Allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan
27 Safar, 589H
Malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin
Syeikh Abu Ja’afar , seorang yang wara’ telah diberi kepercayaan untuk duduk disebelah Salahuddin ketika beliau Nazak.
Salahuddin Antara pengsan dan sedar.
Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan
“Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata”
(Al-Hasyr: 22)
Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut,
Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum
dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia berkata
“Memang Benar”
Selepas mengucapkan kata-kata itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah.
Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika beliau wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian. Malah kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.
Empat puluh tahun kemudian,
Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata:
“Sekarang aku datang semula ke sini.”
Alangkah penakutnya Si Olenby.. Celakalah si penakut ini kerana hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati..
Tidak cukup dengan itu,
1917
Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan tamatnya perang salib ,
General Perancis,Goro telah datang kekubur Salahuddin Al- Ayubi dan menyepak kubur pembela Islam ini sambil berkata
” Bangunlah Salahuddin, Kami dah sampai disini!”
Alangkah bencinya mereka terhadap Hero umat islam ini.. Maha Suci Allah , telah mengurniakan seorang manusia yang hebat dalam membantu menegakkan umat Islam
Dalam tidak sedar,
aku rasa ada air mengalir dipipi..
Layakkah kita dibandingkan dengan Salahuddin Al-Ayubi?
Reflexi dan cermin-cerminkan diri..
mana tahap kita?
astaghfirullah..
lemah nya umat sekarang..
lemahnya aku…
Malam itu, aku terdengar bunyi bising motor berlumba..
aku menjenguk diluar jendela..
Anak-anak muda bertaruh nyawa untuk mendapatkan hadiah- seorang perempuan untuk ditiduri,..
Aku menggelengkan kepala…
mungkin ini generasi Salahuddin Al-Ayubi??
hurm..
generasi AL-AYYUBI dalam bayanganku~
Sumber : Jiwa Hamba

Padah! Lelaki Bangla Ditetak Ketika Cuba Rogol Isteri Orang

Kejadian yg tak disangka ini telah menimpa seorang wanita. Dikatakan seorang warga Bangladesh cuba merogol wanita tersebut dikediamannya di Kampung teluk Wanjah, Alor Setar di sini semalam.

Gambar Hiasan


Seorang lelaki warga Bangladesh yang cuba merogol seorang wanita berusia 50 tahun cedera di kaki kanan akibat ditetak oleh suami mangsa dalam kejadian di Kampung Teluk Wanjah di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, suspek berusia 40 tahun itu dipercayai tiba-tiba masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu hadapan dan merentap pakaian serta cuba merogol mangsa. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan sebagai cubaan merogol dan kes disiasat mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan.  Wanita berkenaan ketika ditemui di rumahnya hari ini berkata lelaki Bangladesh itu yang bekerja sebagai buruh binaan menyewa rumah berdekatan dengan rumah mereka sejak dua tahun lalu. Katanya, ketika kejadian lelaki itu dikatakan berkeliaran di luar rumah dan keluar masuk rumah sewanya (lelaki itu) sebelum bertindak demikian. 
Laporan Asal: Hmetro

17 Lagi Gambar Kemalangan Maut Di Simpang Ampat Lebuh Raya Plus

gambar kemalangan maut

Ada 17 lagi keping gambar kemalangan maut di PLUS highway dengan baca entri ini sepenuhnya.
Kalau lemah jantung/lemah semangat jangan tengok.

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut